CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 28, 2014

SANDWICH TELUR REBUS....untuk sarapan pagi

Assalamualaikum....selamat malam semua...
Looo...ingatkan nak postkan n3 nie diawal pagi ...tapi yerrk lee kita cuma merancang, tapi ALLAH yang menentukan....Kini MA baru saja balik daripada meronda dari kedai ke kedai .....dok bz membeli barang keperluan dapur dan bahan2 kek....
Seawal pagi tadi MA dan My Hubby telah keluar untuk bersarapan pagi di kedai....biasalah rutin harian. Kalau angin kemalasan melanda, pastinya kami bersarapan dikedai jerr......pagi2 begini MA dan My Hubby jerr yang ada dirumah nie....SiBongsu bersekolah.
Sandwich Telur Rebus nie pun MA buatkan untuk bekalan siBongsu ... kebiasaannya di atas pemintaan siBongsu MA sering buatkan nasi goreng untuk bekalan, tapi semalam siBongsu request... hari nie nak sandwich pulakkk dahhh......
Jadi MA layan jeerr lah kerenah siBongsu.....tak susah pun nak buatkan sandwich nieee.....sampoiii jeerrr
Okeyle mai kita tengok caranya step by step......jangan risau, senang jerr membuatnya.
Walau pun senang dan sampoiii.... MA abadikan juga cara membuatnya disini....semoga anak-anakku diperantauan dapat membuat dan menikmatinya, sekiranya rindu masakkan mamanya........huhuhu

SANDWICH TELUR REBUS
Oleh : MA

Bahan-bahan yang perlu ada :
  • 10 keping roti gardenier
  • 4 biji telur - direbus dan dibuang kulitnya
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula kaster/ gula pasir pun boleh
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu makan mayonis
  • Mentega/ majerin secukupnya
  • 1 biji timun - bersaiz kecil*
  • 1 biji buah tomato - bersaiz sederhana*(bahan2 ini di potong nipis) - pilihan jeerrr
CARA MEMBUATNYA....SEPERTI DIBAWAH....

Pertama sekali..rebuskan telur 4 biji....sebelum nak tidur malam ....
Bangun paginya selesai urusan solat....kita mengadaplah kepada
telur yang dah direbuskan semalam....Kupaskan kulitnya...
Kemudian lenyekkan dengan garpu sehingga hancur saperti dalam gambar

Bila dah elok hancurnya....masukkan 1/2 sudu teh garam,
1/2 sudu teh gula kaster, 1 sudu teh serbuk lada putih,
2 sudu makan mayonis.
Kacau dengan garpu supaya telur dan bahan2 tadi
elok sebatinya......ketepikan.

Ambil beberapa keping roti gardenier (MA guna 10 keping)
sapukan dengan mentega/ majerin dipermukaannya...

Bubuhkan adunan telur yang telah elok sebatinya tadi di atas
roti....lagi banyak adunan telurnya ..lagilah sedaapp

Kemudian paipkan cili sos diatas adunan telur tadi......
Kalau suka letakkan di atasnya dengan kepingan tomato dan timun
yang telah dipotong nipis2......
Tapi sandwich dikali ini MA tak bubuh pun.....bahan2nya tak de..
hentam jerr laaa labuuu......
SiBongsu lebih suka cara nie.....biasalah budak2...tak suka sayuurr...

Tutupkan roti tersebut dan kita potongkan kulit tepinya...
supaya kelihatan cantik dan kemas ....

Tengok tuu....roti yang telah siap dipotong kulit tepinya...
Nampak kemas jeeerrr....hehehe
Kemudian roti tersebut di potongkan 2....secara
menyerong atau pun memanjang....terpulang pada
citarasa masing2....

Taraaa....nie dia sandwich yang telah selesai menjalani  prosesnya...
MA potong cara menyerong jerrr......
Bolehlah dihidangkan.....

Jemput Makan.....
Mai leee kita dok sama2 pakat buat 
Sandwich Telur Rebus niee...
untuk sarapan pagi besok......
'SELAMAT MENCUBA dan BERJAYA'




Sunday, January 26, 2014

ASAM PEDAS MELAKA...YANG MEMANG TERANGKAT SEDAPPNYAAA

Assalamualaikum...salam sejahtera semua yang sudi bertandang keblog MA niee
N3 kali niee pula adalah resipi Asam Pedas Melaka...yang sekarang dah menjadi favourite family MA....
Jika MA teragak nak makan asam pedas....inilah resipi Asam Pedas yang MA akan masakkan. Sebelum ini juga MA ada juga masakkan asam pedas niee.....resipinya ada DI SINI. Untuk kelainan rasanya ....jadi di kali ini MA bubuhkan sedikit belacan ...resipi asal tiada belacan dimasukkan. Dikali ini MA masakkan asam pedas ini dengan menggunakan ikan Rohu @ Ara pancingan MA. Ikannya MA gorengkan separuh masak dahulu... untuk mendapatkan isinya yang sedikit keras.....Wbp....ummmphh nya tetap terangkat......
Minta maaf banyak-banyak pada pemilik resipi asal yerrkk....kerana MA dah menderhaka...
WOkey...jangan kita lengahkan masa lagi.....mai kita tenguk resipinya ......

Asam Pedas Melaka mari niee...
memang MA masak pekatkan sikit...
Looo...memanggg terangkatt sedappnya

ASAM PEDAS MELAKA....yang memang terangkat sedapppnyaaa
By : junjs myR
Sumber : Teratak Mutiara Kasih
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 4 keping ikan pari - MA guna ikan Rohu @ Ara (MA gaul bersama garam dan kunyit serbuk dan goreng ikan separuh masak)
Bahan Kisar :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili kering 
  • 5 biji cili padi - pilihan (MA tambah sbb nak pedaskan lagi)
  • 1/2" halia
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam (MA gunakan 1/2 sudu teh serbuk lada hitam)
  • 1/2" kunyit hidup
  • Sedikit belacan (MA tambah)
Bahan Tumis :
  • 1/2 bawang besar 
  • 1 sudu teh halba
  • 1/4 sudu teh biji sawi (MA guna 1/2 sudu teh)
  • 2 tangkai daun kari
  • Air asam jawa secukupnya
  • Air secukupnya
  • 1 biji tomato - potong 2 (MA potong 4)
  • 5 biji kacang bendi (MA tak letak pun)
  • 1 batang serai - diketuk
  • Bunga kantan atau daun kesom secukupnya (MA guna kedua-duanya)
  • Minyak masak
  • Garam dan gula secukupnya.
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, daun kari, halba dan biji sawi hingga wangi dan naik bau, serta sehingga bawang besar sedikit layu.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan air, biarkan mendidih kemudian baru masukkan ikan dan bahan-bahan lain.
  4. Masukkan garam dan gula, rasa dan sesuaikan deangan selera kita. Biarkan hingga masak dan mendidih. Tutup api dan bolehlah dihidangkan panas-panas....makan dengan nasi putih.
Amboiii mak...sedaapppnyaaa...
Asam Pedas Melaka nieee...
Rugi sesiapa tak mencuba.....

Asam Pedas Melaka dah pun terhidang...
JEMPUT MAKAN !!!



Saturday, January 25, 2014

UNGKEP AYAM PEDAS

Salam sejahtera....semoga kita semua diberikan Allah rahmat dan hidayahNya.
Untuk petang  nie MA nak n3kan resipi Ungkep Ayam Pedas yang MA skodeng daripada rumah Yatiememories. Memang sedappp resipi nie....malah membuatnya pun tak lah susah. Terima kasih pada penyumbang asal resipinya CMG dan terima kasih juga kepada Yatie untuk resipi ini. Izinkan MA salin resipi nie diblog MA yerrk......untuk rujukkan MA dan anak-anak dimasa akan datang.
Wokeeyyy...mai kita tenguk resipinya......


UNGKEP AYAM PEDAS
Resipi Asal : CMG
Sumber : Yatiememories
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1/2 ekor ayam- potong ikut suka hati, cuci bersih & toskan
  • 2 biji kentang - saya tambah, kupas kulitnya & potong 4 setiap biji (MA juga sama)
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan-bahan Kisar Halus :
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1/2" lengkuas
  • 3/4" kunyit hidup
  • 1 batang serai - dihiris halus
  • 3 biji buah keras - dihiris
  • 1 biji cili hijau (MA guna cili merah jee)
  • 20 biji cili padi
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik hingga harum, masukkan bahan-bahan kisar halus dan tumis sekejap hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata, biarkan ayam kecut sedikit. (Masukkan juga ubi kentang).
  2. Tuang air secukupnya (jika anda guna ayam daging yang cepat empuk, guna 1 1/2 cawan air). Kacau rata. Masukkan daun salam @ bay leaf, asam gelugur dan sedikit garam. kacau dan biar mendidih perlahan.
  3. Masak hingga pekat, tambah gula melaka, kacau dan masak lagi hingga kering seperti rendang. Kacau sekali sekala. Rasa dan jika perlu tambah lagi sedikit garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidang bersama nasi, ketupat dan sebagainya.
Rasanya saperti rendang...ummpph sedaapppnyaa..
Tak guna santan pun...

Ungkep Ayam Pedas
Memang senang membuatnya.....
SELAMAT MENCUBA.


AMALAN ZIKIR HARIAN

Pagi tadi MA berjalan2 melawat blog kawan2 yg aktif dalam berbloggers nie.....
Terutama sekali ..MA suka sekali melayari blog yang membincangkan tentang UGAMA ISLAM.
Alahaii terpikat MA kepada nukilan resepirahsiaku.com.....Untuk itu izinkan MA mengabadikan nukilan beliau diblog MA pula. Ini untuk ingatan MA....semoga Amalan Zikir Harian ini dapat di manfaatkan dalam kehidupan MA dan anak-anak.
Semoga apa yang kita usahakan mendapat ganjaran pahala daripada ALLAH SWT.....aminn.
Terima kasih kepada tuan punya blog..... diatas pengkongsian ini.
Untuk itu mai kita sama-sama menghayatinya.......


AMALAN ZIKIR HARIAN
Oleh : MA

Jaga mulut mu dari percakapan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Diam mu lebih baik daripada omong kosong yang akan mengundangkan dosa. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang mengingati ALLAH SWT. Tidak kira dimana dan apa jua dilakukan, hati kita sentiasa mengigati ALLAH. Dengan menyebut dan mengingati ALLAH SWT, hati akan tenang.

Berzikir tidak semestinya berada di atas sejadah. Boleh berzikir semasa memandu kereta ketempat kerja, sedang memasak makanan tengahari, semasa membasuh pakaian atau ketika dalam perjalanan dari satu distinasi ke distinasi yang lain.

“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan ke satu distinasi yang tetap akan kita semua kunjungi dan disanalah nanti kita kan temui sebuah kehidupan yang ABADI selama-lamanya.
Jadi apakah bekalan kita telah mencukupi untuk ke sana??? Atau sudah bersediakah kita untuk menghadapinya. Sekurang-kurangnya beramallah kita dengan zikir ini sebagai menampung amalan kita.

Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH, sesungguhnya dengan banyak bercakap dan ketawa akan MENGERASKAN HATI, dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh daripada ALLAH SWT.

Berikut adalah ZIKIR HARIAN sebagai amalan kita pada setiap hari..........


“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’d 28. 

Rasullullah SAW telah bersabda....
”Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasullullah SAW bersabda lagi....
”Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Nukilan Asal : www.resepirahsiaku.com
Gambar : Ikhsan Cik Google
wALLAHu'alam

Thursday, January 23, 2014

MASAK LEMAK LABU BERSAMA PUCUK MANIS.....KEGEMARAN ANAK2KU

Assalamualaikum.....agak lama juga MA tak update...blog nie. Sejak dua menjak nie....bz cikit...tak sempat nak updatekan blog pun....Wbp sekali-sekali ada juga MA jenguk-jenguk sebentar jee.....blog nie....utk tgk comments bagi dijawab....nanti tak jwb lak...ciaaan pengunjung blog yang dok mengharapkan jawapan & respon... dari MA. Alhamdulillah,,,terima kasih pada pengunjung yang setia ngan MA....
Resipi kali nie...resipi tertunggak lagi.....biasalah, tak sempat nak n3kannya dihari yang sama....huhuhu
Resipinya sampoi jerr.....tapi memang menjadi favourite kami sekeluarga terutama anak MA....Si Yanti.
Untuk anda yang dah memang pandai memasak.....mungkin tak menjadi hal, namun bagitu sekurang-kurangnya boleh memberi idea....untuk yang dok pening, hari-hari memikirkan apelah nak masak dhari niii????
Okeyyylaaa...mai kita pakat-pakat membuatnya....resipinya sampoi tapi sedappp...

MASAK LEMAK LABU BERSAMA PUCUK MANIS
Oleh : MA

Bahan-bahannya:

Secekak daun pucuk manis/ daun asin-asin (dilurutkan drp tangkainya)
1/2 biji buah labu manis - dibuang kulit & dipotong kecil
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih* (* dihiris halus)
1 biji cili merah - dibelah 2
1/2 cawan santan pekat
1/2 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa

Caranya :

Daun pucuk manis dibersihkan & ditoskan.
Sediakan periuk...masukkan bawang yang telah dihiris, cili merah &  labu.
Masukkan sedikit air anggaran terhapus jee..... buah labu tu.
Masaklah sehingga buah labu separuh empuk.
Kemudian masukkan pati santan & kacaulah sehingga mendidih, 
baru masukkan pula daun pucuk manis.
Masukkan juga kiub pati ikan bilis bersama dengan
garam, sesuaikan rasanya......
Ketika ini mesti dikacau selalu...supaya santan tidak pecah minyak.
(Ketika ini juga labu telah pun elok empuknya)
Apabila semuanya telah berpuas hati, tutupkan api.
Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Masak Lemak Labu bersama pucuk manis dah pun terhidang...
MAI KITA PAKAT BUAT.....


Saturday, January 18, 2014

CHEESE KEK MELELEH...YANG TENGAH HOT DIPASARAN

Salam sejahtera & salam Jumaat ....kepada anda semua yang sudi bertandang keblog MA....
Laa ...bukan Jumaat lagi...jam dah menunjukkan pukul 12.16 malam daaaa....huhuhu. (Baru lee ....nak siap update nie).
Hari ini MA N3kan Cheese Kek Meleleh yang tengah hot nie.......Pagi tadi MA baru saja buatkan....kerana kepingin sangat nak menikmatinya....Bermacam-macam resipi yang ada ...tapi nie le resipi yang agak populer dipasaran....pilih saja resipi yang anda berkenan dihati. Memang rasanya sungguh marvelous.....Loo rugi sape2 yang tak pernah merasanya....hehehe
Okey....tak payah kita mengomel panjang-panjang....nanti lambat pula anda mem baking...& pastinya lambat pula anda merasa keenakkannya.....
Tapi kalau terlalu malas nak bake kek nie....boleh aje order pada MA ....hehehe
Jom kita tengok resipinya.....


CHEESE KEK MELELEH
Resipi : Narimah Abd Rahman  dan Shakila ab Rashid
Sumber : Rahel
Oleh : MA

UNTUK KEK
Bahan-bahannya :
  • 100g tepung hongkong (Kalau takde boleh guna tepung gandum)*
  • 60g tepung jagung*
  • 1 sudu kecil baiking powder*
  • 1 sudu besar ovelette
  • 100g gula kastor
  • 4 biji telur
  • 50ml air sejuk ( air dari peti ais)
  • 75g mentega cair
  • 1 sudu kecil vanila (MA tambah)
Cara Membuatnya :
  1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda *
  2. Mixkan semua bahan di atas, kecuali mentega cair.
  3. Pukul sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
  4. Bakar dalam oven pada suhu150'C selama 45 minit. (MA bakar dengan suhu 150'C selama 30 minit..kemudian dengan suhu 170'C selama 20 minit....kepanasan ini bergantung pada oven masing2)
***Cara MA :  Mixkan telur, gula serta ovelette - pukul sampai kembang....kemudian baru masukkan tepung & air...... kacau pakai senduk jerk, jangan pakai mix.....agak2 tepung telah tergaul semuanya baru mixkan sebentar jerk supaya tepung sebati & smooth.

UNTUK CREAM
Bahan-bahannya :
  • 250g cream cheese (MA guna cream cheese philadelphia)
  • 120g susu pekat manis
  • 50ml UHT Whipping cream (MA tambah 50ml lagi...untuk mencairkan creamnya lagi -pilihan)
***Mix semua bahan di atas hingga sebati, adunan ini memang cair.

UNTUK HIASAN:
  • 1 buku (250g ) cheddar cheese - diparut
Cara Penyediaannya :

***Kek yang masak tadi disejukkan dahulu, kemudian dibahagikan 2 keping. Tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuangkan semua baki cheese tadi diatas kek.
Parutkan cheddar cheese ke atas kek.

TUTORIAL MEMBUAT CHEESE KEK MELELEH....

CARA MA buat...
Telur, gula & ovelette dipukulkan dahulu 
sampai kembang spt dalam gambar.

Bila dah kembang baru masukkan tepung

Kacau tepung dengan menggunakan spetula sahaja
sehingga sebati...jangan kacau lama-lama...
dikhuatiri nanti kek bantat

Mixerkan adunan tadi sebentar  jee ...
supaya smooth adunan tersebut...

Mentega dicairkan & disejukkan dahulu

Masukkan mentega yang telah sejuk kedalam adunan 
tepung tadi, kacau sebatikan dengan
menggunakan spetula jerr...

Kacau sehingga sebati tepung & mentega tadi
Masukkan juga vanila...jika suka

Kacau semula adunan tadi dengan menggunakan mixer
Just untuk sebatikan serta smoothkan adunan je...

Masukkan kedalam acuan yang telah disapu minyak, 
 dan yang telah dilapik dengan kertas kek, kemudian
masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Cara MA : Bakarlah adunan kek dengan 
suhu 150'C selama 30 minit & 170'C selama 15-20 minit lagi,
atau sehingga kek masak....

Ini pula bahan-bahan untuk buat frosting
Cream cheese tu boleh dibuat pilihan 
samaada nak guna Cream Cheese Philadelphia
atau pun Cream Cheese Tatura jerk.... 
(Cara membuatnya spt yang tercatit diatas..)
Cheddar Cheese...diparut halus, kemudian taburkan diatas 
Cream Cheese...sebagai topping.
SENANG JEERK...



Ini dia Cheese Kek Meleleh dah pun siap....
MA buat saiz kecil-kecil jerk
Untuk jualan.....hehehe
Ada sape-sape berminat???


Pada anda yang teringin nak merasa Cheese Kek Meleleh tu
bolehlah mencuba membuatnya sendiri.....
Tapi...kalau malas nak buat...order jerk
Boleh jerk..pm atau WhatsApp MA...hehehe







Thursday, January 16, 2014

KUIH TALAM KELADI,,,,SEMPENA MALIDUR RASUL

                                                                                       Ø¨ِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ   

                                                                         JOM KITA BERSELAWAT 

                                                                اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ


Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam MaulidurRasul kepada semua pengunjung MA yang berugama Islam.... TANGGAL 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah bagi semua umat islam diserluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014, dengan tema sambuatan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"......
Apa itu Wasatiyyah?? Wasatiyyah atau sikap kesederhana merupakan salah satu ajaran yang diterapkan oleh Islam merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau & tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan.
MAULIDUR RASUL: KEPERIBADIAN  TERRPUJI PERJUANGAN DIHAYATI ......... 
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita menghayati & mencontohi ketabahan serta kesungguhan Baginda SAW & para sahabat dalam menegak syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan, kegemilangan Islam merentasi dunia timur & barat. Salain daripada itu Nabi Muhamad SAW juga sangat suka menghubungkan silaratulrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim & ibu tunggal, seorang yang pemurah & sebagainya. Keperibadian terpuji.

Okey le kali nie pula MA catitkan disini kuih Talam Keladi yang MA buat sempena hari Maulidur Rasul nie.....Talam Keladi nie memang kegemaran MA. Selalu juga MA terima tempahan untuk talam keladi nie. Talam Keladi nie lembut....kepada anda yang minat dengan keladi, mai kita cuba buatnya sendiri.
Okey le, tak payahlah MA membebel panjang-panjang, MA leteh & anda pun jemu...... jadi jom kita layan resipinya saja.....


TALAM KELADI
Oleh : MA

Bahan-bahanya: (Untuk acuan 10"x10")
Bahagian Bawah:

  • 170g tepung beras
  • 100g gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 700ml santan (150ml santan pekat + 550ml air)
  • 250g keladi (selepas di kupas)
  • 13g tepung ubi
  • Sedikit pewarna purple.

Cara Membuatnya :
  1. Keladi dipotong dadu, dibersihkan & ditoskan. Gaulkan keladi dengan pewarna purple - sebatikan, kemudian dikukuskan anggaran 20 minit. Ketepikan.
  2. Tepung beras, tepung ubi, garam & santan dibancuh rata.
  3. Kemudian ditapiskan & campurkan gula pasir, gaul sebatikan.
  4. Kacau atas api hingga hampir pekat, tutup api & masukkan keladi kiub tadi.
  5. Tuang & kukus dalam loyang(10"x10") yang telah dialas dengan plastik (14"x14") selama 20 minit.
Lapisan Atas :

  • 700ml santan - perahan pertama (300ml santan pekat + 400ml air) 
  • 2 biji telur
  • 160 tepung gandum
  • 2 helai daun pandan
  • 200g gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh perasa keladi
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna ungu

Cara Membuatnya :
  1. Panaskan sebahagian santan dengan gula, garam & daun pandan. Keluarkan daun pandan.
  2. Sebahagian santan lagi campurkan & kisarkan dengan bahan- bahan lain, kecuali gula pasir, tapis campuran santan & masukkan kedalam (1)
  3. Baru masukkan gula pasir kedalam adunan tadi. Kacau sebatikan.
  4. Kacau adunan ini sehingga naik wap dengan api yang sederhana, apabila adunan sudah hampir pekat, matikan api. Tuangkan adunan ini di atas lapisan bawah tadi.
  5. Sebelum masukkan aduanan itu, lapisan bawah hendaklah dilorekkan sedikit dengan garpu (fungsi supaya adunan lapisan bawah & lapisan atas akan melekat dengan eloknya).
  6. Kukus sehingga 30-45 minit atau sehingga masak.
Di bawah ini pula MA catitkan sukatan bahan-bahan untuk membuat talam keladi bagi acuan 13"x13" pula, Ini bagi rujukkan MA sekiranya ingin membuat Talam Keladi ini dalam kuantiti banyak. sbb MA sering menerima tempahan bagi Talam Keladi ini . Bagi anda yang ingin membuat Talam Keladi ini dalam kuantiti banyak sekiranya untuk buat jamuan, bolehlah rujuk disini. Mai kita intai resipinya .........

TALAM KELADI
Oleh : MA

Bahan-bahannya (Bagi acuan 13'X13')
Lapisan Bawah :

  • 300g tepung beras
  • 200g gula pasir
  • 1 3/4 sudu teh garam
  • 1225ml santan (200ml santan + 1025ml air)
  • 470g keladi (Selepas di kupas)
  • 26g tepung ubi
  • Sedikit pewarna ungu

Lapisan Atas :

  • 1200ml santan (500ml santan pekat + 700ml air)
  • 3 biji telur
  • 280g tepung gandum (Ma guna cap sauh)
  • 350g gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh perasa keladi
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu teh pewarna ungu

Cara Membuatnya : Sama saperti yang tercatit diatas.



Talam keladi kegemaranku....

Monday, January 13, 2014

DESTINASI MA KELIMA KE KAMPONG KUBU, JITRA KEDAH, BUKIT KAYU HITAM & LADANG RAKYAT LAKATEMIN, SERTA SEBERANG PERAI PENANG.

BISMILLAH.......
Assalamualaikum.....salam sejahtera untuk anda semua yang sudi bertandang keblog MA.
Kali ini MA nak ceritakan pula percutian MA ke rumah sahabat baik My Hubby.
Semoga n3 ini menjadi kenangan abadi untuk MA & anak-anak.
Selepas solat mahgrib, kami pun bertolak dari rumah Tuan Haji Samuri
 kerumah sahabat baik My Hubby.
Semasa bujang dahulu My Hubby sering kesini.....menghabiskan cuti-cutinya.
Boleh dikatakan kebanyakkan orang Kampung Kubu nie My Hubby kenal...
Tetapi sekarang....kebanyakkannya telah pun arwah....
Terlalu lama sekali My Hubby tidak kesini.....
Disini My Hubby mempunyai mak & ayah angkat serta kakak & abang angkat....
Bila kesini...My Hubby kata banyak kenangan yang mengusik jiwanya.
Amboi mak ...biasalah dizaman bujang-bujang....
Mungkin awek lamanya juga ada disini (disebelahnya berbaju biru)......
Bagi MA itu cerita silamnya......sedikit pun MA tidak cemburu padanya.
Biarkanlah Luncai terejun dengan labunya...biarrrrkaannn..hehehe

Ini lah kawan baik My Hubby yang MA maksudkan..
Datuk Hamzah bin Haji Adnan....kawan semasa mula bekerja & berkursus..
Pada mula pertemuan, My Hubby & Datuk Hamzah, mereka bermusuhan...
masing-masing jiwa kenegerian...(seorang Negeri.Sembilan & seorang Kedah)
tapi entah macam mana at last menjadi sahabat paling baik pula...
ayah & ibu beliau menjadi mak & ayah angkat My Hubby.. 

Ini pula isteri En Hamzah....Puan Azian binti Majid.....
seorang yang ramah & cepat mesra orangnya serta amat baik budi bahasanya...
Ketika berada dirumah mereka ...tak kering gusi kami dibuatnya...
Banyak cerita-cerita lama dalam kenangan telah diceritakan semula.....
Seronok berada disini....dengan suasana kampongnya....
Apatah lagi dibelakang rumah ada sawah padi yang saujana mata memandang....
Tempat Datuk Hamzah memadu kenangan mengusik jiwa......  
Nyaman , tenang & sunyi.... 

Apabila disini ....inilah tempat kami melepak & bercerita kisah-kisah silam...
Memang memori indah yang tak boleh dilupakan....
Malamnya sehingga pukul 2 malam, kami bersembang .... 

Yang pakai baju merah tu jugak kawan baik My Hubby ....
My Hubby cerita semasa beliau kesini dulu-dulu.....ketika Datuk Hamzah 
tiada bersama dikampong....
En Eitt ( Haji Halim) lah yang menjadi peneman dia berjalan keliling kampong....
Orangnya baik, riuh serta mesra sekali.....En Eitt adalah sepupu pada Datuk Hamzah.
Yang bertudung itu pula mak angkat My Hubby, ibu kepada Datuk Hamzah..
Baik & mulia sekali orangnya....tapi sayang sekali kedatangan kami 
kesini dikali ini terasa kekurangan sesuatu kerana bapa Datuk Hamzah 
sudah pun meninggalkan kami....
Al-Fatihah buat Arwah bapaku Pak Nan.....
Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang beriman....Amin.

Kenangan yang tak mungkin dilupakan....
Semoga anak-anakku tidak melupakan insan-insan ini sekiranya kami sudah tiada...
Semoga tali syairatulrahim ini dapat dikekalkan berterusan sehingga keanak cucu...

Ini pula kakak angkat My Hubby ...Kak Mudah
Tinggal di Ladang Rakyat Lakatemin...
Juga sudah lama tidak berjumpa....sehingga pada mula pertemuan,
dia telah tidak kenal My Hubby.....kerana My Hubby sekarang dah pun berumur (RB)....
mungkin perubahan rupa juga turut berubah....
Abang angkat My Hubby (suami Kak Mudah) juga telah meninggal dunia..
Al-Fatihah juga untuknya...Arwah Abang Chin ( Arwah abang Hashim).

Ini pula anak Kak Mudah....semasa My Hubby sering kesini dulu...
Lan (Roslan)...ketika itu masih lagi kecil.....tapi sekarang sudah pun berumahtangga
 & punya anak....tinggal ditempat lain, tapi apabila mengetahui My Hubby
ada di Ladang Rakyat Lakatemin...beliau datang kesini untuk bertemu 
dengan My Hubby.

Kenangan yang tak dapat dilupakan..
InsyaAllah semoga kita dapat bertemu kembali
dilain masa dilain hari......jika dipanjangkan umur....Amin.

Selepas ke Ladang Rakyat Lakatemin...kami kesini pula
Komplek Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam.
Cuma berjalan-jalan jerk....bawa anak-anak yang tidak 
pernah kesini setelah besar panjang nie...
Dulu MA & My Hubby selalu juga bawa mereka kesini,
tapi itu dulu semasa mereka kecil-kecil...

Ini pula didalam Komplek Bebas Cukai...
tak banyak yang kami belikan...cuma berjalan-jalan jerk...
Rasanya seronok lagi apabila berada di Padang Besar...banyak 
yang boleh dibelikan disana.....
Disini kami cuma belikan bermacam jenis cokelat jerk...
Untuk dibawa pulang.....
Dalam perjalanan balik ...kami singgah ke Seberang Prai pula...
Disini dua orang adek MA tinggal.....mereka tinggal didaerah Bukit Mertajam.
Kebetulan berada disini ...MA pun mengambil kesempatan ini untuk menjamu selera
'Mee Cheruk Tok Kun'......sedappp tuuu.

Ini pula dirumah adek MA
Puan Rohaidah & suaminya En Abd Razak
Lama juga kami dirumah nie....sehingga pukul 11.30mlm baru 
bertolak balik ke Ipoh....

Malam tu kami jamu selera dengan satey...
Belanja dari anaknya Rahim...
Sebelum kesini, kami singgah dirumah adek MA yang seorang lagi... 
Puan Rozita & suaminya En Shaiful....rumahnya diKubang Semang.
Singgah hanya sebentar jerk....suaminya bekerja
tak sempat pun kami bertemu beliau....
Tapi disana lupa pula MA nak snap gambarnya...

Ini anak & cucu pada adek MA..
Mereka duduk ditempat lain....kebetulan masa MA tiba
mereka ada disini....
Malam nie kami sampai kerumah 
dekat pukul 2 malam... 
Baginilah berakhirnya percutian MA semasa cuti sekolah 2013 nie.