CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 29, 2013

SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH

Selamat tengahari kepada semua pengunjung blog MA .....
Hari ini MA updatekan pula Sotong Goreng Kunyit Berkuah, yang memang faviorite keluarga MA...
Resipinya sampoi saje......tapi auranya tetap menambat hati kami sekeluarga.....
Pada mulanya rancangan MA membeli sotong nie ....untuk dibuat Ketupat Sotong, tapi tak kesampaian pulak.......Yelah, kita hanya merancang...tapi Tuhan yang menentukan nya...... Lain yang dihajatkan lain pula yang jadinya......
Masakkan ini MA buatkan semalam....untuk MA & Sibungsu, My Hubby saperti biasalah tak boleh sentuh semua seafood nie, jadi MA buatkan masak Ikan Rohu Goreng Bercili pada My Hubby.
Okey le mai kita tenguk resipi Sotong Goreng Kunyit Berkuah yang sampoi  ni.......
MA catitkan disini untuk rujukan anak2....pada anda yang ingin mencubanya ....dipersilakan.


SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH
Oleh : MA

Bahan-Bahannya :
  • 3 ekor sotong - sederhana besar
  • 1 biji bawang besar - dipotong nipis membulat
  • 2 biji bawang putih - dihiris nipis
  • 10 biji cili padi - diketuk
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap lemak manis JALEN
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
  1. Bersihkan sotong, buangkan kulitnya, dakwat serta mulut & matanya, kemudian potong kecil2 membulat, bersih & toskan.
  2. Sediakan sotong dengan gaulkan bersama garam & kunyit, perap & ketepikan sebentar.
  3. Sediakan bahan-bahan lain nya. 
  4. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 sudu besar), masukan sotong yang telah diperapkan tadi, kacaukan sebentar.
  5. Masukan bawang besar, bawang putih, cili padi, gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
  6. Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam, kacau sebatikan.
  7.  Tuangkan sedikit air & masukkan juga kicap lemak manis. Kacau & biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
  8. Matikan api & bolehlah dihidangkan.
**Sotong Goreng Kunyit Berkuah ini juga boleh dibuatkan gorengan kering, tanpa dibubuhkan air....MA memang selalu masak bubuhkan air sedikit supaya berkuah, kerana sibungsu suka berkuah.


Sotong Goreng Kunyit Berkuah
Dah pun terhidang.....


ACAR DARAT TIMUN....... CMG

Assalamualaikum
Kali ini MA nak N3kan pula Acar Darat Timun yang MA ambil dari rumah CMG untuk digandingkan dengan Nasi Ketumbar yang baru-baru ini MA buatkan.....
MA terpikat pada kelainan cara membuat acarnya.....jadinya MA cubalah buatkan....nak rasa, bagaimana pula rasa acar yang tanpa guna cili giling & rempah ratus. Pada anda yang tidak suka pada kepedasan.....bolehlah cuba buatkan Acar Darat cara CMG nie.......terima kasih pada CMG kerana sudi berkongsi resepi nie.......
Jom kita tenguk resipi yang MA C&P daripada blog CMG......untuk rujukan MA dimasa akan datang......



ACAR DARAT TIMUN....CMG
Resipi : CMG
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 3 biji timun, kerat 2", buang empulur & potong macam anak mancis* (MA guna 1 biji je)
  • 3/4 sudu teh garam*
  • 1 sudu teh serbuk kunyit*(* bahan ini digaul rata)
  • 1 biji lobak merah - kerat 2" & potonh spt anak mancis (MA guna 1/2 biji je)- Che Mat tak letak pun sbb takde
  • 2 biji cili merah kerat 3, buang biji & potong saperti anak mancis juga
  • 1 biji bawang besar - dibelah 5
  • 5 ulas bawang putih - belah 2 setiap satu (MA guna 2 biji bawang putih je)
  • 1/2" halia - dihiris halus
  • 4-5 sudu besar cuka makan JALEN
  • Gula secukup rasa (dalam 2-3 sudu besar)
  • Garam jika perlu
  • 2 sudu besar udang kering, rendam sekejap, tos & tumbuk kasar (MA guna 1 sudu besar je)
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 2 biji buah pelaga*
  • 5 kuntum bunga cengkih*(*MA kurangkan & guna separuh saja)
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 2sudu besar). Tumis 4 sekawan bersama biji sawi hingga harum. Masukkan udang kering, bawang putih & halia. kacau rata. Tambah cuka makan & juga gula. Kacau rata & masak hingga pekat. Guna api kecil & kacau selalu.
  2. Masukkan lobak merah (jika guna) dan masak hingga lobak lembut. Tambah cili merah, bawang besar & timun (pastikan anda toskan timun tadi & perah sedikit). Gaul rata & masak sekejap. Rasa jika perlu baru tambah dengan sedikit garam. Jika anda suka manis, boleh tambah sedikit lagi gula. Masak sekejap, matikan api & boleh dihidangkan.
** MA makan Acar Darat nie dengan nasi ketumbar, kalau nak tenguk resipinya ada DISINI.
Cara MA - Timun & lobak merah MA rendam sebentar dalam air kapor- kemudian bersihkan & toskan, ini untuk mendapatkan timun & lobak merah yang rangup.


Ini Acar Darat Timun  dah siap terhidang


Ini pula Nasi Ketumbar.....yang MA gandingkan 
makan dengan Acar Darat Timun...
& Rendang Ayam Minang resipinya DISINI


SUP TULANG SAMPOI .....HARI RAYA KURBAN

Assalamualaikum...dah lama jugak MA menyepikan diri.....huhuhu
Bukan dah merajuk atau sebagainya.....tidak sama sekali. Sebenor2nya, MA menyepi kerana my kamera cap ayam dah rosak ......terjatuh. Masak memang le masak hari2 .....tapi oleh sebab tak dapat ambil gambo, tak bermaknalah MA nak updatekan blog nie.....
Baru le hari nie MA cuba update ......dah dapat kamera baru, kamera dari H/P je.....
Kali nie MA, N3kan sup tulang yang My Hubby dapat tulangnya semasa Hari Raya Kurban tempohari......
Buat sikit je.....untuk MA & Si bungsu, teringin nak makan sup tulang......saperti biasa MA jarang buat sup tulang nie kerana My Hubby tak boleh makan......jadinya jarang sekalilah MA buatkan sup tulang & satnika yang bersangkut paut dengan daging nie.....
Senang je resipinya, MA pasti semua pun tahu buat resipi Sup Tulang yang sampoi nie......tapi demi rujukkan anak2 & menantu, MA catitkan jugak disini resipinya. Pada anak2 & adik2 yang baru nak membuat Sup tulang .......Mai kita tenguk resipi yang sampoi nie.........


SUP TULANG SAMPOI ....HARI RAYA KURBAN
Oleh : MA

Bahan-bahannya:
  • 2 batang tulang selangka lembu* - (*direbuskan dalam pressure cooker)
  • 2 biji ubi kentang - dibelah 2*
  • 2 ketul sup bundut
  • 5 biji bawang merah**
  • 2 biji bawang putih**
  • 2" halia**(** dihiris halus)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
  • 10 biji cili padi - diketuk (Pilihan jika suka pedas)
  • 1 kiub pati daging/ayam
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup & daun bawang
  • Sedikit bawang goreng (dibuat sendiri...lagi le sedap)
  • 2-3 biji limau kasturi (Pilihan jika suka masam)
Cara Membuatnya :
  1. Tulang selangka dipotong kecil2, dibersihkan & ditoskan.
  2. Masukkan tulang selangka bersama bahan-bahan lain, & masukkan juga air separuh daripada periuk/ sehingga hapuskan sedikit tulang tersebut.
  3. Masakkan tulang selangka bersama dengan ubi kentang, cili padi, sup bundut & bahan-bahan yang bertanda ** sehingga lebih kurang 25-30 minit, supaya daging tulang selangka lembut.
  4. Bila telah masak, matikan api & biarkan wap daripada pressure cooker keluar semuanya, baru boleh dibukakan tudung pressure cooker tersebut.
  5. Kacau sup tersebut, masukkan kiub pati daging & lada hitam. Biarkan dia menggelegak beberapa kali.
  6. Masukkan juga garam serta sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  7. Apabila sup telah masak, masukkan sup dalam mangkuk hidangan & taburkan bawang goreng,daun sup serta daun bawang.
  8. Sedia untuk dihidangkan, sekiranya suka masam sedikit, perahkan sebijik limau kasturi didalam mangkuk hidangan sup tadi.  



SUP TULANG SAMPOI.......HARI RAYA KURBAN
Dah pun siap terhidang
JEMPUT MAKAN...