CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 19, 2013

PINTU-PINTU MURAH REZEKI


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,
keluarga serta sahabat serta pengikut istiqamah
menurut Baginda sehingga kehari Kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...

Dalam soal rezeki, manusia hanya diminta untuk berusaha, berdoa & bertawakkal.
 Setiap manusia menghabiskan sebahagian besar dari waktu & umur untuk mencari rezeki.
 Berusaha mencari rezeki....apabila ikhlas niat & dilaksanakan
 mengikut jalan-jalan yang HALAL adalah ibadah kepada ALLAH.
Dalam mencari rezeki juga dapat menguatkan akidah seorang muslim,
 ALLAH SWT adalah pemberi rezeki.
 Salah satu nama ALLAH ialah ....AL-RAZZAK...iaitu pemberi rezeki.
 Banyak perkara didunia ini dipermudahkan olih ALLAH SWT untuk manusia, 
agar dipermudahkan dalam mencari rezeki. 
Olih itu jangan sampai kita lupa kepada ALLAH SWT,
 apabila kita mendapat nikmat daripadaNYA.

Sebagai manusia biasa...kadangkala keyakinan & pergantungan kita kurang kepada ALLAH.
Kita menganggap bahawa usaha-usaha kitalah penentu segala-galanya untuk mendapat rezeki.
Tetapi seorang mukmin berbedza pandangan & keyakinannya.
Ikhtiar & usahanya adalah dalam rangka ibadah...tetapi pergantungan
mutlak adalah kepada ALLAH SWT.
Jika dia memperolehi sedikit rezeki dia redha, dan menerima banyak
dia bersyukur kepada ALLAH SWT.

Apabila kita berbicara mengenai rezeki, ulamak telah ada menjelaskan
bahawa terdapat lapan (8) pintu-pintu murah rezeki. 
Jika kita faham & amalkan perkara-perkara tersebut, akan terbuka pintu-pintu rezeki, 
yang akan dibukakan olih ALLAH SWT
samada dari langit ataupun dari bumi.

PINTU-PINTU REZEKI TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT :

PERTAMA : JANGAN DERHAKA KEPADA KEDUA IBU & BAPA

Nabi SAW dalam satu peristiwa pernah ditanya olih seorang lelaki sebagaimana
hadis yang bermaksu : "Ya Rasulullah!!! ...siapakah yang berhak saya berbuat baik ???"
Jawab Rasulullah SAW : " Ibumu". Lelaki itu bertanya lagi : "Kemudian siapa lagi ??"
Ujar Baginda : "Ibumu" Lelaki itu bertanya sekali lagi...
"Kemudian siapa lagi ???" Jawab Baginda: "Ibumu"
Lelaki itu bertanya lagi : "Kemudian siapa lagi ???"
Baginda menjawab : " Bapamu" . (Muttafaqun alaih ).


Malah, dalam sebuah hadis lain dinyatakan : "Reda ALLAH bergantung kepada reda 
kedua ibubapa & murka ALLAH bergantung kepada murka dua-dua ibubapa"
( Hadis Riwayat Al-Hakim)

Jika seorang anak itu derhaka kepada kedua ibubapa atau salah satu
daripadanya, maka akan tertutup pintu rezeki & keberkatan.
Rezeki yang tidak berkat walaupun dapat banyak tetapi
cepat habis & sentiasa tidak mencukupi.


KEDUA : JANGAN BERGADUH DENGAN SAUDARA MARA & AHLI KELUARGA

Pergaduhan diantara adik beradik, diantara anak dengan ibubapa, anak saudara
dengan bapa saudara atau diantara mentua dengan menantu,
akan mengundang kemurkaan ALLAH SWT. 
Sesiapa yang mulakan dulu sengketa maka dia yang perlu
memulihkan semula.....

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Dari Al-Zuhri bahawa Rasullullah SAW bersabda ....
" Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silatulrahim" (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
" Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi 3 hari,
maka barang siapa yang tidak bertegur sapa lebih dari
3 hari, nescaya akan masuk neraka " (Riwayat Abu Daud : no 4914)

Adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk menjaga
hubungan silatulrahim dengan sebaik-baiknya.
Jangan disebabkan masalah kecil yang remeh- temeh menyebabkan
hubungan menjadi renggang atau retak.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : 
" Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak saudaranya"
( Hadis Riwayat Bukhari )


Mendoakan ibubapa juga menjadi penyebab mengalirnya rezeki, 
berdasarkan sabda Nabi SAW...
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
nescaya terputuslah rezeki (ALLAH SWT ) daripadanya."
( Hadis Riwayat Al-Hakim & ad-Dailami) 


KETIGA : BERUSAHA UNTUK MENUNAI FARDU HAJI /UMRAH

Menunaikan fardu haji ke Baitullah adalah menyempurnakan rukun islam yang ke 5,
bagi sesiapa yang berkemampuan dan mempunyai kuota dan terpilih.
Mereka yang berpeluang menjadi tetamu ALLAH SWT
adalah mereka yang terpilih disisi ALLLAH SWT,
olih itu mereka yang mempunyai peluang untuk menjejakkan kaki ketanah suci
cukup berharga & doa disana sungguh mustajab disisi ALLAH SWT.
Terbukti mereka yang mendapat haji mabrur sentiasa dimurahkan rezeki
olih ALLAH SWT & sentiasa didalam ketaatan kepada-Nya.
Bagi yang belum berkesempatan menunaikan haji maka
sekurang-kurangnya bolih memulakan dengan mengerjakan 
umrah sunat ke Baitullah.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
" Sesiapa menunaikan Haji kerana ALLAH SWT, & tidak dicemari dosa
& maksiat, dia akan kembali seperti hari pertama dia dilahirkan ".
( Hadis riwayat Bukhari )

Jika belum mendapat peluang mengerjakan haji tetapi berpeluang
menunaikan umrah maka tunaikanlah kerana banyak 
keberkatan & kebaikkan didalamnya.
Lebih baik mengerjakan umrah daripada menghabiskan wang 
dengan melancung keluar negara.


KEEMPAT : SENTIASA SOLAT DUHA

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang diantara kamu adalah sedekah.
Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah,
setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah,
mencegah kemungkaran itu juga sedekah.
dan semua itu cukup melakukan dua rakaat solat DUHA"
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata :
" Kekasihku (Rasulullah SAW ) telah memberi wasiat kepadaku,
untuk mengerjakan shaum ( puasa) tiga hari setiap bulan, 
solat Duha dua rakaat & solat witir sebelum saya tidur ".
( Hadis Riwayat Lima Imam Hadis )

Berkata Abu Murrah Ath-Tha'ifi r.a. bahawanya Nabi SAW telah bersabda :
ALLAH telah berfirman :
" Wahai anak Adam !!! Bersembahyanglah untuk AKU diawal pagi,
nescaya AKU akan mencukupimu di akhirnya ".
( Hadis Riwayat Ahmad )

Hadis Qudsi ini mengnjurkan kita menganjurkan kita mengerjakan
Solat Duha yang mana antara faedahnya, ALLAH SWT
memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan
 keduniaan manusia setiap hari termasuk 
rezeki untuk manusia.


KELIMA : JANGAN TIDUR SELEPAS SOLAT SUBUH

Ibn Qaiyim menambah " Tidur pada awal (lepas waktu subuh) &
akhir siang hari (hampir magrib) amat dikeji kerana ia akan
mewarisi penyakit kebengkakkan (muka akan kelihatan sembab & tidak bercahaya),
merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa,
melemahkan syahwat.
Sekeji-keji ialah ketika awal hari (ketika matahari terbit), &
terlebih keji lagi tidur diakhir siang hari (lepas asar).
Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu subuh,
maka dikatakan kepada anaknya :
" Bangun !!! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan ???".
Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanay Rasulullah SAW bersabda :
" Waktu subuh adalah sejak terbit fajar sehingga terbit matahari.
Apabila matahari terbit, berhentilah solat, 
kerana ia terbit antara dua tanduk syaitan".
(Hadis Riwayat Muslim)


KEENAM : SELALU BACA SURAH AL-WAQIAH
DIWAKTU MALAM SETIAP HARI & 
BERDOA SELEPAS BACA SURAH TERSEBUT.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
"Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiapa malam, dia tidak
 akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya".
(Hadis Riwayat Baihaqi dari ibnu Mas'ud r.a.)

Kekuatan surah Al-Waqiah juga ada dijelaskan dalam ayat
89 hingga 91. Firman ALLAH SWT yang bermaksud :
"Maka dia memperuhi ketenangan & rezeki serta syurga (yang penuh) kenikmatan.
Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan, maka....
"Salam bagimu (wahai) golongan kanan !!! (sambut malaikat)"
(Surah Al-Waqiah ayat 89-91)

Foto Bayi Perempuan Muslim
Foto Bayi Lucu Berjilbab

Rasulullah SAW bersabda :

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ



Maksudnya : "Surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah
kamu membacanya & ajarkanlah kepada anak-anak kamu"
(Hadis Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas : Kasyf al-Khafa')


KETUJUH : REZEKI ADA DALAM PERKAHWINAN

Dengan berkahwin, bukan saja rezeki kita menjadi berkat bahkan
ALLAH SWT akan buka pintu rezeki kita dengan 
seluas-luasnya kerana kita telah mengikut sunnah
& juga mendirikan separuh daripada ugama.

Firman ALLAH SWT maksudnya :
"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian diantara kamu &
orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu
yang lelaki & perempuan. Jika mereka miskin ALLAH SWT 
akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.
Dan ALLAH Maha Luas (PemberianNYA)
lagi Maha Mengetahui.
(Surah AN-NUUR Ayat 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung & bimbang
untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana 
belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun
tetap ada perasaan bimbang juga.
Sebahagian mereka tetap ragu akan nilai gajinya.
dalam fikiran mereka.....
"Apakah dengan gaji ini cukup untuk berkeluarga,
dengan gaji sekian ??? ".

Ayat tersebut merupakan jawapan untuk mereka yang ragu
untuk melangkah kealam perkahwinan kerana alasan ekonomi.
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam
masaalah ini adalah kesanggupan untuk  memberi nafkah, 
& terus bekerja mencari nafkah demi 
memenuhi  keperluan keluarga.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
" Ada 3 golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka,
iaitu seorang Mujahid Fi Sabilillah, seorang hamba yang 
menebus dirinya supaya merdeka & seseorang 
yang berkahwin kerana ingin memelihara kehurmatannya.  
(Hadis Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasaly, Tirmizi, 
Ibnu Majah Hadits no : 2518 & Hakim 2: 160)

Bagi siapa saja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya,
maka berhak mendapat pertolongan dari ALLAH
berdasarkan penegasan Rasulullah dalam Hadis ini.
Dan pertolongan ALLAH itu pasti datang.


KELAPAN : REZEKI ADA PADA ANAK

" Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah 
rezeki, dan rezeki anak itu juga akan diturunkan
kepada ibubapanya".


ALLAH berfirman :

وَلاَ تَقْتُلُوا أَوْلاَدَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاَقٍ ۖ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا

Maksudnya :
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan miskin,
KAMIlah yang memberi rezeki kepada mereka
dan juga kepada kamu".
(Surah AL-Isra ayat : 31)
Gambar Gambar Bayi Lucu
Keadaan ini berlaku dizaman Jahilliah dan menular kezaman moden ini.
Dalam kalangan mereka ada yang membunuh anak
kerana takut ditimpa kemiskinan, kerana apabila mereka 
mempunyai ramai anak maka kos pengeluaran
dan sara hidup akan menjadi bertambah tinggi.
Perkara ini akan menjadi satu bebanan yang besar, 
apatah lagi mereka hidup dikotaraya 
yang memerlukan banyak kos yang perlu
dibelanjakan.
Kejadian membunuh anak hari ini 
dapat kita baca diruangan akhbar & media massa.

Gambar Gambar Bayi Lucu
Sesungguhnya ayat diatas, adalah jaminan daripada 
ALLAH SWT, setiap anak yang dilahirkan 
telah dijamin rezeki daripada ALLAH SWT.

Marilah sama-sama kita fahami & hayati perkara-perkara diatas
untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT &
 menjauhkan amalan-amalan yang boleh menjadi penyebab 
terhalangnya rezeki dari ALLAH SWT.
Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tapi
rezeki itu merangkumi keseluruhan kehidupan kita iaitu
mendapat keberkatan, ketenangan, kebahagiaan
& keselamatan daripada musibah & bencana.

Sumber : www.facebook.com/Surau TBR
Gambar : Ikhsan Cik Google