CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 4, 2013

APAM SERI AYU

Selamat petang semua.......petang-petang begini anda bersarapan ape.....
Maafkan MA kerana telah dua hari dah tak bersiaran, bukan ape-ape just kerana MA terlalulah sebuk dengan tempahan-tempahan.........badan pun kini rasanya dah mamai, apa tidaknya dah tak cukup tido  kerana dok menyiapkan tempahan. Orang dah bagi kepercayaan kepada kita.......jadi by hook by crook pastilah kita terpaksa melaksanakan kepercayaan mereka.........
MA hari nie buat apam seri ayu, untuk tempahan dan sudah tentu lah MA tumpang sekaki juga bagi menyediakan juadah petang untuk keluarga.........
Apam nie selalu juga MA buat, kerana keterer selalu request untuk apam nie...... Apam nie bukan saje sedap malah rupenya pun cantik jika di hidangkan, apatah lagi baunya pun harum dengan wangi pandan yang semerbak baunya......
MA memang suka membuat kuih -muih melayu nie, kuih-kuih melayu nie kita mesti selalu praktikkan.....jika kita tidak membuatnya terlalu lama, maka skill untuk membuatnya pun dah kureng, ape tah lagi kalau kuih- kuih talam, kalau dah lama tak membuatnya........ macam-macam le halnya terjadi pada kuih itu....... terkadang keras .....terkadang lembik, Pada hal bukan kita tak pernah membuat kuih-kuih tu....... Ape tah lagi jika gunakan sukatan cawan, sbb itu le MA lebih selesa menggunakan sukatan matrik........
Pada anda yang berminat dengan kuih nie.......mai kita cuba buat sendiri, tapi yang paling utama anda mesti mempunyai acuan untuk buat apam nie.......
Resepi nie dah lama MA simpan, dah jadi resepi warisan, tuan resepi asalnya pun MA dah tak tau dah.......daripada siapa MA dapat resepi nie pun MA dah tak ingat.........Wbp MA selalu gunakan resepi nie kalau MA nak buat apam seri ayu ni........ 
Ok le.......mari kita intai-intai resepinya.......



APAM SERI AYU

Bahan-bahannya: (dapat 28 biji)

2 biji telur gred AA
160g tepung gandum (1 cawan)
120g gula pasir (1/2 cawan)
105ml santan ( kalau nak wangi di blander dgn 4-5 helai daun pandan)
1/2 sudu teh ovellet
Sedikit pewarna hijau

Bahan Untuk Kelapa di gaul rata:

1 cawan kelapa parut ( ambil yang putih sahaja)
1 sudu besar tepung jagung/ ubi
1/4 sudu kecil garam

Cara Membuatnya:

  1. Sapukan acuan kuih seri ayu dengan sedikit minyak masak. (Acuan mesti di bubuh minyak supaya apam tak melekat), kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat dan ketepikan.
  2. Panaskan air kukusan dengan api yang sederhana sementara sediakan adunan.
  3. Pukul gula & ovallet hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga  kembang /pekat.
  4. Bancuhkan santan yang di blander dgn daun pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau & kacau rata /sebatikan.
  5. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis (bermula & berakhir dengan tepung). Gaul hingga rata.
  6. Sudukan adunan ke dalam acuan yang berisi dengan kelapa tadi. Setelah siap semuanya, kukuslah dengan api sederhana selama 15 -20 minit.
  7. Angkat sejukkan dan keluarkan apam daripada acuan. Boleh le di hidangkan.




TIP APAM LEBIH KEMBANG:
  • Untuk merekahkan apam, api mesti besar......apam polkadot api besar pun ia takkan merekah cuma membukit tinggi je.
  • Rahsia nak bagi apam nie lembut - putar telur, gula & ovallet lama sikit.
  • Kuih nie bergantung pada ovellet, kalau ovellet ok, menjagilah kuihnya. Selalu guna ovellet jenama MERIAH - ada di jual kat pasaraya.....
TIP UNTUK TAHAN LAMA KELAPA PARUT:
  • Gaulkan kelapa parut bersama garam & kukuskan dahulu selama 10 minit.