CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 31, 2014

ISI IKAN SENANGIN MASAK KICAP PEDAS

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Hari nie MA masak sampoi jerr.... isi ikan senangin masak kicap pedas. Hanya masak untuk 2 potong jerr isi ikannya....kerana rancangan asalnya malam nanti nak pergi JJCM. Oleh kerana itu lah MA msk sikit jerr utk lunch hari nie. Masak kicap pedas nie MA gandingkan dengan sambal tumis sotong. Sedap pulak tuu....dah lama xmkn, bertamboh- tamboh nasinya.
Berbalik pada resipi asalnya  MA perolehi daripada sumber inspirasi, resipi kombinasi  antara Aziejaya blogspot dan blogger yg sentiasa meletop....siapa lg...kalau bukan CMG kita. Terima kasih kepada kedua-duanya, kerana sudi berkongsi resipi yang sampoi nie
Wbp pun resipi yang  MA titipkan disini telah di olah mengikut citarasa MA....
Jom kita tgk resipi nya.....


ISI IKAN SENANGIN MASAK KICAP PEDAS
Oleh : MA

Bahan_bahan :
  • 2 potong isi ikan senangin
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1" halia*(*di kisar halus)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 12 biji cili padi - di belah tengah jgn putus
  • 1 biji  bawang besar - di hiris bulat
  • 1/4 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Gula
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Sedikit Cuka
  • Sedikit serbuk pati ayam (pilihan)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang (untuk menumis)
Caranya :
  1. Isi ikan dibersihkan serta ditoskan, gaulkan dengan garam dan kunyit . Ketepikan sebentar.
  2. Gorengkan ikan sahingga gareng. Ketepikan
  3. Tumis bahan penumis dan bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan pula cili kisar dan gorengkan lagi sa hingga gareng.
  4. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap.
  5. Masak hingga mendidih, jika terlalu kering tambahkan dengan sedikit air dan kacau hingga kelihatan pekat sedikit.
  6. Masukkan bawang besar bersama cili padi dan kacau sebentar sehingga bawang layu.
  7. Masukkan juga gula, cuka dan perasakan dengan sedikit serbuk pati ayam. Masukkan juga lada hitam yg telah ditumbuk kasar.
  8. Bia telah berpuas hati dengan rasanya, barulah masukkan isi ikan yang telah  di gorengkan tadi. Kacau sahingga ikan bersalut dan sebati. Matikan api.
  9. Angkat dan boleh lah dihidangkan panas2 dengan nasi.
Isi ikan senangin masak kicap pedas
Masakkan sampoii ...tapi sedappp

Friday, October 24, 2014

AISKRIM ...ummpphhh sedappp nyaaa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sudah lama juga MA menyimpan resipi nie...dan pernah juga membuatnya beberapa kali sebelum MA aktif berblog lagi ....tapi sekarang dah terlalu lama sekali MA tak membuatnya....
Hari nie MA nak kongsikan resipi aiskrim yang memang terbukti sedapp...
MA suka resipi aiskrim nie, kerana tak menggunakan ovellett...sepanjang pencarian MA diblog...kebanyakkannya resipi aiskrim pasti menggunakan ovellett ........
Resipi asal aiskrim ini,  daripada Puan Asiah Samsudin yang MA perolehi daripada keratan majalah Jelita December 1992.
Aiskrim kali nie bukan MA yang membuatnya...tapi sibungsu.
Sibungsu memang rajin menolong MA dalam mencuba berbagai resipi masakkan....
Dia memang boleh MA harapkan .....
Resipi kali ini....aiskrimnya dibuat mengikut daya kreatif sibungsu....
Aiskrim yang ini ...sibungsu olahkan rasanya dengan membubuh coklat emalco dan menabur serbuk biskut oreo di atas aiskrim tuuu...serta dilapiskan dengan Syrup Hershey's
Rasanya memang marbeles....
Jom kita tenguk resipinya....



AISKRIM
Sumber: Majalah Jelita December 1992

Bahan-bahannya:
  • 2 cawan Coffee Mate
  • 2 cawan susu segar
  • 56.7g gula halus
  • Perasa mengikut suka
Cara Membuatnya :
  1. Satukan Coffee Mate, susu segar dan gula halus.
  2. Kacau rata, kemudian masukkan kedalam peti sejuk 4 jam.
  3. Keluarkan dari peti sejuk dan masukkan kedalam bekas pengadun elektrik. Putar 10 minit.
  4. Masukkan perasa mengikut suka. Putar sebati 5 minit lagi.
  5. Ratakan aiskrim menggunakan senduk plastik.
  6. Masukkan aiskrim kedalam bekas kecil2 dan simpan ditempat pembeku peti ais.
PANDUAN:
  • Pastikan cawan sukatan yang digunakan 250g. Sukatan ini boleh menghasilkan 1 liter aiskrim.
  • Jika menggunakan pengadun besar, masa memutar...10 minit; 20 minit bagi pengadun kecil kerana terpaksa berhenti2. Jika tidak pengadun menjadi terlalu panas.
  • Selepas itu masukkan perasa atau buah2an mengikut pilihan.
  • Masa memutar menentukan halus atau kasar aiskrim. Jika ingin halus, lamakan masa memutarnya dan sebaliknya.
  • Aiskrim ini boleh diperbagaikan mengikut daya kreatif sesaorang.
Aiskrim...kombinasi serbuk oreo dan Syrup Hershey's
MEMANGGG  TERBAIK...!!!!

Thursday, October 23, 2014

RESIPI ORANGE POUND CAKE ...yang sungguh sedappp

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Selamat pagi semua pengunjung setia blog nie...hari nie MA nak abadikan pula resipi kek orange yang memang sedap sekali...lembut dan gebu serta harum dengan aroma orangenya...
Memang MA berpuas hati ngan resipi nie....
My Hubby memang lerr peminat tegar kek orange...apatah lagi kalau kek orange yang MA buatkan mengikut resipi nie....
Selalunya kalau MA nak buat kek orange...pastinya resipi nie yang menjadi pilihan...
Ini dah kali keberapa dah MA buatkan kek orange mengikut resipi nie...untuk itu sebagai rujukkan dimasa akan datang makanya MA abadikan disini resipinya...semoga senang untuk MA dan anak2....Terima kasih pada Chef tersohor kita yg sudi berkongsi resipi yg sungguh marbeles nie...
Terima kasih juga pada Cik Mat Gebu sebagai sumber rujukkan resipi nie....
Okey ....mai kita sama-sama buat kek orange mengikut resipi nie...pastinya kek akan menjadi sangat gebu dan lembut sekali...cubalah kalau ingin menikmati keenakkan nya......
Jomm kita layan resipinya.......


RESIPI ORANGE POUND CAKE
Resipi asal : Chef Wan
Sumber: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :
  • 225g mentega/ majerin (MA guna 250g)
  • 1 1/2 cawan gula halus (MA guna 1 1/4 cawan jerr...utk kurangkan kemanisannya)
  • 4 biji telur gred A (di asingkan putih & kuning)
  • 2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) -di ayak
  • 2 biji oren- diparut kulit & diperahkan jusnya
CARANYA:
  1. Pukul mentega/ majerin dengan gula hingga kembang atau hingga gula hancur. Masukkan parutan kulit orange, terus memukul.
  2. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga habis. Terus memukul hingga gebu.
  3. Masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit berselang  seli dengan jus orange tadi. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  4. Dalam bekas lain pukul putih telur hingga kembang dan pekat. Kaupkan putih telur kedalam adunan kek sambil digaul sehala hingga sebati. ( jangan terlalu gaul -dikuatiri kek akan bantat).
  5. Tuang adunan kedalam tin kek yg telah disapu mentega dan dialas kertas minyak pada dasar tin. Bakar dalam oven yg terlebih dahulu dipanaskan pada suhu 175'C selama 40 minit. Suhu bergantung pada oven masing-masing.
  6. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan. Sesuai untuk minum petang.

Orange Pound Cake
Mai kita dok pakat2 buat.....
Rasalah keenakkannya...pasti anda terpikat

Wednesday, October 22, 2014

PUDING SAGU GULA MELAKA....YANG MEMANG SEDAP

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Alahaii...dah lama jugak MA tak bersiaran.....entah kenaper lerr mood untuk menulis terlalulah merudum sejak di akhir ini. Entah mana lerr larinya....jenoh jagaklah MA dok mencarinya...
Dapur dirumah tetaplah berasap...tapi entah kenaper....dapur disini pulak asyikkan xsempat nak N3kan juadah-juadah yang dibuat....
Kadang kala tuu...bila mood mendatang....line internet pula buat hal....slownya macam jalan si kura-kura...itu lah yg membuatkan mood nie merundum sekali....apatah lagi bila nak edit gambar....loo ini lah problem besarnya...letih menunggu line-clear.... huhuhu
Agaknya laptop MA ada masalah kut....!!!!
Wbp terima kasih lerr pada pengunjung yang masih setia dan sudi bertandang ke blog nie....tahniah juga pada anda diatas kesabaran menunggu kemuculan tuan rumah yang sekejap ada dan sekejap xderr nie.....macam biskut cipmore.....hihihi
Okey lerr hari nie MA nak N3 resipi yang memang sedappp...agaknya ramai dah pun merasai dan pernah mencuba resipi nie...Namun bagitu untuk rujukkan MA dan anak-anak .....resipi nie MA abadikan disini....
Sepatutnya minggu lepas lagi MA dah postkannya ....tapi memandangkan line terlalu slow....terpaksalah ditundakan.....alhamdulillah hari ini berjaya jugak tertunainya  hajat ini....


PUDING SAGU GULA MELAKA
Sumber : Rahel Blogspot.com
Disediakan oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 300g biji sagu warna putih
  • 2 liter air
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau (MA bubuh 1sudu teh)
  • 2 helai daun pandan (kisar dan tapis jusnya)
  • 2 helai simpulan daun pandan (MA tambah) 
Sirup Gula Melaka :
  • 1 ketul gula Melaka ( potong kecil-kecil) 
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan

    (Masak gula hingga larut dan pekat, tapiskan dan sejukkan)
Kuah Santan: 
  • 1 cawan pati santan ( boleh diganti dengan susu sejat)
  • 1/2 sudu teh garam

    (Campurkan semua bahan diatas dan panaskan diatas api hingga mendidih)
Cara Menyedia :
  1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
  2. Masak sagu hingga menjadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2-3 minit.
  3. Angkat sagu tadi dan toskan serta cucikan bawah air mengalir untuk membuangkan kanjinya.
  4. Toskan dan isikan dalam acuan / mangkuk pilihan.
  5. Simpankan dulu dalam peti sejuk 1 1/2 jam.
Cara Hidang :
Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil. Tuangkan sedikit air gula Melaka dan sedikit santan atau susu sejat. Sedap dimakan sejuk.

Nota : 
* 3 bancuhan boleh dapat 68 biji sekiranya dibubuh dalam bekas plastik kecil.
* Puding sagu kali ini MA masukkan di atasnya sedikit jagung berkrim...umpphh sedapp                        tuu.....terbaikk..cuba lerr
* Terima kasih banyak-banyak kepada penyumbang resipi.


Puding Sagu Gula Melaka
pastinya sedappp bila dimakan sejuk2