CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 28, 2013

NASI AYAM BLACK PAPER SIMPLE

Assalamualaikum....hari nie MA catitkan disini resipi Nasi Ayam Black Paper Simple...
Bagi rujukkan MA & anak-anak dimasa akan datang.....
Baru-baru nie MA pergi ke Pasaraya Maidin Meru untuk membeli barang-barang keperluan dapur....kebetulan balik pun dah lewat .Jadinya MA pun buatkan je Nasi Ayam Black Paper Simple nie untuk juadah tengahari kami.....
Kebetulan masa di Maidin Meru tadi MA ada belikan seekor ayam panggang..... sebab itu lah MA buatkan nasi ayam nie.....senang ayam pun dah ada, tak payah susah-susah untuk mengoreng atau memanggang ayam lagi.....
Hanya yang MA buatkan cuma sup ayam dan kuah cili serta black paper sauce atas pemintaan si bungsu.
Bagi anda yang suka masakkan simple .......mai kita cuba buat masakkan nie, masakkan yang paling simple dan sekejap je penyediaannya.......


NASI AYAM SIMPLE 
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam yang siap dipanggang (beli dikedai Ayamas atau pasaraya je)

Untuk Nasinya :

3 cawan beras basmati (MA guna Basmati Jasmin King)
3 1/2 cawan air ( 1 cawan air rebusan tulang ayam yang dibuat sup + 2 1/2 cawan air biasa)
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1" halia* (* bahan ini diblender bersama)
1 batang serai - dititik
1 sudu besar susu pekat manis
2 ketul kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit kunyit
3 sudu besar mentega

Cara Membuatnya:
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan mentega dalam periuk, bila sudah cair masukkan bahan yang diblander tadi bersama dengan serai yang telah dititik, kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan air, susu pekat, kiub ayam, garam serta sedikit kunyit. Kacau sebatikan & tunggu hingga mendidih.
  4. Sementara itu beras yang telah bersih tadi masukkan kedalam rice cooker, bila air telah mendidih tuangkan kedalam rice cooker yang berisi beras tadi, kemudian taburkan sedikit kunyit kedalam nasi ayam tadi untuk menaikkan seri warna nasi ayam.
  5. Masaklah seperti nasi biasa, apabila nasi telah elok masak, karehkan nasi dengan garpu atau chop stick, bagi mengelakkan nasi pecah...
  6. Apabila nasi telah masak, bolehlah dihidangkan dengan menaburkan diatas nasi itu daun sup & daun bawang serta bawang goreng sebagai hiasan.
PENYEDIAAN SUP :
Saperti biasa cuma rebuskan tulang ayam sedikit, masukkan kiub ayam, garam & sesuaikan rasanya.
Bila nak dihidangkan taburkan dengan daun sup & daun bawang yang telah dihiris halus.


Nasi Ayam Simple dah terhidang
Jom...kita makan...


SOS PEDAS
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

4 ulas bawang putih
4 biji cili merah
6 biji cili padi 
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili
Sedikit air sup & garam

Cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan tersebut diatas kedalam blander & kisarkan sehingga halus.
  2. Masakkan bahan-bahan sos ini sehingga sedikit pekat jika suka.
  3. Boleh juga sos ini, di makan tanpa di masak, terpulang pada citarasa masing-masing. 

SOS BLACK PAPER ....paling senang.

Bahan-bahannya :

2 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
2 kiub pati ayam
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Lada hitam yang telah diblander - agak-agak je, jangan banyak sangat.
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
Planta / buttercup
Sedikit air
Sedikit tepung gandum

Cara Membuatnya :
  1. Panaskan & cairkan planta/ buttercup dahulu
  2. Masukkan bawang besar & putih, gaul rata sehingga naik bau
  3. Masukkan kiub ayam & lada hitam
  4. Masukkan juga sos cili & sos tomato, sos tiram, kicap cair serta sedikit air
  5. Seandainya sos cair , blanderkan sedikit tepung gandum bersama sedikit air & masukkan dalam sos tadi. Gaul rata.....takperlu letak ajinomoto, garam & gula.
  6. Biarkan sos masak sebentar di atas api & hidangkan.

Nasi Ayam Black Paper

Catittan :
Sos pedas & sos black paper, boleh juga dibuat salah satu sahaja untuk dimakan dengan nasi ayam.
Tak perlu dibuat kedua-duanya......tapi hari ini MA terlebih rajin, maka MA buat kedua-duanya....



Tuesday, September 24, 2013

LALA GORENG BERCILI......kegemaranku

Assalamualaikum.....salam sejahtera & ceria....
Tengahari semalam MA masakkan Lala Goreng Bercili untuk lunch kami. Lala nie dah lama MA teringin nak buat tapi tertangguh-tangguh je.....almaklum My Hubby  tak boleh makan seafood....
Biasalah kalau MA buat pasti My Hubby pun ikut le makan sama......lepas tu telan ubatlah, apa lagi.....
Sbb tu le sejak akhir-akhir nie MA pun dah tak tahu nak masak apa dah......banyak dah yang tak boleh dimakan dirumah nie....
Umur dah meningkat....banyak yang mesti dipantangkan.....huhuhu
Wbp MA kadang-kadang tu, teringin jugak nak tukar selera, jadinya buatkan jugak le larangan pantang nie.
Lala nie MA selalu masak saperti ini, selalunya MA campurkan dengan pucuk paku/ kacang panjang je......tapi hari nie MA terlupa pulak membelikan bahan-bahan perencahnya, jadinya MA masakkan lala sendirian je lah.....
Jom kita tenguk resipi yang simple nie.......


LALA GORENG BERCILI 
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

1 kg Lala
3 biji cili merah*
4 biji cili padi*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
Sedikit belacan*(* bahan ini dikisar halus)
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai - diketuk
Garam /gula/ perasa pilihan
Sedikit minyak untuk menumis

Cara :
  1. Bersihkan lala & toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali & tumiskan bahan-bahan kisar beserta dengan serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, kacau sebatikan.
  4. Kemudian masukkan garam, gula dan perasa pilihan. Kacau sebatikan & sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  5. Masukkan lala, kacau sebatikan. Masaklah lala itu sehingga elok masak anggaran 10 minit. Lala akan mengeluarkan air, sesuaikan kepekatannya. Sekiranya suka air banyak, maka bolehlah ditambahkan dengan air sedikit lagi.
  6. Apabila sudah masak, bolehlah dihidangkan.


Lala...kegemaranku

Monday, September 23, 2013

ACAR TIMUN BEREMPAH

Assalamualaikum.....salam sejahtera kepada pengunjung blog MA.......semoga kita semua didalam peliharaan ALLAH...Aminnn
Hari Ahad semalam MA ada buatkan Acar Timun Berempah bagi digandingkan dengan Nasi Minyak bersama Kurma Ayam.
MA memang suka dengan citarasa Acar Timun Berempah nie. Bila dimakan Acar nie Krap...Krop...Krap... Krop, bunyinya dek kerana mengunyah timun & lobak merah yang rangup tu.
Acar Timun Berempah nie memang sesuai dimakan bersama nasi yang berperisa.
Bagi anda yang ingin mencubanya , mai kita tenguk resipinya.....
Resipi nie MA salinkan daripada rumah Amie....terima kasih pada Amie kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.....


ACAR TIMUN BEREMPAH 
Resipi : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono
Sumber : Amie's Little Kitchen
Oleh : MA

Bahan A :

2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 "
1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 "
2 sudu besar rempah kari (MA guna kari daging)
2 sudu besar minyak

Bahan B untuk dikisar :

5 tangkai lada kering
1 sudu besar udang kering
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Bahan C :

2 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar biji sawi
2 sudu besar cuka - MA tambah
Rempah penumis : bunga lawang, bunga cengkih & kulit kayu manis

Cara Membuatnya :

  1. Rendam timun & lobak merah bersama air kapur & garam. Kemudian cuci hingga bersih.
  2. Perap timun & lobak merah tadi dengan garam & gula. Kemudian toskan.
  3. Tumis kesemua bahan B hingga terbit minyak.
  4. Masukkan rempah kari & gaul rata.
  5. Masukkan kesemua bahan C, & kacau hingga pekat.
  6. Masukkan timun & lobak merah. Gaul hingga timun & lobak merah mesra dengan rempah.

Acar Timun Berempah yang mengancam....




KURMA AYAM ....yang mengancam

Baru pagi Ahad semalam MA ternampak resipi kurma daging dirumah Amie....terpikat MA dengan kurma yang Amie tayangkankan , jadinya MA terpanggil untuk buatkan kurma nie mengikut resipi Amie. Penghuni rumah nie memang suka sangat dengan masakkan kurma nie.....
Terima kasih pada Amie & MIL adik perempuan Amie, Puan Che Jah kerana sudi berkongsi versi kurma daging yang mengancam  nie..... Pada kawan-kawan yang nak melihat resipi kurma daging dari Amie boleh le pergi ke SINI. Dilampiran nie MA salinkan semula resipi kurma tu untuk rujukkan MA....
Ada perubahan sedikit disana sini....harap Amie dapat memaafkan........
Seperti biasalah kurma nie MA masakkan dengan ayam sahaja kerana My Hubby tak boleh makan daging.... Okeyle mai kita tenguk resipinya...


KURMA DAGING /AYAM
Sumber: Amie's Little Kitchen
Oleh : MA

Bahan-bahnnya:

1 kg daging (MA guna ayam)
3 biji kentang - dibelah 2
3 sudu makan rempah kurma
200ml santan
Segengam daun pudina
3 biji cili hijau - dibelah 2
1 biji limau nipis - diambil jusnya
Sedikit minyak dicampur dengan minyak sapi/mentega/ majerine
3 cawan air
garam/gula/ perasa pilihan
1 sudu besar stok pekat pati ayam maggie - MA tambah

Bahan-bahan tumbuk halus /kisar :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
Sejemput jintan manis - 1/2 sudu makan - MA guna serbuk
Sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan - MA guna serbuk

Rempah untuk menumis :

Sejemput buah pelaga - 3-4 biji
1 batang kulit kayu manis - 3cm
Bunga cengkih - 3-4 kuntum
2 kuntum bunga lawang

Cara Membuatnya :
  1. Rebus daging (ayam) bersama rempah kurma hingga lembut - Amie rebus dengan api sederhana hingga kuah pekat.
  2. Tumis rempah tumis & bahan kisar hingga wangi. 
  3. Masukkan daging (ayam) bersama kentang , masak hingga kentang empuk. MA rebuskan kentang dahulu hingga empok, ketepikan.
  4. Tambah santan & biarkan kuah agak pekat.
  5. Masukkan garam/gula /perasa pilihan, stok pekat pati ayam, cili hijau & daun pudina.
  6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
  7. Sebelum kurma daging (ayam) diangkat, perahkan jus limau diatasnya.

Nie dia Kurma Ayam dah pun terhidang...
Lembut dagingnya dengan harum bau daun pudina
Pasti membuka selera.....


NASI MINYAK

Pagi semalam  MA buatkan Nasi Minyak versi berempah . Masa MA skodeng dirumah Amie, terpikat MA pada Nasi Minyak yang Amie tayangkan yang resipinya lain daripada Nasi Minyak yang biasa kita buat. Jadinya kebetulan hari nie Ahad, selalunya dihujung-hujung minggu nie MA sering buat nasi berperisa untuk hidangan keluarga.....
Oleh yang demikian MA cubalah membuatnya mengikut resipi Amie.....
Terima kasih pada Amie yang sering mengenengahkan resipi-resipi tradisional....
Kata Amie masakkan ini diambil daripada : Masakkan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono 
Setelah dicuba memasaknya ....memang sedap. MA sekeluarga memang suka dengan resipi Nasi Minyak nie..... kerana Nasi Minyak versi nie menggunakan rempah beriani......
Apatah lagi bila MA buatkan Nasi Minyak nie dengan beras Basmati Jasmine King.....
Looo sedaapp tu.....lembut sekali nasinya.....
MA rasa pasti ada siaran ulangannya lagi......My Hubby & Si bungsu memang suka sekali dengan versi Nasi Minyak nie, apatah lagi MA gandingkan Nasi Minyak nie dengan Kurma & Acar Timun Berempah, juga MA ambil dirumah Amie juga daripada versi Masakkan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono.....serta MIL adek perempuan Amie.....Che Jah,
Tanpa melengahkan masa......mai kita tengok resipinya yang MA salinkan semula disini bagi rujukan MA & anak-anak dimasa akan datang.......



NASI MINYAK 
Resepi : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono
Sumber : Amie's Little Kitchen
Oleh : MA

Bahan A :

3 mangkuk beras (MA guna beras Basmati Jasmine King)

Bahan B :

1 batang serai - diketuk
2 healai daun pandan
3 1/2 mangkuk air

Bahan C :

2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerine
Rempah penumis - Kayu manis, cengkih, bunga lawang
4cm halia *
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah* (*Bahan ini dikisar)
2 sudu besar rempah beriani

Bahan D :

2 sudu besar air mawar (MA tak guna pun)
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
Garam secukup rasa
1 biji limau nipis - diambil jusnya
Sedikit pewarna kuning - MA tambah

Cara Membuatnya :

  1. Rebus bahan B dalam periuk nasi. MA rebus dalam kuali je.
  2. Panaskan minyak sapi & majerine, kemudian tumis rempah penumis dahulu hingga naik bau & masukkan bahan-bahan kisar hingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah beriani & beras. Gaul beras sehingga berkilat & kemudian matikan api. Kemudian MA tuangkan kedalam rice cooker.Ketepikan sementara menanti bahan B+D mendidih.
  4. Masukkan kesemua Bahan D kedalam air rebusan Bahan B tadi.
  5. Setelah air mendidih, masukkan kedalam beras & kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan jus limau nipis, kacau lagi & tutup periuk.
  7. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air didalam periuk rice cooker kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk & perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak & bolehlah dihidangkan. Bila nasi masak MA buatkan lubang-lubang kecil & tuangkan pewarna kuning dimerata tempat dinasi. Biarkan nasi masak sebentar barulah di karehkan nasi. Kareh menggunakan cop stick supaya nasi tak pecah.
  8. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng atasnya. 

Seperti kebiasaannya, Amie masak Nasi Minyak cara kukus. Dan untuk resipi Nasi Minyak ini, Amie tambah herba saffron.



Nasi Minyak dah terhidang
apa lagi, mai kita makan...



Friday, September 20, 2013

TAZKIRAH RINGKAS PAGI JUMAAT- 2

Assalamualaikum.....Salam Jumaat semua, selamat pagi semoga kita semua dirahmati ALLAH...
Bersama ini MA ingin kongsikan sedikit ilmu semoga dapat dijadikan pedoman untuk kita bagi meneruskan kehidupan ini......maafkan MA sekiranya apa yang MA kongsikan ini menyalahi daripada hukum hakamnya.....MA juga terlalu daif, hanya mendapatkan daripada sumber-sumber blog yang MA layari........Wbp terima kasih pada sahabat yang sudi berkongsi ilmu.

Masjid Kristal
Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya hari-hari kamu yang paling afdal ialah hari JUMAAT. Pada hari tersebut, NABI ADAM dijadikan dan diwafatkan oleh ALLAH. Pada hari tersebut juga akan berlaku KIAMAT. Perbanyakkanlah selawat keatasku pada hari itu. Sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan langsung disampaikan kepadaku. Sesungguhnya ALLAH telah mengharamkan bumi daripada memakan jasad para NABI"(Hadis Riwayat Ahmad)


Doa Memotong Kuku

CARA MEMOTONG KUKU JARI TANGAN & KAKI

Bilakah sunat memotong kuku???
Disunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis & Jumaat.
Setelah selesai disunatkan membasuh jari.
Disunatkan memotong kuku jari tangan terlebih dahulu, 
sebelum kuku jari kaki.





Cara memotong jari kaki
Sebagaimana diajar oleh Imam Nawawi didalam
Syarah Sohih Muslim, satelah selesai potong
kuku jari tangan barulah potong kuku 
jari kaki

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi SAW biasa memotong kuku & menggunting misai sebelum keluar untuk solat jumaat.


Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Siapa yang membaca surah ALI IMRAN pada hari Jumaat, maka akan didoakan oleh malaikat sehingga malamnya."

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesiapa membaca pada hari Jumaat sebelum solat subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilait' 3 kali. Nescaya ALLAH akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih dilaut."

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi SAW bersabda :
Jangan kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan satu hari sebelumnya atau sesudahya.

KUMPULAN GAMBAR-GAMBAR  DOA FOTO ORANG BERDOA

Pada hari Jumaat dijadikan ada satu saat mustajab :
Tiada seseorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Sumber : tazkirah jumaat 
              tazkirahs.blogspot.com
              muhdhazrie.wordpress.com


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik......ada sangkaan buruk

Orang beribadat disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

mana tahu.....
yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH
mana tahu.....
yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu.....
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu.....
yang menawan itu kerana bersih hati & mindanya
mana tahu.....
yang ceria itu kerana cergas cedasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya
kayu dimakan api.....
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan
yang boleh kita buat.
Semua bergantung bagaimana kita melihatnya.....

SENTIASALAH BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG 
SEKELILING & SENTIASA MEMAAFKAN ORANG LAIN.....


Gambar : Ikhsan Cik Google

Wednesday, September 18, 2013

PUDING KEK MARBLE 2

Salam......selamat pagi semua, agak lama juga MA menyepikan diri.....bukan apa telalu bz dengan tempahan......jadinya MA tak berkesempatan nak mengadap ladtop nie......
Wbp pagi nie MA luangkan masa sebentar untuk N3kan resipi yang tertunggak nie.....sebelum meneruskan kerja-kerja rumah yang lainnya, & sebentar lagi MA juga akan keluar kepasar serta menguruskan urusan yang lainnya pula.
Okeylah untuk tidak melengahkan masa mai kita tenguk resipi yang MA sertakan ini....Puding nie memang selalu MA terima tempahan....
Sebelum nie pun MA ada sertakan resipi puding nie....tapi ada kelainan sikit daripada versi ini....tapi kedua-duanya tetap sedapppp.......
Kepada anda yang ingin mencubanya....dipersilakan....
Jom kita tenguk resipinya....


PUDING KEK MARBLE  2
Oleh :MA

Bahan-bahannya : (Acuan 13"x 13")
Lapisan Bawah :

2 bungkus kek marble /sebarang kek berperisa
22g serbuk agar-agar
4 1/4 cawan air
4 1/4 cawan susu segar
1 3/4 cawan gula pasir
127g tepung kastad
4 biji telur gred A
5 1/2 sudu besar mentega
3/4 sudu kecil garam
2 sudu kecil essen vanila
2 sudu kecil koko emalco/milo

Lapisan Atas :

6g serbuk agar-agar
150g gula pasir
675ml air
Coklat rice - untuk ditaburkan dilapisan atas

Cara Membuatnya :
  1. Susunkan kek yang telah dipotong nipis didalam dulang. Ketepikan.
  2. Masak serbuk agar-agar, gula, garam & air hingga mendidih.
  3. Bancuhkan tepung kastad, essen vanila dengan susu & telur - sebatikan. Kemudian tuangkan kedalam adunan agar-agar mendidih. Masak hingga mendidih sedikit. Masukkan mentega & kacau hingga sebati & larut.
  4. Bila sudah masak & mendidih tutupkan api.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dibubuh coklat emalco/milo & satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal. (Untuk adunan coklat emalco gunakan 1/4 adunan sahaja).
  6. Tuangkan adunan coklat emalco/milo berselang-seli dengan adunan kosong untuk mendapatkan marble & corak yang di sukai diatas lapisan kek tadi. 
  7. LAPISAN ATAS : Campurkan semua bahan-bahan kecuali coklat rice, masakkan sehingga adunan mendidih, kacau sebatikan.
  8. Tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah yang berada didalam loyang tadi yang masih panas, taburkan dengan coklat rice,
  9. Biarkan sejuk & bolehlah dipotong serta dihidangkan.
UPDATE :
**Untuk yang menggunakan milo, pastikan bancuhkan sedikit milo dengan air panas suam, supaya ia tak bergentel.




Inilah rupa keratan dalam 
Puding Kek Marble
Lapisan bawahnya kek & lapisan atas 
kastad marble.
Sedaappp...Cubalah, pasti tak mengecewakan....


Friday, September 13, 2013

MUSHROOM SOUP.....makan panas-panas, sedaapp

Assalamualaikum.....selamat tengahari. kali nie MA nak N3kan Mushroom Soup pula, yang MA buat dengan Garlic Bread kemarin...
Memang sedap Mushroom Soup nie bila dimakan dengan Garlic Bread....apatah lagi bila dimakan panas-panas. Makan diwaktu petang & hari pula hujan....uusshhh tak cukup sepinggan, bertambah-tambah....lagi.
Memang berbaloi kalau Mushroom Soup nie dibuat sendiri...puas makan. Terima kasih kepada Minami myr kerana sudi berkongsi resepi yang mudah nie. Kali ini MA C&P resepi nie daripada rumah Yatiememories....izinkan MA ye Yatie, letakkan resipi nie dirumah MA pula......
Senang untuk MA buat rujukkan dimasa akan datang, kerana pasti ada siaran ulangannya lagi....sbb sibungsu & MA memang suka dengan citarasa Mushroom Soup nie...
Bagi kawan-kawan yang ingin mencuba, mai kita tenguk resipinya yang rengkas nie.....


MUSHROOM SOUP
Resipi : Minami myr
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahannya :

1 keping dada ayam
1500ml air - boleh ditambah lagi ikut kepekatan yang dikehendaki
500ml susu segar -Fresh milk (MA guna Whipping cream UHT)
1 kiub ayam (MA letak 1 sudu kecil Stok Pekat Ayam- Maggi)
1 tin kecil cendawan butang - hiris (MA potong kiub kecil- kecil)
Garm secukup rasa
1 cawan tepung gandum (MA pun spt Yatie guna 1/2 cawan tepung & bancuh dengan 1 cawan air)
Sedikit lada hitam (MA guna 1/2 sudu teh)
Sedikit oregano & daun parsley kering (ini MA tambah)

Cara Membuatnya :

  1. Potong ayam kecil-kecil.
  2. Masukkan ayam & air didalam periuk.
  3. Rebus hingga masak.
  4. Masukkan susu & kiub ayam
  5. Masak guna api perlahan.
  6. Masukkan mushroom.
  7. Masukkan bancuhan tepung & kacau hingga pekat. Tambahkan perisa garam & gaul sebati.
  8. Masukkan lada hitam, oregano & daun parsley. Kacau hingga sebati & mendidih.
  9. Sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama roti.


Mushroom Soup telah pun terhidang 
dengan Garlic Bread
JEMPUT MAKAN....





GARLIC BREAD

Assalamualaikum, selamat malam semua...
Petang tadi MA ada buatkan Garlic Bread, kebetulan semasa MA pergi Ke Tesco paginya MA ada belikan Roti France.....memang lama sekali merancang nak buat Garlic Bread nie. Sibungsu memang suka sekali cicah Garlic Bread nie dengan Mushroom Soup. Ini memang favourite kami sekeluarga. Apatah lagi kalau dimakan panas-panas. Sekarang musim hujan, bila petang sahaja pasti hujan.....Laaa lagi-lagilah berselera makan Garlic Bread nie dengan Mushroom Soup panas-panas.
Membuat Garlic Bread nie tidaklah susah sangat.....cuma belikan saja Roti France & anda telah pun boleh buat Garlic Bread.....
Terima kasih pada Yatie yang sudi berkongsi resipi nie.....bagitu juga dengan Fandie @Myresipi.com yang sumbernya diperolehi oleh Yatie, terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie. Kapada kawan-kawan yang nak melihat resipi daripada Yatie boleh le pergi ke SINI. Okey mai kita tenguk resipi yang telah MA salinkan semula, buat rujukkan MA dimasa akan datang.....


GARLIC BREAD
Resipi : Fandie @Myresipi.com
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahannya :

Roti France
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
Parsley kering secukupnya

Cara Membuatnya :
  1. Kupas kulit bawang & bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna api dapur je.
  2. Bila sudah siap bakar, bawang masih lagi didalam aluminium foil, ketuk-ketukkan bawang dengan hulu pisau/ lesung hingga hancur.
  3. Masukkan kedalam butter.
  4. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk disapu dengan roti. Kalau buat banyak boleh disimpan didalam peti ais.Boleh tahan sampai 2 minggu.
  5. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter. Lepas itu taburkan dengan daun parsley. Bakar didalam oven selama 10-15 minit dengan suhu 150C.



Wednesday, September 11, 2013

KOREAN BREAD.......Sedaaappp

Pertama kali merasa Korean Bread nie, MA terus jatuh cinta dengannya..... Jadinya MA pun belikanlah tepung Korean Bread untuk mencuba membuatnya sendiri.....
Pada petang semalam MA buatkan lah Korean Bread nie....kebetulan My Yanti, belum pun balik ke KL lagi. Perancangan awalnya My Yanti nak balik semalam, tapi memandangkan hujan turun tak berhenti dari pagi ke malam.....jadinya dia tundakan untuk balik pagi ini sahaja.
Dia bercuti semenjak percutian kami ke Royal Belum lagi, ambil cuti pun kerana hendak kesana... .
Oleh kerana tahap kerajinan memasak MA masih lagi memuncak, jadinya merasalah My Yanti untuk memakan Korean Bread nie.....
Komen daripada My Yanti pun sama juga dengan si Bungsu....sedaaaapp & dia juga sukakannya...
Semasa membeli tepung ini, ada disertakan resipinya....makanya tidaklah menjadi masaalah untuk MA mencari resipinya lagi....
Korean Bread nie sedap dimakan ketika panas-panas lagi.....lebih sedap jika baru dikeluarkan daripada oven. Si bungsu amatlah suka dengan Korean Bread nie....lepas satu, satu diambilnya...
Tapi yelah penghuni rumah nie tak ramai....jadinya MA buatkan separuh daripad resipi asal.
Disini MA catitkan resipinya untuk yang hendak menggunakan tepung Korean Bread 500g atau 250g, ini untuk ingatan MA sekiranya manalah tahu, MA nak buat banyak pula kalau anak-anak balik bercuti kerumah nie. Bagi yang teringin nak merasa Korean Bread & yang rajin nak membuatnya, jom kita tenguk resipinya.....


KOREAN BREAD
Oleh : MA

Bahan-bahan : untuk 1 adunan 

500g tepung Korean Bread
136.5g telur gred A
9g tepung susu
86.5/90g mentega
9g soya souce (kicap)
159ml air sejuk
55g jintan hitam.

Bahan-bahan : untuk separuh adunan - (dapat 15 biji)

250g tepung Korea Bread
2 biji telur Gred A
2 sudu kecil  tepung susu
45g butter
2 sudu kecil sos soya (Kicap lemak manis)
80ml air sejuk
28g bijan hitam

Cara Membuatnya :
  1. Campurkan semua bahan-bahan & pukul dengan low speed selama 1 minit sehingga bahan-bahan tersebut sebati.
  2. Lepas itu naikkan speednya kepada maximum & pukul selama 3 minit lagi.
  3. Sapukan tangan dengan sedikit minyak, supaya doh tidak melekat. Doh ini agak lembik sekali
  4. Bentukkan doh bulat-bulat, berat setiap satu doh anggaran 35g.
  5. Panaskan oven dahulu selama 15 minit dengan suhu 180C.
  6. Letakkan didalam dulang bersama-sama doh, dengan sebekas air, ini untuk mendapatkan kulit Korean Bread yang merekah. 
  7. Bakarkan doh dengan api temperature 180C selama lebih kurang 25-30 minit.
  8. Siap untuk dimakan.
P/S : KOREAN BREAD nie sedap dimakan ketika panas-panas lagi, kalau sejuk dia liat sikit...



Ini dia Korean Bread dah pun siap terhidang...
Itu keratan rupa didalamnya..
Sedaaappp... 

Tuesday, September 10, 2013

JOM KITA PERGI ROYAL BELUM.....untuk relax minda & badan

Assalamualaikum...salam sayang..
Baru-baru nie MA ikut anak-anak bercuti ke Royal Belum....just untuk merehatkan badan & minda....Ini adalah percutian MA bersama anak-anak serta keluarga yang lainnya. Jadinya MA catitkan disini  cerita & sertakan gambar-gambar kenangan buat tatapan MA dimasa akan datang......
Percutian ke Royal Belum selama 2 hari, 1 malam......
Pada 07hb September 2013 bermulalah perjalanan MA & keluarga ke Royal Belum, memang seronok sekali jika pergi beramai-ramai dengan keluarga nie.....
Kami pergi seramai 21 orang dewasa, 6 orang kanak-kanak & 2 orang tekong.....jadinya 29 orang semuanya ....ramai, tapi betul-betul enjoy.......
Pertama kali ke Royal Belum, memang memori yang tak dapat dilupakan.....
Perjalanan ke kawasan Royal Belum dari jeti memakan masa lebih kurang 3 1/2 jam lamanya....
Terpaksa melalui 2 check-point ......pemeriksaan askar, kerana kawasan Royal Belum nie adalah kawasan kawalan....untuk kesana mesti ambil permit dulu....tapi semua urusannya di uruskan oleh tekong....
Untuk membawa pancing & kamera mesti dibayar permitnya juga....
Alahaiii..... percutian yang tak dapat dilupakan, semoga next time, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & sehat kesihatan badan......InsyaAllah akan ada trip ke Lembah Belum pula.....Aminn
MA kesanapun atas sponsor anak-anak...terutama pada My Yob & isteri, terima kasih banyak-banyak, Bagitu jugak dengan My Yanti.....




Ini adalah distinasi pertama kami sebelum bertolak ke Royal Belum
Di rumah nie lah kami semua bertanggak pada malamnya,
 sebelum pagi besoknya bertolak ke Royal Belum...
Rumah adik kepada besan MA...Puan Raudah & suami, terima kasihlah
kerana sudi menerima kami yang ramai nie, yang semuanya
 bermalam disini.......
Rumah nie terletak di Grik ....jadinya, esok pagi 
tidaklah terlewat sangat untuk sampai ke Jeti...perjalanan dari 
rumah nie cuma memakan masa 45 minit je...untuk ke jeti.
MA sekeluarga tiba disini kira-kira 1.30 malam...
Lambat kerana tunggu My Yanti bertolak dari KL 
selepas waktu pejabat.




Ini pula suasana paginya sebelum bertolak ke jeti Pulau Banding
Masing-masing tengah sebuk bersarapan pagi sebelum bertolak.
Riuh rendah jadinya.....biasalah ramai,,,kan,,kan..
hampir 30 orang tu....masakan tak kelam kelibut dibuatnya..
Nasib baiklah rumah Puan Raudah besar....




Nie dia dah hampir tiba di Jeti...
Kami semua tiba disini jam dah pun hampir 9.30 pagi...




Ini pula pemandangan di Jeti Pulau Banding...
masih pagi lagi, tapi dah pun ramai orang yang bersiap sedia
menanti untuk menaikki feri masing-masing yang telah pun
ditempah awal-awal lagi........ 
\


Haaa...nie dia feri yang akan membawa kami ke kawasan 
Royal Belum...Feri 2 tingkat tuuu...
Dibahagian atasnya ada 4 bilik, setiap bilik ada 2 katil...
Manakala dibahagian corridor belakangnya ada 5 buah
katil lagi ....siap sedia menanti tetamu...





Tuu dia masing-masing duk menyiapkan pancing....
Kalau tak mengena ikannya tak tau le...hihihi
En Azam kita termenung tuuu...ingatkan awek 
yang ditinggalkan dirumah keee...????


Ini pula kawasan pancing yang dibawa oleh tekong...
Aktiviti disini, pastinya memancing...
Kaki-kaki pancing memang sukale datang ke sini....
Kami kesini dihantar dengan bot....
Pemandangan disini indah sekali....


Nie dia bot kami yang landing di kawasan Royal Belum..
Disinilah kami bermalam....



Menikmati pemandangan yang indah di Royal Belum
memang terpesona dibuatnya....
Inilah kejadian alam ....yang dicipta
yang Maha ESA


Ini pula gambar kenangan semasa kami keluar memancing....
Pancing dari dalam bot je.....
Pancing jangan tak pancing....



Haaa....nie dia orang kuat didapur,,,,,
Terutamanya Kak Yong, tanpa mereka-mereka nie...
kebuluranlah kome semuanya....


Tengah masak Char Kuey Tiow  tuuu...
Request ....Terbaik...diatas feri lagi......
Tenguk tu berasaappp.....


Ini gambar-gambar kenangan.....MA semasa di Royal Belum
Entah bila pula agaknya boleh kesini lagi..
SELAMAT JALAN ROYAL BELUM
semoga kita semua dapat bertemu & berkumpul kembali....
Aminnn...