CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 19, 2013

NASI TOMATO MMMSEDAPNYAAA

Selamat petang ..... hari nie pula MA buat nasi tomato, ini atas pemintaan si bongsu Nurul. Kerana bahan-bahannya pun kebanyakkan nya ada........jadi MA merajinkan diri membuat nasi tomato nie, lagi pun beras basmati masih banyak lagi, jadi lebih baik MA usaha untuk cb menghabiskannya dengan apa cara sekali pun........nanti kalu di simpan lama-lama beras tu akan berbubuk pulak. Beras Basmati nie pun My Yanti yang bawa balik ke sini, katanya dah lama dia beli tapi tak di gunakan, pada asalnya dia beli untuk masak nasi biasa je tapi tak sedap, jadi dia bawakan balik ke Ipoh. Memang le MA kata beras basmati nie selalunya sedap untuk nasi yang berperisa je.........untuk nasi biasa, orang tak pakai beras basmati..........
Nasi tomato nie selalu juga MA buat gunakan resepi CMG. Memang MA sekeluarga suka dengan versi nasi tomato nie. Gandingan  nasi tomato nie MA buatkan ayam masak merah dengan acar timun + nenas.
Terima kasih pada , CMG dari Dapur tanpa Sempadan di atas pegkongsian resepi nie.......
Izinkan MA share pula resepinya di blog MA......kepada yang mahu melihat resepi asalnya sila pergi ke SINI, di bawah nie MA tuliskan resepinya untuk rujukan MA dimasa akan datang......


NASI TOMATO
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan

4 cawan beras basmati - cuci dan rendam 30 minit
5 cawan air (MA guna 4 1/8 cawan air je)
1 cawan susu cair
1 1/2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dadu kecil (MA mayangkan saje)
2 ulas bawang putih - di cincang halus
1 inci halia  - di ketuk
2 helai daun pandan
1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus (MA guan 2 biji tomato & potong nipis je)
2 1/2 camca besar sos tomato (MA +kan ngan 2 sudu besar tomato puree)
1 kiub ayam 'maggie'
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:

1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Untuk hiasan:

Hirisan daun bawang
Kismis & kacang pis
Bawang goreng

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, daun pandan dan tomato. Masak hingga semua layu kemudian tambahkan sos tomato ( tomato puree) dan kacau rata.
  2. Masukkan beras, gaul rata dan gorengkan sekejap. Alihkan beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa....
  3. Bila nasi masak taburkan kismis atasnya, bila nasi elok kering & masak, gemburkan dengan chopstick
  4. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng.  





Ini pula MA buatkan ayam masak merah untuk di gandingkan ngan nasi tomato.......memang mantaple gandingan kedua-duanya nie. Resepi ayam masak merah nie MA skodeng drp blog Sajian Bersama ibu Manja. Pada mulanya MA rancang nak buat juga dalca.......tapi tahap kerajinan dah menurun.....huhuhu
Jadi kita layan ayam masak merah je le....
Terima kasih kepada tuan tanah yang sudi berkongsi resepi nie........MA berpuashati ngan versi ayam masak merah nie......Ok le kita terus ke resepinya.

AYAM MASAK MERAH
Sumber: Sajian bersama Ibu Manja

Bahan-bahannya:

800g ayam , potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam* (*di gaul rata dan di perap 20 minit)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar (MA guna 4 camaca besar - nak pedas)
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*
1 inci halia*(*di kisar halus)
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 gengam kacang gajus  - goreng garing & toskan
Kacang pis untuk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Ayam di goreng tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga harum.
  3. Masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree dan tomato sos,kacau rata dan masak sekejap.
  5. Tuang air dan juga susu, Bila mendidih masukkan ayam tadi, masukkan juga sedikit gula dan garam.
  6. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  7. Kacau rata dan rasa.Jika ok bolih matikan api.
  8. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan taburkan gajus goreng dan kacang pis (jika suka) sebelum di hidang......




Ini pula adalah jelatah......untuk di gandingkan ngan nasi tomato. Jelatah nie adalah kemestian untuk menaikkan lagi aroma kesedapan nasi tomato.....
Resepinya senang je... rasanya semua pun dah tahu bagaimana nak membuat jelatah.......
Ape-ape pun MA catitkanlah juga resepinya disini untuk rujukkan anak- anak yang masih baru belajar memasak.........

JELATAH MENTAH

Bahan-bahannya:

2 keping nenas potong - bolih beli di kedai buah
1 biji timun sederhana besar
1 labu bawang besar - di potong nipis
2 biji cili merah - dipotong nipis menyerong
2 sudu besar cuka/ air sam limau kasturi
Sedikit garam dan gula

Cara Membuatnya:

  1. Nenas & timun di bersihkan dan di potong nipis, masukkan dalam satu bekas besar
  2. Masukkan juga bawang dan cili merah yang telah di hiris - gaulkan 
  3. Bubuhkan garam, gula dan cuka /air limau - gaul sebatikan.
  4. Siap masukkan dalam bekas sesuai- simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit
  5. Hidangkan bersama nasi tomato dan ayam masak merah. 







NASI ARAB HADRAMAUT

Assalamualaikum......salam sayang, semalam MA sediakan Nasi Arab Hadramaut untuk makan tengahari MA 3 beranak. Kemarin MA berkunjung ke blog Azie Kitchen...... wahhh terlalu le teringinnya MA apabila melihat Nasi Arab Hadramaut yang di tayangkan oleh Azie Kitchen.......
Apa lagi paginya selepas MA balik dari temujanji doktor (just temujanji rutin biasa) MA minta My Hubby bawakan MA ke Oldtown Ipoh.....tujuan MA bukan apa, just nak cari serbuk zaffran & serbuk mellah farolah.......kerana di oldtown nie banyak kedai pak mamak. Selalunya kalau MA nak masak nasi beriani, bahan-bahannya banyak di jual di sini......Tapi hampe je.....tak dapat nak cari serbuk zaffran & serbuk mellah farolah tu. Di bandar Ipoh nie....rasanya tak de kedai Pakistan ekk atau Pak Arab pastilah jauh sekali.....
Wbp di rumah memang ada dalam simpanan MA koma-koma, jadi just gunakan koma-koma je, bagi gantikan serbuk mellah farolah MA gunakan pewarna merah je.......
Lepas tu MA terus ke pasar besar Ipoh cari sayur-sayuran yang nak di gunakan ........kemudian MA & My Hubby terus ke Maidin Mall Meru, just nak beli ayam & yoghurt........MA suka beli ayam di sini sbb boleh pilih bahagian-bahagian tertentu ayam sahaja yang MA mahu.....kalau beli seko-seko ayam, keluarga MA nie tak suka makan bahagian dada atau bahagian ayam yang banyak isinya sbb tu MA beli bahagian tertentu je ayam tu.......as specially bahagian kepak, peha dan ribs nya je......itu je pilihan MA......


Sampai je ke rumah MA terus bersilat di dapur, untuk siapkan bahan-bahan yang nak di masakkan.....
Nasi Arab Hadramaut nie rasanya tak le teruk sangat prepairnya.......tidak seperti nasi beriani, lagi le banyak bahan-bahannya. Baru-baru nie MA pernah juga beli Nasi Arab Hadramaut nie ........di Restorant Hadramaut di Riverfront Ipoh ........mmmsedapppnya tak terkata, sbb tu MA jatuh cinta ngan Nasi Arab nie...... Restorant dekat Riverfront tu, semuanya di uruskan oleh pak-pak Arab.
Di Restorant Pak Arab tu.......selalunya kalu makan di sana, nasi tu dihidangkan dalam dulang, tapi MA selalunya kalau pergi beli Nasi Arab di sana MA tapau je........rasanya lebih selesa makan di rumah .......
Harga Nasi Arab di sana.......untuk 1/2 kilo bersama ngan ayam 1/2 ekor : Rm 25.00 manakala untuk 1 kilo bersama ngan 1 ekor ayam : Rm 50.00, tapi memang le sedapppp..........
Ok le mari kita tengok resepinya yang telah MA salin semula di bawah nie........kalau nak tengok resepi asal yang MA sekodeng ada di SINI, terima kasih pada tuan tanah yang sudi berkongsi resepi ini, halalkan MA kongsikan pula resepi nie di blog MA.
Sepatutnya N3 nie semalam lagi MA dah nak publishkan. Tapi tak berkesempatan, banyak sangat urusan lain yang mesti di bereskan, jadi pagi nie sebelum terpaksa bersilat lagi di dapur, MA usahakan  mengadap lappy nie........huhuhu


NASI ARAB HADRAMAUT
Resepi asal : mamsya
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahannya :

2 ekor ayam - potong 2 atau 4 (MA cuma belikan bahagian ribs dan pahanya 6 ketul)
5 cawan beras basmati - basuh, rendam 20 minit dan toskan
Air secukupnya (1 1/2 hingga 2 cawan bagi setiap cawan beras)
1 biji tomato masak - potong (MA guna 2 biji tomato )
2 labu bawang besar - potong bulat
2 biji lada hijau (MA guna 3 biji)

Rempah-rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis)
5 biji buah pelaga
2 helai bay leave
3 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu besar serbuk jintan putih

1/2 serbuk zaffaran (kuning)( MA guna koma-koma)
2 sudu besar serbuk mellah farolah (MA ganti ngan pewarna merah)

Cara Masak Nasi:

  1. Sukat air dan rebus hingga mendidih. Masukkan ayam, 1 labu bawang besar. tomato, separuh drp rempah-rempah di atas. Kacau rata, tutup periuk dan masak selama 1/2 jam. (MA guna periuk presure je untuk lembut ayam)
  2. Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan dan keluarkan rempah drp air rebusan. (MA tapiskan).
  3. Masukkan rempah yang di guna dan baki rempah yang selebihnya ke dalam periuk. Masukkan 1 labu bawanag besar dan cili hijau.
  4. Kemudian tuang minyak ke dalam nya dan goreng hingga bawang menjadi kekuningan. (MA guna sedikit minyak sapi + minyak jagung)
  5. Tuang bahan yang di goreng ke dalam air rebusan ayam tadi.Masukkan garam secukupnya dan biar sehingga air mendidih. (MA tambah 1/2 sudu teh pati ayam)
  6. Masukkan beras ke dalam air rebusan dan pindahkan ke dalam rice cooker.
  7. Masukkan sedikit zaffran yang di kacau ngan sedikit air dan masaklah nasi seperti biasa.
  8. Bila nasi dah hampir masak, titiskan lagi zaffran yang di kacau ngan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum di kacau nasi rata-rata.Saya letakkan juga beberapa titis pewarna kuning.(MA pun sama)
  9. Siap untuk di hidangkan. 

NOTA: Saya asapkan nasi dengan meletakkan aluminium foil ke dalam rice cooker semasa nasi telah masak.Tuang sedikit minyak olive ke dalam foil dan letakkan arang yang telah menjadi bara supaya mengeluarkan asap. Cepat-cepat tutup permukaan periuk dengan sekeping lagi aluminium foil dan tutup periuk.

Cara menyediakan ayam :

  1. Renjis ayam dengan sedikit air sejuk
  2. Lumur keseluruhan permukaan ayam dengan pewarna mellah farolah /zaffran yang di campur dengan garam. Saya letakkan juga sedikit olive oil.
  3. Bakar dalam 20-30 minit dengan di balikkan permukaan ayam dengan menggunakan api atas sahaja.(MA bakar ayam dalam pemanggang ajaib je)



SALATAH:

3 biji buah tomato masak
3 biji cili hijau
3 ulas bawang putih
Garam & sedikit air

Blader semua bahan di atas dan siap untuk di hidangkan.



ZABADI:

Yoghurt
Timun - cincang halus
Hirisan karot (MA cincang halus )

Satukan semua bahan di atas.Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau kasturi.




Nasi Arab Hadramaut:
Hidangkan nasi dengan ayam dan salatah serta zabadi ke dalam pinggan hidangan.
Jemput makan.....












APAM FRUITTY

Kali nie MA nak tayang apam fruitty pulak.......rasanya selama nie apam polkadot dah selalu kita cuba buat dan apam polkadot yang comel tu terlalu glamour dah......
Apam fruitty nie pun resepinya lebih kurang sama je ngan apam polkadot cuma daya creative kita je mesti di perbagaikan mengikut daya  imiginasi terkini........
Cuba le....pasti anak-anak kita terpikat untuk memakannya dengan citarasa koleksi buah-buahan yang berbagai rupe......
Apam nie juga sangat cantik di buat untuk hantaran........
Cuma untuk membuatnya kita mesti punya daya kesabaran yang tinggi, almaklum.......untuk melukiskan karaktor buah-buahan tu.......kesabaran diperlukan sangat-sangat.
Terima kasih kepada penyumbang idea nie......di bawah nie, izinkan MA catitkan semula resepinya........tapi kepada yang ingin melihat resepi asalnya, boleh le pergi ke SINI
Nukilan apam fruitty MA tidak le secantik di blog azlitamasammanis.com .........wbp MA berpuas hati ngan ape yang telah MA cuba usahakan ......:D




APAM FRUITTY
Sumber : Azlita masam manis

Bahan-bahannya :

140g tepung gandum
1 1/2 sudu teh baiking powder
110g gula halus / gula kaster
75ml susu segar /susu cair
2 biji telur gred A
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh essen vanilla

Pewarna makanan mengikut karaktor buah-buahan pilihan
Inti untuk filling buah-buahan - jem nenas, blueberry, strawberry, kiwi dll
30 keping cawan kertas.

Cara-caranya :

  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu ngan api yang sederhana, tutup kukusan hendaklah di balut dgn kain supaya air kukusan tidak menitis di atas apam.
  2. Sediakan acuan lompang secukupnya,susun acuan kertas ke dalam acuan lompang dan ketepikan.
  3. Satukan tepung gandum & b. powder kemudian di ayak.
  4. Dalam bekas pemutar, satukan telur dan gula dan pukul hingga kembang dengan speed tinggi.
  5. Masukkan adunan tepung yang telah di ayak berselang seli dng susu.
  6. Tambah essen vanilla dan ovellet, dan terus putar sehingga adunan bertukar putih, likat dan gebu.
  7. Bahagikan adunan kepada beberapa warna pilihan, warna dasar hendaklah dengan jumlah yang banyak.
  8. Ambil anggaran 2 sudu besar untuk warna daun, dot-dot atau line. Kacau setiap adunan warna rata-rata, kemudian masukkkan ke dalam piping bag.
  9. Letakkan warna dasar dalam cawan kertas 1/3 cawan sahaja.
  10. Letak inti dan tutup semula dengan warna dasar hingga penuh.
  11. Kemudian bolehlah mulakan proses melorek atas apam dengan karaktor buah-buahan pilihan.
  12. Setelah siap susun dalam kukusan dan kukus le selama 10- 15 minit. 
  13. Siap......sejukkan dulu, lepas itu boleh lah di hidang.


TIP penting penyediaan apam:

  • Gunakan api yang sederhana untuk mengukus apam
  • Kukusan hendaklah di panaskan terlebih dahulu
  • Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis sewaktu proses mengukus
  • Ovellet hendaklah dimasukkan pad akhir proses memukul, iaitu selepas semua adunan di pukul, ini untuk mendapatkan apam yang gebu dan lembut
  • Apam yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan terdedah kepada udara kerana ia mudah kering
  • Adunan apam ini dapat menghasilkan anggaran 30 biji apam bersaiz sederhana