CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 21, 2013

APAM POLKADOT

Sudah lama resepi nie MA simpan, tapi tak terbuat-buat. Kali ini MA cekalkan hati untuk membuatnya. Pernah juga MA nampak resepi apom polkadot ini di blog Sinar Kehidupanku. Tapi MA lebih suka dengan resepi drp rahel blogspot. com ini.

Wbp terima kaseh pada keduanya di atas resepi yang sedap nie, MA masih juga rujuk resepi drpd Yatie, sbb MA suka pada blueberry filling yang Yatie masukan pada apom polkadotnya. Terima kaseh pada penyumbang resepi saperti yang Yatie katakan, MA pun tak tahu resepi asal drpd siapa?

Sbb terlalu ramai yang telah mencubanya......
MA rasa resepi nie memang berbaloi sangat-sangat utk membuatnya, disamping sedappp, apam nie jugak nampak cantik dan meriah dengan warna-warnanya. Apam polkadot/ dot dot nie memang sesuai untuk majlis-majlis sbb serinya...............
Ok le jum kita lihat resepinya................




Apom Dot Dot @ Apom Polkadot
Sumber : http://rahelblog-rahel.blogspot.com/

Bahan-bahannya:

250g tepung gandum* (MA guna tepung rose / tepung naik sendiri je )
200g gula pasir (MA guna gula kaster )
250ml susu segar
3 biji telur gred A
2 sudu teh ovellet
2 sudu teh b.powder*
1sudu teh esen vanila
sedikit pewarna pilihan
Sedikit blueberry filling (MA tambahkan)

Caranya :
  1. Panaskanair dalam kukusan. Siapkan acuan. Ayak bersama bahan- bahan bertanda*.
  2. Pukul telur, gula dan ovellet sahingga kembang salama 15 minit ( guna pemukul elektrik).
  3. Masukan susu adunan tepung dan esen vanila.Kacau sebati.
  4. Ketepikan adunan untuk dibuat dot-dotkan. Warnakan adunan, kacau rata.
  5. Masukan adunan didalam piping bag, setiap satu warna dimasukkan kedalam setiap satu piping bag.
  6. Isikan acuan yang berisi papercup dengan adunan warna pilihan, isikan adunan tadi 1/4 daripada papercup sahaja, letakan sadikit blueberry filling diatasnya. Kemudian isikan pewarna yang sama menutupi blueberry filling tadi sahingga 3/4 acuan papercup. Buatkan dot-dot di permukaannya dengan warna pilihan lain.
  7. Kukus selama 20 minit dengan api sedang. 
NOTA :

*sebelum mengukus apom polkadot, air hendaklah dididihkan terlebih dahulu dalam periuk pengukus.
*balut tudung pengukus dengan tuala kecil, agar apom tidak terkena titisan wap .
*kalau buat adunan 1 1/2 adunan - boleh dapat 96 biji apom.

RESEPI KUIH CARA BERLAUK

Petang semalam..........MA rasa nak makan sesuatu yang pedas, hati nie dah lama jugak nak buat kuih cara berlauk, tapi asyik tertangguh saja...........biasa le tu. Acuannya pun dah lama dah tak diguna, harap-harap tak melekat le nanti bila digunakan.

Kuih cara berlauk nie kegemaran MA sendiri............kita buat pedas-pedas sikit, wau......... terangkat rasanya, tak cukup sepinggan. Apa tah lagi makan sambil tengok TV, pasti tak terasa bila habisnya. Tup...tup tengok dalam pinggan dah pun habis. 

Kuih cara berlauk nie juga biasanya bila MA ada terima tempahan baru le merajinkan diri nak membuatnya , dah tentunya boleh tumpang sekaki.............
Selalunya yang menempah kawan-kawan yang buat katering dan yang mengadakan jamuan. Memang kuih cara berlauk nie favourite mereka. Kalau buat kuih cara berlauk nie, kalau nak sedap jangan kedekut banyakkan bubuh lauknya...........baru le terangkat. (terangkat apa tak tau le ye......hahaha).

Ok le, kalau sesiapa yang nak mencuba, mari kita tengok resepinya :




Kuih Cara Berlauk

Resepi asal : Pn Hawa /Kelas masakan Kg Petaling, K.Lumpur
sumber : Cendana Kaseh

Bahan A

2 cawan tepung gandum
4 cawan santan (1cawan santan + 3 cawan air)
1 biji telur ( MA bubuh 2 biji- sbb telur gred c)
2 sudu teh perisa (etc tumix )- MA guna serbuk pati ayam Knorr
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh gula (MA tambah)
sadikit garam
sedikit pewarna kuning (MA tambah)


Bahan hiasan: Daun sup , daun bawang dan cili merah   ( KIV bawang goreng- tambah)

Caranya :

  1. Satukan bahan A, kisar dan tapis ke dalam mangkuk lain.
  2. Masukan sadikit pewarna kuning, agar kuih nampak berseri, kacau sebatikan adunan.
  3. Sapukan acuan cara dengan sedikit minyak dan panaskan hingga minyak berdesir.
  4. Masukkan adunan ke dalam 3/4 acuan cara, masukan inti daging.
  5. Kemudian taburkan daun sup dan cili, bakar hingga masak. 



Bahan B ( intinya )

4 ulas bawang merah *
1/2 " halia *
1 paket rempah kari daging
300g ayam /daging kisar
1 biji bawang besar di potong dadu
1 sudu makan sos tiram (MA tambah)
1 sudu makan cili kisar (MA tambah)
sadikit gula dan garam

(* bahan bertanda ditumbuk)

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak , tumis bawang, halia, cili kisar dan rempah hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam /daging , biar empuk. Masukkan bawang besar dan sos tiram, sebatikan.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masak hingga inti kering.

PENGENALAN




Salam kepada semua.......

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog MA.
Maafkan MA jika ada kekurangan di dalam Blog ini, kerana MA pun baru berjinak-jinak dalam dunia blog & MA masih lagi di ibaratkan saperti budak yang baru merangkak dalam membina blog ini.
Wbp MA akan cuba memperbaiki kelemahan diri ini dari masa kesemasa.......
Terima kasih pada staff-staff K.Perak di UTC Ipoh kerana memberi peluang pada MA untuk belajar mambina blog nie. Terima kaseh kepada kerajaan negeri kerana mewujudkan tempat infomasi untuk rakyatnya bagi celek IT.
Semoga anda selesa melayari blog MA yang tidak sehebat blog-blog yang lainnya..........

Disini izinkan MA memperkenalkan diri .....................
Saya lebih selesa membahasakan diri mamaAna a.k.a MA sahaja. Buat masa ini MA adalah suri rumah sepenuh masa, ibu kepada 4 orang cahaya mata dan opah kepada 2 orang cucu lelaki. Isteri kepada suami penyayang dan tercinta. 2 daripada 4 anak MA dah berumah tangga. 3 daripada mereka tinggal berjauhan. Kini yang tinggal dirumah nie si bongsu bersama hubby tersayang sahaja.



Kerjaya harian biasalah.....seperti suri rumah yang lainnya, mengurus hal-hal rumah tangga dan yang paling utamanya pastilah memasak.
Sabenarnya MA tidaklah pandai sangat memasak nie. Tapi suka mencuba, kalau dah minat biasalah......
Pernah mengikuti kelas-kelas masakan masa tinggal di Shah Alam dulu.....ketika itu MA masih lagi bekerja.



Sahingga sekarang apa yang dipelajari dahulu masih lagi dipraktikkan, MA juga ada mengambil tempahan membuat kuih muih melayu, puding,biskut, kek hari jadi dan kek hantaran perkahwinan.
Pada pendapat MA memasak nie adalah satu cabang seni.........kita punya cara tersendiri dalam menyediakan makanan.......terpulang kepada kepakaran dan citarasa individu bagi menyesuaikan citarasa makanan tersebut. Terpulang pada penerimaan citarasa masing-masing dalam menilai keenakan masakan tersebut.......kadang-kadang sedap pada kita tetapi tidak pada  anda/mereka.



Tujuan MA mengwujudkan blog ini adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak resepi serta hidangan yang pernah MA sediakan untuk keluarga atau pun untuk tetamu dan kawan-kawan.
Blog ini juga dibuat yang utamanya untuk rujukan anak menantu yang berjauhan & sekiranya MA tiada lagi didunia ini, semoga apa yang ada diBlog ini nanti boleh mengubat kerinduan mereka pada masakan MA seterusnya jika mereka ingin merasainya, maka mereka masih lagi boleh memasaknya, walaupun ketika itu MA sudah tiada.



Terdapat banyak resepi sedap-sedap (pada citarsa tuan tanah le....) yang pernah disediakan oleh MA sendiri.........(resepi daripada pelbagai sumber, tetapi telah diolah mengikut citarasa MA sendiri)
Bersama blog ini juga MA ada juga selitkan gambar-gambar kenangan bersama keluarga & rakan ketika bersantai bersama-sama semasa melakukan aktiviti-aktiviti harian..........kisah anak-anak, famili & kawan-kawan.

InsyaAllah ........semoga kita bersama-sama mendapat manafaat daripada perkongsian ini..........samoga juga pengkongsian yang ikhlas ini boleh memberi pahala kepada tuan tanah, seperti air yang mengalir yang tidak akan berhenti, doa yang berterusan daripada anda diucapkan ribuan terima kaseh. MA halalkan apa- apa resepi yang anda ambil drpd sumber blog MA ini.......
Wbp gambar-gambar di Blog ini adalah hak individu, harap anda tidak menciplaknya, sila minta kebenaran drpd tuan tanah dahulu seandainya ingin memilikinya......(maafle....gambar di blog nie, tidak le se terang & se indah spt gambar di blog yang lain......MA tak punya kamera yang canggih.......huhuhu). Jika anda ingin menggunakan resepi di blog ini, sila sertakan LINK blog ini, sebagai tanda penghargaan pada tuan tanah.......

MA berharap kepada individu yang baru berjinak-jinak dengan dunia masakkan ini, semoga blog ini dapat memberi banyak inspirasi dan pengelaman serta idea dalam mencuba dunia masak memasak..........
MA akan terus menulis selagi mampu & sekiranya ada masa.......
MA harap anda tidak jemu melayari blog ini.

Sila tinggalkan komen anda, sebagai tanda penghargaan & untuk memberi semangat pada MA bagi menulis dengan lebih aktif di blog ini.........insyaAllah MA akan cuba membalasnya.....
Komen-komen yang membangun sangat di perlukan daripada anda..........

Terima kaseh.
Assalamualaikum....


Ikhlas daripada mamaAna.