CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 18, 2013

NASI GORENG MAMA untuk anak-anakku

Asalamualaikum....
Hari nie MA N3kan resepi yang tertunggak lagi ........
Nasi goreng nie favourite anak-anak MA....bila mereka balik kerumah nie, pasti untuk sarapan pagi, nasi goreng nie adalah menu wajib......
Terutama kalau ada SiYob & SiYanti, pasti sebelah malamnya mereka dah pun berpesan, pagi besuk nak bersarapan dengan nasi goreng nie.....
Oleh yang demikian MA titipkan resepi Nasi Goreng Mama nie di sini, untuk rujukkan anak-anak, semoga mereka dapat memasakkannya...walau pun dimana mereka berada sekiranya mereka rindukan masakkan mama......
Nasi goreng nie dimakan panas-panas.......yummyumm  sedapppnyaa.
Jom kita tenguk resepi yang simple nie ......



NASI GORENG MAMA
Resepi : MA

Bahan-bahannya:

1 mangkuk nasi sejuk
2 biji cili masak*
8 biji cili padi*
1 ulas bawang besar*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*(*bahan-bahan ini dikisar)
Segenggam ikan bilis yang telah di buang tahinya - dikisar kasar
1 sudu besar Maggi Concentrated Chicken Stock/kiub pati ayam
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Garam & gula
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya : 
  1. Panaskan minyak dalam kuali. masukkan bahan-bahan yang di kisar.
  2. Goreng hingga naik bau & garing bahan-bahan yang di kisar tadi.
  3. Masukkan Maggi Concentrated Chicken Stock, sos tiram, garam & gula.
  4. Masukkan juga ikan bilis yang telah di kisar tadi. Kacau rata & biarkan 3 minit.
  5. Rasakan masin & manisnya, sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.  
  6. Masukkan telur & biarkan sebentar biar dia mengeras sedikit. Kacau sebatikan.
  7. Bila semua bahan telah menepati rasa, masukkan nasi sejuk. Kacau & gorenglah sehingga kering sedikit.
  8. Nasi siap untuk di hidangkan.


Inilah nasi goreng favourite family MA



Gambar-gambar yang disertakan ini pula
untuk kenangan MA.....ketika
bersarapan pagi bersama anak & menantu
semasa mereka pulang berhariraya  bagi 
tahun 2013




Ini hidangan yang MA sediakan untuk 
sarapan pagi kami sekeluarga
Nasi Goreng Mama menu wajib,
makan bersama rendang ayam
disamping itu MA masakkan juga 
mee goreng & Wat Tan Ho.
JEMPUT MAKAN




AYAM MASAK HITAM MANIS KISMIS

Salam di hujung minggu pada pengunjung blog MA khasnya....
Hari nie anda masak apa?? Masih mencari idea menu apa untuk dimasak hari nie.......!!!
Bosan juga kalau dok memikirkan menu apa nak dimasak.........
Kalau bagitu, apa kata mai kita masak Ayam Masak Hitam Manis Kismis nie........
Ayam Masak Hitam Manis Kismis nie MA buat bersama Nasi Ketumbar tempoh hari....
Alhamdulillah kombinasi yang sesuai......
Resepi Ayam Masak Hitam Manis Kismis nie dah lama MA simpan.....cuma MA catatkan bahan-bahannya saja, pemilik asalnya MA tak pula ketahui....wbp terima kasih pada penyumbangnya....
Resepi asal menggunakan daging, tapi memandangkan My hubby tak boleh makan daging, jadi MA tukarkan kepada ayam je.
Sekiranya anda menggunakan daging, potong daging tu dadu besar & direbus terlebih dahulu hingga empuk.
Resepi yang MA sertakan disini telah diolah mengikut citarasa MA, kepada anda yang ingin mencubanya......jom kita tenguk resepinya........



AYAM MASAK HITAM MANIS KISMIS

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 16 ketul
1/4 cawan kicap pekat
2 sudu besar kicap lemak manis (MA guna kicap Jalen)
12 biji bawang merah - dihiris halus
8 biji cili padi - diketuk
sekeping asam gelugur

Bahan Rempah Kering:

1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil ketumbar

Bahan-bahan kisar :

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering - dibuang biji & direbuskan sebentar supaya lembut utk diblander
1" halia
1/4 cawan kismis hitam (MA guna kismis biasa je)
( kalau tak mahu guna kismis boleh digantikan dengan gula merah)

Bahan Rempah tumis :

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Membuatnya :
  1. Sangaikan bahan rempah kering terlebih dahulu. Sejukkan & kisar hingga halus.
  2. Panaskan 2 senduk minyak, masukkan bawang merah yang dihiris, goreng hingga keperangan menjadi bawang goreng. Angkat & ketepikan.
  3. Kemudian gorengkan ayam separuh masak dengan menggunakan minyak yang sama. Ketepikan ayam yang telah bergoreng tadi.
  4. Dengan minyak yang sama juga, tinggalkan 1 senduk sahaja, masukkan bahan rempah tumis & gorengkan hingga wangi. Masukkan bahan kisar - kacau sebatikan & biarkan 3 minit.
  5. Masukkan bahan rempah kering & gaul sebati - biarkan 5 minit dengan api yang kecil (tambah sedikit air jika perlu).
  6. Masukkan ayam, asam gelugur, kicap pekat & lemak manis serta cili padi. Kacau hingga sebati & kuah agak pekat.
  7. Rasakan manis masinnya, tambahkan gula/garam jika perlu.
  8. Bila kuah dah agak kering, masukkan bawang goreng. Gaul sebati sebelum ditutup api.
* Penggunaan bawang goreng dalam resepi nie membuatkan masakkan ini menjadi sedappp...
   Tapi tak digalakkan guna bawang goreng yang segera tu ye.....



Ayam Masak Hitam Manis Kismis nie MA gandingkan
dengan Nasi Ketumbar
Alhamdulillah gandingan yang serasi
Jelatah timun pasti tak boleh 
di tinggalkan....kerana dialah 
pembuka selera....