CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 30, 2013

IKAN ROHU GORENG BERCILI

Salam sejahtera & ceria selalu hendaknya pada pengunjung MA yang dihormati......
Terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog MA yang tidaklah seindah & sesempurna saperti blog lain yang sering anda kunjungi....
Wbp MA masih setia menanti & mengalu -alukan kunjungan anda di alam maya ini.....
Semoga persahabatan & perkenalan kita dialam maya ini, akan mendatangkan kerahmatan yang berkekalan......
Hari ini MA N3 kan pula resipi Ikan Rohu Goreng Bercili yang MA buatkan pada hari Isnin yang lalu....resipi tertunggak, tapi untuk rujukan anak-anak MA catitkan juga diblog ini, semoga mepermudahkan mereka untuk memasak ketika berada berjauhan.....kepada anda yang tengah mencari idea memasak, anda juga dialu-alukan untuk mencuba resipi ini ........

Semenjak dua menjak ini MA sering sekali memasak ikan Rohu pancingan, kerana apabila MA pergi memancing......Ikan Rohu le yang selalu MA dapat......
Resipi masakkan kali ini, MA masakan Ikan Rohu pancingan MA dikolam Hospital Bahagia Tg Rambutan, yang MA pancing pada hari Ahad yang lalu......separuh ikan ini, MA dah pun bakarkan....

Seronok memancing disana, macam pesta..... kolamnya ada 4 buah semuanya. Bayaran masuk tak lah mahal.....RM 10 untuk 8.30 pagai- 1.00 tengahari & dibenarkan bawa 2 joran setiap seorang, tanpa bayaran tambahan pun...... Memancing dikolam ini ada 2 sessi.....pagi & petang. Tapi sekarang musim hujan, mungkin disebelah petang kurang le pemancing.
MA pergi kesana bersama anak menantu MA yang tinggal diManjung. Hujung minggu kemarin, mereka balik kerumah MA di Ipoh.

Berbaloi memancing disana.....MA dapat Ikan Rohu beratnya 2.6 kilo.... Tapi yelah MA terlupa pulak nak snap gambar suasana dikolam tu.....asyikkan memancing, semuanya terlupa........siap kami berkelah lagi ditepi kolam tu...Suasana kolamnya bersih & berjaga.....seronok.....Lain kali pasti MA akan pergi lagi....
Kolam disini katanya kolam air lalu...tidak saperti kolam pancingan yang lainnya, kebanyakannya kolam air bertakong....jadinya ikannya tidak berbau lumpur pun........sbb tu le pemancing bangsa Cina suka memancing dikolam nie......
Kolam pancingan tu dibuka pada setiap hari Sabtu  & Ahad serta Public Holiday sahaje......
Dibawah nie MA masukkan gambar ikan Rohu pancingan MA tuuu.....


Ikan Rohu pancingan di kolam
Hospital Bahagia Tg Rambutan
Berat 2.6 kilo


Mai kita jenguk resipinya pula......



IKAN ROHU GORENG BERCILI
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 4 keping isi Ikan Rohu - dibersihkan & ditoskan
  • 15 biji cili kering* - dibuang biji & direbuskan
  • 8 biji cili padi*
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • Sedikit belacan *(*bahan ini dikisar halus)
  • Sedikit garam & gula ( gula MA gunakan gula merah) 
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 kiub ikan bilis (MA gantikan dengan kiub pati ayam, sbb My Hubby tak boleh makan ikan bilis)
  • 1 keping asam gelugor
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan Tumis :
  • 2 biji bawang merah** 
  • 1 ulas bawang putih**(**dihiris halus)
  • 2 batang serai - diketuk
Cara Membuatnya :
  1. Ambil isi ikan rohu, gaulkan dengan garam & serbuk kunyit, perapkan sebentar kemudian gorengkan ikan rohu itu sehingga garing. Ketepikan.
  2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali, tumiskankan bahan tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan pula bahan yang di kisar, kacau sebatikan & biarkan sedikit garing.
  4. Jika kelihatan bahan tumisan cili tadi terlalu kering masukkan sedikit air.
  5. Masukkan juga kiub pati ikan bilis, garam, gula & asam keping. Sesuaikan rasanya.
  6. Apabila telah berpuas hati dengan rasanya, barulah masukkan kepingan ikan rohu yang telah di gorengkan tadi
  7. Kacau supaya sebati dengan sambalnya, Matikan api.
  8. Sedia untuk dihidang. 


IKAN ROHU GORENG BERCILI
Pembuka selera.....
Mai kita cuba,,,,


KOBIS GORENG TELUR

Assalamualaikum.....selamat pagi semua pengunjung blog MA ...
N3 kali ini MA catitkan resipi Kobis Goreng Telur....masakkan yang sampoi jugak. Sayur
kobis masakan cara ini memang kegemaran MA sekeluarga. Kalau MA masakkan sayur kobis cara nie pasti langsai semuanya....tak pernah pun berbaki....jadinya MA memang le suka masakkan kobis cara ini selain Kobis Masak Lemak Putih.
Masak kobis cara nie memang sampoi sangat....oleh itu MA akan masakkan Kobis Goreng Telur nie sewaktu hampir dengan masa nak makan.
Bila semua hidangan dah tersedia atas meja, barulah MA tumiskan bahan-bahan untuk memasak kobis nie. Sayur memang le sedap makan sewaktu panas-panas, apatah lagi yang baru di angkat daripada kuali.
Seperti biasa untuk rujukkan anak-anak, makanya MA abadikan resipinya diblog ini......
Jom kita jenguk resipinya.......


KOBIS GORENG TELUR
Oleh : MA

Bahan-Bahannya :

  • 1/2 biji kobis sederhana besar - dipotong kecil memanjang, bersih & toskan.
  • 2 biji cili merah* ( MA guna 5 biji cili padi je - diketuk-Sbb tak de cili merah)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(*bahan ini dihiris halus)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2  kiub pati ayam
  • 2 biji telur ayam - dibasuhkan terlebih dahulu
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit serbuk kunyit (Pilihan)
Cara Membuatnya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang dihiris hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, kiub pati ayam serta sedikit garam, kacau bahan-bahan ini.
  3. Pecahkan telur dalam kuali tumisan & kacaukan lah telur tersebut. 
  4. Masukkan kobis, kacau serta masukkan sedikit serbuk kunyit.
  5. Gaulkan sayuran tersebut sehingga sebati.
  6. Rasalah kesesuaian citarasanya dengan selera kita, apabila rasanya telah puas hati, matikan api.
  7. Bolehlah dihidangkan. 



Kobis Goreng Telur....kegemaran keluargaku

Tuesday, October 29, 2013

SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH

Selamat tengahari kepada semua pengunjung blog MA .....
Hari ini MA updatekan pula Sotong Goreng Kunyit Berkuah, yang memang faviorite keluarga MA...
Resipinya sampoi saje......tapi auranya tetap menambat hati kami sekeluarga.....
Pada mulanya rancangan MA membeli sotong nie ....untuk dibuat Ketupat Sotong, tapi tak kesampaian pulak.......Yelah, kita hanya merancang...tapi Tuhan yang menentukan nya...... Lain yang dihajatkan lain pula yang jadinya......
Masakkan ini MA buatkan semalam....untuk MA & Sibungsu, My Hubby saperti biasalah tak boleh sentuh semua seafood nie, jadi MA buatkan masak Ikan Rohu Goreng Bercili pada My Hubby.
Okey le mai kita tenguk resipi Sotong Goreng Kunyit Berkuah yang sampoi  ni.......
MA catitkan disini untuk rujukan anak2....pada anda yang ingin mencubanya ....dipersilakan.


SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH
Oleh : MA

Bahan-Bahannya :
  • 3 ekor sotong - sederhana besar
  • 1 biji bawang besar - dipotong nipis membulat
  • 2 biji bawang putih - dihiris nipis
  • 10 biji cili padi - diketuk
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap lemak manis JALEN
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
  1. Bersihkan sotong, buangkan kulitnya, dakwat serta mulut & matanya, kemudian potong kecil2 membulat, bersih & toskan.
  2. Sediakan sotong dengan gaulkan bersama garam & kunyit, perap & ketepikan sebentar.
  3. Sediakan bahan-bahan lain nya. 
  4. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 sudu besar), masukan sotong yang telah diperapkan tadi, kacaukan sebentar.
  5. Masukan bawang besar, bawang putih, cili padi, gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
  6. Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam, kacau sebatikan.
  7.  Tuangkan sedikit air & masukkan juga kicap lemak manis. Kacau & biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
  8. Matikan api & bolehlah dihidangkan.
**Sotong Goreng Kunyit Berkuah ini juga boleh dibuatkan gorengan kering, tanpa dibubuhkan air....MA memang selalu masak bubuhkan air sedikit supaya berkuah, kerana sibungsu suka berkuah.


Sotong Goreng Kunyit Berkuah
Dah pun terhidang.....


ACAR DARAT TIMUN....... CMG

Assalamualaikum
Kali ini MA nak N3kan pula Acar Darat Timun yang MA ambil dari rumah CMG untuk digandingkan dengan Nasi Ketumbar yang baru-baru ini MA buatkan.....
MA terpikat pada kelainan cara membuat acarnya.....jadinya MA cubalah buatkan....nak rasa, bagaimana pula rasa acar yang tanpa guna cili giling & rempah ratus. Pada anda yang tidak suka pada kepedasan.....bolehlah cuba buatkan Acar Darat cara CMG nie.......terima kasih pada CMG kerana sudi berkongsi resepi nie.......
Jom kita tenguk resipi yang MA C&P daripada blog CMG......untuk rujukan MA dimasa akan datang......



ACAR DARAT TIMUN....CMG
Resipi : CMG
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 3 biji timun, kerat 2", buang empulur & potong macam anak mancis* (MA guna 1 biji je)
  • 3/4 sudu teh garam*
  • 1 sudu teh serbuk kunyit*(* bahan ini digaul rata)
  • 1 biji lobak merah - kerat 2" & potonh spt anak mancis (MA guna 1/2 biji je)- Che Mat tak letak pun sbb takde
  • 2 biji cili merah kerat 3, buang biji & potong saperti anak mancis juga
  • 1 biji bawang besar - dibelah 5
  • 5 ulas bawang putih - belah 2 setiap satu (MA guna 2 biji bawang putih je)
  • 1/2" halia - dihiris halus
  • 4-5 sudu besar cuka makan JALEN
  • Gula secukup rasa (dalam 2-3 sudu besar)
  • Garam jika perlu
  • 2 sudu besar udang kering, rendam sekejap, tos & tumbuk kasar (MA guna 1 sudu besar je)
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 2 biji buah pelaga*
  • 5 kuntum bunga cengkih*(*MA kurangkan & guna separuh saja)
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 2sudu besar). Tumis 4 sekawan bersama biji sawi hingga harum. Masukkan udang kering, bawang putih & halia. kacau rata. Tambah cuka makan & juga gula. Kacau rata & masak hingga pekat. Guna api kecil & kacau selalu.
  2. Masukkan lobak merah (jika guna) dan masak hingga lobak lembut. Tambah cili merah, bawang besar & timun (pastikan anda toskan timun tadi & perah sedikit). Gaul rata & masak sekejap. Rasa jika perlu baru tambah dengan sedikit garam. Jika anda suka manis, boleh tambah sedikit lagi gula. Masak sekejap, matikan api & boleh dihidangkan.
** MA makan Acar Darat nie dengan nasi ketumbar, kalau nak tenguk resipinya ada DISINI.
Cara MA - Timun & lobak merah MA rendam sebentar dalam air kapor- kemudian bersihkan & toskan, ini untuk mendapatkan timun & lobak merah yang rangup.


Ini Acar Darat Timun  dah siap terhidang


Ini pula Nasi Ketumbar.....yang MA gandingkan 
makan dengan Acar Darat Timun...
& Rendang Ayam Minang resipinya DISINI


SUP TULANG SAMPOI .....HARI RAYA KURBAN

Assalamualaikum...dah lama jugak MA menyepikan diri.....huhuhu
Bukan dah merajuk atau sebagainya.....tidak sama sekali. Sebenor2nya, MA menyepi kerana my kamera cap ayam dah rosak ......terjatuh. Masak memang le masak hari2 .....tapi oleh sebab tak dapat ambil gambo, tak bermaknalah MA nak updatekan blog nie.....
Baru le hari nie MA cuba update ......dah dapat kamera baru, kamera dari H/P je.....
Kali nie MA, N3kan sup tulang yang My Hubby dapat tulangnya semasa Hari Raya Kurban tempohari......
Buat sikit je.....untuk MA & Si bungsu, teringin nak makan sup tulang......saperti biasa MA jarang buat sup tulang nie kerana My Hubby tak boleh makan......jadinya jarang sekalilah MA buatkan sup tulang & satnika yang bersangkut paut dengan daging nie.....
Senang je resipinya, MA pasti semua pun tahu buat resipi Sup Tulang yang sampoi nie......tapi demi rujukkan anak2 & menantu, MA catitkan jugak disini resipinya. Pada anak2 & adik2 yang baru nak membuat Sup tulang .......Mai kita tenguk resipi yang sampoi nie.........


SUP TULANG SAMPOI ....HARI RAYA KURBAN
Oleh : MA

Bahan-bahannya:
  • 2 batang tulang selangka lembu* - (*direbuskan dalam pressure cooker)
  • 2 biji ubi kentang - dibelah 2*
  • 2 ketul sup bundut
  • 5 biji bawang merah**
  • 2 biji bawang putih**
  • 2" halia**(** dihiris halus)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
  • 10 biji cili padi - diketuk (Pilihan jika suka pedas)
  • 1 kiub pati daging/ayam
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup & daun bawang
  • Sedikit bawang goreng (dibuat sendiri...lagi le sedap)
  • 2-3 biji limau kasturi (Pilihan jika suka masam)
Cara Membuatnya :
  1. Tulang selangka dipotong kecil2, dibersihkan & ditoskan.
  2. Masukkan tulang selangka bersama bahan-bahan lain, & masukkan juga air separuh daripada periuk/ sehingga hapuskan sedikit tulang tersebut.
  3. Masakkan tulang selangka bersama dengan ubi kentang, cili padi, sup bundut & bahan-bahan yang bertanda ** sehingga lebih kurang 25-30 minit, supaya daging tulang selangka lembut.
  4. Bila telah masak, matikan api & biarkan wap daripada pressure cooker keluar semuanya, baru boleh dibukakan tudung pressure cooker tersebut.
  5. Kacau sup tersebut, masukkan kiub pati daging & lada hitam. Biarkan dia menggelegak beberapa kali.
  6. Masukkan juga garam serta sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  7. Apabila sup telah masak, masukkan sup dalam mangkuk hidangan & taburkan bawang goreng,daun sup serta daun bawang.
  8. Sedia untuk dihidangkan, sekiranya suka masam sedikit, perahkan sebijik limau kasturi didalam mangkuk hidangan sup tadi.  



SUP TULANG SAMPOI.......HARI RAYA KURBAN
Dah pun siap terhidang
JEMPUT MAKAN...

Thursday, October 17, 2013

KETUPAT DAUN PALAS...PECUBAAN PERTAMAKU,,,,

Salam 12 Zulhijjah....masih belum terlambat MA ucapkan Selamat Hariraya Kurban kepada semua pengunjung muslim......
Hari nie MA updatekan resipi tertangguh....yang MA buatkan pada 9 Zulhijjah, saperti biasalah MA tak berkesempatan nak mengadap laptop nie pada hari berkenaan, disamping MA buatkan juadah untuk keluarga, ada juga tempahan pudding terpaksa MA buatkan.
Aidh tahun nie....sedih juga kerana anak menantu MA tak dapat pulang untuk beraya bersama.....
Yelah cuti raya pun sehari saja......masing-masing dah kekurangan cuti tahunan, jadinya berayalah mereka diperantauan. MA ada juga berhajat nak beraya bersama mereka diperantauan, tapi yelah.....MA dah berjanji dengan anak saudara untuk tolong masakkan kuah lodeh, bagi jamuan raya diofficenya pada hari Rabu.....jadinya terbantutlah hajat dihati nie.....
Saperti biasalah MA nie jika nak kemana2, tak boleh dirancang awal2.....pastinya tak jadi....rancang last minit.....jadi pulak tu. Tapi yelah saperti sekarang nie, bila teringin nak beraya dirumah anak menantu, bila dah buat janji nak masakkan untuk anak buah....tak sampai hati pulah nak batalkan, untuk MA beraya dengan anak menantu diperantauan.
Jadinya berayalah kami 3 beranak disini je........
Juadah Raya Haji tahun nie MA sediakan......nasi ketumbar, rendang burung, acar timun CMG & dalca kaki ayam. Cuma MA buat makan2 bersama keluarga je....MA jemput ayah & ibu MA, adik dan keluarga anak buah MA je.
Untuk Aidh tahun nie MA ada mencuba buat ketupat daun palas bersama kacang, terlalu teringin nak merasanya.....teringat semasa arwah nenek MA masih ada, setiap raya beliaulah yang akan membuat ketupat nie.....
Tapi Ya Allah....agaknya MA taklah cekap sangat membuatnya, baru percubaan pertama...agak serek jugaklah untuk membuatnya lagi......nasib baiklah buatkan sikit saja. Jagi belasah je le...asalkan habis....huhuhu
Sampai malamnya MA demam...agaknya terlalu banyak bekerja pada hari memasak tu......
Okeylah....mai kita tenguk resipi ketupat daun palas yang MA buatkan atas pertolongan YouTube ........
& garis rujukkan & sukatannya dari blog NASI LEMAK LOVER ni. TQ Sonia !!!


KETUPAT DAUN PALAS
Rujukan : Nasi Lemak Lover
Sumber : mesra resipi & YouTube
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

  • 400g beras pulut
  • 1 1/4 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • Daun palas secukupnya

Cara Membuatnya :

  1. Rendam beras pulut 20 minit, kemudian basuh bersih-bersih & toskan.
  2. Setelah itu masukkan beras pulut tadi kedalam periuk & tuangkan santan & garam, sebatikan. Kacau hingga mendidih.
  3. Santan tu, lebihkan sedikit je dari aras beras pulut. Masakkan beras pulut & kacau sebatikan dan menjadi setengah masak.
  4. Angkat & biarkan 15 minit sehingga sejuk.
  5. Kemudian bolehlah dimasukkan kedalam daun palas & anyamlah sehingga menjadi bentuk 3 segi.(Cara mengayam ni, MA rujuk daripada YouTube ......ada MA letakkan linknya dibawah nie).
  6. Rebus ketupat daun palas yang telah dianyam, didalam periuk yang telah berisi air pada paras separuh periuk & rebus hingga air kering. *Masukkan daun2 palas berlebihan kedasar periuk untuk mengelakkan ketupat palas hangit.
** Jika nak masukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut, Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.
Boleh dihidang & enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat. 

Sini untuk buat ketupat BETINA
https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=nenQdXf--kA
https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=NvHLmbhzwYo



Ini le hasil kerja tangan MA....
Percubaan kali pertama....
Raya tahun depan....kalau dipanjangkan umur...
MA buat lagi yeekk...







Sunday, October 13, 2013

BISKUT ALMOND ROSELLE

Assalamualaikum ......salam Aidil Adha untuk semua muslimin ....
Tadi tengahari MA ada buatkan juadah untuk hariraya nie.....Resipi nie dah lama MA simpan & bahan-bahannya pun MA dah lama belikan....hajat hati nak membuatnya ketika Raya Aidil Fitri tempuhari.....tapi yelah, tak kesampaian....jadi tersimpan je lah bahan-bahan tuu.....
Hari ini MA gagahi juga membuatnya.....buat pun tak banyak, cuma sedikit sahaja.......kerana almondnya tak mencukupi........cuma nak mencuba.....
Wbp memang sedap biskut nie......looo, boleh dipanggil biskut ke....!!!
Resipinya MA dapat ketika membeli bahan-bahan dikedai kek .....taukehnya selalu promosikan resipi-resipi baru......yooolaaa untuk melakukan bahan-bahan yang terjual dikedainya.....
Memang sedap le.....manakan tidak sodappp, kombinasi antara almond & chokelat, pasti le ngam.....
Si bungsu asyikkan mengulang je....lepas satu...satu.....isshh..isshh ..iisshhh sekejap je habisnya, rasanya besok kene buat lagi.....cuma belikan almond je lagi....bahan-bahan lain masih ada ......
Untuk anda yang ingin mencuba.....mai kita tenguk resipi yang mudah nie.......


BISKUT ALMOND ROSELLE
Oleh : MA

Bahan-bahannya : (Boleh dapat 100 biji ++)
  • 500g chocobitz compaund chocolate button - dicairkan
  • 500g almond batang
  • 100g cranberries
  • 30g cornflake
  • Cokelat rice secukupnya (pilihan)
  • Pepercup besaiz kecil secukupnya
Cara Membuatnya :
  1. Bakarkan almond & conflake dengan suhu 160C selama 20 minit, tujuan untuk merangupkannya. Ketepikan.
  2. Potong cranberris kecil - kecil.
  3. Masukkan almond, conflakes & cranberries dalam satu bekas, gaul sebatikan.
  4. Panaskan air & cairkan chocobitz compaund chocolate button dengan cara double boil, agar cokelat tak hangus. Pastikan air yang dipanaskan tidak terlalu panas, dikuatiri cokelat akan mengeras apabila terlalu panas, matikan api & kacau cokelat sehingga cair.
  5. Masukkan campuran almond, conflakes & cranberries kedalam bekas cokelat cair & kacau sebatikan.
  6. Sudukan bancuhan ini kedalam pepercup kecil & kalau suka taburkan diatasnya dengan sedikit cokelat rice.
  7. Apabila telah habis semua adunan itu dimasukkan kedalam pepercup, masukkan biskut nie kedalam peti ais selam 10-20 minit supaya dia mengeras.
  8. Keluarkan daripada peti ais & bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
  9. Selamat mencuba.

Ini dia rupanya chocobitz....
yang dijual dalam kotak....
1 kotak 1 kg...

Setelah dibuka dari kotak...
inilah rupenya chocObitz....
compaund chocolate  button.

Ini pula rupa cranberris...
yang tealah dipotong kecil.....

Ini pula almond yang telah dibakar....
Bila telah keluar drp oven , campurkan
dengan cranberries...

Setelah cokelat cair....
masukkan almond, cranberris, conflake
& gaul ratakan.....

Masukkan kedalam pepercup sehingga habis
kemudian masukkan kedalam 
peti ais 10-20 minit

Ini dia rupenya satelah dikeluarkan
drp pepercup....
tunggu untuk ngappp jeee....hehehe






NASI JAGUNG....UMMMPP SEDAAPPPNYAA

Salam sejahtera......selamat bertemu kembali dialam maya ....
Resipi nie MA C&P daripada blog Yatiemomeris, & Yatie pula C&P daripada CMG....terima kasih pada kedua-dua blogger tersohor yang sudi berkongsikan ilmu ini. Resipi nasi jagung nie spt biasa....dah lama jugak MA simpan, asyik tertangguh-tangguh je nak membuatnya.....
Bahan-bahannya juga dah lama MA belikan, specially jagung dalam tin tuu......
Tapi..yelah, mood membuatnya  kadang-kadang berkobar-kobar....tapi kadang tu menurun pulak.....hehehe macam biskut chipmore.....at last, lama jugak le jagung tu terperap......
Wbp, alhamdulillah....kemarin tercapai jugak hajat dihati ini.......dan inilah Nasi Jagung, dah pun terhidang....
Nasi Jagung nie MA gandingkan dengan Rendang Ayam Minang, Kerutup Telur & Jelatah timun.
Tu diaaa....kalau angin merajin datang....jangan dok kata apa....
Resipi Rendang Ayam Minang boleh lihat DISINI, manakala resipi Kerutup Telur ada DISINI dan Jelatah Mentah pada anda yang nak lihat resipinya pula boleh lah pergi SINI.
Pada anda yang ingin mencuba buat Nasi jagung yang sedappp nie, okey jom kita skodeng resipinya ......


NASI JAGUNG
Oleh : MA

Bahan-bahanya :

4 cawan beras basmati (MA guna Beras Basmati Jasmine King, buat 6 cawan)
1 tin jagung manis, toskan & simpan airnya
1 kiub ayam 'Maggie'
2 helai daun pandan
1 cawan susu sejat (susu cair)
1 cawan air jagung
3 cawan air biasa (MA guna 4 1/2 cawan)
4 camca besar minyak sapi (MA + dengan sedikit minyak kelapa)
1 biji bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dititik
2" halia - dihiris nipis
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(* rempah tumis)
1 batang serai - dititik
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
  1. Cuci beras basmati, rendam 25 minit & toskan. Dalam kuali cairkan minyak sapi, masukkan halia hiris, bawang putih titik, bawang besar, serai, 1 helai daun pandan & rempah tumis.
  2. Masukkan jagung manis yang telah ditoskan tadi, kacau rata & tambah beras. Goreng beras dengan bahan-bahan tadi selama 2 minit sambil dikacau.Matikan api & alih beras tadi kedalam rice cooker elektrik.
  3. Tuang susu cair, air jagung & air biasa, baki daun pandan, kiub ayam (hancurkan dulu) 7 garam secukup rasa, kacau rata & masak seperti biasa.
  4. Taburkan hirisan daun sup/ daun bawang serta bawang goreng sebelum dihidangkan bersama lauk kegemaran.
** Jangan kacau nasi ketika dalam proses memasak, ini akan menyebabkan nasi patah2. Lagi satu nak kata, bila nasi dah cukup tanak, gemburkan nasi dengan chop stick, cukup dengan membalikkan nasi 2-3 kali sahaja. Jika terlebih sangat, ini pun boleh menyebabkan nasi patah2.....Selamat Mencuba!!!!.......


Nasi Jagung dah pun terhidang.....
Tak sempat nak taburkan daun sup/ daun bawang dah...
Masing2...dah kelaparan....

KERUTUK TELUR

Selamat pagi semua.....semoga anda berada dalam sehat walafiat........
Pagi2 lagi ditempat MA dah pun hujan, jadinya....tak tahu nak buat ape...nak keluar pun malas rasanya.....sebab hujan .......jadinya MA mengadap ladtop je laaa.....
Pagi nie MA n3kan pula resipi Telur Masak Kerutuk yang MA skodeng resipinya daripad rumah Yatiememories......Looo Yatie lagi, entah mengapa MA nie sinonim betul dengan resipi yang Yatie buat......memang ngam dengan selera MA sekeluarga. Resipi nie Yatie kata dia ambil dari rumah K.Nor.
Terima kasih daun keladi, izinkan MA C&P resipi nie yeekk.....
MA gunakan rempah kerutuk, rempah nie MA dah belikan lama dulu ....... apabila MA kePasaraya kalau ada rempah Kerutup, pasti MA akan belikan untuk simpanan....manalah tahu, kalau tiba2 angin merajin nak buat masakan Kerutuk pula.
Selalunya Kerutuk nie MA masakkan dengan ayam je.....tapi kali ini bila MA terlihat Yatie Masak Kerutuk Telur, jadinya teringin pulak MA nak mencuba. Yoo laaa memang sedap pun......Kerutuk Telur nie....

KERUTUK TELUR
Resipi : K.Nor
Sumber  : Yatiememories

Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam (Yatie ganti10 biji telur direbus dulu) - (MA pun sama spt Yatie)
  • 3 sudu besar rempah kerutuk/ gulai - bancuh dengan sedikit air panas (Yatie takde rempah kerutuk ni, so Yatieganti dgn 2 sb rempah kari + 1 sb rempah kurma) - (MA guna rempah kerutuk)
  • 1 cawan santan fresh
  • 1 cawan air
  • 2 keping asam keping (MA guna sekeping je)
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji bawang besar - potong 4
  • 2 biji cili merah - belah 2
  • Gula nisan/ gula melaka
  • Garam
  • Minyak
Bahan Penumis (Rempah 4 beradik) :
  • 1 batang kulit kayu manis (dalam 2" panjang)
  • 5 kuntum bunga cengkih (Yatie letak 2 je)
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Bahan yang diBlend :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1" lengkuas
  • 1" kunyit hidup
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak & tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi & masukkan cili mesin.
  2. Goreng hingga sedikit garing & masukkan bahan2 yang diblend.
  3. Goreng lagi & masukkan rempah yang dibancuh dengan air panas.
  4. Bila tumisan dah pecah minyak, masukkan daun pandan, garam & asam keping.
  5. Masukkan ayam & gaul sebati.
  6. Biar rempah mesra kat ayam/ telur dalam 10 minit baru lah dimasukkan 1 cawan air.
  7. Biar hingga mendidih
  8. Pastu masukkan santan fresh, nisan/ guala melaka.
  9. Masak hingga hampir pekat & masukkan kerisik.
  10. Masukkan bawang besar yang dipotong 4 & cili merah yang dibelah 2.
  11. Masakkan hingga ayam masak & kepekatan yang disukai
  12. Hidangkan panas2.
** Jika nak letak telur dalam kerutuk :
  1. Kupas kulit telur yang dah direbus, belah sedikit telur (2-3 belahan-hanya kena putih telur je)
  2. Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Yatie tak goreng telur nie, cuma Yatie kelar2kan saja supaya rempah meresab kedalam telur. (MA pun buat spt Yatie)
  3. Angakat & toskan. (Telur perlu dibelah supaya tidak meletup semasa proses menggoreng).

Telur Kerutuk dah pun siap terhidang......
Jemput makan...



Saturday, October 12, 2013

RENDANG AYAM MINANG......MEMAANGG SEDAAPP

Assalamualaikum....salam berhujung minggu...semoga semuanya ceria dalam menjalani hidup ini.....
Dah lama dah MA simpan resipi nie......tapi tidak pernah buat lagi, resipi nie MA print dulu, entah bila dah tak ingat pun....hehehe biasalah, kalau ternampak resipi yang agak berkenan dihati...printkan dulu simpan dalam fail, kadang-kadang tu dah terlupa pun....
Resipi nie MA C&P daripada SINI tetapi Julia kata dia ternampak resipi nie daripada SINI.....
Wbp terima kasih kepada semua yang terlibat dengan resipi nie......
Baru-baru nie MA buatkan resipi ini untuk dimakan dengan Nasi Jagung....
Memang sedappp....My Hubby siap request suruh MA buat lagi.....kali ini dengan burung pulak.......
InsyaAllah.....pastinya siaran ulangannya akan MA buat untuk juadah hari Raya Aidil Adha ini....tapi dengan burung pulak saperti yang My Hubby mengidam.....hehehe macam orang mengandung pulak.....
Okeylah pada yang ingin melihat resipi asal bolehlah masuk keblog diatas....disini MA C&P daripada resipi blog Julia....& saperti biasalah jika resipinya bertukar tangan, pastinya citarasa pun mengikut air tangan tuan resipi seterusnya, walau pun basic masih sama....namun bahan-bahannya pastinya ada yang terkurang atau terlebih & kadang-kadang pula ada penambahan ......Lain padang, lain belalangnya......
MARI KITA TENGUK RESIPINYA....


RENDANG AYAM MINANG
Resipi Asal : Pak Engku (Buku Resipi Kenduri Kahwin)
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam - dipotong ikut suka
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 10 ulas bawang merah - dikisar
  • 3-4 biji cili api - terpulang pada citarasa (MA guna 12 biji cili padi - dikisar)
  • 5 biji cili merah/ cili kisar (MA guna 3 biji cili merah - dikisar)
  • 2 " halia
  • 4 batang serai - 2 batang diketuk
  • 1" lengkuas
  • Rempah tumis (Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & bunga cengkih)
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam (MA guna 1/2 sudu besar saja)
  • Minyak masak - secukupnya
  • Santan kelapa dari 1 biji kelapa
  • Garam & gula secukupnya
  • Daun kunyit - dipotong halus
  • 2-3 helai daun limau purut - dibuang uratnya (MA tambah)
  • 1sudu teh serbuk kunyit (MA guna 1 ulas kunyit hidup)
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar (saya tambah) (MA juga tambahkan)
  • 2-3 keping asam gelugur (saya tambah) (MA juga tambah 1 keping sahaja)
  • 1/2 kiub pati ayam (MA tambah)
Cara membuatnya :
  1. Tumis rempah tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar & serai yang di ketuk, masak hingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah yang lainnya, kacau rata.
  4. Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam & kerisik.
  5. Perisakan dengan garam & juga gula sesedap rasa. Jangan lupa masukkan juga daun kunyit & daun limau purut.
  6. Tunggu sehingga kuah sedikit pekat, barulah diangkat.
  7. Hidangkan dengan nasi yang berperisa. 


Rendang Ayam Minang dah pun tersedia..
Rendang nie MA makan dengan nasi jagung..
Memang ngam...
Cubalah....




Friday, October 11, 2013

IKAN SIAKAP KUKUS

Salam sejahtera & salam ceria pada pengunjung blog MA....
Agaknya apa yang anda akan masak hari ini..??? Sebagai surirumah sepenuh masa, memang pening kepala kita memikirkan untuk memasak apa, pada tiap2 hari yang mendatang.....
Namun bagitu, sekarang nie...Alhamdulillah, idea untuk memasak bagi famili tersayang menjadi mudah dengan adanya Cik google.....Dunia Tanpa Sempadan. Cuma kita perlu rajin melayarinya bagi mendapatkan idea2  memasak yang diingini.
Terima kasih juga pada puan2 punya blog yang sudi berkongsi ilmu ....... semoga ilmu yang dikongsikan dapat membantu kita semua yang ketandusan idea .....
Okeylah....hari ini MA nak kongsikan pula masakkan Ikan Siakap Kukus, yang MA masakkan pada 3 hari sudah....oleh kerana kebz an, makanya MA tidak berkesempatan untuk N3 kan pada hari berkenaan......
Ikan Siakap Kukus nie MA skodeng daripada dapur Yatie Sinar Kehidupanku, Terima kasih pada Yatie & CMG diatas resipi yang sedap nie ......Resipi asalnya kata Yatie daripada CMG yang dia C&P dari MyR. Ikan Siakap Kukus nie, memang faviorite My Hubby, kalau MA kepasar atau pergi kepasaraya, pasti tak lepaskan peluang untuk membeli ikan siakap.....

Ikan Siakap dalam proses penyediaan....
Sebelah kanan pula....penyediaan sosnya...

Ikan Siakap Kukus dah tinggal separuh je .....

IKAN SIAKAP KUKUS
Sumber : Yatie memories & CMG
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/ kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak* (MA guna minyak bijan)
  • 1 1/2 camaca teh gula* 
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5-10 biji cili padi - dihiris* (MA ketukkan saja)
  • 2 batang serai - dihiris halus*(MA ketukkan je)
  • 1/2 kuntum daun kantan - dihiris* (MA tak guna pun - ganti dgn daun ketumbar)
  • 1 helai daun limau purut - dihiris halus*
  • 1/2" halia muda - dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih - dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung *
  • 1/2 camca tehserbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggie*
  • 2 biji asam jeruk (MA tambah)
  • 1/2 biji buah karet - dipotong memanjang (MA tambah)
  • 1/2 bungkus cendawan inokki (MA tambah)
Cara Membuatnya :

  1. Ikan dicuci bersih & dilumur dengan garam. tepung jagung & serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan bahan sos (yang bertanda*) hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan & sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi dalam bekas tahan panas & tuangakan sosnya rata, termasuk bahagian dalam belahan perutnya. (MA masukkan dalam pemanggang ajaib je- sebelum dituangkan sosnya, taburkan atas ikan dengan karet &cendawan inokki, cili padi - ratakan atas ikan. Taburkan juga asam jeruk, halia,daun limau purut & daun ketumbar beserta serai yang telah dititik).
  4. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apabila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dengan nasi hangat.
  5. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.
Loo...Ikan Siakap Kukus dah tinggal separuh je..
Dah kelaparan...terlupa lakk nak snap gambarnya...
Bila dah selesai makan....
baru teringat gambar telupa ambil....
Hantam je laaa..labuuu.. he3x

Wednesday, October 9, 2013

PULUT SERUNDING

Selamat petang semua......agak nye anda bersarapan ape petang-petang nie...
MA baru saja habis bersarapan....Pulut Serunding....makan panas-panas dalam hujan pulak tu....
Looo...sekejap je habisnya......makan dengan si bungsu sambil tenguk TV.....lagi lee tak terasa lepas satu, satu disuap kedalam mulut......Hanya tinggal lagi sepiring je.....untuk My Hubby yang masih tido....
Pulut Serunding nie MA ternampak dirumah Yatie Sinar Kehidupanku......Apa lagi terlio MA bila melihatnya...Jadi, kebetulan pagi tadi MA keluar kepasar.....apa lagi MA tak lepaskan peluang untuk membeli bahan-bahan yang tiada je. Kebanyakkan bahan semuanya ada dirumah cuma pagi tadi MA belikan kelapa putih & udang kering  je, untuk buat serundingnya.......
Pulut pun ada dirumah, dah lama tersimpan dalam peti ais, banyak pulak tuu.....pulut nie pemberian daripada bos lama MA (Tuan Haji Samuri), dia duduk di Changlon, Kedah. Baru-baru nie dia datang melawat & bermalam kerumah MA, jadinya pulut nie buah tangan drp beliaulah.....Pulut Susu, tak payah direndamkan.....cuma basuh bersih-bersih, toskan & kukuskan dengan santan........
Terima kasih pada Yatie kerana saperti biasa MA koppies kat rumah beliau, kata Yatie, resipi nie dia juga koppies daripada CMG, terima kasih juga pada CMG kerana sudi berkongsi resipi yang memang sedap.
Izinkan MA C&P disini pula untuk rujukkan MA & anak-anak dimasa akan datang.....
Okey mai kita layan resipinya....



PULUT SERUNDING
Sumber : Yatie memories & CMG
Oleh : MA

Bahan Pulut :
  • 300g beras pulut, cuci & rendam 30 minit & toskan (MA guna 3 cawan Beras Pulut Susu)
  • Santan cair secukupnya (MA guna 2 cawan je)
  • 1/4 sudu teh garam (MA guna 1/2 sudu teh)
  • 1 helai daun pandan disimpul
Bahan Serunding :
  • 1 kelapa parut , pilih yang kulit basah (MA belikan kelapa putih rm2.00 je)
  • 1 batang serai - hiris halus* (MA guna 2 batang serai)
  • 2 ulas bawang putih*
  • 5 biji bawang merah*
  • 1/2 " lengkuas*
  • 2 biji cili merah* (MA guna 2 biji cili merah + 5 biji cili padi)
  • 1 camca besar ketumbar* (MA guna serbuk je)
  • 1/2 camca teh jintan halus* (MA guna serbuk jintan manis juga)
  • 1/2 camca teh jintan kasar* (MA guna serbukjintan putih)
  • 2 camca besar udang kering, rendam 10 minit & toskan*
  • 2 camca besar gula pasir* (*Bahan-bahan ini dikisar halus)
  • Garam secukup rasa (agak2 dalam 1/2 camca teh)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1" kunyit hidup (MA tambah)
  • Minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
  1. UNTUK SERUNDING : Tumis bahan-bahan kisar hingga harum, masukkan garam & juga kelapa parut, gaul rata. Kecilkan api & masak sambil dikacau sealalu sehingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat & sejukkan.
  2. UNTUK PULUT : Panaskan kukusan, masukkan pulut dalam bekas & tuang santan cair sehingga separas pulut. Masukkan garam & gaul rata. Letak daun pandan & kukus 20 minit, gaul pulut & kukus lagi 5 minit. Angkat & sejukkan.
  3. UNTUK PULUT SERUNDING : Sarung tangan dengan plastik bersih, ambil sedikit pulut & kepalkan. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Boleh dihidangkan. (Dalam gambar CM guna scoop ais krim saiz sederhana, sapu sedikit minyak makan pada bahagian dalam scoop ais krim tadi, & cedok pulut, tekan sedikit & keluarkan. Kemas bentuknya & golek dengan serunding kelapa. Boleh hidangkan....
  4. Cara MA pula : Masukkan tangan dalam plastik, ambil pulut masukkan kedalam acuan lompang bersaiz kecil, tekankan pulut & keluarkan. Kemaskan bentuknya & golekkan dengan serunding kelapa.


Pulut Serunding
Memaangg sedaappp...

Tuesday, October 8, 2013

IKAN ROHU ALA RENDANG


Salam.....selamat petang semua pengunjung blog MA nie....
Semoga anda beroleh kebahagian dunia & akhirat......
Pagi tadi MA ada masakkan Ikan Rohu ala Rendang....ikan rohu nie, ikan pancingan MA petang semalam.
Entah mengapa sejak akhir-akhir nie MA dok gila memancing pulak.....sejak pulang daripada percutian diRoyal Belum. Kalau ada kelapangan pastinya MA & My Hubby pergi memancing, selalunya MA pergi memancing dilombong Tanjung Tualang je...
Suka betul MA kalau ikan besar yang memakan umpan pancingan MA....suka semasa menarik ikan tu kedaratan.....bagitulah rasanya perasaan kaki-kaki pancing semua.
Sebelum nie ikan rohu nie MA masakkan tauchu jee....dan kali ini MA cuba pula masakkan ala rendang pula... Pagi tadi MA skodeng dirumah Yatie Sinar Kehidupanku....jadinya MA terpikat pada resipi yang Yatie tayangkan...... seperti Yatie juga MA juga dah bingung untuk memasak ikan rohu pancingan nie....
Jadinya tak salah MA cuba pula memasak Ikan Rohu ala Rendang nie, setelah mendapat idea apabila skodeng dirumah Yatie.
Terima kasih pada Yatie & K.Ummi kerana berkongsi resepi yang sedap nie..... kerana resipi nie, Yatie skodeng daripada rumah K.Ummi.
Okey le mai kita menjamu mata tenguk ikan pancingan MA nie serta resipi yang MA C&P daripada rumah Yatie....


Ikan Pancingan MA
Sukanya memancinggg...


IKAN ROHU ALA RENDANG
Sumber : Yatiememories
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 2 keping besar ikan tenggiri - Yatie guna ikan siakap (MA guna seekor ikan rohu dipotong nipis- bersih & toskan)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugur (MA guna 1 keping je)
  • 2 batang serai - diketuk
  • Garam & gula secukup rasa
  • 2 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut ( MA tambah)
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar :
  • 18 tangkai cili kering (MA guna 10 biji cili padi + 3 biji cili merah je)
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan & goreng ikan embal2 ( tidak terlalu garing). Angkat & ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali tadi & tinggalkan 4 sudu besar. Tumis serai & bahan-bahan kisar hingga naik minyak. Masak dengan api perlahan saja.
  3. Masukkan asam keping & masak lagi.
  4. Masukkan santan, garam & gula & renehkan biar pekat & bahan naik minyak.
  5. Masukkan ikan tadi & balikkan sekali dua sahaja. Masukkan daun kunyit (daun limau purut) & gaul rata sebentar. (tinggal sikit daun kunyit untuk tabur masa hidang kalau suka)
  6. Seimbangkan rasa & tutup api. Hidang & tabur daun kunyit & makan dengan nasi panas.

Ikan Rohu ala Rendang
Sedappp...
Cuba lee buat..

SAMBAL KUININ

Assalamualaikum.....bertemu kembali diarena maya ini, semoga semuanya berada disituasi yang membahagiakan....
Kali ini MA n3kan pula sambal kuinin, pembuka selera....
Sambal nie dah 3 hari sudah MA buatkan, tapi tak berkesempatan untuk update, disamping kebz an entah kenapa mood pun sejak kebelakangan nie kureeenggg sikit....apatah lagi apabila mood meng update tiba, line pula buat hal terlalulah slow.....lagi lah merudum moodnya....
MA rasa sambal nie...tak leee sesusah mana membuatnya......pasti semua pun dah mengetahui cara membuatnya...
Wbp MA selitkan juga diblog MA nie untuk rujukkan anak-anak, sekiranya mereka teringin membuatnya....biasalah anak-anak sekarang, benda-benda macam nie mereka kureeng meminati.....namun orang tua-tua kata..... tak kenal maka tak cinta......
Mari kita skodeng resipinya.......


SAMBAL KUININ
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

1 biji kuinin yang elok masaknya (dicincang kasar)
3 biji cili merah
5 biji cili padi ( Boleh tambah jika suka pedas)
1" belacan yang telah dibakar
Garam & gula secukup rasa

Cara Membuat :
  1. Buangkan kulit kuinin & dicincang kasar. Ketepikan
  2. Masukkan cili merah, cili padi, belacan serta garam & gula didalam lesung batu.
  3. Tumbuk hingga semuanya hancur.
  4. Masukkan pula kuinin & lenyek-lenyekan supaya sebati dengan sambal tadi.
  5. Sedia dihidangkan.


Nie diaa....
Sambal Kuinin pembuka selera...




Monday, October 7, 2013

SAMBAL MERAH PADANG

Salam....kali ini  MA nak kongsikan cara membuat Sambal Merah Padang pula. Sambal nie sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Resepi nie dah lama MA simpan & sering sekali membuatnya untuk membuka selera......apatah lagi kalau dimakan dengan ikan pekasam.....pegghhhh tak ingat dunia......
Pasti bertamboh-tamboh nasinya.....tak boleh nak diet dah.....
Resepi nie MA dapat ketika masih bekerja dahulu, daripada kak Neko yang bekerja dioffice kami. Terima kasih pada beliau yang sudi berkongsi resipi ini......dulu cuma dia berikan bahan-bahannya saja, tapi MA telah olahkan sendiri bagi menepati citrasa MA.
Mari kita tenguk resepi yang simple nie........



SAMBAL MERAH PADANG
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 250g cili merah- dipotong 3
  • 4-5 biji cili padi (boleh ditambah jika suka pedas)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato - belah 4 (tomato kecil sahaja)
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 2 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya :

  1. Campurkan cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih & tomato dalam satu bekas. Kukuskan selama 5-10 minit.
  2. Setelah dikukus, sejukkan sebentar & lenyek-lenyekkan saja dengan lesung batu, tak perlu lumat pun.
  3. Panaskan minyak, tumis sambal hingga layu & harum baunya.
  4. Tambah garam, gula & air jus limau kasturi. kacau hingga sebati.
  5. Masak hingga sambal garing sedikit & harum.
  6. Angkat & hidangkan.

Mai kita cuba buat......
Senang jee....

Friday, October 4, 2013

AYAM PALEMBANG

Assalamualaikum......
Hari nie MA nak N3 resipi Ayam Palembang yang MA masakkan pagi semalam.....Dah merasa pun, wooiii sedapppp, sibungsu suka sangat dengan masakkan Ayam Palembang nie.....bertamboh nasinya....hihihi
Terima kasih pada pada penyumbang resepi Maria Hakem, & pada Yatie Sinar Kehidupanku, diatas resipi yang sedappp nie....kerana MA ambil resepi nie dari rumah Yatie......
Ramai kawan-kawan blogger dah pun mencubanya, antaranya kata Yatie...Amie, Madihah, Ummi & Zaliedana. Pada kawan-kawan yang lain tak teringin nak mencuba ke.....????
Saperti biasa juga....MA nie kalau masak pastilah ayam jadi pilihan.....resipi nie MA ambil dari rumah Yatie, tapi Yatie gunakan daging.....jadilah Daging Palembang manakala MA pula guna ayam je......sbb tu le, MA namakan Ayam Palembang......resipinya tetap sama 2x5 = 5x2......muahhhh
Pada kawan-kawan yang belum pernah mencuba membuat resipi nie.....cubalah buat, berbaloi.....sedaaapp
Pasti ada siaran ulangan...... resipinya tak le susah sangat.....senang je....
Okey izinkan MA salinkan resipi nie diblog MA pula untuk rujukan MA & anak-anak ....
Mai kita tenguk resipinya.....


AYAM PALEMBANG
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

700g daging - potong lebar & nipis (MA guna 12 ketul ayam dipotong kecil)
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang(Habhals) - MA guna Kicap Lemak Manis Jalen
2 biji kentang - dipotong memanjang & nipis (MA tambah)
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkuas
15 biji cili kering - Yatie guna 1 cawan cili kisar (MA guna 15 biji cili kering dikisarkan)

Bahan Tumis :

3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang merah - dihiris (Yatie tambah)- MA pun ikut Yatie
2 ulas bawang putih - dihiris (Yatie tambah)- MA pun ikut Yatie

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak secukupnya & tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging gaul sebati. (MA masukkan ayam bersama kentang).Tutup kuali & masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging & biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging& kentang mula empuk.
  4. Kacau sekali sekala sehingga masak & kuah menjadi pekat. Masukkan kerisik & gaul rata. Masak hingga daging empuk.
** Kalau guna daging beku, rebuskan dulu sehingga empuk barulah masak seperti biasa
     Bagitu juga dengan ayam, saeloknya ayam terlebih dahulu digorengkan separuh masak.
     Tapi dikali ini MA tak gorengkan pun ayamnya....


AYAM PALEMBANG
MA biarkan berkuah sikit
SEEDAAPPP...






Thursday, October 3, 2013

IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK PAKU

Salam sejahtera .....semoga ceria selalu hendaknya......
Hari nie MA catitkan pula masakkan Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku.....
Masakkan ini faviorite My Hubby.....biasalah kalau masak cili padi nie memang ngam dengan selera dia...
Ikan keli nie MA salai menggunakan pemanggang ajaib je....senang je kejonya.... gitu. Sekarang banyak kemudahan....dalam apa hal pun tak payah bersusah-susah lagi......
Macam-macam peralatan moden ada didalam pasaran.......cuma ongkosnya saja yang mesti kita sediakan...
Berbalik kepada masakan Ikan keli salai masak lemak cili padi pucuk paku nie, MA masakkan kemarin....cuma tidak berkesempatan untuk update je.......
Wbp dikesempatan yang terluang ini MA usahakan bagi N3kan resipi nie bagi rujukkan anak-anak yang jauh diperantauan.....
Masakkan nie simple je, boleh juga memberi idea untuk kawan-kawan yang ketandusan....bagi menu memasakkan hari ini.....biasalah bagi suri-suri rumah yang hari-hari memasak untuk keluarga tersayang, kadang-kadang ketandusan idea......MA juga selalu bagitu, malah sering juga mencari idea diblog kawan-kawan dialam maya ini....
Mai kita tenguk resipi nya........


IKAN KELI SALAI MASAK LOMAK CILI PADI PUCUK PAKU
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

3 ekor ikan keli - yang telah disalai
1 ikat pucuk paku - dibersih & dipotong-potongkan
15-20 biji cili padi*
2 ulas kunyit hidup*(*diblander/ditumbuk halus)
1 batang serai - dititik
2 cawan santan pekat
Air bagi sesuaikan kepekatan kuahnya
Sekeping asam gelugor/asam keping
Garam secukup rasa
Knorr secukup rasa (Pilihan)

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan bahan-bahan blander kedalam periuk bersama dengan serai.
  2. Masukkan sedikit air & masaklah sehingga mendidih serta kering sedikit airnya, supaya cili tidak berasa maung.
  3. Masukkan santan pekat & kacau selalu sehingga mendidih supaya santan tidak pecah minyak.
  4. Bila telah elok mendidih, masukkan pula ikan keli yang telah bersalai tadi, kacau sebatikan.
  5. Masukkan pula pucuk paku serta asam keping. Kacau sehingga mendidih.
  6. Masukkan garam beserta serbuk perasa & rasalah kesesuaiannya dengan citarasa kita.
  7. Sesuaikan juga kepekatan kuahnya, apabila semuanya telah masak, tutupkan api.
  8. Bolehlah dihidangkan.


Ikan keli salai masak lomak cili padi bersama 
pucuk paku dah pun tersedia......