CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 4, 2013

KUIH TALAM PANDAN.......YANG SEDAPPP

Selamat pagi semua pengunjung blog MA....
Hari nie..awal-awal pagi lagi dah hujan...semalam pun bagitu, agaknya dah tiba musim hujan...
Bagi yang tinggal dikawasan rendah & selalu mengalami banjir...terpaksalah
bersiap sedia dari sekarang....barang-barang yang berharga serta sijil-sijil yang 
penting mesti dikumpulkan disatu tempat....semoga dapat diselamatkan...
Wbp bagi anda yang menghadapi situasi nie....MA doakan semoga anda selamat & tabah 
menghadapi dugaan daripada Allah ....pasti ada hikmah disebalik dugaan ini.......
semoga rahmat bersama kalian.......Amin.
Okeylah berbalik pada resipi hari nie....malam tadi MA buatkan...tiba-tiba teringin 
pulak nak makan Talam Pandan nie.....hehehe
Biasalah lah terkadang tu....duduk tak duduk teringat kuih yang memang menjadi favourite
semasa zaman kanak-kanak dulu..... selalu juga arwah nenek buatkan kuih nie..
Tapi yelah ketika itu....tenguk je arwah nenek buatkankan.....tak teringin pun nak belajar membuatnya...
Namun bagitu sekarang barulah terkial-kial nak membuatnya....terpaksalah pergi berguru....
Resipi nie dah lama MA simpan.....jarang membuatnya....
Resipi nie MA pelajari masa MA duduk diShah Alam tempuhari.....zaman MA tergila-gila
pergi belajar memasak kesana sini....tengah bekerja pun MA akan ambil cuti...
cuma kerana nak belajar resipi yang berkenan dihati......Beribu-ribu ringgit
dah MA habiskan ....cuma kerana nak belajar perbagai resipi......
Okeyle....tak payah le nak berceloteh panjang-panjang....nanti anda pun jemu & MA pun letih...
Jom kita tenguk resipinya....... resipi daripada basic asal yang telah diolah oleh MA...



KUIH TALAM PANDAN
Olahan : MA

Bahan- Bahannya : (utk acuan 7"X 10.5")

Lapisan Bawah : (adunan hijau)
  • 200g gula pasir
  • 5 helai daun pandan- diblend & ambil airnya
  • 190g tepung beras
  • 23g tepung ubi kayu
  • 1 1/2 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • Air
Cara Membuat bahagian bawah (adunan hijau) :
  1. Masak gula bersama air sehingga gula larut.
  2. Mesinkan daun pandan bersama air & campurkan bersama air gula
  3. Gaul tepung-tepung tadi, bersama air daun pandan & air gula serta campurkan air kapur. Jadikan adunan ini 1 litre (4.5 cawan).
  4. Tambahkan sedikit pewarna hijau.
  5. Kacau adunan ini diatas api sehingga naik wap.
  6. Masukkan kedalam acuan & kukuslah selama 20 minit.
Lapisan Atas : (adunan Putih)
  • 200ml santan pekat (RM3.00)
  • 70g tepung gandum (MA guna cap sauh)
  • 35g tepung beras
  • 35g  tepung ubi
  • Air
  • 1 1/2 sudu teh garam
Cara Membuat bahagian atas (adunan putih):
  1. Panaskan santan sebentar sehingga panas, tak perlu mendidih.
  2. Gaulkan bahan yang disenaraikan dengan santan suam & air. Jadikan bancuhan ini 1 litre.
  3. Masukkan bancuhan ini kedalam periuk 
  4. Panaskan sehingga naik wap.
  5. Bila adunan bawah sudah masak, lorekkan diatasnya dengan garpu (fungsi supaya adunan atas & bawah akan melekat)
  6. Tuangkan adunan putih keatas adunan hijau & kukuskan selama 25 minit . Bila telah masak bukakan tudung kukusan & kukuskan selama 5 minit lagi supaya air diatas kuih kering.
  7. Angkat & sejukkan, barulah boleh dipotong. 
Talam Pandan dah pun terhidang...
Untuk breakfast pagi ini.....
Jemput makan....

7 comments:

  1. beri sukatan sudu kerrr.....bab kter xder timbang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi mama....suka guna sukatan metrik, sbb tepat...
      Wbp mama cuba carikan sukatan dgn gunakan cawan & sudu....semoga dapat membantu Siti Hajar....sekiranya tidak bertepatan Siti leh adjust sikit yerr....kerana kuih-muih melayu nie akan menjadi lebih cantik...jika kita selalu praktikkannya...(lebih2 lagi kalau kita gunakan sukatan cawan & sudu)
      Okey disini mama catitkan sukatannya, harap Siti berpuas hati..........
      LAPISAN BAWAH : 1 cawan gula, 3/4 cawan t.beras,1 sudu besar t.ubi (bunbun)
      LAPISAN ATAS : 3/4 cawan santan pekat, 1/2 cawan t.gandum, 1/4 cawan t.beras, 1 1/2 sudu besar t.ubi (Air jadikan i litre = 4 1/2 cawan)

      Delete
  2. Jika x bubuh air kapur blh x ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam linawati......insyaAllah boleh...kalau xletak pun, terpulang pada citarasa masing-masing. Bagi mama suka letak air kapur....nanti rasa basenya liat sikit.....
      Cuba lerr....kita yang buat dia kannn...

      Delete
  3. assalamualaikum ..mama ni yatie sopd ni ....lame x jumpa mama ye .. sesekali dtg ler ke group ... mama tie nak tnya ...api utk pengguna kuih talam ni guna api perlahan or kuat ..mohon pencerahan tq mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam yatie...t.kasih kerana sudi bertandang ke sini....insyaAllah nanti bila senang2 mama akan bertandang ke group....buat masa nie mama bz sekali dengan tempahan...nak update blog pun xberkesempatan...
      Tentang pertanyaan yantie tuu...selalunya kalau mama buat kuih talam, mama gunakankan api perlahan sahaja....sbb takut dipermukaan kuihnya meletus2 macam gunung berapi...hihihi..kan xcantik jadinya...
      Wbp terkadang2 tu...sering juga tbesar apinya....biasalah yatie
      Semoga yatie berpuashati dan selamat mencuba...

      Delete
  4. As salam. Teringin nak mencuba. Tapi sukatan air bagaimana ya. Sukatan adunan selepas dimasukkan air, takut terlebih masuk air sebelum disukat.

    ReplyDelete