CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 11, 2014

RENDANG AYAM MINANG....LAGI !!!!!

Bismillah pembuka bicara....

Assalamualaikum.....Alhamdulillah dihari Jumaat yang penuh dengan baraqah nie, dan dihari penghulu segara hari ....dikesempatan ini MA abadikan sekali lagi resipi Rendang Ayam Minang yang memang menjadi favourite MA dan My Hubby. Kiranya ini adalah siaran ulangan, tapi dikali ini MA ada membuat sedikit ubah suai pada bahan-bahannya....Jangan maree yerr tuan punya resipi......
Untuk resipi sebelum ini, sekiranya ingin melihatnya ...boleh lah KESINI. Terima kasih pada penyumbang resipi asal Pak Engku (Buku resipi kenduri kawin) dan masam manis (Azlita Aziz) yang mewar-warkan resipi yang sedap nie ......
Rendang nie memang sedapppp.....apatah lagi bila makan dengan nasi yang berperisa.....juga sedap sekali jika dimakan dengan pulut. Ulalaaa....sedappnyaaa memanggg mengancammm
Bagi rendang dikali ini MA buatkan berkuah sikit ...kerana My Hubby suka rendang yang berkuah dan tidak terlalu kering.... Bagi MA pula.... kalau membuat rendang cara ini...MA pula suka rendangnya pedas barulah ada uummpphh...hehehe 
Wbp hentam jerr laa labu......kita yang buat dia kan.....kannn
Yang penting ikut selera situkang masak dan ragam orang yang nak menikmati masakkan ni...yerr takk !!!!
Wokey...wokeyy..jom kita tenguk resipi rendang yang mengancam sangat nie..... Mengancam dari citarasa tuan tanah lerr.... :)


RENDANG AYAM MINANG
Olahan : MA

Bahan-bahanya  :
  • 1 ekor ayam - potong ikut suka
  • Rempah untuk menumis (kulit kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis*
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam*
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar*(*dicampurkan dengan sedikit air- sebatikan)
  • Minyak masak secukupnya
  • 1/2 kilo santan
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukupnya
  • Daun kunyit dan daun limau purut
Bahan Untuk Dikisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • 2" halia
  • 5 batang serai - 2 batang diketuk (3 batang utk dikisar)
  • 1" lengkuas
  • 2 " kunyit hidup
  • 20 biji cili padi hijau
  • 7 biji cili padi merah (Cili padi nie pedas)
  • 2 biji buah keras - dihiris 
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan serai yang telah diketuk. Masak hingga kekuningan
  3. Masukkan serbuk rempah yang telah disebatikan  dengan air. Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam kacau seketika supaya sebati dengan rempah.
  5. Masukkan juga santan. Kacau sekali sekala sehingga agak pekat sedikit.
  6. Masukkan kerisek, pati ayam, garam dan gula
  7. Kacau dan sesuaikan rasanya. Apabila sudah berpuas hati masukkan daun kunyit yang telah dimayang halus bersama daun limau purut (yang telah dibuang uratnya).
  8. Kacau selalu sehingga kepekatan yang dikehendaki. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Rendang Ayam Minang yang membuka selera....

Ummpphh Sedapppnyaaa
Rendang Ayam Minang....
Tak percaya....cuba lerr buat.....