CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 26, 2013

RESIPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH - masakkan ala-ala nasi kandar

Assalamualaikum...
Kali nie MA nak kongsikan Resipi Ayam Masak Bawang Berempah...resepi nie masakkan berempah ala2 nasi kandar. Sesiapa yang suka masakkan ala2 nasi kandar cubale resipi nie pasti ngam dengan selera anda. MA memang suka dengan resipi ala2 nasi kandar nie....
Resipi nie daripada mamak haji, kebanyakkannya masakkan beliau banyak menggunakan serbuk kas-kas, memang sedap dan memenuhi citarasa kami sekeluarga, memang tak rugi mencubanya.....
Resipi nie memang banyak pakai bawang merah goreng....bawang goreng instant  tak main le ye......
Kalau nak buat masakkan nie mesti rajin goreng bawang ye....
Dibawah nie MA salinkan resipi yang telah diolah cara MA, kerana resipi asal terlalu banyak, bahan-bahannya untuk 250 - 300 orang....... biasale memang resipi mamak haji selalunya untuk ramai orang kerana masakkan untuk restoran & katering punya....
Pada sesiapa yang nak tenguk resipi asal bolehlah tenguk DISINI ye...
Tapi bagi anda yang nak masak sedikit saperti MA.....mai kita tenguk resipi olahan MA dibawah nie......


RESIPI AYAM MASAK BAWANG MERAH
Resipi : Mamak Haji
Olahan : MA

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam
15 ulas bawang merah (untuk digorengkan)
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 paket kecil rempah kari daging
20g serbuk kas-kas
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
4 biji bawang merah - dikisar halus jadikan 1 cawan air
(Boleh ditambah sekiranya anda mahukan kuah yang lebih)
2 ulas bawang putih*
1" halia*(* diblander jadikan pes)
2 sudu teh serbuk garam masala
(Jika tiada boleh digunakan  kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga)
2 helai daun pandan - disiat-siat & disimpulkan
1 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Cili merah dipotong serong memanjang (hiasan)
daun kari (hiasan)

Cara-caranya:
  1. Bawang merah dihiris halus & digoreng. Bila warna bertukar kepada warna perang, keluar & sejukkan. Ketepikan. Bawang goreng tak perlu rangup, agak kering dah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. NOTA: Untuk pengetahuan sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup, boleh dihasilkan dengan mengeringkan dulu hirisan bawang dicahaya matahari & digoreng.
  2. Ketulan ayam yang telah dibersih, masukkan garam & kunyit, gaulkan sebati. Ketulan ayam digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Selepas goreng diangkat & ketepikan.
  3. Panaskan kuali & masukkan minyak bersama minyak gorengan bawang tadi. Bila minyak panas masukkan 4 serangkai (Sekiranya tak menggunakan garam masala). Masukkan pes halia & bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api & masukkan semua rempah-rempah diatas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman, masukkan air bawang & besarkan sedikit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula mendidih masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato.
  4. Kecilkan api, masukkan gula & garam secukup rasa. Masukkan semua ketulan ayam yang telah digoreng tadi, kacau rata untuk kuah rempah bersalut dengan ayam goreng. Masukkan bawang goreng & kacau sebatikan bersama ketulan ayam. Biar ayam masak, ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, padamkan api dapur & masukkan ayam tersebut kedalam pinggan.
  5. Tabur cili merah yang dihiris & daun kari diatas hidangan anda. 


Resipi Ayam Masak Bawang Berempah
dah pun siap, cuma bawangnya je
kekurangan ....huhuhu
Terlupa pula nak taburkan cili hiris & daun kari
Walau bagaimanapun seriously sedaappp
Cubale...pasti ada siaran ulangan....