CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 4, 2013

BISKUT CORNFLAKES RANGUP-TUTORIAL

Salam sejahtera & salam sayang untuk semua pengunjung MA...
TQ kerana sudi berkunjung kesini....kedatangan kawan-kawan semua di alu-alukan, kecil tapak tangan ...nyiru di tadahkan.... Zaman sekarang nie adake nyiru lagi eekk!!!!....he3x
Hari ini MA buat Biskut Cornflakes Rangup lagi....untuk tempahan kawan-kawan rapat & juga untuk skut raya MA sendiri.....Skut cornflakes yang MA buat awal-awal dulu dah lok liau dah....huhuhu
Memandangkan ramai kawan-kawan sukakan biskut nie & mungkin masih keliru cara-cara membuatnya......jadi di sini MA nak tunjukkan step by step cara-cara membuatnya....
Harapan MA agar semuanya dapat mengikutinya dan berpuas hati dengan penerangan MA ini.....
Okeylah...tak payah kita berceloteh panjang-panjang..... memandangkan masing-masing dah kesuntukkan masa untuk menyiapkan persediaan hariraya yang bakal menjelang tiba, hanya tinggal 3 hari saja lagi ...
Mari kita lihat resepinya dulu...

BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Oleh : mamaAna
Sumber : adikku

Bahan-bahannya :

250g mentega
230g gula kaster
1 biji kuning telur gred A
300g tepung rose (Tepung superfine)
1 sudu teh vanila
50g kismis (option) - dipotong kecil
Anggaran 130g cornflakes - diramas kasar (boleh tambah jika tak cukup)

CARA-CARANYA : (Mai kita tenguk gambar step by step)


Kismis di potong kecil-kecil


Kismis yang telah dipotong tadi di campurkan 
dalam tepung rose yang telah di ayak, 
kacau sebatikan. Ketepikan. 


Pukul mentega dan gula kaster sehingga kembang.


Masukkan kuning telur & essen vanila, kacau sebatikan.


Adunan mentega & gula di kacau sebati


Masukkan tepung yang telah bercampur dengan kismis
sedikit demi sedikit gaul sebatikan. Sekiranya adunan lembik
simpan sebentar di dalam peti sejuk untuk 
mengeraskannya sedikit. 


Apabila adunan telah keras sedikit, keluarkan drp peti sejuk.
Ambilkan adunan dengan menggunakan sudu &
 bulat-bulatkan. masukkan kedalam mangkuk yang 
berisi cornflakes yang telah dihancur.


Hancurkan sedikit cornflakes dengan meramas-ramaskannya.


Masukkan adunan kedalam cornflakes hancur.



Bulat-bulatkan adunan yang bersalut dengan cornflakes



Adunan yang bersalut dengan cornflakes dibulatkan secara
perlahan-lahan, Jangan dikepalkan adunan kerana dikhuatiri 
biskut akan menjadi keras bila sudah di bakar nanti.
Just bulatkan dengan salutan cornflakes picit-picit manja.


Bancuhan biskut yang telah siap sedia menunggu untuk di bakar.
Bakar dengan kepanasan oven 170C selama 20 minit.
Oven mesti dipanaskan terlebih dahulu  selama
10-15 minit.



Taraaa....Biskut Cornflakes Rangup dah pun siap...
Jemput makan...






BISKUT SAMPERIT SUSU - MAS DUNIAKU

Alhamdulillah......hari nie MA buat biskut samperit lagi, walau pun sebelum nie MA dah pun buat biskut samperit susu a.k.a dahlia susu yang MA skodeng dari dapur Reen Khan....
MA nie peminat tegar biskut samperit....pantang ada  resepi biskut samperit pasti akan teruja nak mencubanya......
Tapi kali ini MA guna acuan semperit biasa je, tak mau dah pakai acuan yang bunga-bunga kerana masa buat biskut dahlia pun MA dah pakai acuan bunga....jadi kali ini kita ubah bentuknya pula...
Terima kasih pada Mas - Duniaku & Anna Qawina di atas resepi yang sedap nie.....
Bagi kawan-kawan yang nak lihat resepi dari dapur Mas leh le pergi DISINI.
Sekarang mai kita mengukis......


BISKUT SAMPERIT SUSU
Resepi asal : Anna Qawina
Sumber : Mas - Duniaku

Bahan-bahannya :

125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak (resepi asal 250g)
230g tepung jagung Brown & Polson (cap butterfly) - resepi asal 600g. (Ku guna 230g just nice untuk picit dengan acuan) - MA tambah 100g lagi sbb lembik, mungkin krn MA guna tepung jagung biasa yang di jual di bakery kut/ terlebih pukul....he3x

Cara Membuatnya :

  1. Pukul susu pekat manis dengan butter. Tak perlu pukul sehingga kembang atau putih gebu (Ku guna whisk telur je)
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati. My experience 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal 300g, tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai aduanan boleh dikepal, boleh berhenti tambah tepung.
  3. Picit atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kene potong 4, ia akan mengembang 2x ketika dibakar)
  4. Bakar dalam oven yang dipanas terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
TIP : 

Untuk biskut, tak perlu pukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia di nyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula @ susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara kedalam aduanan. Apabila dibakar udara dalam aduanan akan mengembang, dan ini menyebabkan biskut turut mengembang.


Biskut Samperit Susu, 
Warna cokelat tu...MA bubuhkan 1/4 sudu kecil 
cokelat emalco dlm adunan yang telah di bahagikan.
(1/4 adunan bubuhkan cokelat emalco & 3/4 lagi adunan di biarkan pada warna asal)