CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 19, 2014

CARA MUDAH DAN MURAH UNTUK LANSINGKAN BADAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam Jumaat yang penuh dengan baraqah...
Alhamdulillah ..dihari yang mulia , penghulu segala hari ini.....mari kita mulakan langkah dengan Bismillah dan Senyuman....
Sahabat dan teman sesungguhnya Perancangan Allah itu Indah...
Ketika kita bersedih....DIA datangkan kita Bahagia...
Ketika kita menangis....DIA datangkan Senyuman...
Ketika kita diUji dengan segala ujianNYA...DIA datangkan Hikmah.....
Oleh itu mari bersama-sama kita muasabah diri ini....

Hari ini MA nak kongsi sedikit Tip yang berguna untuk menurunkan berat badan....
Dari pencarian MA melalui google banyak yang MA perolehi petua-petua dan tip-tip yang berguna bagi kita yang ingin menurunkan berat badan......
Wbp MA terpikat dengan tip yang dipersembahankan oleh CikMatahariku....terima kasih pada beliau diatas tip yang berguna ini dan izinkan MA catitkan diblog ini untuk rujukkan MA dimasa datang....

Saperti juga dengan Cik Matahariku.....MA juga kedekut untuk membeli produk yang satnika ada dipasaran nie.....saperti cendawan tumbuh.....mahalnya Ya ALLAH tuhan yang tahu....tapi kemujarapannya  belum tentu berkesan kepada tubuh kita.....hampesss..hahaha

Okey lerr...oleh kerana dah kedekut sangat kan...saperti yang Cik Matahariku kata...maka mari kita kongsi cara murah, jimat dan tidak membazir tentang satu petua dan tips mudah bagi kita  untuk menurunkan berat badan  yang bagaikan di pam-pamkan ini........
Mai kita cuba petua nak turunkan berat badan dan slim melim dengan "Jus Lobak Merah dan Timun Plus Cuka Epal" yang Cik Matahariku syorkan ini.....
Apamacam Anda ingin mencuba ??? Wokey mai kita mencuba sama-sama yerrr.....dan kita sama-sama mendapat manafaatnya....
Bak kata Ustazah Siti Nor Bahyah ...." Jika Anda Buat ...Anda  Dapat"






CARA PENYEDIAAN JUS LOBAK MERAH DAN TIMUN PLUS CUKA EPAL

Untuk mendapatkan Cuka Epal tidaklah susah sangat kerana anda boleh dapatkan dipasar-pasar Raya Besar saperti Tesco, Mydin, Jaya Jusco, Giant dll. Harganya agak mahal sikit ....tapi wbp kita mampu membelinya.....tidaklah semahal produk untuk menguruskan badan yang berada di pasaran....
Wokey mari kita berkongsi bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaanya saperti yang dituliskan oleh Cik Matahariku.....

BAHAN-BAHAN UNTUK MENYEDIAKAN JUS LOBAK MERAH DAN TIMUN PLUS CUKA EPAL
  • 3 biji Timun sederhana besar (jangan dibuang kulit)
  • 1 biji lobak merah (2-3 biji pun boleh) juga jangan dikikis kulitnya. Hanya perlu dibasuh hingga bersih sahaja.
  • 2 gelas air mineral (air masak pun boleh)
  • 2 sudu besar Cuka Epal ( atau boleh digantikan dengan cuka kurma/ 2 biji limau nipis besar/ 4 biji limau kasturi) 
  • 1 sudu besar Cuka Epal (untuk toner)
  • 1/4 sudu kecil gylcerin (cuma untuk toner sahaja)
CARA PENYEDIAAN JUS LOBAK MERAH DAN TIMUN PLUS CUKA EPAL
  1. Hiris timun dan lobak merah kecil-kecil, supaya senang nak blander.
  2. Masukkan kedalam blander dan tuang 2 gelas air mineral, atau air masak.
  3. Blander sampai hancur.
  4. Tapis kedalam mangkuk atau jag air minuman.
  5. Tuang jus kedalam gelas A. Simpan baki jus didalam gelas B.
  6. Masukkan 2 sudu besar cuka epal kedalam gelas A.
  7. Kacau sebati dan sedia untuk diminum. 
Tentu ramai yang tertanya-tanya apa kaitannya cuka epal dengan petua lansing dengan lobak merah nie kan ??? Nak tahu sila baca pendedahannya Khasiat Cuka Epal DISINI dan DISINI

Sila amalkan minum jus ini 3 kali sehari dan hendaklah meminumnya secara konsisten. Kalau ikut orang yang cadangkan petua ini...kalau secara istiqamah kita minum jus lobak merah dan timun plus cuka epal ini ...kita kan dapat rasai perbezaan pada tubuh dan kehilangan 3-8kg dalam masa 3 bulan. InsyaAllah.....

Sunday, September 14, 2014

RED VALVET CUPCAKE

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu...semoga kita semua dirahmati Allah selalu.
Dah lama jugak MA tak berkesempatan mengupdate ...sejak kebelakangan nie masa terlalu lah singkat sangat rasanya serta mecemburui diri ini....
Sebelum kita keresipi hari ini... dipagi yang ceria nie....mari kita sama-sama kita muasabah diri ini semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat Allah.... 
Untuk itu mari kita renungkan bersama pedoman ini...walau siapa pun kita....
"Sebaik-baik sedekah, rengankan suaramu bertanya belanja dapur ibu bapamu, bertanya susah senang adek beradikmu. Kerana seburuk-buruk keluarga, jangan lupa kenangan waktu kecilmu berbagi makan sekeluarga. Bila besar berbagilah rezeki apa yang ada"
Okey berbalik kepada resipi yang akan dikongsikan ini....MA skodeng dari rmh citarawan...terima kasih pada K1 untuk resipi yang memang sedap...dan izinkan MA abadikan resipi nie disini untuk rujukkan dimasa akan datang....
Baru-baru nie MA gunakan resipi nie untuk membuat cupecakes hantaran....jadi untuk yang ingin mencuba dan menikmati keenakan resipi nie ...mai sama-sama kita mencubanya ...


RED VALVET CUPCAKES (HANTARAN)
Sumber : citarasawan
Oleh : mamaAna

Bahan A (diayak bersama)
  • 375g tepung gandum (MA guna self raising flour)
  • 20g sebuk koko
  • 1 sudu kecil soda baicabonate
Bahan B
  • 170g mentega (suhu bilik)
  • 350g gula kaster
  • 2 sudu teh vanila
  • 3 biji telur gred A
Bahan C 
  • 350ml UHT whipping cream/yogurt (MA campurkan kedua2nya sekali)
  • 1 sudu besar cuka /lemon (MA guna cuka apple jerr)
  • 2 1/2 sudu besar warna merah                                                                                                         ( satukan semua, dan biarkan selama 10 minit)

Topping Cream Cheese
  • 250g cream cheese (suhu bilik)
  • 80g gula icing
  • 1 sudu teh essen vanila
  • 180ml UHT whipping cream                                                                                  (Menghasilkan 1  biji kek 9" atau 30 biji cupcakes bersaiz sedang)
Caranya :
  1. Panaskan oven suhu 180'C, Sediakan loyang/ cawan kertas
  2. Satukan bahan A. Ketepikan
  3. Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu diikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
  4. Sudukan 1/2 adunan kedalam cawan kertas dan bakar selama 20- 25 minit. Sejukkan dahulu.
  5. CREAM CHEESE : Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan essen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit. Pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul,
  6. Paipkan atas cupcakes dan hias mengikut suka.
*** Untuk membuat red valvet sandwhich:
       Sudukan 1 susu besar adunan diatas kertas minyak. Ratakan dengan belakang sudu                    menjadi leper dan bulat. Bakar selama 8 - 10 minit. Sejukkan. Apabila dah sejuk letakkan          cream cheese  ditengah dan tangkupkan.



Cupcakes hantaran dah pun siap..
Mai kita sama-sama cuba membuatnya...
Sekurang-kurangnya mai kita rasa keenakkan keknya.
SELAMAT MENCUBA

Monday, September 1, 2014

MINGGU YANG BZ DENGAN TEMPAHAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Selamat petang semua dan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 57, semoga negara kita sentiasa berada dalam aman dan sentosa...Aaminn
'MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MALAYSIA..Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'
Kini dah masuk hari ke 10 MA tidak berkesempatan untuk membuka dan mengupdate blog kesayangan ini....
Sepanjang minggu dipenghujung bulan Syawal yang berlalu...MA bz dengan tempahan demi tempahan...hari ini barulah relax ...itu pun sepatutnya ada lagi tempahan tapi MA menolak sbb nak relax sebentar...dan bermula pada 5hb September ada lagi tempahan yang menunggu dalam senarai.
Hari ini MA just nak kongsi gambar-gambar tempahan yang MA ambil sepanjang minggu yang baru berlalu jerr....
Just sebagai kenangan untuk MA abadikan diblog ini..
Kepada anda yang sudi menempah daripad MA ...TQVM ...sayanggg U ALL
Bagi anda yang ingin menempah daripada MA bolehlah buat rujukan disini....dan bolehlah WhatsApp kepada MA di no telipon saperti  yang tercatit di atas...
Harap apa-apa hal yang berkenaan tempahan bolehlah whatsApp jerr....jangan SMS yerr...sbb talipon MA ada masalah untuk menjawab  SMS....
Jadi untuk tidak melengahkan masa ...mai kita menjamu mata sebentar.....nanti dilain hari dilain masa jika ada kesempatan MA updatekan pula resipi yerr.....

Seri Muka Pulut Hitam
yang sering mendapat tempahan dari customer

Kuih Cara Berlauk 
bersama Seri Muka Pulut Hitam lagii..

Kek Kukus Valvet Hawflakes

Strawberry Swiss Roll
untuk hantaran merisik

Steamed Coconut Blossom Cake

Red Valvet Cupcake fondant 
untuk hantaran pertunangan

Puding Selasihku Sayang
yang semestinya menjadi favourite
customer dari dulu, sekarang dan selamanya,,,,

TQVM kepada....
Puan Shima
Puan Liza 
Puan Lina
Puan Rina
Puan Rasimah
Puan Nanda Kumari
Puan Noran 'Asma
Puan Yon
Puan Amy
Kepada customer yang lainnya ...minta maaflerr
kalau nama tidak tersenarai disini....
wbp terima kasih banyak2 pada sokongan anda semua ...
Sayang U All....
Semoga berpuas hati...