CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 23, 2013

MAGGIE GORENG YANG MUDAH

Petang nie rasa boring pulak.........tak tau nak makan ape.
Telintas di fikiran, rasa-rasanya lebih mudah & cepat MA masak maggie goreng je.......
Maggie goreng nie memang kegemaran si bongsu (kalau dia tak mau makan nasi).......pasti maggie goreng nie yang dia minta. Terkadang-kadang tu, bila MA bz dengan urusan tempahan, maggie goreng nie selalunya dibeli daripada kedai mamak je....
Tapi ditempat kami nie, cuma satu kedai mamak je yang menepati piawaian citarasa kami.......
Selalunya MA lebih suka masak maggie nie kerana senang & cepat serta dapat menepati citarasa kami. Waktu-waktu yang emergency selalu le maggie nie yang menjadi menu kami......
Ok le, kita layan je resepi maggie yang mudah & senang nie...






MAGGIE GORENG
Sumber : resepi MA sendiri

Bahan-bahannya:

3 bungkus Maggie goreng
3 ulas bawang putih *
10 biji cili api *
4 ketul isi ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili sos
1/4 sayur kubis (dipotong halus)
2 biji telur
minyak masak untuk menumis

(*)ketukan shj bahan-bahan nya.....

Cara-caranya:

  1. Rendamkan sebentar shj maggie dgn air panas lebih kurang 10 minit je... (Tuskan)
  2. Asingkan bahan2 rempah ratus maggie dalam mangkuk kecil berasingan. (bahan kering diasingkan dgn bahan basah)
  3. Sediakan kuali & masukkan sedikit minyak (biar minyak panas dulu..)
  4. Kemudian, tumis bawang putih + cili padi. Bila dah naik bau, masukkan daging ayam (kacau sehingga ayam masak sedikit)
  5. Masukkan rempah ratus maggie & sos tiram. Kacau sebati kan...
  6. Masukkan telur & kacau sehingga sebati.
  7. Masukkan maggie. Kacau sebati sehingga kering sedikit.
  8. Masukkan sayur kubis.
  9. Perasakan maggie dgn cili sos.
  10. Kacau sehingga maggie agak kering sedikit. Matikan api..
  11. Hidangkan.....