CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 18, 2014

JOM KITA BUAT KARIPAP PUSING

Bismillah pembuka bicara....
Assalamualaikum.... salam ceria...dan apa kyabar semua???
Petang-petang nie anda buat apa yerkk???
Untuk minum petang nie apa kata mai kita buat karipap pusing pulak...
Tak susah mana pun membuatnya...cuma mesti ada kesabaran 
dalam membentuknya...dengan erti kata lain anda perlu mempunyai 
kerajinan yang tinggi dalam membuat dan menggorengkannya....
Bila dah jadi...memanglah sedap karipap pusing nie ..rapuh dan rangup jerrkk...
Pastinya kita nak makan dan makan lagi....tak boleh berhenti...he3
Resipi karipap pusing nie MA ambil dari rumah Azlina @ Terminal Hijrah,
memang banyak resipi karipap pusing nie....tapi cara nie yang MA paling sukai
kerana hasilnya sangat2 memuaskan...banyak lapisan dan sangat2 rangup. 
TQ Azlina..Betul saperti kata Azlina......tak tipu.......
Oh yerrk...lupa pulak bagitau resipi intinya MA tak ikut cara Azlina....sebab intinya 
dah ada dalam simpanan  MA...jadinya MA jalankan projek 
membuat pastrinya mengikut cara Azlina jerr......
Wbp untuk rujukan MA dimasa akan datang makanya MA salinkan juga resipi 
Inti karipap cara Azlina di sini.....untuk inti yang MA gunakan ini sekiranya
ada sesiapa yang ingin melihatnya bolehlah KESINI.. 


KARIPAP PUSING
Sumber : Azlina @Terminal Hijrah
Oleh : MA

Bahan A :
  • 200g tepung gandum
  • 100g shortening (MA guna 50g shortening + 50g majerin)
  • Seculit garam (MA guna 1/8 sk)
Bahan B :
  • 400g tepung gandum
  • 200ml air (MA guna air ais)
  • Secubit garam (MA guna 1/8 sk juga)
Cara Buat Doh A :
  1. Gaul shortening bersama tepung gandum dan masukkan garam.
  2. Uli dengan tangan sehingga betul-betul sebati.
  3. Bahagikan kepada 6 doh kecil, 1 doh bersamaan 50g.
  4. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembab.
Cara Buat Doh B :
  1. Satukan tepung gandum dan garam dan masukkan air sedikit demi sedikit, sambil digaul sehingga menjadi doh.(Apabila dah menjadi doh MA ulikan dengan mesin supaya doh menjadi lincin - woiii tak larat menguli) 
  2. Bahagikan kepada 6 doh kecil dan doh bersamaan dengan 100g.
  3. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembab.
RESIPI INTI KARIPAP
Sumber : Azlina @Terminal Hijrah

Bahan-bahannya :
  • 6 biji ubi kentang dikupas kulitnya dan dipotong dadu kecil2
  • Isi ayam atau daging secukupnya - dicincang kecil2
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
Bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1 sudu besar udang kering (jika suka)
Cara Membuatnya :
  1. Rebus ubi kentang yang dipotong dadu hingga 3/4 empuk .Toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang dipotong dadu dan daun kari sehingga layu diikuti bahan kisar, kacaukan dan biarkan sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering, biarkan rempah garing dulu.
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dantunggu ayam atau daging betul2 masak.
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacau biar sebati dengan rempah.
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula, masak sehingga betul2 kering.
Wokey... disini mai kita tenguk step by step cara membuat karipap pusing....
Gambar A : Doh kecil adalah doh A dan besar adalah doh B
Gambar B : Letakkan doh A betul-betul ditengah doh B
Gambar C : Tutupkan doh A dengan doh B
Gambar D : Semua doh A dah selesai dibalutkan dengan doh B
Gambar E : Ambil doh tadi dan canaikan memanjang serta potongkan ditengah2nya
Gambar F : Gulungkan doh secara menyerong dan memanjang....pastikan 
gulungannya kemas dan padat.  
Gambar G : Baginilah bentuk doh yang sudah siap digulung sepenuhnya.
Rehatkan doh sebentar..tutup dengan tuala yang lembab supaya doh tidak kering.
Gambar H : Ambil satu doh dan canaikan memanjang, 
kemudian gulungkan doh kemas-kemas.
Gambar I : Doh yang telah bergulung dibahagikan 4 bahagian.
Gambar J : Potongkan doh dengan ketebalan yang sama.
Gambar K : Canaikan doh yang telah dipotongkan tadi.
Gambar L : Inti yang disediakan untuk dimasukkan dalam pasteri karipap
Gambar M : Karipap yang telah diklim dan dikemaskan tepinya. 

Karipap pusing yang telah siap digorengkan...
Tunggu apa lagi mai kita makann....

Karipap pusing yang telah digoreng separuh masak
untuk difrozenkan....

RAINBOW CAKE...DIHARIJADI ANAKKU NURUL a.k.a KAKAK

Bismillah pembuka bicara.....
Selamat tengahari dan salam ceria serta sejahtera ....
N3 kali ini MA abadikan untuk kenangan kami....diharijadi anakku NURUL a.k.a KAKAK.
Sebenarnya harijadinya telah pun berlalu pada 16hb February, 2014 yang lalu..
Tapi baru pagi ini MA berkesempatan untuk updatekan disini.... 
Harijadi kali ini kami bertiga beranak jerr meraikannya....just dirumah jerrr....
"Allah Selamatkan Kamu...Allah Selamatkan kamuu...Allah Selamatkan Kamuuu
NURUL IZZATI...Allah Selamatkan Kamuu..."
"Selamat Harijadi Kakak...semoga berjaya serta dirahmati ALLAH 
hidupmu dunia dan akhirat, dipanjangkan umur serta diteguhkan iman"
Aminnn......
Nurul a.k.a Kakak adalah anak bongsu dalam keluarga...
Kelahirannya diibaratkan rahmat dan hikmah untuk kami ibubapanya...
Perbedzaan kelahiran kakak ngan abangnya Faiz ....9 tahun..
ketika itu MA pun tidak menyangka akan mendapat anak kecil lagi.....
Dimasa bayi...Kakak seorang anak yang terlalu senang dijaga....
Kakak tidak pandai merangam saperti anak-anak yang lainnya....
Apabila tidur malam ...pastinya sehingga pagi baru kakak terjaga..
memang senang sekali menjaga KAKAK semasa bayi...  
Alhamdulillah sekarang Kakaklah peneman kami ....anak-anak yang lain
dah pun duduk berjauhan dari kami.....
Dialah pengubat, pengarang jantung dan tempat kami 
berkelahi dan bermanja diusia ini...
Tanpanya pasti rumah ini sunyi..... just MA dan MY Hubby 
Walaupun Nurul anak bungsu....tapi kami sering memanggilnya KAKAK.....
Nama timangan ini diperolehi daripada pengasuh Kakak semasa kecil....
ketika itu MA bekerja dan tinggal di Subang, Shah Alam.
Kakak MA hantarkan kerumah Puan Nor Bani.....
Lama beliau menjaga Kakak ....sehingga kedarjah satu jugak leerr... 
Kebetulan Puan Nor Bani....tiada anak perempuan, kesemua anak-anaknya
lelaki.....dan dari situlah Puan Nor sering memanggil Kakak.....dan sehingga
kehari ini, nama timangan itu berterusan diguna pakai....he3
Kakak pula membasakan Puan Nor dan suami sebagai mama dan papa.
Jika MA pergi kerumah anak MA disana....Kakak tentunya 
tak melepaskan peluang ...pastinya dia akan kerumah mama dan papanya......
Untuk birthday Kakak dikali ini...MA buatkan untuknya...Kek Rainbow
yang resipinya MA skodeng daripada blog Azie Kitchen manakala Azie
 pula kata beliau ambil resipi nie daripada blog Qaseh Honey dan Rahel.....
TQ pada semuanya diatas resipi yang sedaaapppp ini....
Tapi untuk kek Rainbow kali ini MA tidak icingkan dengan 
Krim Mentega saperti yang Azie buat......
Wbp resipi Krim Mentega nie ...just MA abadikan jerr disini ...
sebagai rujukkan MA dimasa akan datang.
Untuk itu mari kita tenguk resipinya........

RAINBOW CAKE
Sumber : Azie Kichen
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 250g mentega
  • 220g tepung kek (ayak dgn 1 sk b. powder) - MA guna selfraising flour jerr
  • 200g gula kaster
  • 4 biji telur gred A
  • 5 sudu besar air susu (guna susu segar) - 75ml
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • pewarna yang disukai
Cara- caranya :
  1. Griskan acuan bulat 8". Lapiskan dengan kertas serab minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
  2. Pukul mentega dengan gula kaster dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan acuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan essen vanila. gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.
  6. Selepas kek masak, biarkan sejuk dan barulah dihias dengan krim mentega.
NOTA : Saiz 8" (6 warna), guna hanya 1 1/2 adunan. kalau mahu 7 warna, guna 2 adunan. Saya guna loyang 9", 2 adunan dan 6 warna. (MA guna loyang 8", 1 adunan 5 warna jerr)

KRIM MENTEGA
Resipi : Kompilasi Hidangan Kek/ Chef Noraini Zakaria
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahannya :
  • 150g mentega
  • 350g krimwell
  • 180g sirap gula/ susu krimer manis
  • 3 sugu besar gula icing
Cara :
  1. Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
  2. Masukkan sirap gula / susu manis dan gula icing.
  3. Pukul lagi hingga sebati, Siap untuk digunakan.
Kek Rainbow nie MA icingkan dengan Cream Cheese...
MA dan Kakak memag suka cheese...
sbb itulah MA memilih Cream Cheese untuk icing kek nie...
Wbp ...huhuhu, entah kenape cheesenya berketul2 dan tidak smooth
MA guna Tatura Cheese.....kerana cheese nie jerr yang ada dirumah.....
Oleh kerana itu....disebabkan krim cheesenya tak smooth...
jadinya...MA icingkan ala kadar jerr....tak semenggah betoi (senonoh).....
mana nak cantik icingnya...sbb nak guna nozel untuk deco...
krim cheesenya tak boleh keluar...melalui nozel ...asyekkan tersekat jerrr
disebabkan cream cheesenya berketul-ketul laa tuuu...
Apa-apa pun hentam jerr lah LABU...asalkan siap..he3

CREAM CHEESE
Oleh : MA

Bahannya :
  • 250g cream cheese
  • 125g gula icing
  • 125g mentega
  • 1/2 sudu kecil jus lemon  
Pukul kesemuanya sampai lincin, baru dibubuhkan jus lemon dan sebatikan. Siap untuk digunakan.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG...