CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 21, 2014

STRAWBEERY SWISS ROLL

Selamat pagi semua....hari nie MA nak kongsikan lagi resipi tertunggak yang MA tak sempat update dimasa bulan Ramadhan tempohari.
Resipi Strawberry Swiss Roll yang MA skodeng dari rumah Kakwan....terima kasih yerr kerana sudi berkongsi resipi yang cantik dan sedappp nie....
Sebelum itu mari kita hayati pendoman yang boleh memotivasikan diri kita....."Rezeki bukan hanya wang, tetapi juga umur yang berkat, nikmat kesihatan yang yang dikelilingi oleh kebaikan dan kedamaian" Oleh itu sama-sama lah kita muasabah diri dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri ini......
Berbalik pada resipi swiss roll nie, dah lama sekali MA teringin nak cuba membuatnya....tapi yerr lah ...angin "M" selalu melanda diri....
Wbp alhamdulillah.... tercapai juga hajat dihati untuk melaksanakannya ....
Resipi swiss roll yang MA abadikan diblog nie telah MA gandakan sukatannya ....memandangkan MA nak membuatnya untuk 2 roll sbb oven yang MA guna besar dan boleh dimasukkan kedua-dua acuan berukuran 10"x10"sekali kedalamnya....makanya MA gandakan sukatan berkenaan.....
Bagi anda yang ingin mencuba untuk membuat sedikit sahaja, bolehlah dikurangkan separuh dari sukatan ini....
Okey lahhh mai kita tenguk resipinya....


STRAWBERRY SWISS ROLL
Sumber : Citarasawan
Oleh : MA

Bahan A :

  • 6 biji kuning telur
  • 150g gula kaster
  • 100ml air
  • 80ml minyak jagung/ minyak masak
  • 160g tepung gandum - di ayak (MA guna tepung superfine)
  • 2 sudu teh esen vanilla
Bahan B :
  • 6 biji telur putih
  • 4 sudu teh gula kaster
  • 1/4 sudu teh cream of tartar
Bahan C :
  • Buah srawberry secukupnya
  • Pewarna pink (Strawberry) dan hijau (daun)
  • Coklat emalco dan lidi
  • 300ml whip topping cream (non-dairy). Putar hingga pekat

*Loyang 10"x10" (2 buah di alas dan digris)

Cara-caranya :

  1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hinggaputih dan gebu. Kaup dan balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata (gunakan dengan spatula jerr).
  3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau). Masukkan kedua-dua adunan kedalam botol kecil yang bercorong (Boleh juga guna pipping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya). Pipe keatas loyang..bentukkan saperti strawberry dan daun.                                                                
  4. Bakar didalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 170'C selama satu minit. Angkat dan ketepikan                                                                        
  5. Tuang baki adunankeatas motif strawberry, ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170'C   selama15-20 minit.
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit. Terbalikkan diatas sehelai     kertas minyak yang lebih besar. Keluarkan kertas alas bawahnya. Lapik sehelai lagi kertas     minyak diatas motif strawberry kemudian terbalikkan ke atas. Sapu ratakan krim dan aturkan beberapa biji strawberry di atasnya, kemudian gulung dengan perlahan-lahan. Gulung seperti   membuat shusi. (MA lapik dengan plastik jerr- sbb senang utk digulung)
  7. Okey dah pun siap....simpan dalam peti ais sebentar atau lebih elok semalaman. Lepas itu       boleh dibukakan balutan nya...titik-titikan bentuk buah strawberry dengan menggunakan lidi   dengan coklat emalco dan sedia dipotong....apa lagi ngap laaa....
  8. Selamat mencuba...

Strawberry Swiss Roll

Sunday, August 17, 2014

BISKUT SEMPERIT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 


Selamat pagi dan salam dihujung minggu....semoga kita semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat....Aaminn
Sebelum kita melangkah lebih jauh ....mari kita renungkan bersama-sama kata-kata hikmat ini sabagai pedoman untuk diri kita bagi meneruskan kehidupan ini....
"Barang siapa MEMPERMUDAHKAN kesulitan orang lain...makan ALLAH akan mempermudahkan urusannya DIDUNIA DAN DIAKHIRAT " oleh yang demikian maka renung-renungkan lah dan marilah kita sama-sama muasabah diri kita.....
Untuk resipi kali ini .....resipi yang tertunggak yang MA buatkan untuk hidangan hariraya yang lalu....sekadar untuk catitan, semoga dilain hari dan dilain masa resipi ini dapat dibuat semula....
MA memang berpuas hati dengan resipi ini....terima kasih pada tuan punya resipi ini... yang sudi berkongsi resipi yang sedap ini...jika anda ingin melihat dilink beliau..anda bolehlah tekan DISINI
Untuk itu izinkan MA abadikan resipi ini semula diblog ini......



BISKUT SEMPERIT
Olahan : Dari semperit masam manis
Oleh : MA 

Bahan-bahannya :

  • 250g butter
  • 150g gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 250g tepung red rose (tepung biskut)
  • 150g tepung kastad
  • 30g tepung jagung
  • 1 sudu teh essen vanila
  • Manik gula sebagai hiasan
Cara Membuatnya :
  1. Ayak tepung red rose. tepung kastad dan tepung jagung. Ketepika                                         (cara MA...just ayak tepung kastad bercampur dengan tepung jagung. Tepung biskut MA ayak secara berasingan).
  2. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan essen vanila dan terus pukul sehingga begaul sempurna.
  4. Kemudian masukkan dahulu tepung kastad bersama tepung jagung yang telah diayak..... sebatikan. Kemudian masukkan pula tepung biskut sedikit demi sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari. (sekiran doh terlalu lembik bolehlah ditambahkan sedikit  tepung biskut lagi atau sebaliknya juga bolehlah dikurangkan tepung ini sekiranya doh agak keras). 
  5. Panaskan oven pada suhu 170'C
  6. Sediakan dulang pembakar dan griskan dengan butter.
  7. Masukkan doh kedalam acuan semperit dan tekan keatas loyang
  8. Buat dalam 2.5 cm panjang
  9. Hiasa dengan manik gula
  10. Bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama 15 minit (MA bakar 20 minit)
  11. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.                                                         

Thursday, August 14, 2014

Bertemu Kembali....

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 


Selamat bertemu kembali.... dah terlalu lama MA menyepikan diri....
Ya Allah terlalulah bznya sepanjang ramadhan 2014 ini...bermacam-macam perkara dan peristiwa yang MA hadapi....
Okeylah...ketika ini MA tengah terasa kecewa sangat-sangat nie.... untuk mengupdate blog nie....tapi MA gagahkan juga diri ini untuk cuba mengupdatenya.....apa tidaknya draft yang MA sediakan terkial-kial dari hari kehari....sepatutnya hari ini dah pun boleh dipublishkan...tapi entah macam mana pulak dengan sekelip mata hilang dengan tiba-tiba....
Alahaiii letehnyaaa .....rasa nak menangis dibuatnya.....Kenaperr yerr boleh jadi macam tuuu...???
Walau bagaimana pun....memandangkan blog nie dah hampir nak bersawang ....berhabuknya janganlahh dikatakann.....jadi MA kuatkan semangat ini untuk cuba mengupdate ....sekali lagi nampak gayanya terpaksalah memerahkan otak ini  untuk menyusun ayat untuk bercerita serta menyusun gambar-gambar sekali lagi....
Selamat petang semua pengunjung setia blog ini....dalam kesedihan ini mari sama-sama kita muasabah diri.....
"Redha dengan ketentuan NYA...sabar menahan ujian hidup...hadapi dengan senyuman...semuanya akan terasa mudah...."
Untuk itu MA nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pengunjung setia blog nie... rasanya masih belum terlambat lagi kan...
MA memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap MA sepanjang berblog ini....
Sebelum MA mengupdate resipi yang banyak tertunggak....apa kata sabagai salingan...mari kita cuci mata dulu dengan gambar-gambar ini....
Gambar sepanjang MA menyepikan diri...duk bz dengan seribu macam cerita disebaliknya....
Alhamdulillah...diRamadhan tahun ini juga...MA menerima kehadiran 2 orang baru dalam keluarga kami....Nampak gayanya bertambah besarlah keluarga ini....Syukur Alhamdulillah dengan kehadiran cucu MA yang ke 3 dan ke 4....
Cucu MA yang ke 3 dilahirkan pada 11.07.2014 diberi nama Puteri Qaila Zahra manakala cucu MA ke 4 dilahirkan pada 22.07.2014 diberi nama Farhan Hakimi....semoga semuanya sehat walafiat dan menjadi cucu yang soleha dan soleh....Aaamiinn
Taraaa...mai sama-sama kita cuci mata....sekadar kenangan untuk MA sekeluarga....dan kepada sesiapa yang sudi nak melihatnya serta menempahnya dipersilakan whatsApp kepada MA saperti no yang tertera diatas.....
Ini kuih cara berlauk dan cream puff yang MA buat
untuk jualan di Pasar Ramadhan 2014
Roti jala yang di tempahan diawal Ramadhan dahulu
Pavlova juga dibuat atas
pemintaan customer yang setia dengan MA
Pavlova nie MA buat  ada yang besar dan ada yang kecil 
Saiznya mengikut tempahan customer
Ini pula Trifles Rainbow
juga ditempah ....
Swiss Roll juga boleh ditempah
Okey lerr asyikkan bercerita pasal tempahan jerr...jemu jugak kan..
Mai kita tenguk gambar-gambar yang lain pula
sekadar untuk kenangan MA dimasa depan....
Gambar sekitar suasana hari raya 2014
dan majlis qeqah cucuanda MA

Ini suasana di pagi raya 2014 dirumah MA....
Ini pula gambar kenangan suasana hari raya 2014 bersama-sama
anak saudara dan adek beradek
ketika mereka beraya dirumah MA
Ini pula di majlis qeqah dan cukur jambul cucu MA
Puteri Qaila Zahra
Hanya ini sahaja yang dapat MA sediakan buat masa ini
panjang umur dilain masa dan dilain hari
kita bertemu lagi......
Bagi tetamu yang lainnya ...yang xdapat MA snap gambar-gambarnya
maaf MA pinta....wbp terima kasih banyak2 diatas kesudian
memeriahkan suasana raya dirumah MA
Sayaannggg u all....