CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label PUDING. Show all posts
Showing posts with label PUDING. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

PUDING ROTI ...... NUR QASEH YANG MEMANGGG SEDAPPPP

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hari nie kenapa yerr dengan tak semener2....teringin pulak nak menikmati puding roti....
Teringat MA pada kesedapan puding roti yang MA beli minggu sudah dalam perjalanan keLumut di kilang ROTI SEGAR di TITI GANTUNG.
Dalam pencarian resipi puding roti dengan pertolongan cik Google....MA terpikat dengan resipi Puding Roti Nur Qaseh ini....hahaha apa lagi dengan serta merta MA salinkan dulu resipinya dalam draft....supaya tidak pula MA nanti tercari2 apabila berkeinginan untuk memuding......
Alhamdulillah setelah melihat cara olahan step by step yang Azie persembahkan....terlalulah simple sekali rasanya, sebab tuu laaa....MA teringin mencuba resipi nie....
Terima kasih pada Azie diatas perkongsian ini....izinkan MA panjangkan resipi nie disini pula....
Pagi ini MA pun mula menjalankan projek memuding...saperti yang dihajatkan....maaf lerr Azie......kerana ada adjustment sikit pada resipi....biasa lerr yerr, bila resipi bertukar tangan. Puding yang MA buatkan ini.....diletakkan kedalam bekas2 kecil, supaya senang untuk dimakan dan dihidangkan. Manakala sukatannya MA ubahsuai sikit mengikut citarasa tuan rumah....
Untuk itu mai kita intai resipinya.......cuba yerr jangan tak cuba....memang marbeles puding nie... 
sedappp betul.....tak rugi untuk mencubanya......
Kepada anda yang ingin melihat resipi yang ori.....sila lihat link Azie Kitchen yerrr.....resipi dibawah nie MA dah adjust mengikut citarasa MA sendiri ..... sbb MA nie memang suka puding roti yang lembut ......

PUDING ROTI...... NUR QASEH 
Sumber : Azie Kitchen
Olahan : MA

Bahan-bahannya :
  • 6 keping roti Gardenia (potong kiub besar)
  • 3 keping roti lagi ~ dipotong kiub kecil2 @ utk hiasan (MA tambah)
  • 2 cawan susu segar (MA tambah 2 1/4 cawan ~ utk lembutkan lagi)
  • 1/2 cawan gula kaster (MA tambah 3/4 cawan ~ utk maniskan lagi)....hahaha biasa lerr MA nie.... suka manis.
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2-3 biji telur - dipukul rengan ( MA guna 3 biji)
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • Sedikit kismis (MA tambahkan bersama almond nibs - yang telah dibakar)
  • Sedikit serbuk kayu manis (MA tak bubuh pun)
Caranya : 


Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih bolehlah diangkat.
Masukkan roti dan kacau rata supaya ia terendam.

Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan 
biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur 
supaya telur tidak masak.
Akhir sekali masukkan telur dan essen vanila. Kacau rata.
Jika suka masukkan sedikit kismis dan badam 
serta serbuk kayu manis.

 
Tuangkan kedalam loyang saiz 8"yang telah
dilenser dengan sedikit mentega. 
(MA letak dalam bekas2 kecil jerr)
MA hiaskan diatasnya dengan potongan 
roti yang dipotong kiub kecil2 dan yang telah
rendam sebentar dalam adunan telur
yang bercampur dengan susu tadi.
Diatas sekali MA taburkan dengan
 sedikit gula pasir.

Masukkan loyang kedalam bekas besar yang telah diisi 
dengan air panas untuk membakar secara steam bath.
Bakar pada suhu 180'C selama 
45 minit sehingga 1 jam. 
(MA bakar 35 minit jerr.....sbb guna bekas kecil)
Dah masak pun.....sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, October 22, 2014

PUDING SAGU GULA MELAKA....YANG MEMANG SEDAP

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Alahaii...dah lama jugak MA tak bersiaran.....entah kenaper lerr mood untuk menulis terlalulah merudum sejak di akhir ini. Entah mana lerr larinya....jenoh jagaklah MA dok mencarinya...
Dapur dirumah tetaplah berasap...tapi entah kenaper....dapur disini pulak asyikkan xsempat nak N3kan juadah-juadah yang dibuat....
Kadang kala tuu...bila mood mendatang....line internet pula buat hal....slownya macam jalan si kura-kura...itu lah yg membuatkan mood nie merundum sekali....apatah lagi bila nak edit gambar....loo ini lah problem besarnya...letih menunggu line-clear.... huhuhu
Agaknya laptop MA ada masalah kut....!!!!
Wbp terima kasih lerr pada pengunjung yang masih setia dan sudi bertandang ke blog nie....tahniah juga pada anda diatas kesabaran menunggu kemuculan tuan rumah yang sekejap ada dan sekejap xderr nie.....macam biskut cipmore.....hihihi
Okey lerr hari nie MA nak N3 resipi yang memang sedappp...agaknya ramai dah pun merasai dan pernah mencuba resipi nie...Namun bagitu untuk rujukkan MA dan anak-anak .....resipi nie MA abadikan disini....
Sepatutnya minggu lepas lagi MA dah postkannya ....tapi memandangkan line terlalu slow....terpaksalah ditundakan.....alhamdulillah hari ini berjaya jugak tertunainya  hajat ini....


PUDING SAGU GULA MELAKA
Sumber : Rahel Blogspot.com
Disediakan oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 300g biji sagu warna putih
  • 2 liter air
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau (MA bubuh 1sudu teh)
  • 2 helai daun pandan (kisar dan tapis jusnya)
  • 2 helai simpulan daun pandan (MA tambah) 
Sirup Gula Melaka :
  • 1 ketul gula Melaka ( potong kecil-kecil) 
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan

    (Masak gula hingga larut dan pekat, tapiskan dan sejukkan)
Kuah Santan: 
  • 1 cawan pati santan ( boleh diganti dengan susu sejat)
  • 1/2 sudu teh garam

    (Campurkan semua bahan diatas dan panaskan diatas api hingga mendidih)
Cara Menyedia :
  1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
  2. Masak sagu hingga menjadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2-3 minit.
  3. Angkat sagu tadi dan toskan serta cucikan bawah air mengalir untuk membuangkan kanjinya.
  4. Toskan dan isikan dalam acuan / mangkuk pilihan.
  5. Simpankan dulu dalam peti sejuk 1 1/2 jam.
Cara Hidang :
Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil. Tuangkan sedikit air gula Melaka dan sedikit santan atau susu sejat. Sedap dimakan sejuk.

Nota : 
* 3 bancuhan boleh dapat 68 biji sekiranya dibubuh dalam bekas plastik kecil.
* Puding sagu kali ini MA masukkan di atasnya sedikit jagung berkrim...umpphh sedapp                        tuu.....terbaikk..cuba lerr
* Terima kasih banyak-banyak kepada penyumbang resipi.


Puding Sagu Gula Melaka
pastinya sedappp bila dimakan sejuk2


Friday, November 22, 2013

PUDING MARBLE OREO...Memang Cantik & Sedappp

Assalamualaikum....
Salam ceria dipetang Jumaat ini....semoga anda semua dirahmati Allah .......n3 kali ini MA updatekan resipi Puding Marble Oreo yang MA buatkan pada hari Sabtu yang lalu.....kombinasi puding nie memang sedap & cantik bila dihidangkan.... Pada anda yang meminati puding bolehlah mencuba membuat puding nie.....
Sebelum MA paparkan resipi puding nie..mari kita menghayati kata-kata inspirasi apabila kita mengalami kegagalan. Hanya untuk renungan bersama...Jangan takuttt.....semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya ....Amin...
  • Asasnya, apabila apa-apa pun pekerjaan yang anda lakukan hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh & tidak berputus asa. Anda berserahlah kepada ALLAH S.W.T. apabila anda telah berusaha insyaAllah anda akan berjaya.
  • Sekali gagal tidak bermakna anda telah tewas,.....anda akan tewas apabila anda telah BERPUTUS ASA.
  • Perasaan takut untuk melakukan kesilapan, menghalang sesaorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda kemana-mana.
  • Anda tidak harus berkata  KENAPA SAYA??? Anda seharusnya bersyukur kerana anda telah DIPILIH.
  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas.
  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa, tetapi ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Hadiah paling berharga hanya diberi kepada orang yang menemui kegagalan, tetapi dia tidak pernah berundur, atau merungut atau berputus asa.
  • Sekiranya anak anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan, mereka tidak akan menjadi orang yang berani kelak.
  • Apabila anda kaya, fikirkanlah saat-saat anda miskin dahulu.
Sumber : insani.tripot.com

Okeylah.....tak payah kita buang masa...mai kita semak resipi........Puding Marble Oreo nie
Hari pun dah semakin malam.....Sebentar lagi MA nak prepare untuk dinner kami pulak.....dan... dan yang paling utama sebentar lagi jugak, MA nak dok mengadap TV, nak tenguk cerita KOREA.....heheheheee. Memang sekarang MA dok tengah menggila tenguk cerita "The Birth Of A Family"....... seronok jalan ceritanya......tapi pada 25.11.2013 nanti dah last episode...... huhuhu


PUDING MARBLE OREO (13"X 13")
Oleh : MA

Bahan-bahannya A :
  • 27g agar-agar serbuk
  • 450g gula
  • 1950ml air 
  • 100g tepung kastad*
  • 250ml susu cair*
  • 4 biji telur*(* larutkan tepung kastad bersama susu cair kemudian masukkan telur kacau sebatikan)
  • 150g mentega
  • 1 susu makan coklat emalco
Bahan- bahan B :
  • 8g agar-agar serbuk
  • 200g gula
  • 900ml susu cair (300ml susu cair + 600ml air)
  • 1 paket biskut oreo berkerim putih (dipatah-patahkan)
  • Sedikit serbuk biskut oreo
Cara Membuatnya :
Untuk Bahan A :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula & air didalam periuk. Masaklah sehingga mendidih sambil dikacau selalu.
  2. Masukkan bancuhan tepung kastad tadi, kacau cepat-cepat supaya adunan tidak bergentel. Masakkan sehingga mendidih sambil dikacaukan selalu..
  3. Apabila mendidih masukkan mentega & kacau sebatikan sehingga mentega cair & larut serta mendidih sekali dua. Tutupkan api.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dibubuh coklat emalco & satu bahagian lagi dibiarkan kepada warna asal.
  5. Tuangkan adunan kedalam acuan 13"X13" yang telah berlapik dengan plastik, berselang seli dengan adunan coklat emalco sehingga habis
  6. Ketepikan.
Untuk Bahan B :
  1. Masukkan agar-agar serbuk bersama dengan gula & air kedalam periuk. Masakkan sehingga adunan agar-agar ini mendidih dan larut.
  2. Apabila mendidih masukkan pula susu cair dan kacau lagi sehingga adunan tersebut mendidih lagi. Matikan api.
  3. Tuangkan kesemua adunan susu ini diatas lapisan agar-agar mable tadi.
  4. Kemudian patah-patahkan biskut oreo & susunlah diatas agar-agar lapisan susu sehingga penuh keseluruhan acuan.
  5. Taburkan juga sedikit serbuk biskut oreo diatas lapisan agar-agar tersebut.
  6. Sejukkan puding ini, kemudian barulah dipotong & dihidangakan.
'SELAMAT MENCUBA'.


Inilah rupenya Puding Marble Oreo 
setelah dipotong
Cantik...kannnn !!!!


Wednesday, September 18, 2013

PUDING KEK MARBLE 2

Salam......selamat pagi semua, agak lama juga MA menyepikan diri.....bukan apa telalu bz dengan tempahan......jadinya MA tak berkesempatan nak mengadap ladtop nie......
Wbp pagi nie MA luangkan masa sebentar untuk N3kan resipi yang tertunggak nie.....sebelum meneruskan kerja-kerja rumah yang lainnya, & sebentar lagi MA juga akan keluar kepasar serta menguruskan urusan yang lainnya pula.
Okeylah untuk tidak melengahkan masa mai kita tenguk resipi yang MA sertakan ini....Puding nie memang selalu MA terima tempahan....
Sebelum nie pun MA ada sertakan resipi puding nie....tapi ada kelainan sikit daripada versi ini....tapi kedua-duanya tetap sedapppp.......
Kepada anda yang ingin mencubanya....dipersilakan....
Jom kita tenguk resipinya....


PUDING KEK MARBLE  2
Oleh :MA

Bahan-bahannya : (Acuan 13"x 13")
Lapisan Bawah :

2 bungkus kek marble /sebarang kek berperisa
22g serbuk agar-agar
4 1/4 cawan air
4 1/4 cawan susu segar
1 3/4 cawan gula pasir
127g tepung kastad
4 biji telur gred A
5 1/2 sudu besar mentega
3/4 sudu kecil garam
2 sudu kecil essen vanila
2 sudu kecil koko emalco/milo

Lapisan Atas :

6g serbuk agar-agar
150g gula pasir
675ml air
Coklat rice - untuk ditaburkan dilapisan atas

Cara Membuatnya :
  1. Susunkan kek yang telah dipotong nipis didalam dulang. Ketepikan.
  2. Masak serbuk agar-agar, gula, garam & air hingga mendidih.
  3. Bancuhkan tepung kastad, essen vanila dengan susu & telur - sebatikan. Kemudian tuangkan kedalam adunan agar-agar mendidih. Masak hingga mendidih sedikit. Masukkan mentega & kacau hingga sebati & larut.
  4. Bila sudah masak & mendidih tutupkan api.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dibubuh coklat emalco/milo & satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal. (Untuk adunan coklat emalco gunakan 1/4 adunan sahaja).
  6. Tuangkan adunan coklat emalco/milo berselang-seli dengan adunan kosong untuk mendapatkan marble & corak yang di sukai diatas lapisan kek tadi. 
  7. LAPISAN ATAS : Campurkan semua bahan-bahan kecuali coklat rice, masakkan sehingga adunan mendidih, kacau sebatikan.
  8. Tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah yang berada didalam loyang tadi yang masih panas, taburkan dengan coklat rice,
  9. Biarkan sejuk & bolehlah dipotong serta dihidangkan.
UPDATE :
**Untuk yang menggunakan milo, pastikan bancuhkan sedikit milo dengan air panas suam, supaya ia tak bergentel.




Inilah rupa keratan dalam 
Puding Kek Marble
Lapisan bawahnya kek & lapisan atas 
kastad marble.
Sedaappp...Cubalah, pasti tak mengecewakan....


Thursday, September 5, 2013

PUDING KEK KASTAD MARBLE

Asalamualaikum.....salam ceria kepada semua kawan-kawan yang sudi bertandang ke blog MA ini... Maafkan MA kerana sejak kebelakangan nie, cuma sempat N3 menu tertunggak je....
Selepas raya nie MA terlalulah bz dengan tempahan.....jadinya agak terlewat untuk N3kan sebarang cerita & menu.
MA tak berkesempatan untuk mengadap laptop nie.....
Terkadang MA cubakan juga untuk update blog nie.....tapi dilewat malamlah. Namun begitu biasalah, terkadang tu....cuma dapat update sekerat jalan je.....kerana badan yang keletihan, cepat sekali mata mulalah mengantuk....Sebab tulah N3nya terkadang tu....memakan masa berhari untuk disiapkan....huhuhu
Baru-baru ini MA ada buatkan Puding Kek Kastad Marble bagi tempahan.... Disamping itu MA juga ada buatkan untuk santapan kami sekeluarga. Puding Kek Kastad Marble nie memang sedap, rasanya, citarasa 2 dalam satu...
Kesedapan rasa keknya dilapisan bawah beserta keenakan kastad dibahagian atasnya memang memikat selera. Apatah lagi rasa coklat emalco yang ditambah dalam marblenya....woooiii sedaapp...
Bagi anda yang ingin mencubanya.....mai kita semak resepinya.....



PUDING KEK KASTAD MARBLE 
Oleh : MA

Bahan-bahannya: (Acuan 13")

2 bungkus kek marble/ kek roll (Perisa yang disukai)
16g serbuk agar-agar
3 cawan air
3 cawan susu segar/ cair
1 1/4 cawan gula pasir
90g tepung kastad
3 biji telur gred A
4 sudu besar mentega
3/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh essen vanila
2 sudu kecil coklat emalco

Bahan Lapisan Atas:

8g serbuk agar-agar
200g gula pasir
900ml air

Cara Membuatnya:

  1. Lenserkan acuan dengan mentega.
  2. Susunkan kek menutupi bahagian bawah acuan. Ketepikan.
  3. Masak air bersama serbuk agar-agar & gula hingga mendidih.
  4. Bancuhkan tepung kastad, garam, essen vanila dengan susu segar/cair serta telur, kacau sebatikan.
  5. Kemudian tuangkan adunan ini kedalam adunan agar-agar yang telah mendidih tadi. Kacau hingga mendidih.
  6. Bila mendidih masukkan mentega, kacau sebatikan.
  7. Bila semua sudah masak, & mentega pun telah elok sebati serta cair semuanya, tutup api.
  8. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dimasukkan coklat emalco & satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal. Kacau sebatikan adunan bahagian coklat emalco.
  9. Tuangkan adunan ini diatas kek yang telah disusunkan dalam acuan/ loyang tadi. 
  10. Adunan ini dituangkan secara berselang seli diantara adunan koko & adunan kosong untuk mendapatkan marble & corak yang disukai.
  11. Untuk Lapisan Atas : Masakkan adunan lapisan atas  dengan mencampurkan semua bahan-bahan & kacau diatas api sehingga mendidih.
  12. Bila mendidih, matikankan api & tuangkan adunan ini keatas adunan marble tadi.
  13. Biarkan sejuk & bolehlah dihidangkan.  


Puding Kek Kastard Marble
yang telah siap.....sedaappp
Cubalah buat...
kalau nak merasa keenakakn kek & kastadnya.

Thursday, August 29, 2013

PUDING KASTAD MARBLE OREO.....sedaappp

Asalamualaikum, salam sejahtera untuk semua yang sudi bertandang keblog MA ini....
Semalam MA ada mencuba buatkan Puding Kastad Marble Oreo nie.....puding yang sungguh sedap. Biasa le kan sekarang puding oreo nie tengah meletop....jadi MA pun terpanggil untuk membuatnya. Puding nie olahan MA sendiri setelah merujuk resepi-resepi puding oreo yang kawan-kawan blog dah pun mencubanya....jadi MA cubalah olahkan cara MA pula. Alhamdulillah menjadi & sedap pulak tu....
Sibongsu suka sangat dengan puding nie.....sekejap je habisnya.
Kebetulan semalam jiran MA ada buat doa selamat dirumahnya, jadi MA bawakanlah puding nie sebagai buah tangan......
Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba kelainan dalam membuat puding oreo, mai lah cuba buat puding nie cara MA pulak, disini MA sertakan resepinya....



PUDING KASTAD MARBLE OREO
Oleh : MA

Bahan-bahannya: (untuk talam 10"x10")

Untuk Lapisan Bawah:

13g agar-agar serbuk
2.5 cawan air
2.5 cawan susu cair dalam tin
1 cawan gula pasir
75g tepung kastad
2 biji telur gred A - dipukul sedikit
3.5 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil vanila essen
2 sudu kecil coklat emalco + 1/2 sudu kecil nescafe (bancuhkan dengan 2 sudu besar air)

Untuk Lapisan Atas:

6g serbuk agar-agar
12 keping biskut oreo - dipatahkan 4, jangan dibuang krimnya
2 cawan air
2 cawan susu cair
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan disimpul

Cara Membuatnya :

Lapisan Bawah :
  1. Masakkan agar-agar, air & gula hingga larut.
  2. Ketepikan 1/2 cawan susu cair (untuk dilarutkan bersama tepung kastad & telur). 
  3. Masukkan baki susu kedalam larutan agar-agar tadi, kacau sebati hingga mendidih.
  4. Larutkan tepung kastad bersama 1/2 susu cair tadi, masukkan juga telur kedalam adunan ini, & juga essen vanila, kacau sebatikan.
  5. Tuangkan adunan kastad ini kedalam adunan agar-agar, kacau & masukkan juga mentega kedalam adunan ini, kacau sebatikankan sehingga mentega semuanya cair. Masaklah adunan ini sehingga mendidih.
  6. Asingkan 2 cawan kedalam bekas yang lain & campurkan dengan bancuhan coklat emalco yang telah dilarutkan dengan nescafe. Kacau sebatikan.
  7. Tuangkan adunan coklat berselang seli dengan adunan kosong untuk mendapatkan marble & corak yang disukai, sehingga habis. Sementara itu sediakan lapisan atas puding ini.
Lapisan Atas :
  1. Masakkan bersama sebuk agar-agar, gula & air beserta susu cair sehingga mendidih. Matikan api.
  2. Tuangkan adunan ini ke atas adunan bawah yang telah tersedia tadi.
  3. Kemudian susunkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan keatas adunan agar-agar tadi.
  4. Biar sejuk, masukkan kedalam peti ais sabentar & bolehlah dihidangkan. 



Ini le rupanya Puding Kastad Marble Oreo
yang dah di potong kecil-kecil &
belum diambil dari loyang lagi.
Mai kita cuba buat....sedaappp