CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 27, 2013

MEE GORENG RINGKAS

Selamat beristirehat di hujung minggu......betul ke boleh rehat.....???
Ye lah sebagai seorang isteri & ibu, masa kan kita boleh bercuti untuk tidak memasak.....
Lain lah kalau mahu ubah selera makan di luar....di hotel ke, restoran ke, atau mencari juadah di pasar ramadhan ke, malah terkadang tu balik kampong bebuka beramai-ramai dengan adik-beradik yang balik berkumpul untuk berbuka dengan kedua-dua ibubapa..... Tapi kalau kita berbuka bersama adik- beradik & ibubapa tentunya kita membawa juadah berbuka sebagainya,,,,& ini tentunya, kita mesti jugak memasak.....kuang kuang kuang
Bagi MA rutin harian masih seperti biasa, tetap tidak di abaikan....sepanjang puasa nie hingga ke hari nie dah masuk 17 hari kita berpuasa......MA masih belum pernah lagi melangkah ke pasar ramadhan di sekitar tempat MA.....
Apatah lagi untuk makan di luar......
InsyaAllah....kalau boleh akan MA pertahankannya.
Berbalik kepada resepi ini....sebagai tambahan untuk berbuka semalam...MA buatkan mee goreng ringkas je. Moh kita tinjau-tinjau resepinya......manalah tahu kut-kut ada yang sudi nak mencuba.....




MEE GORENG RINGKAS
Resepi : mamaAna

Bahan-bahannya :

1 kilo mee kuning
1 ketul dada ayam>
Sedikit daging>
Sedikit sotong>{dipotong nipis & kecil- dibersihkan serta di toskan
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*bahan-bahan nie di blander kasar/di tumbuk)
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil stok ayam pekat maggi
2 batang daun sawi - dipotong kecil anggaran 2"
4 batang daun kucai - dipotong 1"
2 genggam taugeh - dibersihkan buang kundup hitamnya
Sedikit garam & gula
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang di blander tadi hingga naik bau. Kacaukan.
  2. Masukkan cili kering kisar, biarkan sehingga garing. Kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, daging & sotong, kacau sebatikan. Biarkan sebentar supaya daging, ayam & sotong empok dengan eloknya.
  4. Masukkan semua bahan sos & kicap serta stok ayam. Kacau sebatikan semua,
  5. Masukkan mee kuning dan kacau sehingga elok sebati dengan bahan-bahan tadi.
  6. Kemudian masukkan sawi & kucai, gaul sebati.
  7. Perasakan mee tersebut sesuaikan dengan citarasa kita.
  8. Akhir sekali baru bubuhkan taugeh & gaul rata, tak payah masak lama-lama nanti taugeh terlebih masak nanti tak sedap.
  9. Bila dah siap semuanya , tutupkan api.
  10. Hiaskan sedikit atas mee tu dengan cili potong & taburan bawang goreng. 
  11. Hidangkan.



MEE GORENG RINGKAS

AYAM MASAK HALIA BERKUAH

Asalamualaikum....
Hari nie MA masak sampoi je.....MA masakkan Ayam Masak Halia Berkuah, untuk menu berbuka kami... Resepinya MA dapat dari pertolongan cik google....tapi MA dalam dilema kerana resepi asalnya tak tahu nak di catatkan dari siapa dah, kerana resepi yang MA skodeng nie .....adalah resepi kombinasi antara K.Noor-secubit garam & resepi kasihaleeya.blogspot.com. Wbp terima kasih pada keduanya kerana rujukan resepi asalnya daripada mereka berdua, tapi resepinya, MA dah ubahsuai ...... Sorry le, jangan maraaahhh ye; MA derhaka.....kuikuikui
Spt aleeya juga....dada ayam nya MA potong kecil-kecil dan gorengkan dahulu....kerana My hubby juga confirm tak suka makan daging ayam yang di masak mendidih dengan kuah, jadi terpaksalah daging ayamnya di goreng terlebih dahulu...... Lagi-lagilah ini kan dada ayam....semuanya isi je...
Walau pun resepinya sempoi, MA catatkan jugak lah disini, bagi rujukkan MA & anak-anak dimasa depan ......... Tapi kepada sesiapa yang sudi mencuba resepinya....silakan.
Jom kita tenguk resepi yang sempoi nie......



AYAM MASAK HALIA BERKUAH ...masakkan yang sampoi je
Olahan : mamaAna

Bahan-bahannya:

Dada ayam - dipotong kecil (MA gorengkan dahulu)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(* bahan nie di blander/ditumbuk kasar)
1" halia - dihiris nipis saperti mancis
1 biji bawang besar - dibelah 4 & diceraikan kelopaknya
1/4 capsicum/lada benggala - dipotong kecil
1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
1/2 biji lobak merah - dipotong bulat
7-10 biji cili padi - diketuk/dibelah 2
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil tepung jagung- di bancuh dengan air
Sedikit sos tiram, sos tomato & sos cili
Sedikit kicap
1/2 cawan air
Sedikit garam & gula

Cara membuatnya :
  1. Perap ayam yang di potong kecil dengan sos tiram, sedikit serbuk lada hitam kasar & sedikit garam. Ikut suka nak perap berapa lama (lagi lama lagilah elok). Macam MA nak cepat perapkan 15 minit je...
  2. Panaskan minyak & goreng ayam....tapi ada orang tak goreng - terpulang ngan citarasa masing-masing. Bila dah elok garing ketepikan.
  3. Dengan mengunakan minyak yang sama, jika banyak buangkan sikit minyak tu, tumiskan bahan-bahan yang telah di tumbuk kasar bersama dengan halia hingga naik bau & kekuningan.
  4. Masukkan bawang besar, capsium, lobak merah & cili padi. Kacau sebatikan.
  5. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato & sos cili. Masukkan juga air & sedikit kicap. Kacau sebatikan.
  6. Bila dah mendidih masukkan kepingan dada ayam yang telah di gorengkan tadi. Kacau sebatikan.
  7. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah berbancuh dengan air, sesuaikan kepekatannya spt yang kita kehendaki....jangan lah pekat sangat...cair-cair manja ....gituuu.
  8. Last sekali masukkan buah tomato, bersama garam & gula serta pati ayam. Kacau rata & sesuaikan citarasanya spt yang di kehendaki.
  9. Bila dah berpuas hati, tutupkan api......boleh lah di hidangkan

- SELAMAT MENCUBA-


AYAM MASAK HALIA BERKUAH 
JOM... KITA MENJAMU SELERA

KEPALA IKAN TONGSAN MASAK GULAI TEMPOYAK......Sedappp woooiii

Salam sejahtera....
Alhamdulillah semalam untuk menu berbuka, MA masakkan Gulai Tempoyak nie....Woooii sedaappp dah lama tak makan....
Tapi untuk kuah semalam MA masakkan 2 jenis, satu gulai tempoyak untuk MA & satu lagi gulai lemak cili padi untuk My hubby.....Biasalah orang N9 mana pandai makan gulai tempoyak nie....Oleh dek kerana kempunankan gulai tempoyak MA buatkan lah sedikit semalam.... MA memang suka masukkan taugeh kasar & daun senohom untuk mewangikan bila buat gulai tempoyak nie.....mantapp
Wbp My hubby jamahle jugak sedikit Gulai tempoyak nie semalam.....yele, mungkin kepingin kutt bila nampak MA berselera sekali makannya.....
Sekarang nampaknya dah musim durian balik....di tempat MA, di pasar pagi & pasar-pasar malam dah banyak dijualkan durian .......Jadi leh le kita membuat tempoyak.......
Buat banyak-banyak, boleh disimpan. Macam-macam leh buat dengan tempoyak nie.....sambal tempoyak pun boleehh jugak.... Tapi MA nie pelek cikit sambal-sambal tempoyak nie, tak mainlah dengan MA, hanya MA suka gulai tempoyak je....yang lain-lain, masak tempoyak MA tak makan.....huhuhu
Tapi kalau durian.....ooiii lagiii le berantuuuu
Pada anda yang sukakan gulai tempoyak.....jom le cuba membuatnya, resepinya simple je....
Mari kita tengok resepinya.....


KEPALA IKAN TONGSAN MASAK GULAI TEMPOYAK....seDAPP Wooiii
Resepi : mamaAna

Bahan-bahannya :

1 kepala ikan tongsan - dipotong-potong sederhana besar, dibersihkan dgn air limau kasturi & ditoskan
1 ikat taugeh kasar - dipotong kakinya & dibersihkan
3 sudu besar tempoyak - di blander dgn sedikit air utk mendapat tekstur tempoyak yg tidak bergentel-gentel.
10-13 biji cili padi*
1 ketul kunyit hidup*
2 biji bawang merah*(bahan-bahan nie di tumbuk/ di blander halus)
2 batang serai - di titik
1 keping asam keping - KIV
Sedikit santan pekat - KIV
Sedikit daun senohom
Sedikit garam & gula
Air untuk sesuaikan kepekatan kuahnya

Cara membuatnya :

  1. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk di dalam periuk bersama dengan serai serta bubuhkan sedikit air & jerangkan di atas api sebentar.
  2. Bila sudah mendidih, masukkan air beserta tempoyak & sesuaikan kepekatannya. Kacau sebatikan.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan kepala ikan tongsan kacau & biarkan mendidih lagi.
  4. Masukkan juga sedikit santan (ini terpulang samada nak bubuh atau tak mau bubuh pun tak pe). Kacau lagi sehingga mendidih.
  5. Akhir sekali masukkan taugeh & daun senohom, masukkan juga garam & gula, sesuaikan rasanya dgn citarasa kita.
  6. Sekiranya kuah tempoyak itu rasa tidak masam bolehlah di bubuhkan asam keping tapi jika sebaliknya tak perlu le bubuh asam keping lagi.
  7. Matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Wooiii sedapppnyaa masak gulai tempoyak nie....
Dah lama tak makan.....JEMPUUTT !!!