CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 5, 2013

PUDING KEK KASTAD MARBLE

Asalamualaikum.....salam ceria kepada semua kawan-kawan yang sudi bertandang ke blog MA ini... Maafkan MA kerana sejak kebelakangan nie, cuma sempat N3 menu tertunggak je....
Selepas raya nie MA terlalulah bz dengan tempahan.....jadinya agak terlewat untuk N3kan sebarang cerita & menu.
MA tak berkesempatan untuk mengadap laptop nie.....
Terkadang MA cubakan juga untuk update blog nie.....tapi dilewat malamlah. Namun begitu biasalah, terkadang tu....cuma dapat update sekerat jalan je.....kerana badan yang keletihan, cepat sekali mata mulalah mengantuk....Sebab tulah N3nya terkadang tu....memakan masa berhari untuk disiapkan....huhuhu
Baru-baru ini MA ada buatkan Puding Kek Kastad Marble bagi tempahan.... Disamping itu MA juga ada buatkan untuk santapan kami sekeluarga. Puding Kek Kastad Marble nie memang sedap, rasanya, citarasa 2 dalam satu...
Kesedapan rasa keknya dilapisan bawah beserta keenakan kastad dibahagian atasnya memang memikat selera. Apatah lagi rasa coklat emalco yang ditambah dalam marblenya....woooiii sedaapp...
Bagi anda yang ingin mencubanya.....mai kita semak resepinya.....



PUDING KEK KASTAD MARBLE 
Oleh : MA

Bahan-bahannya: (Acuan 13")

2 bungkus kek marble/ kek roll (Perisa yang disukai)
16g serbuk agar-agar
3 cawan air
3 cawan susu segar/ cair
1 1/4 cawan gula pasir
90g tepung kastad
3 biji telur gred A
4 sudu besar mentega
3/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh essen vanila
2 sudu kecil coklat emalco

Bahan Lapisan Atas:

8g serbuk agar-agar
200g gula pasir
900ml air

Cara Membuatnya:

  1. Lenserkan acuan dengan mentega.
  2. Susunkan kek menutupi bahagian bawah acuan. Ketepikan.
  3. Masak air bersama serbuk agar-agar & gula hingga mendidih.
  4. Bancuhkan tepung kastad, garam, essen vanila dengan susu segar/cair serta telur, kacau sebatikan.
  5. Kemudian tuangkan adunan ini kedalam adunan agar-agar yang telah mendidih tadi. Kacau hingga mendidih.
  6. Bila mendidih masukkan mentega, kacau sebatikan.
  7. Bila semua sudah masak, & mentega pun telah elok sebati serta cair semuanya, tutup api.
  8. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dimasukkan coklat emalco & satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal. Kacau sebatikan adunan bahagian coklat emalco.
  9. Tuangkan adunan ini diatas kek yang telah disusunkan dalam acuan/ loyang tadi. 
  10. Adunan ini dituangkan secara berselang seli diantara adunan koko & adunan kosong untuk mendapatkan marble & corak yang disukai.
  11. Untuk Lapisan Atas : Masakkan adunan lapisan atas  dengan mencampurkan semua bahan-bahan & kacau diatas api sehingga mendidih.
  12. Bila mendidih, matikankan api & tuangkan adunan ini keatas adunan marble tadi.
  13. Biarkan sejuk & bolehlah dihidangkan.  


Puding Kek Kastard Marble
yang telah siap.....sedaappp
Cubalah buat...
kalau nak merasa keenakakn kek & kastadnya.