CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 6, 2014

DESTINASI MA KETIGA...SEMPENA CUTI SEKOLAH- BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR

Assalamualaikum....
Sebagai kenangan MA semasa cuti sekolah yang panjang pada 2013
Jadinya MA abadikan destinasi-destinasi yang MA sekeluarga lawati....
Semoga ianya menjadi kenangan sepanjang hayat kami; 
 semoga juga ianya menjadi kenangan terindah buat anak MA...
Sempena cuti sekolah ini kami 4 beranak telah berjalan-jalan 
Ke Kuala Kangsar....selalu juga MA kesini, cuma percutian dikali ini
MA pergi bersama anak-anak...
 Sebelum ini MA kesini hanya berdua dengan My Hubby jerk
Pada 27hb Disember 2013 MA & anak just pergi ke Kuala Kangsar...
tujuan asal untuk melihat lokasi memancing di Sungai Perak jerk...
Tapi oleh kerana anak-anak ikut bersama ,,,,makanya kami 
mengambil kesempatan untuk melawat Bandar DiRaja ini....
Kuala Kangsar sebenarnya berada dinegeri Perak & salah sebuah 
bandar-bandar diRaja diMalaysia selain dari Arau diPerlis, Pekan diPahang,
Shah Alam diSelangor, Kuala Pilah diNegeri 9. Johor Bharu diJohor.
Kuala Terengganu diTerengganu, Kota Bharu diKelantan
dan Anak Bukit diKedah.
Secara geografikal, bandar ini terletak dihulu Sungai Perak & dikelilingi
oleh banjaran Bintang disebelah utara manakala banjaran Keledang disebelah selatan.
Bandar Kuala kangsar sering diancam air bah besar apabila hujan lebat,
sehinggalah Empangan Chenderoh didirikan untuk
menyelesaikan masalah ini.
Daerah ini penuh dengan tarikkan dari segi alam semula jadi, kesenian dan
budaya yang membentuk identiti yang unik sebagai sebuah 
Bandar DiRaja Negeri Perak.

MASJID UBUDIAH
Masjid ini dibina diatas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah
Sultan Perak ke 28 (1887 - 1916)
kerana menunaikan nazar baginda.


ISTANA KENANGAN (MUZIUM DIRAJA)
Istana ini pada keseluruhannya dibuat dengan kayu dan dikenali 
juga dengan nama Istana Lembah
atau kadangkala juga disebut Istana Tepas.

ISTANA ISKANDARIAH
Istana bersemayamnya Sultan Perak & Raja Permaisuri

GALERI SULTAN AZLAN
Tempat pameran alat-alat kebesaran & cenderamata
yang diterima oleh Sultan Perak
dari negara-negara diseluruh dunia.

MALAY COLLEGE (MCKK)
Maktab Melayu Kuala Kangsar dimana ramai pemimpin negara &
cengdiakawan melayu dilahirkan
MENARA PAVILION
Bangunan ini terletak diJalan Bendahara, Bandar DiRaja Kuala Kangsar.
Bangunan ini didirikan pada tahun 1920, iaitu semasa pemerintahan 
Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak
dari tahun 1918 - 1938

MEDAN CENDOL & LAKSA KUALA KANGSAR
Antara makanan yang menjadi sebutan rakyat 1 Malaysia
lokasi di kuala sungai Kangsar
bersebelahan taman permainan kanak-kanak.

JAMBATAN SULTAN ABD JALIL
Juga dikenali sebagai Jambatan Sayong 
yang menghubungkan antara bandar Kuala Kangsar & mukim Sayong


PERUSAHAAN TEMBIKAR (LABU SAYONG)
Kawasan sebelah Sayong terkenal dengan
perusahaan tembikar & boleh didapati dengan
harga yang murah dari yang
dijual diluar Sayong.

 
PEMBUAT KERIS
Masih lagi giat dibuat dikawasan Bukit Chandan


PEMBUAT KOMPANG / REBANA
Batang pokok getah sesuai untuk membuat kompang ini.
Masih lagi diusahakan dikawasan Sayong Tengah.


PERUSAHAAN TEKAT
Perusahaan tekat & sulaman benang emas
untuk busana pengantin, tepak sireh & kipas tangan utk pengantin.

POKOK GETAH TERTUA
yang berusia lebih daripada 100 tahun masih hidup subur.
Terletak berhampiran Pejabat Daerah Kuala Kangsar
dan satu-satunya pokok getah pertama yang hidup
daripada sembilan pokok getah asal yang ditanam.

Sumber: https://ms-my.facebook.com
Terima kasih.

AYAM MASAK SAMBAL SERAI

Assalamualaikum.....
Kali ini pula MA nak N3kan resipi Ayam Masak Sambal Serai...
Menu nie dah tiga hari sudah MA buatkan ........
Tapi yelah tak berkesempatan nak N3kan dihari yang sama...
Wbp terima kasih pada tuan blog Sinar Kehidupanku....Yatie
diatas resipi yang sedapp nie.
Untuk rujukkan MA....izinkan MA salin semula resipinya disini...
kerana next time pasti ada siaran ulangan lagi....
kerana boleh dikatakan semua anak-anak MA suka pada resipi nie.....
Okeyle....jum kita lihat bahan-bahan yang kita mesti sediakan.....


AYAM MASAK SAMBAL SERAI
Sumber : Sinar Kehidupanku
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam potong 12
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 3 batang serai - dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam & serbuk kunyit (untuk goreng ayam)
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 biji tomato - dibelah 6 (ini MA tambah)
Bahan-bahan untuk dikisar :
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1"  halia
  • 2 batang serai - dipotong kecil2
  • 1cawan cili kisar
Cara Menyediakannya :
  1. Ayam yamg telah dipotong, dicuci & ditoskan. Lumur dengan garam & serbuk kunyit
  2.  Goreng separuh masak. Angkat ayam & toskan minyaknya.
  3. Tumis bawang besar yang dimayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar & tumis hingga naik bau. Masa nie guna api sederhana je & sentiasa dikacau.
  4. Masuk serai yang ditik tadi & gaul lagi. (Tambahakan sedikit air sekiranya perlu)
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam & gula.....perasakan.(Masukkan tomato & kacau sebatikan).
  6. Setelah rasanya okey, bolehlah diangkat & matikan api.
  7. Angkat & boleh dihidangkan bersama nasi putih, nasi jagung & nasi minyak.
Ini dia Ayam Masak Sambal Serai
Dah pun terhidang.....
Boleh dimakan dengan nasi putih & nasi tomato.
Sedappp.....