CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 26, 2014

ROTI SAUSAGE YANG SAMPOI

Bismillah pembuka bicara.....

Assalamualaikum, salam ceria dan sejahtera untuk teman-taman maya yang dikasihi...
Semenjak dua menjak nie....jarang sekali MA mengupdate blog kesayangan nie....maafkan MA. 
Sejak kebelakangan nie MA terlalu lah bz dengan satnika tempahan serta membuat stok frozen dan biskut untuk jualan.... 
Apa tah lagi, kadang kala apabila kesempatan terluang dan mood pula ada.....internet pulak buat hal...terlalulah slow, jadinya mood pun mulalah merundum kembali......
Wokeyyy lah...tanpa melengahkan masa ....sebelum internet buat hal lagi, kali ini MA updatekan pula menu yang sampoi yang sering MA buat untuk sarapan pagi kami serta untuk bekalan sibungsu kesekolah...
Walau pun sampoi...MA abadikan juga menunya disini sebagai rujukkan anak-anak dimasa akan datang.....bagitu juga sekurang-kurang dapat memberi idea kepada teman-teman maya yang memang suka dengan menu yang sampoi...
Mai kita sama-sama buat sarapan pagi kita dengan roti sausage yang sampoi.
Jom kita semak bahan-bahannya.


ROTI SAUSAGE
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 10 keping roti gardenia
  • 10 ketul sausage - dikukus atau direbuskan sebentar dan ditoskan
  • 4 biji telur*
  • 1/2 sudu teh lada sulah*
  • 1/2 sudu teh serbuk pati ayam* (pilihan jika suka)
  • Sedikit garam* (*dicampur sekali dan dipukulkan sedikit supaya sebati)
  • Serbuk roti secukupnya
  • Sedikit sos cili dan mayonis
  • Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya :
  1. Ambil kepingan roti gardenia, buangkan kulit tepinya dan gelekkan menjadi nipis.
  2. Kemudian bubuhkan ketulan sausage ditepi roti yang telah dinipiskan tadi.
  3. Paipkan diatas sausage dengan sedikit sos cili dan mayonis.
  4. Gulungkan roti tersebut kemas-kemas bersama-sama sausage tadi. Buat hingga habis.
  5. Kemudian celupkan roti kedalam bancuhan telur sehingga semuanya bersalut.
  6. Golekkan pula roti yang bersalut telur tadi kedalam serbuk roti. Ratakan keseluruhan roti.
  7. Kemudian gorengkan lah roti tersebut kedalam minyak yang telah dipanaskan.
  8. Apabila roti telah kekuningan, angkat dan toskan.
  9. Sedia untuk dihidang.
Haaa....nie dia rupe roti sausagenya....
Jemput makan.....

Monday, April 21, 2014

TART NENAS GEBU ANYMZ

Bismillah pembuka bicara....

Assalamualaikum dan salam ceria buat kawan-kawan yang sudi berkunjung kesini....tk
Hari nie MA  updatekan pula Tart Nenas Gebuusss yang MA skodeng dari rumah Aznim (anymz mykitchen). Terpikat MA pada kelainan tart nenas yang Aznim persembahkan....
Kerana teruja nak rasa tart nenas gebuusss versi nie...jadinya MA merajinkan diri untuk membuatnya...dipagi semalam.......nasib baik lerr mood rajin dok ada......
Sebelum tu...MA buatkan dulu intinya.....tapi memandangkan inti yang Aznim berikan sukatannya terlalu banyak...jadinya MA buatkan 1/3 daripada sukatan tu....tapi huhuhu.....tak menjadi lak intinya kerana mungkin terlalu banyak sukatan gulanya......(sukatan MA 3biji nenas + 1 kilo gula pasir - itupun gula pasirnya dah MA kurangkan 2/3 cawan....tapi bila dah kering....intinya mengeras dek kerana terlebih gula kut.... jadinya terpaksalah MA masakkan balik dan tambahkan 2 biji lagi nenasnya.....MA campurkan juga 1 sudu besar mentega.Haaa nie barulah menjadi intinya....hehehe).
Kerana itulah MA terpaksa skodeng lak kerumah Shiela (Spices Journey) just untuk catitan ....lain kali MA nak cuba pula inti tart nenas Shiela....jadinya MA CnP dulu disini.....terima kasih pada semua penyumbang resipi yang sudi berkongsi ilmu2 yang menafaat nie......
Sebelum MA buat pasteri tart nenas nie ....MA masih lagi tercari-cari petua dan tip yang boleh diguna pakai dalam membuat tart nenas nie....just sekadar untuk pengetahuan MA dimasa akan datang......
Satelah mencari dari satu blog kesatu blog....MA terpikat pada nukilan petua dari cikbunganana. blogspot.com ....jadinya MA abadikanlah disini petua yang berguna itu untuk rujukkan MA dimasa akan datang.......terima kasih...terima kasih pada bloggers yang terlibat dan tidak lokek ilmu nie......
Bagitu juga terima kasih pada sue-hasue,blogspot,com kerana sumber gambar yang MA kreditkan dari blog sue.....   


PASTERI TART NENAS GEBU
Sumber 1 : anymz mykichen
Oleh : MA

Bahan-bahan :
  • 4 oz butter - 115g
  • 4 oz minyak sapi - 115g 
  • 1 biji telur gred B
  • 1 lb tepung gandum- 450g (MA guna 400g jerr)
  • Sedikit garam
  • Air sejuk
Cara Membuatnya :
  1. Pecahkan telur didalam bekas adunan
  2. Masukkan butter dan minyak sapi
  3. Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit (Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar didalam peti ais)
  5. Gunakan acuan saperti gambar saperti DISINI (klik)
  6. Tekankan adunan dan bentuk tart mengikut kesuaian anda
  7. Jika letak inti yang banyak, maka dapatlah tart yang tebal.
  8. Bakar pada suhu 170'C - 180'C selama 20-25 minit.
Tart nenas yang MA buat, menggunakan acuan ini....

Untuk yang tak mahu guna minyak sapi
(Anim kata boleh guna sukatan spt dibawah)

Bahan-bahannya:
  • 115g butter (butter tulin spt anchor, scs, golden churn, tambah sikit susu, jangan sesekali guna butter cup atau farmcows...itu bukan butter tulen, dan boleh buat ia lari dari rasanya yang sebenar....)
  • 110g butter
  • 5g susu pekat manis
  • 1 biji telur gred B
  • 450g tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Air sejuk
***Untuk inti Puan2 boleh guna saperti biasa, samaada yang buat sendiri atau yang segera, yang sedia ada dikedai2 jualan bakery.

Inti nenas yang dimasak sehingga kering......

Inti nenas digentel2kan.....untuk persediaan membuat
Tart Nenas Gulung.....

INTI TART NENAS (akak biasa buat)
Sumber : anymz mykichen

Bahan-bahannya :
  • 10 biji nenas - disagat dan ditos airnya
  • 3 kampit gula
  • Sedikit pewarna kuning
Cara :
  1. Kacau nenas dan gula
  2. Bila hampir kering masukkan pewarna kuning
  3. Kacau hingga kering dengan api yang perlahan.
TIP :

*** Biasanya akak tidak menggunakan air. Adunan tu sudah sedang elok je. Air sejuk digunakan andai adunan menjadi keras disebabkan angin atau sebagainya. 

*** Masukkan tepung jangan sekaligus, masukkan sedikit demi sedikit. Doh tart nie memang lembut.

*** Jangan guna nenas yang masak, sebab terlalu banyak jus. Kalau nak guna jugak kena kurangkan gula.
Ianya sbb takut terlalu manis. Contoh nenasnya seperti DISINI (klik) dan juga gambar yang MA sediakan dibawah nie......

Nenas yang digunakan untuk membuat inti....
Nenas digunakan lebih elok nenas muda...jgn guna nenas madu yerr

INTI TART NENAS
Sumber : Spices Journey
Oleh: MA

Bahannya :
  • 2 biji nenas muda 
  • 1cawan gula pasir atau ikut citarasa
  • 1 - 2 batang kulit kayu manis 
  • 2 helai daun pandan - disiat dan di simpul
  • Sedikit gula batu - untuk mengilatkannya.
  • Beberapa titis pewarna kuning
Caranya :
  1. Parut nenas dan toskan airnya
  2. Satukan bahan diatas dan masak hingga kering, Dikacau rata selalu supaya tidak hangus atau lekat.
  3. Gula bolehlah diadjust mengikut citarasa masing2. Saya nie tak suka manis sangat.
  4. Jangan pula terlebih gulanya nanti keras pula inti jem tu, tak sedap.
  5. Cari nenas yang agak muda cam yang kita buat gulai tu yer....yang kulitnya hijau lagi
  6. Kacau sehingga kering dengan api yang perlahan.
  7. Bila inti dah siap dimasak, sejukkan betul2 sebelum dimasukkan kedalam tart
PETUA :
  • Kalau nak tahan lama inti ini, kalau pakai 5 cawan gula....4 cawan tu adalah gula pasir, dan bila dah nak angkat tu....masukkan 1 cawan lagi gula hangus (jgn lerr hangus sangat).....setahun pun tahan intitu...simpan dalam petisejuk ya....dan inti lagi sedap sbb gula hangus tuu. (Cik bunga guna 1 biji = 1 cawan gula)
  • Pastikan inti tu betul2 kering baru angkat....takut berkulat kalau angkat belum kering betul.
  • Pakai non-stick untuk memudahkan kuap balik inti tu, sewaktu nenas tu semakin mengering...kalau tak der, pakai jerr cap buaya kerr, cap helang kerr...cuma jangan tinggal, kene sabooo cam masak serunding daging.
  • Kalau nak buat tart nenas biasa, dan bukan tart gulung, intinya jangan terlampau kering, sbb nanti inti akan jadi keras bila dibakar....melainkan anda rajin, masukkan pasteri 10 minit pertama, keluarkan baru letak inti dan bakar lagi....heeee (pengalaman hahahaha)
Okeh, habis dah semua petua nenek kebayan...heee...ilmu2 cam nie memang susah nak dapat...cibunga dapat dan cikbunga kongsi......agar besok bila dalam kubur, adaaaaa jugak saham....ilmu yang manafaat.


Tart nenas yang dah siap....
Sedappp....cuba lerr....



Saturday, April 12, 2014

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH

Bismillah pembuka bicara......

Assalamualaikum...bagi yang sudi bertandang kesini dan terima kasih diucapankan. Menu kali nie MA skodeng dari rumah K.Nor@SecubitGaram. Menu ulang tayang kata K.Nor dan rewind kata CMG. Jadinya jika menu nie selalu dalam senarai ulang tayang....pastilah sedappp.
Oleh kerana itulah MA terpikat dan teruja untuk mencubanya. Jadinya pagi tadi MA jalankan projek memasak menu nie......Alhamdulillah...memang betullah apa yang MA jangkakan. Bertamboh-tamboh nasinya ketika lunch tadi..... (My Hubby suka sekali)
Pastinya menu nie akan ada lagi ulang tayang bagi pihak MA pula....terima kasih K.Nor.....muahhaahaaa.
Apa tunggu lagi....jom kita tenguk menunya......


AYAM MASAK MERAH BEREMPAH
Sumber rasipi : K.Nor@SecubitGaram
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong dan dibersihkan
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan Tumis :
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Bahan Blend :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1 batang serai (MA guna 2 batang)
  • 7 biji cili padi (MA tambah sbb suka pedas)
  • 3 sudu besar cili mesin - kurangkan jika xsuka pedas
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • Air asam jawa (MA gantikan 1 potong asam keping)
  • Sedikit air
  • Garam dan gula
  • Minyak
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam (MA tambah)
  • 2 helai daun pandan - dikoyak2 dan disimpulkan (MA tambah)
Bahan Sampingan :
  • 2 biji cili hijau - dipotong 2 (MA xguna pun sbb xderr)
  • 2 biji cili merah - dipotong 2
  • 1 biji tomato - dipotong 6
  • 1 labu bawang besar - dipotong 6 (MA potong bulat)
Cara Membuatnya :
  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam, gorengkan hingga masak tapi jangan terlalu garing.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi.
  4. Masukkan cili mesin dan daun pandan, tumis hingga cili menjadi garing.
  5. Masukkan bahan yang diblend, goreng lagi hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
  6. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yang telah digaulkan dengan sedikit air panas hingga menjadi pes). Masukkan juga sos tiram.
  7. Goreng hingga wangi dan garing dan barulah dimasukkan garam dan gula secukup rasa. 
  8. Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan air asam jawa...juga serbuk pati ayam.
  9. Biarkan mendidih dan sedikit pekat
  10. Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
  11. Masaklah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.
Ayam Masak Merah Berempah
Dah pun siap......

Nie dia menu  Ayam Masak Merah Berempah
Memang sedapp...
tak percaya...cuber lerr.....



Friday, April 11, 2014

RENDANG AYAM MINANG....LAGI !!!!!

Bismillah pembuka bicara....

Assalamualaikum.....Alhamdulillah dihari Jumaat yang penuh dengan baraqah nie, dan dihari penghulu segara hari ....dikesempatan ini MA abadikan sekali lagi resipi Rendang Ayam Minang yang memang menjadi favourite MA dan My Hubby. Kiranya ini adalah siaran ulangan, tapi dikali ini MA ada membuat sedikit ubah suai pada bahan-bahannya....Jangan maree yerr tuan punya resipi......
Untuk resipi sebelum ini, sekiranya ingin melihatnya ...boleh lah KESINI. Terima kasih pada penyumbang resipi asal Pak Engku (Buku resipi kenduri kawin) dan masam manis (Azlita Aziz) yang mewar-warkan resipi yang sedap nie ......
Rendang nie memang sedapppp.....apatah lagi bila makan dengan nasi yang berperisa.....juga sedap sekali jika dimakan dengan pulut. Ulalaaa....sedappnyaaa memanggg mengancammm
Bagi rendang dikali ini MA buatkan berkuah sikit ...kerana My Hubby suka rendang yang berkuah dan tidak terlalu kering.... Bagi MA pula.... kalau membuat rendang cara ini...MA pula suka rendangnya pedas barulah ada uummpphh...hehehe 
Wbp hentam jerr laa labu......kita yang buat dia kan.....kannn
Yang penting ikut selera situkang masak dan ragam orang yang nak menikmati masakkan ni...yerr takk !!!!
Wokey...wokeyy..jom kita tenguk resipi rendang yang mengancam sangat nie..... Mengancam dari citarasa tuan tanah lerr.... :)


RENDANG AYAM MINANG
Olahan : MA

Bahan-bahanya  :
  • 1 ekor ayam - potong ikut suka
  • Rempah untuk menumis (kulit kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis*
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam*
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar*(*dicampurkan dengan sedikit air- sebatikan)
  • Minyak masak secukupnya
  • 1/2 kilo santan
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukupnya
  • Daun kunyit dan daun limau purut
Bahan Untuk Dikisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • 2" halia
  • 5 batang serai - 2 batang diketuk (3 batang utk dikisar)
  • 1" lengkuas
  • 2 " kunyit hidup
  • 20 biji cili padi hijau
  • 7 biji cili padi merah (Cili padi nie pedas)
  • 2 biji buah keras - dihiris 
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan serai yang telah diketuk. Masak hingga kekuningan
  3. Masukkan serbuk rempah yang telah disebatikan  dengan air. Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam kacau seketika supaya sebati dengan rempah.
  5. Masukkan juga santan. Kacau sekali sekala sehingga agak pekat sedikit.
  6. Masukkan kerisek, pati ayam, garam dan gula
  7. Kacau dan sesuaikan rasanya. Apabila sudah berpuas hati masukkan daun kunyit yang telah dimayang halus bersama daun limau purut (yang telah dibuang uratnya).
  8. Kacau selalu sehingga kepekatan yang dikehendaki. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Rendang Ayam Minang yang membuka selera....

Ummpphh Sedapppnyaaa
Rendang Ayam Minang....
Tak percaya....cuba lerr buat.....


Thursday, April 3, 2014

PEDAL AYAM GORENG YANG SEMPOI.....

Bismillah pembuka bicara......

Assalamualaikum....selamat malam dan salam  sejahtera serta ceria untuk anda semua yang sudi follow MA Semoga kita semua dirahmati ALLAH SWT........ Aminn
N3 MA kali ini ...resipi yang sangat sampoi. Resipi nie MA buatkan dipagi ini. Walau pun sampoi, tapi MA abadikan juga disini, untuk rujukkan anak-anak dan semoga dapat memberi idea pada anda yang tercari-cari resipi yang sampoi....
Resipi nie memang menjadi kegemaran MA sekeluarga. Resipinya sampoi tapi menyelerakan.....sekiranya resipi nie ada dalam senarai hidangan harian MA...pastinya bertamboh-tamboh nasinya.....
Jom kita sama-sama tenguk resipinya....dan kepada yang sudi nak mencuba....dipersilakan.....
Semoga anda berpuas hati......


PEDAL AYAM GORENG YANG SAMPOI
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1 paket pedal ayam (MA beli diPasaraya jerr)
  • 2 labu bawang besar - size sederhana - dipotong nipis membulat
  • 2 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(* dihiris halus)
  • 1" halia - dipotong nipis memanjang
  • 15 biji cili padi - dibelah 2 jangan putus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh pati ayam
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • Sedikit garam dan kunyit
  • Sedikit lada hitam - serbuk
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
  1. Bersihkan pedal ayam, potong kecil-kecil dan toskan.
  2. Masukkan garam,kunyit dan serbuk lada hitam kedalam pedal ayam, gaulkan supaya sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dikuali dan masukkan pedal ayam tadi beserta dengan bawang merah, bawang putih,halia beserta cili padi. Kacaukan pedal ayam tersebut.
  4. Masukkan sos tiram, pati ayam dan kicap. Kacaukan supaya sebati.
  5. Masukkan bawang besar dan masak lah dengan api sederhana selama anggaran 6-10 minit. Kacau selalu supaya pedal tidak melekat dikuali. (Jika ada kacanga panjang, bolehlah di bubuhkan - tapi dikali ini MA kehabisan kacang panjang...huhuhu)
  6. Bila telah masak, tutup api dan hidangkan.

Haa nie dia Pedal Ayam Goreng
dah pun terhidang...
Anda juga boleh masukkan kacang panjang
yang telah dipotong 1" dan digorengkan
bersama-sama dengan pedal ayam...
Barulah kaww...