CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 5, 2014

DESTINASI KEDUA PERCUTIAN MA SEMPENA CUTI SEKOLAH...KENEGERI SEMBILAN & SEPANG

Salam sejahtera....
Ini pula destinasi perjalanan MA yang kedua....
Pada esok harinya 15hb Disember 2013 MA telah bertolak
ke Negeri Sembilan.....hajat hati untuk melawat kakak ipar yang telah lama
tidak bertemu......Untuk kerumahnya kami melalui Highway KLIA...
Terlalu banyak perubahan yang berlaku.....maklumlah sudah terlalu lama kami
tidak kesana......

Inilah pintu gerbang untuk kedestinasi MA...
Mercu tanda yang menanti ketibaaan tetamu.....
KG L.B. JOHNSON..
Kebanyakkan penghuninya mencapai tahap jutawan... 

Ini pula rumah yang kami tuju..
Rumah kakak ipar MA..
Angah Gayah & suaminya Angah Zakaria

Rumah yang terlalu besar...
Penghuni tetap hanya kakak & abang aje....
Cuma dihujung-hujung minggu mengharap kehadiran anak menantu & cucu

Suasana rumah yang sunyi & tenang...

Kolam yang penuh dengan ikan kap jepun jerk...
Menanti kehadiran tetamu...

Memang seronok berada disini...
Sunyi & tenang... 
Jauh dari hiruk pikuk keriuhan kota....
Masih suasana kampung....nyaman sunyi & sepi.

My Hubby & SiBungsu tengah mengisi buah rambutan
kedalam karung plastic...Untuk dibawa pulang....
terlalu banyak buah rembutan dtanam
disekeliling kawasan rumah.... Sekarang tengah musimnya berbuah...
Amboi mak banyaknya....sehingga tak termakan...
Baginilah suasana kampung....kalau dipekan semua mesti dibeli. 

Ini pula rumah kakak ipar MA juga...
Alang Timah....tinggal seorang diri...suaminya Ateh Bakar
telah meninggal....Al-Fatihah untuk beliau.
Juga mengharapkan kehadiran anak, menantu & cucu dihujung-hujung minggu.
Rumah ini terletak di Sendayan...
Kebanyakkan penghuni KG SENDAYAN juga mencapai tahap jutawan.

Beginilah suasana ......apabila 3 beradik bersua muka...
Banyak cerita-cerita lama berkisar dalam perbualan.....
Riuh rendah jadinya....memang tak kering gusi... 
Rasanya tak cukup berjumpa seketika....tapi apekan daya....
Kami ada rancangan yang lain pula....SiYob telah aturkan...
InsyaAllah dilain masa...dilain hari pasti kami akan kesana lagi....

Kehadiran kami disini hanya sebentar jerk...
Bising betul mereka ....kerana kami tak tidur disana.
Apa nak kata...InsyaAllah jika dipanjangkan umur pasti 
kami akan kesana lagi & dikali ini pastinya kami akan bermalam disana...

Dalam perjalanan pulang....kami singgah dirumah adek MA pula,,,
DiBandar Baru Sepang....DIKOTA WARISAN
Adek MA duduk di Taman Warisan Mewah.... 
suaminya bekerja diMAS KLIA.
Mereka baru berpindah balik dari Landon....

Semasa kami kerumahnya.....kami dijamu dengan mee bandung....
Yummpp..yummp...sedapnya, nanti bagi resipi yerk dekk......

Baginilah perjalanan destinasi MA yang kedua.....
Seronok....pastinya destinasi 2013 yang sentiasa diingati..
Sehingga bertemu kedestinasi seterusnya....
Semoga u all ENJOY !!!






JJCM DESTINASI PERCUTIAN PERTAMA -SEMPENA CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum....
N3 kali ini adalah JJCM sepanjang percutian kami sempena cuti sekolah nie...
Percutian sekolah yang panjang, membolehkan MA 3 beranak mengambil kesempatan 
untuk berjalan kerumah anak & sanak saudara serta kawan-kawan rapat....
Destinasi pertama kami ke Shah Alam.....disana anak sulung beserta anak no 2 MA tinggal.
Sepanjang kami berada disana ......boleh dikatakan setiap malam ada sahaja rancangan
untuk keluar menjamu selera disekitar Subang Shah Alam & Ampang.
Sepanjang percutian ini...MA juga tidak lekat dirumah anak jerk....
Disiang hari kami melawat saudara mara & kawan-kawan, manakala malam pula
sentiasa menjamu selera di kedai....
Jadinya.... masak memasak MA cutilah seketika....  
Okey la...mai kita layan gambar-gambar sepanjang percutian MA ini.....
Ini adalah destinasi percutian MA yang pertama....
Pada 14hb Disember 2013 kami bertolak ke Shah Alam....

Malam pertama MA disana...
Anak sulung MA  bawa kami makan di Subang 2....
Makan masakkan tomyam....

Kebetulan tengah sedap menjamu selera di luar kawasan restoran..
Hujan turun .....nasib baik le, cuma rebas jerk..
Jadinya kami pun berpindah masuk kedalam restoran....

Malam kedua....MA disana.
kami dibawa menjamu selera di Restoran Island Steamboat ...
Disini terpaksa booking terlebih dahulu....

Makan secara buffet.....
Bayaran mengikut kepala beb.....

Ramai betul direstoran nie....
Kami juga ramai....kira-kira 14 orang....
MA berlima beranak bersama menantu & Angah beserta suami 
& anak-anaknya...
Angah tinggal di Kuala Kubu Bharu

Tu dia riuh rendah....dik terlalu ramai...
Tapi seronok...menjamu selera disini....

Amboi mak masing-masing kekenyangan....
Terima kasih Yob....
Sengkak rasanya....malam nie tak boleh tido le...nampaknya.

Ini keluarga Angah.....
Riuh rendah....sukanya diaaa....
Angah kakak ipar pada SiYob...

Pada malam ketiga kami disana.....
Menjamu selera di Ampang pula......

Kebetulan MA nak berjumpa adik MA....
Jaafar @ Haridan bersama adik ipar MA A'ini...
Anak-anaknya tak ada dirumah.....
Cuti-cuti sekolah....anak-anak balik ke JB kerumah tok mereka...


Ini pula malam keempat MA disana...
Menjamu selera di restoran WANA diSubang....
Kebetulan petangnya Kak Yong beserta suami & anak-anak datang...
Jadinya bersama-sama le menjamu selera direstoran ini...
Makan masakkan tomyam....

Kak Yong tinggal di Ipoh....
Kebetulan ada urusan di KL....
mereka datang 4 beranak....malamnya tido dirumah anak sulung MA...
Kak Yong ialah kakak ipar pada anak MA...SiYob.

NASI DAGING UTARA

Salam sejahtera & Selamat tahun baru....semoga tahun ini memberi rahmat buat kita. Rahmat ke??? kalau semua barang- barang naik.....Disana sini semua rakyat Malaysia mengeluh.......
Wbp pun sama-sama lah kita berdoa semoga kehidupan kita ditahun 2014 ini dirahmati & diberkati ALLAH...Amin.
N3 kali ini MA catitkan resipi Nasi Daging Utara. Dah lama MA teringin nak buat resipi nie.....tapi entah kenapa asyikkan tak kesampaian jerk....
Namun bagitu....Alhamdulillah, masih lagi dapat ditunaikan hajat dihati ini......
Dipagi semalam MA melancarkan operasi untuk membuat Nasi Daging Utara nie....Memang nasi nie sinonim dengan orang Kedah....Kebetulan baru-baru nie semasa MA keKedah, makanya dapatlah MA mencarikan Serbuk Nasi Daging nie.....apa lagi, berkubar-kubarlah keinginan untuk membuat resipi nie.....
Dengan pertolongan Cik Google pencarian MA pun bermula......& inilah hasilnya . Terima kasih pada yang empunya Blog Resipi Minggu Ini.....DEK_MA. izinkan MA salin resipinya disini yerk....
Namun bagitu untuk kali ini....MA tidak menggunakan resipi Homemade serbuk nasi daging yang dicatitkan disini......cuma sekadar untuk rujukkan MA sekiranya serbuk nasi daging MA kehabisan, Sekiranya dilain masa serta dilain hari, kalau MA ingin memasak nasi daging, pastinya MA akan buat rujukkan Homemade serbuk nasi daging nie......
Cuma dikali ini MA buat mengikut resipi bahan-bahan untuk nasi jerk....
Mai kita skodeng resipinya.......  


NASI DAGING UTARA
Sumber : Resipi Minggu Ini (DEK_MA)
Oleh : MA

Bahan-Bahan :
Bahan A- Homemade serbuk nasi daging
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
  • 1 sudu besar halba
  • 2-3 biji buah keras - ditumbuk kasar
  • 2-3 biji badam - ditumbuk kasar
  • 1" halia - dihiris nipis
****Semua bahan-bahan diatas disangai @ goreng tanpa minyak hingga garing.
        Sejukkan & dikisar kering hingga jadi serbuk. Simpan didalam bekas kedap udara.

Bahan-Bahan Untuk Nasi :
  • 1 kg daging batang pinang- potong sederhana besar, cuci bersih & toskan.
  • 6 cawan beras basmathi- direndam 15 hingga 20 minit, & ditoskan....kalau guna beras biasa 
  • tak perlu rendam.
  • 1" halia, 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah- dihiris @ ditumbuk halus
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga.
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar serbuk nasi daging yang disediakan terlebih dahulu seperti resipi diatas.
  • 1/3 camca minyak masak
  • 7 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan tomato soup
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng, daun bawang@ daun soup untuk hiasan.
  • Hirisan daun soup untuk hiasan, & bawang goreng untuk hiasan.
  • 1 batang serai - diketuk (ini MA tambah)
  • 1 kiub pati lembu (ini MA tambah)
Cara Membuatnya :
  1. Dalam peruk panaskan minyak, masukkan minyak sapi & biar cair
  2. Tumis bawang merah, bawang putih  & halia. (Masukkan juga serai)
  3. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga.
  4. Kemudian masukkan daun pandan, tumis hingga bawang kekuningan
  5. Masukkan daging, kemudian masukkan serbuk nasi daging  goreng sebentar.
  6. Masukkan air & rebus hingga daging empuk @ hampir empuk.(Masukkan juga kiub pati lembu)
  7. Masukkan tomato puree & tomatao soup. Masak lagi hingga mendidih.
  8. Kemudian masukkan pula susu cair & garam, biarkan sebentar.
  9. Masukkan beras & masak bersama-sama daging tadi.
  10. Gaul rata, kecilkan api & masak saperti masak nasi biasa hingga nasi masak @ pindah kedalam rice cooker, kacau rata & masak seperti biasa hingga nasi masak.
  11. Bila nasi betul-betul masak, keluarkan daging. Gemburkan & hias nasi dengan hirisan daun soup, daun bawang & juga bawang goreng.
  12. Sebelum dihidang hiris nipis-nipis daging tadi & boleh dihidang bersama*air asam tomato kerisek* & juga 'acar timun'.......'Selamat Mencuba'. 
Nasi daging Utara ....dagingnya dihiris nipis-nipis & makan dengan
air asam tomato kerisek juga acar timun...
Wooii sedappp tuuu...