CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 5, 2014

JJCM DESTINASI PERCUTIAN PERTAMA -SEMPENA CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum....
N3 kali ini adalah JJCM sepanjang percutian kami sempena cuti sekolah nie...
Percutian sekolah yang panjang, membolehkan MA 3 beranak mengambil kesempatan 
untuk berjalan kerumah anak & sanak saudara serta kawan-kawan rapat....
Destinasi pertama kami ke Shah Alam.....disana anak sulung beserta anak no 2 MA tinggal.
Sepanjang kami berada disana ......boleh dikatakan setiap malam ada sahaja rancangan
untuk keluar menjamu selera disekitar Subang Shah Alam & Ampang.
Sepanjang percutian ini...MA juga tidak lekat dirumah anak jerk....
Disiang hari kami melawat saudara mara & kawan-kawan, manakala malam pula
sentiasa menjamu selera di kedai....
Jadinya.... masak memasak MA cutilah seketika....  
Okey la...mai kita layan gambar-gambar sepanjang percutian MA ini.....
Ini adalah destinasi percutian MA yang pertama....
Pada 14hb Disember 2013 kami bertolak ke Shah Alam....

Malam pertama MA disana...
Anak sulung MA  bawa kami makan di Subang 2....
Makan masakkan tomyam....

Kebetulan tengah sedap menjamu selera di luar kawasan restoran..
Hujan turun .....nasib baik le, cuma rebas jerk..
Jadinya kami pun berpindah masuk kedalam restoran....

Malam kedua....MA disana.
kami dibawa menjamu selera di Restoran Island Steamboat ...
Disini terpaksa booking terlebih dahulu....

Makan secara buffet.....
Bayaran mengikut kepala beb.....

Ramai betul direstoran nie....
Kami juga ramai....kira-kira 14 orang....
MA berlima beranak bersama menantu & Angah beserta suami 
& anak-anaknya...
Angah tinggal di Kuala Kubu Bharu

Tu dia riuh rendah....dik terlalu ramai...
Tapi seronok...menjamu selera disini....

Amboi mak masing-masing kekenyangan....
Terima kasih Yob....
Sengkak rasanya....malam nie tak boleh tido le...nampaknya.

Ini keluarga Angah.....
Riuh rendah....sukanya diaaa....
Angah kakak ipar pada SiYob...

Pada malam ketiga kami disana.....
Menjamu selera di Ampang pula......

Kebetulan MA nak berjumpa adik MA....
Jaafar @ Haridan bersama adik ipar MA A'ini...
Anak-anaknya tak ada dirumah.....
Cuti-cuti sekolah....anak-anak balik ke JB kerumah tok mereka...


Ini pula malam keempat MA disana...
Menjamu selera di restoran WANA diSubang....
Kebetulan petangnya Kak Yong beserta suami & anak-anak datang...
Jadinya bersama-sama le menjamu selera direstoran ini...
Makan masakkan tomyam....

Kak Yong tinggal di Ipoh....
Kebetulan ada urusan di KL....
mereka datang 4 beranak....malamnya tido dirumah anak sulung MA...
Kak Yong ialah kakak ipar pada anak MA...SiYob.

No comments:

Post a Comment