CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 25, 2014

KEK MINYAK ....YANG PANTAS DAN MUDAH


Bismillah pembuka bicara.....

Assalamualaikum dan selamat petang semua....
Menu MA kali ini adalah Kek Minyak....yang MA buatkan malam tadi untuk 
persediaan sarapan pagi nie..... Kebetulan siBongsu setiap hari akan 
membawa bekalan ke Sekolah
oleh yang demikian terpaksalah MA memikirkan menu apa yang nak di bekalkan 
pada siBongsu untuk kesekolah pagi nie......
Jadinya MA merayap ke blog kawan-kawan yang sudi berkongsi resipi...
Alhamdulillah....bila MA keblog LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih) terpikat MA pada 
keceriaan warna-warni Kek Minyak nie....terima kasih pada LiNa,,, 
Kebetulan pula bahan-bahannya pun semuanya ada...
Jadinya...apa yang ditunggukan lagi....lepas solat Isya malam tadi MA pun jalankan
projek membaking kek......hampir pukul 12 malam jugak lee baru selesai...
Membuat kek nie taklah susah sangat....Alhamdulillah walau pun 
buat untuk pertama kali....kek nya menjadi dengan elok sekali..
Hasilnya gebu, lembut dan moist .....Pada kawan-kawan yang belum pernah membuatnya 
apa tunggu lagi.....mai kita buat ..pasti puas hati....
Betul kata LiNa Pg....membuat Kek Minyak nie..
PANTAS DAN MUDAH....
MA CnP dari blog LiNa untuk rujukkan MA dan anak-anak dimasa depan....
Bagi kawan-kawan yang ingin mencubanya dipersilakan....
Mai kita tengok resipinya.....


KEK MINYAK
Original : MyResipi
Sumber : Lina Pg (Teratak Mutiara Kasih)
Oleh : MA

Bahan : (Loyang 8"x8"/ 9")
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kaster) -MA ikut LiNa Pg
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking pawder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4 cawan) -MA ikut LiNa Pg
  • 1 sudu besar ovellate
  • 1 cawan minyak masak
  • Perasa nenas, pisang atau apa-apa perasa ikut suka dan pewarna (MA bubuh perasa orange)
  • 1 sudu teh essen vanila
Cara-caranya :
  1. Panaskan oven 170"C.
  2. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  3. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovellate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat bersama essen vanila.  Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil di pukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuang kedalam loyang.....marble ikut kreativiti.
  9. Bakar hingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. (LiNa bakar pada suhu 165"C selama 50 minit pada api atas bawah) (MA masak dengan suhu 170"C selama 30 minit dan suhu 180"C selama 20 minit pada api atas bawah) 
  10. Biarkan kek sejuk barulah di potong dan hidangkan.
Ini dia rupa KEK MINYAK yang telah dipotong...
Gebu, lembut dan moist sekali.....

Ini pula KEK MINYAK yang baru dikeluarkan 
dari acuan....

Ini pula KEK  MINYAK untuk sarapan pagi ...
MA gandingkan bersama maggie goreng....
Uummpphh sedaappnyaaa..