CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 30, 2014

PUDING ROTI ...... NUR QASEH YANG MEMANGGG SEDAPPPP

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hari nie kenapa yerr dengan tak semener2....teringin pulak nak menikmati puding roti....
Teringat MA pada kesedapan puding roti yang MA beli minggu sudah dalam perjalanan keLumut di kilang ROTI SEGAR di TITI GANTUNG.
Dalam pencarian resipi puding roti dengan pertolongan cik Google....MA terpikat dengan resipi Puding Roti Nur Qaseh ini....hahaha apa lagi dengan serta merta MA salinkan dulu resipinya dalam draft....supaya tidak pula MA nanti tercari2 apabila berkeinginan untuk memuding......
Alhamdulillah setelah melihat cara olahan step by step yang Azie persembahkan....terlalulah simple sekali rasanya, sebab tuu laaa....MA teringin mencuba resipi nie....
Terima kasih pada Azie diatas perkongsian ini....izinkan MA panjangkan resipi nie disini pula....
Pagi ini MA pun mula menjalankan projek memuding...saperti yang dihajatkan....maaf lerr Azie......kerana ada adjustment sikit pada resipi....biasa lerr yerr, bila resipi bertukar tangan. Puding yang MA buatkan ini.....diletakkan kedalam bekas2 kecil, supaya senang untuk dimakan dan dihidangkan. Manakala sukatannya MA ubahsuai sikit mengikut citarasa tuan rumah....
Untuk itu mai kita intai resipinya.......cuba yerr jangan tak cuba....memang marbeles puding nie... 
sedappp betul.....tak rugi untuk mencubanya......
Kepada anda yang ingin melihat resipi yang ori.....sila lihat link Azie Kitchen yerrr.....resipi dibawah nie MA dah adjust mengikut citarasa MA sendiri ..... sbb MA nie memang suka puding roti yang lembut ......

PUDING ROTI...... NUR QASEH 
Sumber : Azie Kitchen
Olahan : MA

Bahan-bahannya :
  • 6 keping roti Gardenia (potong kiub besar)
  • 3 keping roti lagi ~ dipotong kiub kecil2 @ utk hiasan (MA tambah)
  • 2 cawan susu segar (MA tambah 2 1/4 cawan ~ utk lembutkan lagi)
  • 1/2 cawan gula kaster (MA tambah 3/4 cawan ~ utk maniskan lagi)....hahaha biasa lerr MA nie.... suka manis.
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2-3 biji telur - dipukul rengan ( MA guna 3 biji)
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • Sedikit kismis (MA tambahkan bersama almond nibs - yang telah dibakar)
  • Sedikit serbuk kayu manis (MA tak bubuh pun)
Caranya : 


Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih bolehlah diangkat.
Masukkan roti dan kacau rata supaya ia terendam.

Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan 
biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur 
supaya telur tidak masak.
Akhir sekali masukkan telur dan essen vanila. Kacau rata.
Jika suka masukkan sedikit kismis dan badam 
serta serbuk kayu manis.

 
Tuangkan kedalam loyang saiz 8"yang telah
dilenser dengan sedikit mentega. 
(MA letak dalam bekas2 kecil jerr)
MA hiaskan diatasnya dengan potongan 
roti yang dipotong kiub kecil2 dan yang telah
rendam sebentar dalam adunan telur
yang bercampur dengan susu tadi.
Diatas sekali MA taburkan dengan
 sedikit gula pasir.

Masukkan loyang kedalam bekas besar yang telah diisi 
dengan air panas untuk membakar secara steam bath.
Bakar pada suhu 180'C selama 
45 minit sehingga 1 jam. 
(MA bakar 35 minit jerr.....sbb guna bekas kecil)
Dah masak pun.....sedia untuk dihidangkan.