CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 31, 2013

TEMPEYEK....Kuih Kudapan Kegemaranku

Salam sejahtera untuk semua pengunjung yang sudi bertandang keblog MA....
Selamat menyambut hari MERDEKA pada warga Malaysia yang dikasehi......semoga negara kita Malaysia sentiasa berada didalam aman dan damai sentiasa....Aminnn
Hari ini MA N3kan resipi Tempeyek, yang MA pernah buat bagi jualan semasa MA tinggal di Shah Alam sewaktu zaman bekerja dahulu.....
Tempeyek nie MA buatkan bersama-sama dengan kuih Rose (Kuih Goyang) bagi jualan direstoran & kedai pam minyak disekitar Shah Alam, Subang & diKelana Jaya. MA packingkan dalam bungkus kecil-kecil & hantarkan ke restoran & kedai pam minyak tersebut untuk jualan....
Alhamdulillah.....sambutannya menggalakan. Untuk menggoreng tempeyek nie MA menggajikan 2 orang pekerja, MA just buat bancuhannya sahaja.
Walau bagaimanapun itu cerita lama, ketika MA tinggal di Shah Alam....
Sekarang hanya tinggal kenangan yang mengusik jiwa....
Baru-baru ini MA ada buatkan tempeyek ini untuk kudapan bagi menyambut hariraya .....
Sebagai rujukkan MA kelak, maka MA salinkan resipi nie disini......bagi kawan-kawan yang teringin nak membuatnya ...dipersilakan. Bancuhan tempeyek MA nie nipis sahaja.....jadi pada kawan-kawan yang berhajat nak mencuba membuatnya untuk makan sendiri, dinasihatkan buat 1/2 bancuhan je......kerana nanti jemu pulak duduk menggorengnya......
Okey...jom kita tenguk resipinya ......


TEMPEYEK 
Oleh : MA

Bahan-bahannya : (Bancuhan yang MA buat untuk jualan)

Bahan A:

450g tepung beras* (MA guna tepung beras cap 3 gajah)
1 sudu kecil garam*
1 sudu besar ajinomoto*
21/4 sudu besar gula kasar*(*Bahan-bahan ini dicampurkan sekali)

Bahan B:

10g jintan manis**
7g jintan putih**
12g ketumbar biji**
2 biji buah pelaga**(dibuang kulitnya)
12g halia**
40g udang geragau**(**Bahan ini diblender & campurkan dengan 300ml air)

800ml santan
2 biji telur gred C
2 sudu kecil air kapur (kapur yang telah dilarutkan airnya - dalam bekas kapur)
Sedikit kacang tanah>
Sedikit ikan bilis>(Kacang tanah & ikan bilis digorengkan terlebih dahulu)
Minyak untuk menggoreng.

Cara Membuatnya :
  1. Santan & air kapur campurkan dengan bahan A, kacau sebatikan. Tapiskan kedalam blender & campurkan telur & diblender supaya bahan sebati. 
  2. Masukkan bahan B kedalam bancuhan tepung tadi. Sebatikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, Panaskan juga acuan tempeyek dengan merendamkannya didalam minyak yang panas.
  4. Apabila acuan sudah cukup panas, angkat acuan & siramkan keatasnya dengan adunan tepung tadi,lebihan adunan dituangkan semula didalam bekas adunan, jadi yang tinggal pada acuan hanya lapisan yang nipis je. Taburkan atasnya dengan beberapa biji kacang tanah & beberapa ekor ikan bilis. 
  5. Gorengkanlah adunan ini sehingga garing.
  6. Apabila sudah elok keperangan, angkat tempeyek itu & toskan.
  7. Setelah tempeyek sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

'SELAMAT MENCUBA' 


Tempeyek dah pun siap terhidang
memang sedap untuk kudapan
apa lagi semasa mengadap TV
sekejap je habisnya...


Thursday, August 29, 2013

KETAM MASAK JINTAN .....Favourite MA & keluarga


Salam .... selamat petang semua...
Kali nie MA N3kan  Ketam Masak Jintan yang memang favourite MA sedari dulu lagi.....
Masakkan nie MA belajar daripada bonda MA......selalu jugak MA buatkan dulu-dulu....tapi semenjak kebelakangan nie MA dah jarang membuatnya.....
Alkesah bukannya apa.....sebab yang utama My hubby dah tak berani makan ketam metam nie....huhuhu, apa lagi kerana gout dia tu le....
Sebab yang lain.....yaAllah .....ketam, sekarang nie mahal betul..harganya. Dulu-dulu kalau MA belikan ketam, suka jugak MA rebuskan je ketam nie......tapi sekarang rugi lak MA rasa kalau belikan ketam untuk direbuskan je.... tak berbaloi.
Oleh kerana tu le .....sekarang nie MA lebih suka masakkan ketam, cara nie saja.....disamping berselera makan.....yang paling utama sedap pulak tu rempah ratusnya....
Si bungsu suka betul dia dengan masakkan ketam cara nie.....
My hubby....huhuhu, ciannya dia.....tak berani nak makan ketamnya....tapi rempah ratus masakkan ketam tu, dibedalnya jugak.....
Walau pun MA ada buatkan masakkan lain untuk My hubby...... 
Bagi anda yang ingin mencuba masakkan yang menjadi favourite MA nie.....jom kita tenguk resipinya......


RESIPI KETAM MASAK JINTAN
Oleh : MA

Bahan-bahannya:

3 ekor ketam sederhana besar - dibuang kepis & kulit kerasnya, serta dibersihkan
3 biji cili merah*} 
4 biji cili padi*}- boleh juga digantikan dengan cili kering diblander halus
(mengikut kepedasan yang anda suka) 
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai*
Sedikit belacan*(* bahan-bahan ini diblander halus)
1 sudu kecil serbuk jintan manis**
1 sudu kecil serbuk jintan putih**(** dicampurkan jadikan pes)
1cawan pati santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng ketam & menumis

Cara Memasaknya :
  1. Ketam yang telah dibersihkan, lumurkan dengan garam & kunyit, kemudian digorengkan separuh masak. Ketepikan.
  2. Gunakan semula minyak yang menggoreng ketam tadi, jika minyak terlalu banyak kurangkan sedikit minyaknya.
  3. Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan-bahan yang diblander hingga naik bau. Kacau selalu supaya elok garingnya.
  4. Masukkan campuran pes jintan tadi, kacau sebatikan & biarkan sebentar sahingga garing & naik bau.
  5. Masukkan pati santan, kacau & biarkan kering sedikit.
  6. Perasakan garam & gulanya mengikut selera kita, masukkan ketam yang telah digoreng separuh masak tadi. Balik-balikkan ketam supaya sebati dengan rempah tadi.
  7. Bila dah agak kering sedikit, tutupkan api.
  8. Bolehlah dihidangkan.
'SELAMAT MENCUBA'  




Ini dia Ketam Masak Jintan....favourite MA
Jemput Makan
Wadoohh sedaapppnyaa....
   

PUDING KASTAD MARBLE OREO.....sedaappp

Asalamualaikum, salam sejahtera untuk semua yang sudi bertandang keblog MA ini....
Semalam MA ada mencuba buatkan Puding Kastad Marble Oreo nie.....puding yang sungguh sedap. Biasa le kan sekarang puding oreo nie tengah meletop....jadi MA pun terpanggil untuk membuatnya. Puding nie olahan MA sendiri setelah merujuk resepi-resepi puding oreo yang kawan-kawan blog dah pun mencubanya....jadi MA cubalah olahkan cara MA pula. Alhamdulillah menjadi & sedap pulak tu....
Sibongsu suka sangat dengan puding nie.....sekejap je habisnya.
Kebetulan semalam jiran MA ada buat doa selamat dirumahnya, jadi MA bawakanlah puding nie sebagai buah tangan......
Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba kelainan dalam membuat puding oreo, mai lah cuba buat puding nie cara MA pulak, disini MA sertakan resepinya....



PUDING KASTAD MARBLE OREO
Oleh : MA

Bahan-bahannya: (untuk talam 10"x10")

Untuk Lapisan Bawah:

13g agar-agar serbuk
2.5 cawan air
2.5 cawan susu cair dalam tin
1 cawan gula pasir
75g tepung kastad
2 biji telur gred A - dipukul sedikit
3.5 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil vanila essen
2 sudu kecil coklat emalco + 1/2 sudu kecil nescafe (bancuhkan dengan 2 sudu besar air)

Untuk Lapisan Atas:

6g serbuk agar-agar
12 keping biskut oreo - dipatahkan 4, jangan dibuang krimnya
2 cawan air
2 cawan susu cair
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan disimpul

Cara Membuatnya :

Lapisan Bawah :
  1. Masakkan agar-agar, air & gula hingga larut.
  2. Ketepikan 1/2 cawan susu cair (untuk dilarutkan bersama tepung kastad & telur). 
  3. Masukkan baki susu kedalam larutan agar-agar tadi, kacau sebati hingga mendidih.
  4. Larutkan tepung kastad bersama 1/2 susu cair tadi, masukkan juga telur kedalam adunan ini, & juga essen vanila, kacau sebatikan.
  5. Tuangkan adunan kastad ini kedalam adunan agar-agar, kacau & masukkan juga mentega kedalam adunan ini, kacau sebatikankan sehingga mentega semuanya cair. Masaklah adunan ini sehingga mendidih.
  6. Asingkan 2 cawan kedalam bekas yang lain & campurkan dengan bancuhan coklat emalco yang telah dilarutkan dengan nescafe. Kacau sebatikan.
  7. Tuangkan adunan coklat berselang seli dengan adunan kosong untuk mendapatkan marble & corak yang disukai, sehingga habis. Sementara itu sediakan lapisan atas puding ini.
Lapisan Atas :
  1. Masakkan bersama sebuk agar-agar, gula & air beserta susu cair sehingga mendidih. Matikan api.
  2. Tuangkan adunan ini ke atas adunan bawah yang telah tersedia tadi.
  3. Kemudian susunkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan keatas adunan agar-agar tadi.
  4. Biar sejuk, masukkan kedalam peti ais sabentar & bolehlah dihidangkan. 



Ini le rupanya Puding Kastad Marble Oreo
yang dah di potong kecil-kecil &
belum diambil dari loyang lagi.
Mai kita cuba buat....sedaappp

Tuesday, August 27, 2013

IKAN KERING MASAK LEMAK NENAS...pembuka selera

Asalamualaikum....salam sejahtera untuk semua pengunjung blog MA ...
Semalam MA ada masakkan Ikan kering masak lemak nenas. lama juga MA tak makan masakkan nie, jadi semalam kebetulan kepasar, MA belikan le apa yang patut untuk masak gulai ini.
Berselera betul My hubby makan nasi tengahari semalam.....ngamle tu dengan seleranya. Almaklum masak lemak cili padi......
Nasib baikle orang dirumah nie semuanya tak ada penyakit darah tinggi.....kalau ada ulalala, pasti le tak boleh masakkan resipi nie......
Bagi anda yang masih memikio nak masak apa hari nie.....kome bolehle masakkan resipi nie......sedaaappp membuka selera.
Okeyle tak payahle kita bersembang panjang-panjang, MA pun masih banyak kerja menanti...
Mai kita lihat resipinya...



IKAN KERING MASAK LEMAK NENAS
Oleh : MA

500g kepala ikan kering talang
10-15 biji cili padi*
2 ulas kunyit hidup*(*ditumbuk lumat/diblander halus)
2 batang serai - diketuk
2 cawan santan pekat
1 cawan air - untuk mencairkan sedikit kuah
Sepotong nenas - dipotong kecil-kecil
Asam keping & garam  - jika perlu

Cara-caranya :
  1. Rendamkan kepala ikan kering talang untuk mengurangkan masinnya selama 20-30 minit. Bersih & toskan.
  2. Masukkan cili padi & kunyit hidup yang telah ditumbuk kedalm periuk, masukkan juga serai & panaskan atas api dapur sehingga cili padi tersebut kering air sedikit.
  3. Masukkan separuh santan & tambahkan air sedikit bagi mengimbangi kepekatannya, biarkan sehingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
  4. Masukkan kepala ikan kering talang & biarkan hingga mendidih.
  5. Bila mendidih masukkan nenas yang telah dipotong kecil. Kacau sebatikan.
  6. Masukkan lebihan santan tadi & kacau selalu sehingga mendidih.
  7. Sesuaikan rasa kuah tersebut dengan citarasa kita, sekiranya masin & masamnya kurang bolehlah ditambahkan dengan garam & asam keping. Selalunya garam tak perlu ditambahkan lagi kerana telah masin, bagitu juga dengan asam keping kerana kemasaman nenas telah pun memadai.
  8. Bila sudah elok masak, tutupkan api & bolehlah dihidangkan.




Monday, August 26, 2013

RESIPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH - masakkan ala-ala nasi kandar

Assalamualaikum...
Kali nie MA nak kongsikan Resipi Ayam Masak Bawang Berempah...resepi nie masakkan berempah ala2 nasi kandar. Sesiapa yang suka masakkan ala2 nasi kandar cubale resipi nie pasti ngam dengan selera anda. MA memang suka dengan resipi ala2 nasi kandar nie....
Resipi nie daripada mamak haji, kebanyakkannya masakkan beliau banyak menggunakan serbuk kas-kas, memang sedap dan memenuhi citarasa kami sekeluarga, memang tak rugi mencubanya.....
Resipi nie memang banyak pakai bawang merah goreng....bawang goreng instant  tak main le ye......
Kalau nak buat masakkan nie mesti rajin goreng bawang ye....
Dibawah nie MA salinkan resipi yang telah diolah cara MA, kerana resipi asal terlalu banyak, bahan-bahannya untuk 250 - 300 orang....... biasale memang resipi mamak haji selalunya untuk ramai orang kerana masakkan untuk restoran & katering punya....
Pada sesiapa yang nak tenguk resipi asal bolehlah tenguk DISINI ye...
Tapi bagi anda yang nak masak sedikit saperti MA.....mai kita tenguk resipi olahan MA dibawah nie......


RESIPI AYAM MASAK BAWANG MERAH
Resipi : Mamak Haji
Olahan : MA

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam
15 ulas bawang merah (untuk digorengkan)
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 paket kecil rempah kari daging
20g serbuk kas-kas
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
4 biji bawang merah - dikisar halus jadikan 1 cawan air
(Boleh ditambah sekiranya anda mahukan kuah yang lebih)
2 ulas bawang putih*
1" halia*(* diblander jadikan pes)
2 sudu teh serbuk garam masala
(Jika tiada boleh digunakan  kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga)
2 helai daun pandan - disiat-siat & disimpulkan
1 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Cili merah dipotong serong memanjang (hiasan)
daun kari (hiasan)

Cara-caranya:
  1. Bawang merah dihiris halus & digoreng. Bila warna bertukar kepada warna perang, keluar & sejukkan. Ketepikan. Bawang goreng tak perlu rangup, agak kering dah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. NOTA: Untuk pengetahuan sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup, boleh dihasilkan dengan mengeringkan dulu hirisan bawang dicahaya matahari & digoreng.
  2. Ketulan ayam yang telah dibersih, masukkan garam & kunyit, gaulkan sebati. Ketulan ayam digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Selepas goreng diangkat & ketepikan.
  3. Panaskan kuali & masukkan minyak bersama minyak gorengan bawang tadi. Bila minyak panas masukkan 4 serangkai (Sekiranya tak menggunakan garam masala). Masukkan pes halia & bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api & masukkan semua rempah-rempah diatas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman, masukkan air bawang & besarkan sedikit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula mendidih masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato.
  4. Kecilkan api, masukkan gula & garam secukup rasa. Masukkan semua ketulan ayam yang telah digoreng tadi, kacau rata untuk kuah rempah bersalut dengan ayam goreng. Masukkan bawang goreng & kacau sebatikan bersama ketulan ayam. Biar ayam masak, ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, padamkan api dapur & masukkan ayam tersebut kedalam pinggan.
  5. Tabur cili merah yang dihiris & daun kari diatas hidangan anda. 


Resipi Ayam Masak Bawang Berempah
dah pun siap, cuma bawangnya je
kekurangan ....huhuhu
Terlupa pula nak taburkan cili hiris & daun kari
Walau bagaimanapun seriously sedaappp
Cubale...pasti ada siaran ulangan....


Sunday, August 25, 2013

PENCIUM KENTUT PROFESIONAL DI CINA BERGAJI LUMAYAN

Asalamualaikum....
Just untuk merehatkan minda, satelah penat seharian....mengadap tempahan demi tempahan.
Draf nie dah lama MA simpan, cuma belum disiarkan je....
Tak tahulah nak percaya atau tidak.....adake profesion ini di China????
Mai kita baca....... & terpulang pada anda nak pecaya atau tidak.......hehehe


Mungkin anda akan hairan, jika mengetahui tentang profesion ini tapi memang ini benar adanya. Di nergara Cina dibuka jawatan untuk pencium kentut profesional kerana para ahli di Cina meyakini bau kentut juga boleh untuk mengesan penyakit.

Para ahli dalam bidang bau nie mendakwa bahawa mereka dapat mengetahui tentang keadaan kesihatan seseorang dengan cara mengukur jumlah gas yang dikeluarkan melalui kentut.

Dan maka dari itu, di Negeri Tirai Bambu ini para ahli ingin mencari orang yang sanggup membau kentut & mendiagnosis keadaan kesihatan pesakit berdasarkan baunya. Seperti yang dikutip Shanghai List, upah yang di berikan jika sanggup menjalani profesion ini iaitu US$ 50,000 setahun.


Namun ada syaratnya juga, iaitu harus berusia 18-45 tahun & dilarang keras untuk merokok & juga meminum minuman beralkohol. Dan pemohon juga dikehendaki tidak boleh mempunyai penyakit atau gangguan pada hidungnya atau penyakit lain yang berkaitan.

Jika syarat ini sudah dipenuhi semua maka pemohon akan menjalani beberapa siri ujian pengenalan bau dan latihan yang panjang. Sesudah itu , pemohon mendapat sebuah sijil pencium kentut profesional & diharuskan mencium kentut orang setiap hari.

ADAKAH ANDA BERMINAT...???? he3x

Sumber : http://wowberita.org/pencium-kentut-profesional-di-china-bergaji-lumayan

MENERIMA TEMPAHAN LAGI...

Assalammualaikum salam sejahtera....
Maafle sejak kebelakangan ini kurang cikit bersiaran.....huhuhu
Bukan tak mahu....rindu nak mengadap ladtop nie....tapi masa tak mengizinkan, selepas hariraya ini bertubi-tubi tempahan datang, jadinya MA terpaksalah menguruskannya dulu....
Wbp kalau ada kesempatan yang terluang pasti MA akan cuba juga mengadap ladtop nie....
Sekarang semua orang masih dalam mood raya......sana sini diadakan rumah terbuka...
Bagi MA, alhamdulillah...hari nie MA & My hubby beraya lagi untuk kali keduanya....
Syukur, selamat juga kami menyelesaikan puasa sunat 6 dibulan Syawal nie....sepanjang minggu sudah kami berpuasa & hari ini berayalah kami....kebetulan juga hari ini anak buah MA adakan rumah terbuka......jadi bolehlah MA & My hubby attend rumah terbuka beliau.....
Okeyle MA tak boleh bercerita panjang-panjang banyak lagi urusan tempahan yang masih menanti....
Mai kita cuci mata dengan gambar tempahan-tempahan MA.....sebagai salingan sebelum MA bersiaran seterusnya.....





CREAM PUFF


PUDING SELASIHKU SAYANG 
& APAM CERIA
Tempahan bagi Puding Selasihku sayang
memang laris sekali
bertubi-tubi tempahan datang...
Puding nie memang sedap, ada lapisan fruit cocktail lagi..
Puding nie memang ciptaan MA sendiri...
Tak sangka pula menjadi Favourite semasa. 



TRIFLES RAINBOW


MAKARONI BAKAR
juga menjadi senarai tempahan yang disukai


STEAMED COCONUT BLASSOM CAKE


BAHULU KEMBOJA
kuih favourite semasa, bagi tempahan juga
Kuih Bahulu Kemboja nie juga telah 
diolah cara MA setelah beberapa kali 
dicuba & diubahsuai
Alhamdulillah memang laris...
Lemak manis & lembut sekali
Versi Bahulu Kemboja nie menggunakan 
banyak telur. 



Ini pula kuah MEE REBUS
MA buatkan untuk anak buah yang nak buat
rumah terbuka petang nie
Just buatkan kuah je....
Bahan-bahan lain disediakan oleh beliau.











Thursday, August 22, 2013

KEK VELVET OMBAK BERALUN (KUKUS)

Salam sejahtera semua kawan & taulan serta pengunjung setia MA..... Betul ke ada pengunjung setia....perasannn MA nie !!!
Malam semalam MA buatkan kek kukus nie. Kek kukus nie memang kegemaran MA....
Sebenarnya kek nie dah selalu buat....tapi baru sekarang berkesempatan untuk snap gambarnya....
Kek nie MA buatkan untuk sibongsu....kerana disekolahnya.... petang semalam ada jamuan hariraya.
MA suka dengan kejadian kek nie....cantik & menarik warnanya. Terima kasih padaYatie dari "Sinar Kehidupanku" kerana MA ambil resepinya dari blog Yatie.....kata Yatie resepi asalnya daripada K.Fida@MyResipi. Terima kasih juga pada K.Fida kerana sudi berkongsi resepi nie. Ramai dah bloggers lain membuatnya....MA juga tak ketinggalan, tapi baru sekarang dapat tayangkan, biasalah no foto no resipi.....hehehe
Pada kawan-kawan yang belum mencuba membuat Kek Velvet Ombak Beralun nie.....cuba le nanti, pasti takkan menyesal...malah rasanya pun sedap sangat, disamping kejadiannya yang cantik....
Okeyle...mai kita tengok resipinya.....



KEK VELVET OMBAK BERALUN (KUKUS)
Oleh : MamaAna


Bahan-bahan (Loyang 9x6x3/ 10x7x3) - MA guna loyang 10x10x4

5 biji telur gred A (yang disejukkan dalam peti ais)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*- MA guna tepung Rose/Superfine
1 sudu kecil baiking powder*(*diayak sekali)
1 sudu besar ovellete
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil essen vanila
1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150ml)
10 sudu besar mentega cair (100g)
Pewarna orange, hijau, kuning & merah atau warna2 pilihan ikut suka
Secukup serbuk koko atau serbuk mila (boleh dicampurkan kedua-dua sekali)

Cara-caranya :

  1. Panaskan kukusan. Loyang dialas kertas & digris sekeliling.
  2. Campurkan semua bahan kecuali mentega & pewarna & pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair & kaup-kaupkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian & warnakan. (MA timbang 250g++ tiap-tiap satu warna)
  5. Ratakan adunan berwarna pertama didalam loyang - Ayak serbuk koko diatas lapisan pertama rata-rata hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua diatas lapisan koko dengan kemas. Bagi memudahkan gunakan sudu makan & tompok-tompokkan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko. Tabur lagi serbuk koko rata-rata. Ulangi melapisa & menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur dengan serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas-kemas dengan aluminium foil yang telah disapu mentega. Kukus selama 45 minit.
  8. Apabila masak, buka segera aluminium foil. Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak. Biarkan kek 5 minit didalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang & sejukkan kek diatas redai.
  10. Biar kek benar-benar sejuk & bolehlah dipotong & dihidangkan.



Kejadian keknya cantik sekali
Mai kita buat...
Sedappp...pasti tak menyesal


KUZI KAMBING

Salam....
Dah lama MA teringin nak mencuba masak Kuzi nie.... tapi yelah, terlalu susah nak mencari rempahnya disebelah sini.....huhuhu
Kalau di Pantai Timur mungkin senang........
Semalam MA tawakalkan diri mencari dengan pertolongan siapa lagi, kalau bukan Cik Google....he3x
Alhamdulillah .....sekarang nie kan dunia tanpa sempadan, semuanya dihujung jari kita je.....
Rajin dengan tak rajin je untuk kita melayari pencarian itu.
Oleh kerana semalam tahap maximum, keinginan MA untuk merasa masakkan Kuzi nie.....maka MA pun cubalah mencari resepinya .....
Kebetulan dah lama sekali MA tak makan daging kambing.... jadi MA cubalah memasak Kuzi Kambing. Daging kambing nie MA beli diTesco ......pada mulanya memang teragak-ragak juga nak membeli daging kambing ini, risau takut-takut My hubby sakit lak....
Tapi yelah, spt MA juga My hubby pun peminat tegar daging kambing .....bila MA suarakan takut nak beli daging kambing pasal dia......cepat-cepat My Hubby mencelah, belikan aje....nanti tau le dia menguruskannya........apa yang nak diurus tak tau le....hihihi
Oleh yang demikian MA belikanlah daging kambing tu.....memang tujuan asal nak buatkan Kuzi Kambing......
Cari punya cari terjumpe le MA resepi Kuzi nie, tapi Kuzi Ayam....MA gantikan je dengan Kuzi Kambing. Memandangkan ada disertakan resepi rempahnya, maka MA pun cuba lah membuat mengikut panduan resipi ini, walau pun tanpa Caber. Terima kasih kepada Myresipi @ Zaliana.
Kuzi nie memang sedap...cuma dilain kali kalau MA rasa nak membuatnya lagi....pasti MA pedaskan sikit.
Mari kita tenguk resepinya.....




KUZI AYAM.....MA gantikan dengan Kuzi Kambing

Bahan-bahannya : (untuk 6-8 orang)

Bahan A (Rempah)

1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1" kulit kayu manis
4 biji buah pelaga - sila buang kulit & ambil bijinya sahaja
1 kuntum Caber
2 kuntum bunga lawang

Bahan B

800g - 1kg ayam
Sedikit saffron
2 ulas bawang putih
1 sudu besar garam
1" halia
Minyak sapi untuk menggoreng

Bahan C

150g bawang besar
20g kepingan badam
1/2 cawan kacang tanah - (MA tak guna pun)
40g kismis hitam
1 ketul hati ayam - rebus dahulu

Bahan D

3 hiris lengkuas
2 hiris halia
1 batang serai
1 biji limau nipis
2 ulas bawang putih
200ml susu sejat
Sedikit saffron
1/2 cawan penyukat sos tomato
700ml air
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula

Cara-caranya :

  1. Sediakan bahan rempah di A. Basuh bersih didalam tapis. Kemudian goreng kering/ sangai didalam kuali.
  2. Kisar rempah tadi dengan pengisar kering boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10g.
  3. Bahan di B - saffron, bawang putih, halia ditumbuk. Kemudian dilumurkan kepada ayam. Perap seketika. Kemudian gorengkan ayam menggunakan minyak sapi. Goreng separuh masak sahaja.
  4. Semua bahan C hendaklah digoreng. Goreng mengikut turutan - mula-mula goreng bawang besar. Kemudian diikuti badam, kacang tanah, kismis & hati ayam. Satelah digoreng hati ayam potong dadu.
  5. Tumbuk badam bersama bawang goreng. Kacang tanah ditumbuk kasar.
  6. Campurkan rempah di A, susu sejat, bawang besar & badam tumbuk, limau nipis, sos tomato & saffron. Gaul rata didalam sebuah bekas.
  7. Panaskan minyak sapi tumis bawang putih, halia, lengkuas & serai. Kemudian masukkan semua campuran di no 6. Masukkan sedikit air biarkan mengelegak. Masukkan garam & gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
  8. Masukkan baki air. Kemudian masukkan kacang tanah, kismis & hati ayam. Tambahkan air lagi jika kuah terlalu pekat. Imbangkan rasa manis & masinnya. Sedia untuk dihidang dengan nasi, roti jala atau bun.
Peringatan Untuk MA :

* Untuk Kuzi Kambing nie, daging kambing tu MA rebuskan je sehingga empuk dengan
   bahan B tanpa menggoreng daging kambing tu. Kalau orang Kelantan, MA diberitahu
   daging kambing tu dilumurkan dengan garam kunyit & digorengkan dulu.
* Untuk memedasnya MA masukkan 10 biji cili padi diketuk, & masukkan dicara memasak
   no 7. Dilainkali MA nak masukkan cili kering giling pulak. Kalau ada rempah kuzi
   sebuk segera....ini semua tak payah dimasukkan.


Kuzi Kambing
dah sedia dihidangkan
JEMPUT MAKAN.


Wednesday, August 21, 2013

KERABU EPAL HIJAU

Salam.....
Dah lama MA tak membuat kerabu Epal Hijau nie.....dulu boleh dikatakan selang sehari MA akan buat kerabu nie.....
Kebetulan semalam pagi MA ke pasar....ternampak epal jadi barulah MA teringatkan kerabu Epal yang selalu MA buatkan dulu....
Apa lagi MA rembatlah epal-epal tu...... 6 biji RM10.00 & MA belikan juga bahan-bahan lainnya.
Sedap kerabu nie....apatah lagi kalau disejukkan dalam peti ais......Laaa tak terasa, bila mengadapnya, sekejap je habis....apa lagi meratahlah.
Resepi kerabu nie MA ambil drp buku 365  Resipi Istimewa Chef Hanieliza (1 hari 1 Resipi), MA suka resipi-resipi Chef Hanieliza yang ada dalam buku nie.....semuanya simple & senang dimasak.
Terima Kasih pada Chef diatas pekongsian ilmu ini.
Mari kita tenguk resepinya......



KERABU EPAL HIJAU
Sumber : Buku 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza

Bahan-bahannya :

2 biji Epal Hijau
1/2 batang lobak merah
2 biji cili merah
2 biji cili hijau (MA tak masukkan pun)
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 biji lemon (diambil  jusnya) - MA guna 2 biji limau kasturi je.
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Cara Membuat :
  1. Epal & lobak merah disagat  ataupun diracik panjang.
  2. Semua bahan lain dihiris.
  3. Gaulkan semua bahan & tuangkan jus lemon.
  4. Kacau rata & rasakan masamnya.
  5. Sedia dihidangkan.
*MA sejukkan kerabu ini sebentar dalam peti ais untuk enak dimakan atau pun diratah.


Ini bahan-bahan yang MA
sediakan & dihiriskan
untuk dicampurkan dalam
KERABU EPAL HIJAU



BERGEDIL DAGING AYAM

Asalamualaikum.....selamat pagi  & salam sejahtera....
Semalam MA buatkan Bergedil Daging Ayam, terlalu teringin MA nak makan bergedil ....Jadi MA pun berusaha membuatnya.... Semua bahan-bahan bergedil  kebanyakkannya ada dirumah, & kebetulan pada paginya MA keluar kepasar membeli bahan-bahan untuk dimasak. Masa tu MA tak teringat pun nak buat bergedil ...... Nasib baikle, masa teringat nak buat bergedil tu.... tenguk bahan-bahan pun ada.....apa lagi jalankanlah projeknya....
Buat bergedil nie taklah susah sangat, bergedil nie pun dah selalu MA buatkan....tapi yelah belum disiarkan sbb asyik lupe je nak snap gambarnya.....
Baru semalam.....tak lupa, hehehe....Biasalah tu, selalu buat bergedil nie tak le banyak-banyak, sbb bahan-bahannya apa yang ada kat rumah je....kerana masa membuatnya tak pun dirancang....jadi selalunya dapat le sikit-sikit ....lebih kurang dalam 8-10 ketul kecil-kecil je.....
MA suka makan bergedil nie dengan nasi panas-panas ..... atau ratah jek...
Tapi bagi anda yang rajin, bergedil nie sedap dimakan dengan bihun soto, kombinasi yang sesuai & serasi.....
Resepi bergedil nie MA ambil dari berbagai-bagai sumber & diolah mengikut citarasa MA sendiri.
Bagi anda yang ingin mencubanya, jadi mai kita tenguk resipinya ....


BERGEDIL DAGING AYAM
Resipi diolah oleh : MA

Bahan-bahannya :

250g daging ayam cincang (MA guna daging ayam jenama Ramli)
4 biji kentang sederhana besar - dibuang kulit, rebus & dilenyek
1/2 cawan bawang goreng - seeloknya bawang yang digoreng sendiri, tak main le bawang goreng segera tu ye.
1 sudu teh lada hitam*
1/4 sudu teh jintan manis*
1/4 sudu teh jintan putih*(*bahan ini dibersih, disangai & ditumbuk halus/ diblander kering)
Sedikit daun sup & bawang - dipotong halus
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur ayam - dipukul
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

  1. Gaulkan semua bahan kecuali telur & minyak. Sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat & leper. Buat sampai habis adunan.
  3. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila di goreng. Kemudian celupkan bergedil yang telah dibentuk tadi kedalam telur yang telah dipukul, kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan diterbalikkan bergedil sehingga ia betul-betul kuning & garing. InsyaAllah bergedil tidak pecah & gorengannya pun lawa.
  4. Angkat & tuskan bergedil dengan kitchen tissue.
  5. Sedia dihidangkan. 




Monday, August 19, 2013

FADHILAT PUASA WAJIB & SUNAT SEPANJANG TAHUN



Waking Dream divider
FADHILAT PUASA WAJIB & SUNAT SEPANJANG TAHUN

Ibadat puasa adalah ibadat dikerjakan dengan berlapar & berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu maghrib).Antara hikmat & faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada ALLAH SWT dan mengharap limpah kurnia NYA.

Firman ALLAH SWT menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud : 

"Wahai orang-orang yang beriman, di wajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa" (surah Al-Baqarah : 183)

Dengan berpuasa juga kita memperolehi kesihatan jasmani & rohani. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : 

"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat" Sabda baginda Rasullah SAW lagi : "Perut besar itu adalah sarang penyakit & banyak makan itu adalah punca segala penyakit".

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai faedah & hikmah seperti :
  • Tanda bersyukur kepada ALLAH SWT atas limpah kurnia nikmat NYA yang tidak terhingga.
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kearah keburukkan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah & seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah ALLAH SWT.
  • Melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita & kurang bernasib baik kehidupan mereka.
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki  & lain-lain lagi.
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan & perbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
  • Memperolehi kecergasan akal & fikiran sebagai disebut dalam satu riwayat maksudnya : "Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikiranya & teranglah hatinya".
Oleh kerana sangat besar faedah & manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu saperti yang akan disebutkan nanti.

Waking Dream divider
FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa dibulan Ramadhan di fardhukan kepada setiap induvidu Muslim & Muslimah yang telah 'aqil baligh & ketiadaan uzur Syr'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91 km atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya, dan wajib menqadha pada hari & bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun islam kelima. Pahala melakukannya adalah tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Sesiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan dalam keadaan beriman & kerana menuntutkan keredhaan ALLAH SWT, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" (Rujuk Al-Targhrib II:206).

Sabda Baginda Rasulullah SAW : "Setiap anak adam (manusia) itu digandakan satu kebaikkan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda". Firman ALLAH SWT maksudnya: "Kecuali puasa yang dikerjakan untuk KU maka AKU-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya & meninggalkan makan kerana AKU. Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) & gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi".(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).


Waking Dream divider 
FADHILAT PUASA-PUASA SUNAT SEPANJANG TAHUN

1.    PUASA 6 HARI DALAM BULAN SYAWAL
       
       Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad 
       SAW yang bermaksud : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi
       dengan berpuasa (sunat) 6 hari dalam bulan Syawal adalah seperti berpuasa selama 
       setahun" (Riwayat Muslim).

       Cara melakukannya yang terbaik (afdal) adalah dengan berpuasa secara berturut-
       turut hari dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh & sah dengan 
       tidak berturut-turut, misalnya sehari berpuasa dua hari tidak, kemudian berpuasa lagi, 
       asalkan  genap 6 hari dalam dibulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan
       puasa 6 hari dalam bulan Syawal diniatkan beserta puasa qadha Ramadhan.



2.    PUASA DIHARI 'ARAFAH (9 zulhijjah)

       Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar
       sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujarnya 
       sebagaimana Rasulullah SAW telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari
       'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu & tahun- 
       tahun kemudiannya". (Riwayatkan oleh Muslim & Al-Turmuzi).

       Menerusi hadith daripada Abi-Qatadah r.a. juga bahawa Rasulullah SAW bersabda 
       yang bermaksud : "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang 
       lalu & dosa tahun yang akan datang" (Riwayat oleh Muslim).


3.    PUASA PADA BULAN MUHARRAM

       Daripada Abi Hurairah r.a. katanya telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
      "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan iaitu puasa pada bulan ALLAH iaitu pada 
       bulan  Muharram & seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam"
       (Riwayat Muslim). 

       Daripada Ibu' Abbas r.a. katanya telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
      "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya telah terhapus dosanya dua tahun, dan
       sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari 
       (mendapat pahala) 30 hari" (Dikeluarkan oleh Al-Tabrani).

4.    PUASA PADA HARI 'ASYURA (10 Muharram)

       Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah ditanya mengenai 
       puasa dihari 'Asyura (yakni puasa hari ke 10 bualan Muharram) maka sabda 
       Baginda SAW yang bermaksud : "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu " 
       (Riwayat Muslim).

5.    PUASA HARI TASU'A (Tanggal 9 Muharram)
   
       Ia disunatkan, namun Rasulullah SAW belum sempat mengerjakannya, 
       bagaimanapun Baginda SAW bersabda yang maksudnya : "Sesungguhnya jika Aku 
       hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram"(Riwayat Ahmad 
       & Muslim).

       Peringatan :

       Puasa sunat pad hari ke 10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari
       sebelumnya iaitu hari ke 9 atau hari selepasnya (yakni hari ke 11) & lebih baik
       lagi dikerjakan   3 hari berturut-turut iaitu hari ke 9, ke 10 & ke 11. Jika 
       ditunggalkan 10 Muharram sahaja,  hukumnya makruh kerana menyerupai 
       amalan orang Yahudi.

       Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Berpuasalah pada hari 'Asyura 
       (10 Muharram) & janganlah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu 
       berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya" (Riwayat Imam Ahmad)

6.     PUASA BULAN SYA'ABAN

        Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata "Wahai Rasulullah SAW
        tidak saya melihat bahawa tuan hamba berpuasa satu bulan daripada 
        bulan-bualan (dalam setahun melainkan bulan Ramadhan) seperti tuan berpuasa
        pada bulan Sya'aban"Sabda Rasulullah SAW "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) 
        ialah bulan yang manusia  lalai kepadanya antara Rejab & Ramadhan, padahal ia 
        (yakni bulan Sya'aban) bulan  yang diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian
        alam, maka aku suka amalanku diangkat & aku berpuasa" (Riwayat Al-Nasai).

        Ummu Salamah r.a. pula berkata : "Tidak pernah aku melihat Rasulullah SAW 
        berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan bulan Sya'aban & Ramadahan"
        (Riwayat Al-Turmuzi).

7.      PUASA PADA HARI ISNIN & KHAMIS 

         Daripad Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW sabdanya : "Diperlihatkan 
         (Kehadrat Allah SWT) segala amalan itu pada hari Isnin & Khamis, 
         jesteru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa" 
         (Riwayat Al-Turmuzi).

         Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanya kepada 
         Rasulullah SAW tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda SAW menjawab 
         dengan sabdanya yang bermaksud "Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, 
         padanya  aku dibangkitkan menjadi Rasul & padanya Al-Quran diturunkan 
         kepadaku"(Subul Al-Salam)



8.       PUASA HARI RABU, KHAMIS & JUMAAT

          Daripada 'Ubaid bin Muslim Al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujarnya, aku 
          bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasulullah SAW mengenai puasa dahar
          (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :
          "Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya 
          untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu puasalah pada bulan Ramadhan
          & yang mengikutinya (6 hari dalam bulan Syawal) & pada setiap hari Rabu 
          & Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun
          & anda juga telah berbuka" (Riwayat Abu Dawud, Al-Nasai & Al-Turmuzi).

          Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah SAW
          bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis & Jumaat, 
          nescaya ALLAH SWT membina untuknya sebuah istana diSyurga daripada
          permata, yaqut, zamrud & dicatat baginya bebas daripada api neraka"
          (Riwayat Al-Tabrani).

          Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda 
          yang bermaksud : "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu,Khamis & Jumaat, 
          kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan 
          semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih
          daripada segala dosa" (Dikeluarkan oleh Al-Tabrani).

9.       PUASA PADA HARI PUTIH (13,14 & 15 Bulan Islam)

          Diriwayatkan dari Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
          "Berpuasa 3 hari pada setiap bulan adalah berpuasa sepanjang tahun iaitu puasa 
          pada hari-hari putih - pada hari 13,14 & 15 (bulan Qamariyah)" 
          (Riwayat Al-Nasai dengan sanad yang sohih).

10.      PUASA 3 HARI PADA SETIAP BULAN

          Diriwayat oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda 
          Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Puasa 3 hari pada setiap bulan, 
          Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa"

          Mengenai berpuasa 3 hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat ulama.
          Antaranya dikatakan puasa 3 hari itu ialah puasa pada 13,14 & 15. 
          Inilah pendapat kebanyakan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, 
          Al-Shafi'i, Abu Hanifah, Ahmad & Ishaq.

           Sementara Al-Nakhai'i  berpendapat ialah puasa 3 hari pada akhir bulan.

11.      PUASA SELANG SELI (Sehari Puasa Sehari Tidak)

           Hadith daripada Abdullah bin 'Amru Ibnu Al-'As r.a. bahawasanya Nabi 
           Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : " Telah sampai berita kepadaku
           bahawa anda berpuasa pada waktu siang & berjaga (kerana beribadah) pada 
           waktu malam. Jangan buat demikian kerana atas untuk jasadmu atas dirimu 
           ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan untuk isterimu ada habuan. 
           Puasalah & berbukalah. Puasa 3 hari pada setiap bulan, maka dengan 
           demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun". Aku berkata : 
           " Wahai Rasulullah SAW aku mempunyai kekuatan (keupayaa untuk berpuasa).
           Sabda Baginda Rasulullah SAW "Maka berpuasalah puasa Nabi Daud a.s. iaitu
           puasa sehari & berbuka sehari" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

           Daripada Abdullah bin 'Amru Ibnu Al-'As katanya telah bersabda Rasulullah SAW
           bermaksud : "Puasa yang disukai ALLAH SWT ialah puasa Nabi Daud s.a. & 
           solat yang paling disukai ALLAH SWT adalah solat Nabi Daud s.a. Baginda tidur 
           separuh malam & bangun beribadat sepertiga malam & tidur seperempat malam 
           & baginda berpuasa sehari & berbuka sehari".(Riwayat Al-Bukhari & Muslim).


Waking Dream divider
PERINGATAN

1.  Dalam mencari pahala puasa sunat, jangan salah hari-hari yang diharamkan 
     berpuasa iaitu :
  • Tanggal satu Syawal (hariraya Aidil Fitri)
  • 10 Zulhijjah (Hariraya Aidil Adha), Hari-hari tasyriq 11.12 &13 Zulhijjah
  • Hari Syak, mungkin hari mula berpuasa (30 Sha'aban)
  • Selepas 15 Sha'aban jika bukan puasa Qadha' atau Nazar atau tiada hubungan             dengan  puasa pada hari sebelumnya, atau bukan hari yang biasa berpuasa.
  • Puasa sunat bagi wanita yang tanpa izin suami (Jika suami bermukim yakni                       tidak bermusafir atau tak berpergian jauh)
2.   JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN :
  • Puasa bagi orang yang sakit bersangatan.
  • Puasa orang yang sangat tua.
  • Puasa bagi wanita yang hamil.
  • Puasa bagi orang yang musafir.
  • Puasa pada hari 'Arafah bagi orang yang mengerjakan haji.
  • Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan).
  • Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan).
  • Puasa asalnya sunat dikerjakan oleh orang yang menanggung puasa qadha.
  • Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)
3.   Orang yang mengerjakan puasa wajib hendaklah berniat puasa pada waktu malam.
      Adapun puasa sunat boleh berniat dipagi hari sebelum tergelincir matahari (sebelum
      masuk waktu Zuhur), dengan syarat belum melakukan perkara-perkara yang 
      membatalkan puasa.

4.    Niat puasa tidak semestinya dengan melafazkan dalam bahasa arab, memadai 
       melintaskan didalam hati dengan apa-apa jua bahasa yang kita faham, iaitu bahawa 
       kita hendak melakukan puasa (sebut jenis puasanya) pada hari esok (jika niat 
       pada waktu malam),
       atau pada hari ini (jika berniat pada dinihari atau waktu sahur atau pada sebelah 
       pagi selepas subuh jika puasa sunat).


Sumber : tanbihul_ghafilin.tripod.com
Gambar : Ikhsan Cik google

Waking Dream divider

           
           

        
       
        


Sunday, August 18, 2013

NASI GORENG MAMA untuk anak-anakku

Asalamualaikum....
Hari nie MA N3kan resepi yang tertunggak lagi ........
Nasi goreng nie favourite anak-anak MA....bila mereka balik kerumah nie, pasti untuk sarapan pagi, nasi goreng nie adalah menu wajib......
Terutama kalau ada SiYob & SiYanti, pasti sebelah malamnya mereka dah pun berpesan, pagi besuk nak bersarapan dengan nasi goreng nie.....
Oleh yang demikian MA titipkan resepi Nasi Goreng Mama nie di sini, untuk rujukkan anak-anak, semoga mereka dapat memasakkannya...walau pun dimana mereka berada sekiranya mereka rindukan masakkan mama......
Nasi goreng nie dimakan panas-panas.......yummyumm  sedapppnyaa.
Jom kita tenguk resepi yang simple nie ......



NASI GORENG MAMA
Resepi : MA

Bahan-bahannya:

1 mangkuk nasi sejuk
2 biji cili masak*
8 biji cili padi*
1 ulas bawang besar*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*(*bahan-bahan ini dikisar)
Segenggam ikan bilis yang telah di buang tahinya - dikisar kasar
1 sudu besar Maggi Concentrated Chicken Stock/kiub pati ayam
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Garam & gula
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya : 
  1. Panaskan minyak dalam kuali. masukkan bahan-bahan yang di kisar.
  2. Goreng hingga naik bau & garing bahan-bahan yang di kisar tadi.
  3. Masukkan Maggi Concentrated Chicken Stock, sos tiram, garam & gula.
  4. Masukkan juga ikan bilis yang telah di kisar tadi. Kacau rata & biarkan 3 minit.
  5. Rasakan masin & manisnya, sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.  
  6. Masukkan telur & biarkan sebentar biar dia mengeras sedikit. Kacau sebatikan.
  7. Bila semua bahan telah menepati rasa, masukkan nasi sejuk. Kacau & gorenglah sehingga kering sedikit.
  8. Nasi siap untuk di hidangkan.


Inilah nasi goreng favourite family MA



Gambar-gambar yang disertakan ini pula
untuk kenangan MA.....ketika
bersarapan pagi bersama anak & menantu
semasa mereka pulang berhariraya  bagi 
tahun 2013




Ini hidangan yang MA sediakan untuk 
sarapan pagi kami sekeluarga
Nasi Goreng Mama menu wajib,
makan bersama rendang ayam
disamping itu MA masakkan juga 
mee goreng & Wat Tan Ho.
JEMPUT MAKAN