CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 24, 2018

NASI BERIANI .....PALING SEDAP


NASI BERIANI GAM ...yang paling sedap, buatnya pun senang...
Assalamualaikum sayang2 semua....hari nie MA  nak abadikan resipi NASI BERIANI GAM.....memang MA suka sangat ngan resipi niee....
Resipi drp PN AMELIA THAMBY.....MA sgt suka ikuti FB beliau.....
Byk resipi2 beliau yg MA selalu cuba buat....memang xmengecewakan.
NASI BERIANI GAM niee resipi beliau yg diwarisi drp  arwah ayahnya TN HJ THAMBY....katanya. Al Fathihah utk ayah beliau....semoga arwah ditempatkan bersama2 para solehin .....aamiinn
Walaupun PN AMELIA membuka restorant di MELAKA menggunakan resipi niee...tapi beliau xlokek ilmu utk dikongsikan bersama2 rakan fb semua.
Kali ini MA kongsikan resipinya, walaupun xder sukatan yg tertentu...tp MA cuba olah dgn cara MA sendiri mengikut cara2 beliau.
Okey ....seikhlasnya MA telah pun mencuba resipi ini....memang gam dgn seleea MA sekeluarga......pujian2 feedback drp keluarga & sahabat MA yg penah merasa masakkan MA menggunakan resipi niee memang terbaik rasanya.
Okey maii kita cuba bersama2....bwh ini MA sertakan resepinya ngan olahan MA sendiri.....





NASI BERIANI GAM....PALING SEDAP
Resipi Asal : Pn Amelia Thamby
Olahan drp : MA

Bahan Untuk Pes Beriani:
  • 2 biji bawang holland - dipotong kasar memanjang
  • 4 biji buah tomato - dipotong kasar memanjang.
  • 4 biji bawang rose   }
  • 1"halia                        } diblander
  • 2 paket rempah beriani ( MA guna brand BABA'S)
  • 3 - 4 sudu besar cili kasar (cili flake) ...ada dijual di Pasaraya Mydin
  • 1 tin tomato soup Heinz/ Kimball
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 botol tomato sos
  • 4 sudu besar sos tiram
  • Sedikit garam
  • 1 kiub pati ayam (MA tambah)
  • Udang galah/daging kambing / ayam
  • 3 sudu besar minyak sapi 
  • 1/4 cawan minyak masak
Caranya :
  1. Panaskan minyak dlm kuali
  2. Masukkan bawang holland & tomato yg telah dihiris, goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan halia & bawang putih yg telah diblend ...goring hingga garing
  4. Bubuh rempah beriani kacau sebatikankan & biarkan hingga garing...kakau kering sgt, masukkan sedikit air rebusan daging/ayam/kambing
  5. Masukkan serbuk cili kasar ( cili flake)
  6. Masukkan 1/2 tin susu cair
  7. Masukkan juga tomato soup...1 tin
  8. Masukkan sedikit gula MELAKA..,agak2 jer
  9. Masukkan kiub pati ayam
  10. Masukkan garam ...rasakan mengikut citarasa masing2
  11. Masukkan sos tiram & sedikit air rebusan
  12. Masakkan lagi sehingga pekat & rasa.
  13. Siap utk PES BERIANI
NOTE :
  • Buat pes ini banyak2 ..boleh disimpan rempahnya dlm freezer utk next time masakkan nasi beriani.
  • Rempah juga boleh +kan dgn daging/ ayam/kambing/ udang galah...masak dulu separuh masak utk dimasukkan dlm masakan nasi beriani gam.
  • Klu utk dibuat hidangan dgn nasi biasa / nasi berperisa yg lainnya...masakkan dahulu pes beriani bersama ayam / daging/ kambing / udang galah separuh masak kemudian +kan kedlm kuah ini, hirisan bawang besar, hirisan tomato biji, cili & daun bawang . Bolehlah dihidang kuah beriani ini secara berasingan dari nasinya.
  • Klu nak buat nasi beriani gam ...kuah ini digunakan utk bubuh atas nasi beriani tersebut ....dan dimasak dgn step seterusnya.
CARA MASAK NASI BERIANI GAM

Bahan2nya :
  • 4 cawan beras basmati 
  • Sedikit campuran 4 sekawan
  • 3 helai daun pandan....disiat2kan & disimpul
  • Segengam kismis
  • Air utk merebus beras basmati sehingga separuh msk.
Cara :
  1. Didihkan air ...agaran air mesti banyak, sbb nak merebus beras separuh masak
  2. Mskkan bahan2 lain dlm air yg dididihkan tadi.....
  3. Mskkan juga beras basmati bila air sudah mendidih.
  4. Kacau sekali sekala beras, hingga kelihatan separuh masak.,.,tuskan, Ketepikan.
  5. Sediakan periuk utk memasak nasi atas dapur.
  6. Mskkan beras basmati di dlm periuk lebih kurang separuh drp beras asal.
  7. Ratakan dlm periuk....titikan sedikit pewarna.
  8. Lapiskan separuh lg beras yg berbaki tadi....ratakan dlm periuk.
  9. Taburkan  daun pudina serta daun ketumbar memenuhi permukaan nasi.
  10. Masukkan kuah beriani ratakan atas nasi.
  11. Taburkan bawang, & tutup periuk. 
  12. Sealkan tepinya dgn kertas surat kabar.
  13. Buka api kecil biar nasi diatas api kecil sehingga msk.
  14. Masa nak mkn..ambil nasi secara kaup bersama lauk hingga kebawah sekali.
  15. Sedia utk di mkn...selamat mencuba



Yum..yumm sedappnyaa
Nasi beriani gam




No comments:

Post a Comment