CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 22, 2014

RENDANG DAGING MINANG ....EMMPPHH MENGANCAMMM HABISSS!!!!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Selamat tengahari...Selamat Berhari Minggu, semoga ceria disamping teman dan keluarga tersayang.
Okey mai kita hayati kata-kata hikmat nie...."Bahaya yang paling Berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal...tapi gagal untuk mencuba lagi setelah GAGAL" Kita macam mana ???"Merangkak tapi sampai ...lebih baik dari berlari...tapi putus dijalan..."Jadi renung-renungkan lahhhh..
Okey...berbalik kita pada menu hari nie.....Rendang Minang nie....MA suka sangat kalau buat rendang cara nie.....sedappp
Resipi asal MA google dari Dapur ibunda...terima kasih Bonda...tapi menu nie telah diolah cara MA...
My Hubby suka sekali kalau MA buat rendang cara nie....biasalah orang Nogeri...rendangnya mesti pedas-pedas....dan yang penting dalam rendangnya jangan dibubuh gula....
Rendang style nie sering juga MA lihat kakak ipar selalu masakkan..kalau kami balik kekampung atau kerumah beliau...dan kalau ada kenduri kendara....pastinya rendang cara nielah yang mereka buat....Dalam rendang nie bukan hanya daging semata-mata tapi rendangnya akan bercampur dengan organ dalam yang lainnya....saperti hati, limpa dan paru-paru.
Campuran inilah yang membuatkan rendang nie lebih mengancam dan lain dari rendang-rendang yang lain.....
Mai kita tenguk resipinya.....


RENDANG DAGING MINANG
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1 kilo daging - MA campurkan dengan hati, limpa dan paru-paru
  • 4 biji kelapa diambil santan pekat- santan cair diketepikan untuk blander bahan (MA guna 1 kilo santan jerr)
  • 4 batang serai - dihiris*
  • 6 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Sebesar ibu jari kaki halia* - dihiris nipis-nipis
  • 3 kali ganda halia... lengkuas* - dihiris nipis
  • 6 helai daun limau purut* - buang urat tengah dan dihiris 
  • 1 helai daun kunyit yang agak lebar* - dihiris
  • 25 biji cili padi* - mengikut kepedasan yang dikehendaki
  • 6 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
  1. Santan pekat dijerang atas api sehingga agak pekat dan pecah minyak.
  2. Bahan-bahan bertanda* diblander bersama sedikit santan cair dan garam dan digaul dengan daging yang telah dipotong. Perap sebentar.
  3. Masukkan daging kedalam santan dan masak hingga kering. Rasakan garam.
  4. Masukkan juga cili kisar dan lada putih serta serbuk pati ayam.
  5. Apabila kuah pekat dan memercik-mercik...ia hendaklah dikacau selalu supaya tak melekat.
  6. Apabila dah elok kering, tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.
  7. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas, pulut kuning dan lemang.

Rendang Minang Yang Mengancammm
Cubalahhh...



Friday, June 20, 2014

ROTI JALA CICAH SERAWA DURIAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Selamat petang dan salam ceria kepada pengunjung setia dapur MA. Okey, mari sama-sama kita renungkan kata-kata yang indah ini "Hampir semua kerja yang berat menjadi ringan apabila dilaksanakan dalam suasana yang bahagia dan juga ceria". Kita perlu ceria kerana hanya orang yang ceria dan bahagia sahaja yang boleh cemerlang. Eh, betul ker hanya orang yang ceria dan bahagia saja yang boleh mencapai kecemerlangan??? Tak percaya??? Cuba semak diri anda. Tatkala anda berasa tak gembira ...apa anda boleh buat??? Tatkala hati anda gelisah, tak tenteram, marah, meradang, geram...apa yang anda boleh buat???
Boleh buat kerja dengan bagus??? Boleh kerr berfikir dengan tenang??? Boleh buat keputusan dengan baik??? Boleh belai anak??? Boleh layan suami??? Boleh hargai isteri???Boleh senyum pada jiran??? Boleh layan kerenah anak???
Sebab itulah, hati yang gembira dan ceria sangat penting kita miliki sepanjang hari. Jangan di awal pagi saja, jangan sebelah tengahari saja, jangan sebelah petang saja. Orang yang mudah berubah-ubah moodnya tak boleh dibuat kawan, Susah berkawan dengan orang yang macam nie. Ikut kepala dia sahaja.
Okeylah dah telalu jauh menyimpangnya....hehehee
Menu MA kali nie adalah Roti Jala bersama Serawa Durian. Ini adalah menu favourite MA sekeluarga. Sekarang musim durian dah kembali....apa lagi, bagi anda yang hantu durian ....inilah masanya untuk menikmati raja buah ini sepuas-puasnya.
Resipi Roti Jala ini, MA ambil daripada dapur Yatiememories blog Sinar Kehidupanku...terima kasih pada Yatie diatas perkongsian ini....namun bagitu resipi asal MA telah adjust mengikut citarasa sendiri...." Jangan marah yerr Yatie.."
Bagi anda yang teringin nak menikmati roti jala....mai sama-sama kita tenguk resipinya yang telah diolah oleh MA nie.....


RESIPI ROTI JALA
Olahan : MA

Bahan-bahannya :
  • 3  cawan tepung gandum
  • 4 1/2 cawan air (1 cawan santan + 3 1/2 cawan air)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar majerin - di cairkan
  • 1 sudu teh rata garam
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning
  • Sedikit minyak (untuk langser pada kuali)
Cara-caranya :
  1. Campurkan bahan- diatas dengan menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
  2. Panaskan kuali dan langser dengan sedikit minyak pada kuali.
  3. Dengan menggunakan acuan roti jala/ botol muncung 3, masukkan adunan tadi dan kiraikan adunan itu kedalam kuali sehingga menjadi seperti jala.
  4. Biarkan hingga roti masak. Tak perlu diterbalikkan. Terus saja angkat dan masukkan kedalam pinggan lalu dilipat / di gulung mengikut kesukaan anda.
  5. Buatkan hingga habis ( tak perlu langserkan minyak setiap kali nak kiraikan roti jala...memadai lengserkan sekali sekala saja, kerana dah ada majerin dalam adunan...jika guna non stick pan lagi senang).
  6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan...mesti sentiasa dikacau adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
  7. Hidang bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa-apa saja kuah kegemaran anda.
SERAWA DURIAN 
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1 biji durian - dikupas dan diambil isinya beserta bijinya
  • 1/2 senduk gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • Sedikit garam 
  • 2 helai daun pandan - dibersihkan dan disiat-siatkan serta disimpul
  • Sedikit air - untuk adjust kepekatan kuahnya
Caranya :
  1. Masukkan isi durian bersama bijinya kedalam periuk.
  2. Masukkan juga daun pandan santan dan gula.
  3. Masakkan campuran tadi hingga mendidih sambil dikacau supaya sebati.
  4. Apabaila mendidih masukkan sedikit garam . Kacau lagi agar sebatikan.
  5. Adjast kepekatan kuah durian itu mengikut kesuaian selera kita. Bagitu juga dengan kemanisannya.
  6. Apabila telah masak dan berpuas hati rasanya...tutupkan api.
  7. Hidangkan bersama roti jala, pulut dll
Perggghhh...roti jala cicah serawa durian
Mengancammmm....
Tak teringin kerr ????


Sunday, June 15, 2014

MEE RACUN.....BERANI KERR MAKAN NIEE!!!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Salam sejahtera kepada anda yang sudi bertandang kesini..semoga kita semua dirahmati ALLAH....Aminn
Dek kerana teruja akan keenakkan mee racun yang kawan-kawan blog war-warkan...makanya MA kepingin sangat nak merasa keenakkan mee racun nie...
Untuk nak menikmatinya nun di Batu Pahat....aduiiihaii jauh lerr pulak.... Jadinya MA cubalah membuatnya mengikut kombinasi resipi dari Puan Azlita dan Cik Mat Gebu, blog masam manis dan DTS.
Walaubagaimana pun....resipi mee racun MA kali ini tak menggunakan gear box kambing,,,,laaa pulakk.... susah sangat nak mencari gear box kambing dipasar kawasan perumahan MA.
Jadinya gear box kambing MA tukarkan kepada tulang lembu jerr.... jadi lerr, asalkan dapat rasa mee racun....lain kali kita cuba ngan gear box kambing pula yerr...
Rasa mee racun nie ...hampir nak sama ngan mee bandung...tapi kuahnya cair sikit daripada mee bandung sbb tak dimasukkan kacang kut....
Tapi kepada anda yang biasa makan mee bandung memang tahulah perbezaannya....
Mee racun yang MA buat nie ada perbezaan sikit cara memasaknya.....hihihi bukan nak menderhaka...just untuk keselesaan dan kemudahan sendiri...MA masak cara alakat jerr....
Walau bagaimanapun bahan-bahannya MA masih lagi ikut dari sumber yang MA perolehi....
Jom kita tenguk resipinya....


MEE RACUN
Sumber 1 : Mat Gebu DTS
Sumber 2 : Azlita masam manis
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 600g mee kuning
  • 1/2 kg tulang lembu/kambing
  • 1/2 kg daging direbus - ini MA ikut ita tambah
  • Udang, sotong dan daging (ikut suka nak guna semua jenis pun boleh...MA guna sotong jerr)
  •  Telur goreng - jika suka spt juga ita, MA tambah tapi MA lebih suka pecahkan jerr telur didalam kuah saperti buat mee bandung...telurnya lembik-lembik...umpphh mengancam,
  • 4 ulas bawang merah* - MA juga saperti ita lebihkan bawang merah supaya kuah manis sikit.
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2" halia* (* bahan ini dikisar halus)
  • 4 sudu besar cili kering kisar - MA lebihkan sikit supaya sedikit pedas
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 kiub ayam - MA ganti dengan 1 sudu besar sebuk pati ayam
  • 1 sudu besar gula - ini MA guna gula kabung (ikut kemanisan yang anda inginkan....tapi kata ita mee racun nie kuahnya sedikit manis).
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 2 kelopak kobis - dipotong kecil (MA guna kobis dan sawi)
  • Hirisan daun bawang - untuk hiasan (MA tak guna pun...terlupa beli)
  • Bawang goreng - untuk hiasan ....juga tak guna pun 
Cara Membuatnya :
  1. Mula2 kita rebus dulu tulang lembu/kambing hingga empuk dan sehingga mendapat stok yang diperlukan (Nak cepat rebus dalam pressure cooker selama 25 minit). Kalau guna daging lembu bukan batang pinang, boleh rebus sekali dengan tulang lembu. (Jika guna pressure cooker, biar wapnya keluar baru boleh buka penutupnya). Ketepikan.
  2. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali. tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan naik bau.
  3. Tambah sos cili, sos tomato, kacau rata dan tuangkan air rebusan tulang. kacau dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan kiub ayam, daging (kalau guna tulang masukkan sekali).
  5. Tambah garam, gula secukup rasa dan lada sulah.
  6. Renehkan kuah hingga pekat sedikit baru masukkan tomato biji.
  7. Masak sekejap, rasa jika ok bolehlah matikan api.

Cara MA : (Alakat)
  • Apabila kuah telah masak ketepikan.
  • Sekiranya mahu makan barulah prepare meenya
  •  Mula masukkan 2 senduk kuah bersama isi daging dan tulang dalam kuali, panaskan hingga mendidih, baru masukkan sotong dan udang (jika guna) dan masukkan juga kobis dan sawi yang telah dipotong kecil.
  • Bila kuah telah mendidih, udang dan sotong telah masak baru masukkan mee anggaran untuk seorang atau berdua makan. Biarkan mendidih.
  • Pecahkan sebiji atau 2 biji telur di dalam kuah mee tersebut, biarkan sehingga telur mengeras sedikit, barulah dikacaukan perlahan serta berhati-hati supaya telur tidak pecah. Biarkan mendidih. (Telur nie mestilah lembik dan goyang-goyang sikit...barulah mengancam...hihihi) 
  • Tuangkan serta alihkan mee tersebut dalam mangkuk bersama dengan isinya. Hias dengan bahan-bahan hiasan yang lain dan hidangkan segera.
Sedapppnyaaa Mee Racun .....
Telur MA gorengkan jerr....
tapi bagi MA lebih sedap telur dipecahkan dalam kuah
mee yang mendidih...spt buat mee bandung tuu...
Cara nie MA buat dalam pinggan satu lagi...

************
Dibawah nie pula gambar sumber dari blog 
kawan-kawan....just untuk rujukkan
bila sampai seru ke Batu pahat nanti....

Kedai nie terletak di TL1, Jalan Rotan Tunggal,
Taman Sri Jaya, 8300 Batu Pahat.

Gambar nie just untuk rujukkan MA jerr....
(tiada niat lain), manalah tau kut-kut
terlepas ke Batu Pahat pulak nanti...
Jadi senanglah MA buat pedoman dan rujukkan...
kalau kesana nak jugak merasa 
MEE RACUN BATU PAHAT...hihihi
Terimakasih dan harap maaf pada pemilik gambar nie

Tuesday, June 3, 2014

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG....SEDAPPP

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Salam ceria dan salam 1 Malaysia..
Hari nie...MA masak Sambal Tumis Sotong Kembang. Menu nie dah lama MA mengidam tapi entah kenapa tak terbuat sedari dulu...
Kebetulan apabila ke Pasar Besar Ipoh pagi nie.....nasib baiklah teringatkan sotong kembang yang memang banyak dijual dipasar tuuu...
Apa lagi....MA beli 2 ekor jerr....cukuplah untuk 3 orang penghuni dirumah nie....hihihi
Jadinya hari nie tertunailah sudah hajat yang kesekian lamanya....nak menikmati sambal tumis sotong kembang nie.
Woiii...sedappp tuuu....apatah lagi cili keringnya diblander sendiri....
MA nie sedari dulu lagi tak suka membeli cili boh yang banyak dijual dipasar atau kedai runcit tuuu.....Cili kering memang sentiasa jerr ada stok dirumah MA nie...setiap kali nak guna cili mesin ...pastinya MA buatkan sadikit.....barulah ngam masakkan kita....guna cili mesin yang fresh....
Wokey kepada kawan-kawan maya yang masih mencari idea menu apa yang nak dimasak....mai kita buat menu yang mengancam dan yang dapat membuka selera nie.....
Tentu anda semua tahu nak membuat sambal tumis kan...kan
Namun bagitu untuk rujukkan anak-anak.... MA abadikan resipinya disini......


SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 2 ekor sotong kembang
  • 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 13 biji cili kering* - dibuang biji dan direbus (banyaknya cili...ikut kepedasan yang diingini )
  • Belacan sebesar ibu jari*(*bahan-bahan ini diblander halus)
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 1/2 ketul kiub pati ayam
  • Sedikit garam dan gula pasir/merah
  • Sedikit air asam jawa
Cara Membuatnya :
  1. Sotong dipotong kecil, dicuci dan ditoskan. Ketepikan.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang telah diblander sehingga agak garing.
  3. Jika bahan-bahan  tumisan tadi terlalu kering, masukkan sedikit air.
  4. Masukkan sotong kembang tadi bersama dengan bawang besar. Kacau supaya elok sebati,
  5. Masukkan juga garam, gula, kiub pati ayam serta air asam jawa.
  6. Rasakan supaya bersesuaian dengan selera kita.
  7. Masaklah sehingga agak kering sikit, tutupkan api.
  8. Sedia untuk dihidang. 

Sambal Tumis Sotong Kembang 
Dah pun terhidang...
Nampak jerr merah tuuu....tapi tak pedas..

Sambal Tumis Sotong Kembang
pembuka selera...sedappp
Mai kita pakat buat....



Monday, June 2, 2014

KUIH SERI MUKA PULUT HITAM



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Salam sejahtera dan salam ceria....
Menu kali ini ....MA abadikan untuk rujukkan anak-anak dan kawan-kawan dialam maya yang sudi bertandang kesini....
Menu nie dah lama MA simpan dan selalu juga MA buat untuk tempahan jamuan dan yang paling penting kami sekeluarga sukakan menu nie....
Kuih Seri Muka Pulut Hitam nie MA perolehi sewaktu zaman MA tengah menggila dok belajar masak semasa bekerja di Shah Alam dahulu....ditahun 80an lagi
Wbp resipi asal semasa belajar telah diolah semula oleh MA bagi mendapat citarasa yang MA inginkan.....dan resipi ini sangatlah MA berpuas hati.....sekiranya MA ingin membuat Seri Muka Pulut Hitam nie....maka inilah resipi yang MA selalu gunakan......
Harapan MA semoga ilmu yang MA perturunkan ini akan memberi manfaat yang berterusan untuk tuan tanah ini.....Semoga juga anak-anak MA dan kawan-kawan di alam maya juga berpuas hati dan dapat membuat dengan jayanya...
Okey untuk itu mai kita tenguk resipinya.....


SERIMUKA PULUT HITAM (dulang 10"x10")
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
LAPISAN BAWAH:
  • 2 cawan beras pulut (500g)
  • 1 cawan pulut hitam (100g)
  • 3 cawan santan kemancar (380ml)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh gula
Cara Membuatnya :
  1. Pulut hitam dibersihkan dan direndam sebentar kira-kira 30 minit
  2. Pulut hitam ini mesti direbuskan selama 1 1/2 jam dan kemudian rendamkan dalam air panas lebih kurang 1 jam lagi. Kemudian toskan 
  3. Rendam pulut biasa dalam air sejuk lebih kurang 1 jam juga. Kemudian toskan.
  4. Gaulkan pulut hitam bersama pulut puteh. Kemudian masukkan kedalam loyang yang telah dialas dengan plastik. Ratakan.
  5. Satukan santan, garam dan gula. Masukkan santan cair ini keatas pulut, ratakan.
  6. Kukus selam 20 minit sehingga pulut kembang.
  7. Bila sudah kembang - karehkan. Kemudian padatkan semula pulut tadi. Ketepikan.
LAPISAN ATAS:
  • 4 biji telur ayam gred A
  • 5 helai daun pandan -blander dengan 100ml  air biasa 
  • 3 1/4 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa (550ml) 
  • 1/2 cawan tepung gandum - cap sauh ( 115g)
  • 1/4 cawan tepung ubi (50g)
  • Secubit garam
  • 1 3/4 cawan gula pasir (380g)
  • Sedikit pewarna hijau 
Cara Membuatnya :
  1. Campukan kesemua bahan diatas kecuali gula.
  2. Kacau sebati dan tapiskan kedalam periuk, masukkan gula dan sedikit pewarna hijau.
  3. Masakkan diatas api yang perlahan sehingga naik wap.
  4. Kemudian tuangkan diatas lapisan bawah. (lapisan bawah mestilah masih panas...kalau telah sejuk , kukuskan semula atau bancuhkan 1 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air. Sapu rata diatas pulut dan kukus sebentar).
  5. Tuangkan adunan hijau tadi diatas pulut dan kukus semula dengan api sederhana perlahan selama 30 minit.
  6. Bila telah masak...ketepikan dan sejukkan
  7. Potongkandan sedia untuk dihidang....
PERINGATAN :
     Semasa mengukus lapisan atas...api janganlah terlalu besar, dikuatiri lapisan atas 
     akan meletus saperti gunung berapi.

Kalau api besar masa mengukusnya
saperti nie lah jadinya....hihihi
Nasib baik gunung berapinya meletus hanya sikit....

Untuk Rujukkan sekiranya buat dalam loyang 13"x 13"

Bahan-bahan :
LAPISAN BAWAH :
  • 750g beras pulut
  • 150g pulut hitam
  • 570ml santan kemancar
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 1/2 sudu teh gula
LAPISAN ATAS :
  • 6 biji telur ayam gred A
  • 8 helai daun pandan (blander dengan 100ml air biasa)
  • 875mi santan pekat
  • 170g tepung gandum (cap sauh)
  • 75g tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 570g gula pasir
Cara Membuatnya : 
     - ikut caranya saperti diatas -

Kuih Seri Muka Pulut Hitam
Kegemaran keluargaku....

ANEKA TEMPAHAN SEPANJANG MINGGU BERAKHIR DIBULAN MAY INI....


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Ini tempahan yang MA buat untuk sepanjang minggu lepas....
MA abadikan disini sebagai kenangan buat masa akan datang....untuk anda yang ingin menempah juga dipersilakan whatsapp di no: 0122485408
Kepada customer MA yang sudi menempah daripada MA diucapkan ribuan terima kasih ...diatas kepercayaan yang anda berikan .....harapan MA juga semoga anda semua berpuas hati.....

TERIMA KASIH DAUN KELADI
JIKA BERHAJAT ...
ULANGGILAH TEMPAH LAGI....

Okeylah mai kita cuci mata dulu.....sebelum MA ke cerita seterusnya....

Puding Selasihku Sayang...
Memanggg Sedappp...
Belum cuba ...belum tauuu
Dah cuba ....nak selaluuu

Puding selasihku sayang nie, MA
terima tempahan daripada....
Puan Siti Kamariah.....27.05.2014
Puan Shima......28.05.2014
Puan Liza 31.05.2014

Haa...nie pula tempahan daripada Puan Nurahayu daripada TNB
Jalan Lahat, Ipoh.
Beliau menempah roti jala bersama kari ayam untuk 20 orang makan
Tapi....dok terlalu bz....semasa mereka dah lepas mengambil roti jala tuu...
Barulah terperasan... MA terlupa pula nak snap gambarnya....huhuhu
Wbp..terima kasih lerr pada warga TNB kerana sudi 
menempah daripada MA....
Tempahan nie dibuat pada 28.05.2014
bersamaan dengan pengumuman kemangkatan
Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Paduka Seri
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
Sebagai rakyat Perak ....dengan ini kami semua
merafak sembah takziah pada seluruh kerabat di Raja Perak
AL-FATIHAH buat almarhum
Walau bagaimana pun...sebagai ganti MA abadikan roti jala yang MA buat 
untuk makan dirumah petang tu....tapi roti jala nie
MA colek ngan kuah durian jerr....
Ummmppphh...sedapppnyaa

Roti Jala yang dicolek ngan kuah durian
Sedappp....

Ini pula tempahan daripada Puan Nani lagi
Terima kasih kepada Puan Nani
kerana memberi kepercayaan kepada MA
Tempahan hantaran nie untuk dibawa balik 
ke Bidung Kedah katanya...
Tempahan untuk Majlis pertunangan anak buahnya
Semoga Puan Nani dan keluarga berpuas hati
Tempahan nie pada  30.05.2014
Mai kita tenguk tempahannya....

Cheese Tart size M....37 biji

Hantaran Biskut 4 sekawan
Dari bawah ke atas dari sebelah kanan
Biskut Pretzel, Tart Nenas Gulung,
Biskut Rainbow a.k.a. Lidah Kucing Pelangi
dan Biskut Samperit

Kepada anda yang berhajat nak menempah
sila whatsapp MA di no : 0122485408
Terima kasih