CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 17, 2014

BISKUT SEMPERIT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 


Selamat pagi dan salam dihujung minggu....semoga kita semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat....Aaminn
Sebelum kita melangkah lebih jauh ....mari kita renungkan bersama-sama kata-kata hikmat ini sabagai pedoman untuk diri kita bagi meneruskan kehidupan ini....
"Barang siapa MEMPERMUDAHKAN kesulitan orang lain...makan ALLAH akan mempermudahkan urusannya DIDUNIA DAN DIAKHIRAT " oleh yang demikian maka renung-renungkan lah dan marilah kita sama-sama muasabah diri kita.....
Untuk resipi kali ini .....resipi yang tertunggak yang MA buatkan untuk hidangan hariraya yang lalu....sekadar untuk catitan, semoga dilain hari dan dilain masa resipi ini dapat dibuat semula....
MA memang berpuas hati dengan resipi ini....terima kasih pada tuan punya resipi ini... yang sudi berkongsi resipi yang sedap ini...jika anda ingin melihat dilink beliau..anda bolehlah tekan DISINI
Untuk itu izinkan MA abadikan resipi ini semula diblog ini......



BISKUT SEMPERIT
Olahan : Dari semperit masam manis
Oleh : MA 

Bahan-bahannya :

  • 250g butter
  • 150g gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 250g tepung red rose (tepung biskut)
  • 150g tepung kastad
  • 30g tepung jagung
  • 1 sudu teh essen vanila
  • Manik gula sebagai hiasan
Cara Membuatnya :
  1. Ayak tepung red rose. tepung kastad dan tepung jagung. Ketepika                                         (cara MA...just ayak tepung kastad bercampur dengan tepung jagung. Tepung biskut MA ayak secara berasingan).
  2. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan essen vanila dan terus pukul sehingga begaul sempurna.
  4. Kemudian masukkan dahulu tepung kastad bersama tepung jagung yang telah diayak..... sebatikan. Kemudian masukkan pula tepung biskut sedikit demi sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari. (sekiran doh terlalu lembik bolehlah ditambahkan sedikit  tepung biskut lagi atau sebaliknya juga bolehlah dikurangkan tepung ini sekiranya doh agak keras). 
  5. Panaskan oven pada suhu 170'C
  6. Sediakan dulang pembakar dan griskan dengan butter.
  7. Masukkan doh kedalam acuan semperit dan tekan keatas loyang
  8. Buat dalam 2.5 cm panjang
  9. Hiasa dengan manik gula
  10. Bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama 15 minit (MA bakar 20 minit)
  11. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.