CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 20, 2014

ROTI JALA CICAH SERAWA DURIAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Selamat petang dan salam ceria kepada pengunjung setia dapur MA. Okey, mari sama-sama kita renungkan kata-kata yang indah ini "Hampir semua kerja yang berat menjadi ringan apabila dilaksanakan dalam suasana yang bahagia dan juga ceria". Kita perlu ceria kerana hanya orang yang ceria dan bahagia sahaja yang boleh cemerlang. Eh, betul ker hanya orang yang ceria dan bahagia saja yang boleh mencapai kecemerlangan??? Tak percaya??? Cuba semak diri anda. Tatkala anda berasa tak gembira ...apa anda boleh buat??? Tatkala hati anda gelisah, tak tenteram, marah, meradang, geram...apa yang anda boleh buat???
Boleh buat kerja dengan bagus??? Boleh kerr berfikir dengan tenang??? Boleh buat keputusan dengan baik??? Boleh belai anak??? Boleh layan suami??? Boleh hargai isteri???Boleh senyum pada jiran??? Boleh layan kerenah anak???
Sebab itulah, hati yang gembira dan ceria sangat penting kita miliki sepanjang hari. Jangan di awal pagi saja, jangan sebelah tengahari saja, jangan sebelah petang saja. Orang yang mudah berubah-ubah moodnya tak boleh dibuat kawan, Susah berkawan dengan orang yang macam nie. Ikut kepala dia sahaja.
Okeylah dah telalu jauh menyimpangnya....hehehee
Menu MA kali nie adalah Roti Jala bersama Serawa Durian. Ini adalah menu favourite MA sekeluarga. Sekarang musim durian dah kembali....apa lagi, bagi anda yang hantu durian ....inilah masanya untuk menikmati raja buah ini sepuas-puasnya.
Resipi Roti Jala ini, MA ambil daripada dapur Yatiememories blog Sinar Kehidupanku...terima kasih pada Yatie diatas perkongsian ini....namun bagitu resipi asal MA telah adjust mengikut citarasa sendiri...." Jangan marah yerr Yatie.."
Bagi anda yang teringin nak menikmati roti jala....mai sama-sama kita tenguk resipinya yang telah diolah oleh MA nie.....


RESIPI ROTI JALA
Olahan : MA

Bahan-bahannya :
  • 3  cawan tepung gandum
  • 4 1/2 cawan air (1 cawan santan + 3 1/2 cawan air)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar majerin - di cairkan
  • 1 sudu teh rata garam
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning
  • Sedikit minyak (untuk langser pada kuali)
Cara-caranya :
  1. Campurkan bahan- diatas dengan menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
  2. Panaskan kuali dan langser dengan sedikit minyak pada kuali.
  3. Dengan menggunakan acuan roti jala/ botol muncung 3, masukkan adunan tadi dan kiraikan adunan itu kedalam kuali sehingga menjadi seperti jala.
  4. Biarkan hingga roti masak. Tak perlu diterbalikkan. Terus saja angkat dan masukkan kedalam pinggan lalu dilipat / di gulung mengikut kesukaan anda.
  5. Buatkan hingga habis ( tak perlu langserkan minyak setiap kali nak kiraikan roti jala...memadai lengserkan sekali sekala saja, kerana dah ada majerin dalam adunan...jika guna non stick pan lagi senang).
  6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan...mesti sentiasa dikacau adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
  7. Hidang bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa-apa saja kuah kegemaran anda.
SERAWA DURIAN 
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1 biji durian - dikupas dan diambil isinya beserta bijinya
  • 1/2 senduk gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • Sedikit garam 
  • 2 helai daun pandan - dibersihkan dan disiat-siatkan serta disimpul
  • Sedikit air - untuk adjust kepekatan kuahnya
Caranya :
  1. Masukkan isi durian bersama bijinya kedalam periuk.
  2. Masukkan juga daun pandan santan dan gula.
  3. Masakkan campuran tadi hingga mendidih sambil dikacau supaya sebati.
  4. Apabaila mendidih masukkan sedikit garam . Kacau lagi agar sebatikan.
  5. Adjast kepekatan kuah durian itu mengikut kesuaian selera kita. Bagitu juga dengan kemanisannya.
  6. Apabila telah masak dan berpuas hati rasanya...tutupkan api.
  7. Hidangkan bersama roti jala, pulut dll
Perggghhh...roti jala cicah serawa durian
Mengancammmm....
Tak teringin kerr ????