CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 26, 2018

BISKUT OMBAK RINDU - Buat raya 2018

Assalamualaikum...selamat pagi sayang2 semua....
Mestipun terlalu lama MA xupdate blog kesayangan ini, namun xsemestinynya MA melupakannya.
Sempena bulan ramadhan 2018 ini, MA updatekan resipi kuih raya yg telah
MA cuba buat dihari ini....utk itu mai kita sama2 mencubanya...
Bersama ini MA sertakan resipinya utk maklumat bersama...


BISKUT OMBAK RINDU

BAHAN :

  • 250g mentega
  • 100g gula kaster
  • 90g gula perang
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 1 sudu teh molca/ cafee elmaco
  • 2 sudu teh nescofee ( larut dalam 2 sudu teh air panas)
  • 1 biji telur gred A
  • 330g t.gandum
  • 2 sudu besar susu tepung (30g)
  • 1 sudu besar serbuk koko ( van houten)
  • 1 sudu kecil b.powder
  • 1 sudu kecil soda baicabonate
  • 200g coklat rice
  • 60g conflake - ramas kasar
  • 80g almond nib - panggang sebentar
     * Untuk Hiasan :  Coklat putih - cairkan
                                      Coklat coffee bean / badam

CARA :
  1. Ayak tepung, sebuk koko, b. powder,b.soda & serbik susu - ketepikan.
  2. Putar mentega, gula, coco elmaco, essen vanilla & larutan nescoffee hingga sebati.
  3. Masukkan telur & putat sebentar.
  4. Masukkan campuran tepung & gaul sebati.
  5. Akhir sekali masukkan coklat rice, almond nib & conflake. Gaul rata.
  6. Sudukan satu sudu kecil diatas dulang.
  7. Bakar 170'C  selama 20 minit - 25 minit.
  8. Angkat & sejukkan sebelum dipaipdgn coklat putih & hias coffee bean / bijo badam diatasnya.
  9. Sejuk kan srbentar dlm peti ais supaya white coklat keras.
  10. Siap utk dihidangkan
  1. u