CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 27, 2014

IKAN KELI MASAK BERLADA ....Kegemaran anakku dan MY Hubby

Bismillah pembuka bicara.....

Salam ceria dan sejahtera serta selamat pagi semua....
menu kali ini yang MA updatekan adalah 
menu kegemaran anakku dan My Hubby. Menu nie selalu juga MA buatkan...
Tapi yelahh....tidak pula MA ambil gambarnya....saperti biasalah...
terkadang-kadang tuu...mood merundum...jadinya nak snap gambar pun
malas sekali.....nasib baiklah urusan memasak masih berjalan spt biasa...he3
Menu kali ini dah lama dah MA buatkan....tapi tersimpan dalam draf jerr...
asyikkan tak selesai jerr untuk mengupdatenya...yoo laaa saperti kata MA
kalau mood kurenggg......apa  kerja pun tak boleh buat....
Dirumah nie....pantang ada ikan keli....jika tidak di bakar.......pastinya menu nielah
yang menjadi pilihan MA untuk hidangan kami sekeluarga.
Ikan kelinya mesti garing-garing....kalau tidak ikannya pasti tak di sentuh.....huhuhu.
Resipinya memang simple jerr....tapi MA abadikan juga diblog nie
untuk rujukkan anak-anak.....
Tanpa melengahkan masa....okey le....mari kita intai resipinya.....


IKAN KELI GORENG BERLADA
Oleh : MA

Bahan-bahannnya :
  • 3 ekor ikan keli (MA kelar-kelarkan serta keratkan 2)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 biji limau kasturi (diambil airnya) -boleh juga digantikan dengan asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Untuk Di Kisar :
  • 6 biji cili merah (boleh diganti dengan cili mesin/ cili kering)
  • 6-8 biji cili padi (boleh kurangkan jika tak suka pedas)
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan (pilihan)
Cara Membuat :
  1. Bersihkan ikan kemudian dilumurkan garam dan serbuk kunyit. (MA potong 2 ikan keli tuu)
  2. Gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan (Semasa menggoreng ikan keli ini mesti berhati2 kerana ikan keli akan meletop bila digoreng. Seelok2nya tutupkan kuali dengan penutup dan semasa nak terbalikkan ikan keli - tutupkan sebentar api dapur....apabila dah di terbalikkan ikan dan tutupkan kuali kemudian barulah dibukakan semula api dapur).
  3. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga garing.
  4. Masukkan sos tiram, pati ayam dan kacau rata.
  5. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa serta air limau kasturi. Sebatikan.
  6. Masukkan ikan keli goreng, kacau rata.
  7. Tutupkan api dan sedia dihidangkan. 

Ini lah rupanya Ikan keli masak berlado versi MA
Ada sape-sape yang teringin ke...???