CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label KAKI AYAM. Show all posts
Showing posts with label KAKI AYAM. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

SUP KAKI AYAM PEDAS ......Memang Mabeless

Salam sejahtera & selamat pagi semua.....
N3 kali ini MA buat pagi semalam.....SUP KAKI AYAM PEDAS....
Wauuu..kaki ayam lagi...issshh jangan dok kata apa...entah kenapa asyikkan kaki ayam jerk yang memikat hati MA. Lagi pun stok kaki ayam masih tersimpan sebungkus lagi didalam peti ais sejuk beku tu....
Jadinya kita jalankan projek masak kaki ayam lagi lah....
Skodeng punya skodeng dari blog keblog.....makanya MA terpikat pada resipi dari MasDuniaku...hehehe
Terima kasih Mas pada idea yang memang mabeless nie.... izinkan MA salin keblog MA pula yerk
Jom kita tenguk resipinya.........


SUP KAKI AYAM PEDAS
Resipi : MasDuniaku
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

  • 12 ketul kaki ayam (MA potong 2)
  • 5 biji cili kering ikut kepedasan - potong 2 jerk
  • Halia - potong nipis-nipis
  • 2 ulas bawang putih - xpayah kopek kulit, basuh bersih-bersih jerk
  • 2 sudu besar sos lada hitam (kalu xde - sos tiram + lada hitam yang ditumbuk)
  • 1/2 kiub ikan bilis (MA gantikan ngan pati ayam)
  • Sedikit kicap lemak manis (MA guna kicap Jalen 2 sudu besar)
  • Garam jika perlu (xguna pun)
  • Air tepung jagung secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (ini MA tambah)
Cara Membuatnya :

  1. Basuh bersih-bersih kaki ayam, Mas redam sekejap dengan cuka kurma & bilas sebersihnya. Boleh juga guna tepung ( MA guna limau kasturi jerk)
  2. Ambil tower bersih @ kitchen towel lap kaki ayam tu hingga kering.(Ini untuk mengelakkan kaki ayam xmeletop pada masa proses menggoreng nanti)
  3. Panaskan minyak dalam periok & masukkan kaki ayam tadi, tutup periok & biarkan kaki ayam tergoreng hingga kaki ayam napak cokelat2 sedikit.
  4. Tutup api biar kaki ayam tu, terus jerk tuangkan minyak kebekas minyak.
  5. Kemudian masukkan air panas kedalam periok yang ada kaki ayam tadi, agak-agak tenggelam kaki ayam tu.
  6. Masukkan juga cili kering, halia , bawang putih, sos lada hitam (@ sos tiram + lada hitam tumbuk) & kiub ikan bilis. (MA masukkan juga ubi kentang)
  7. Masak dengan api perlahan hingga kaki ayam lembut. (MA masak dengan periuk presure jerk masak 25 minit).
  8. Kemudian masukkan kicap lemak manis & rasa. JIka ok....masukkan bancuhan air tepung jagung & kacau sebatikan.
  9. Kepekatan kuah bergantung kepada selera masing-masing yerk.......
  10. Tutup api & bolehlah dihidangkan. 
Tuuu dia....Sup kaki ayam pedas 
dah pun terhidang

Tuesday, December 24, 2013

KAKI AYAM MASAK KICAP....CHINESE STYLE

Assalamualaikum....selamat malam & salam sejahtera, semoga kita semua dirahmati ALLAH hendaknya....Aminn
Resipi kali ini dah lama MA buat...cuma tidak berkesempatan je untuk MA updatekan.
Walau pun waktu ini telah dinihari, dikesempatan yang terluang nie MA cuba abadikan resipi nie diblog MA.....semoga kawan-kawan yang sudi bertandang keblog MA & anak-anak MA yang teringin untuk memperbagaikan masakkan kaki ayam nie akan dapat mencubanya.
Tahukah anda bahawa dengan mengamalkan makan kaki ayam dapat mencegah OSTIOPOROSIS, ia itu mencegah tulang daripada menjadi reput.
Selalunya kaki ayam nie MA buatkan sup je....tetapi dikali ini MA terpikat pula apabila bertandang keblog-blog yang MA sering skodeng, kebetulan terdapat pula resipi ini. Jadinya MA pun mencubanya ..........
Sedaapp....ada kelainan dalam menikmati masakkan kaki ayam. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi berkongsi resipinya. Namun bagitu resipi nie telah MA olah secara citarasa MA sendiri, maafle MA pinta......
Okey mai kita tinjau resipinya.....



KAKI AYAM MASAK KICAP ALA CHINESE STYLE
Sumber : qhaizeyqa.files.wordpress.com
Olahan : MA

Bahan-bahannya :

200g kaki ayam
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih (Pecahkan sahaja)
1 biji bawang besar-dipotong membulat
1" halia
2 biji kentang - dipotong kecil spt wedges (ini MA letak)
3 biji cili padi ( MA letak 8 biji - di titikkan)
Kicap manis (MA letak 4 sudu makan)* 
Kicap masin (ini MA tak letak)*
Sos tiram (MA letak 4 sudu makan)* 
1/2 sudu makan lada putih (ini MA letak)*
Sedikit tepung jagung - bancuh dng sedikit air (ini MA letak)
Sedikit minyak bijan (ini MA letak)
Sedikit garam & kunyit serbuk\
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

Pertama sekali kaki ayam direbus hingga kembang. (MA guna presure cooker)
Air rebusan ayam tadi jangan dibuang.
Rebuskan juga kentang sehingga separuh masak - toskan.
Bila kaki ayam sudah elok empok, toskan & gaulkan dengan garam bersama kunyit serbuk. 
Kemudian gorengkan kaki ayam tersebut. Ketepikan
(AMARAN!!! berhati-hati ketika menggoreng kaki ayam ini, kerana ia akan
meletop & pastikan kuali anda bertutup bagi mengelakkan anggota badan anada
terkena minyak)
Tinggalkan minyak menggoreng kaki ayam tadi anggaran 3 sudu makan.
Masukkan sedikit minyak bijan
Tumiskan bawang kecil, bawang putih & halia hingga naik bau.
Masukkan bahan bertanda * kacau sebatikan.
Masukkan kaki ayam yang telah bergoreng tadi, cili padi & ubi kentang,
beserta bawang besar. Gaul sebatikan.
Masukkan juga air tepung jagung untuk memekatkannya sedikit.
Biarkan hingga elok masak & padamkan api.
Bolehlah di hidangkan panas-panas,


KAKI AYAM MASAK KICAP ALA CHINESE STYLE 
DAH PUN TERHIDANG

"SELAMAT MENCUBA"