CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 10, 2013

BISKUT COKLAT CIP.......MEMANG SEDAPPP

Salam sayang semua......kini kita semua telah pun menjalani ibadat puasa. Anda bagaimana......MA pagi-pagi nie, jadual harian telah pun berubah.......mana tidaknya selalunya pagi-pagi begini selepas My hubby berjogging......terkadang MA akan keluar ke pasar untuk mencari ikan atau sayur-sayuran yang akan di masakkan untuk hari itu, dan kebetulan sudah keluar, maka MA & hubby terus bersarapan sekali di luar.
Dulu sebelum bulan puasa kami keluar bersarapan di kedai sahaja, dan terkadang-kadang tu,  sebelum bersarapan MA & hubby pergi menziarahi dulu kubur arwah cucu serta arwah nenek MA.
Ok le kita pun sekarang sedang menjalani ibadah puasa.......dah tentunya anda sedang mencari-cari resepi biskut untuk preparation raya. Hari nie MA ada buatkan biskut favourite MA & anak-anak......Biskut nie selalunya MA tidak pernah tinggalkan setiap hari raya menjelang......bukan sahaja untuk hari raya, malah biskut nie selalu MA buatkan untuk kudapan harian & sentiasa ada di atas meja ........ Si bongsu memang suka sangat dengan biskut nie.........
Kalau MA buatkan biskut nie, sekejap je habisnya.......mana tidaknya, asyik mengulang memakannya......biskut nie kalau dah mula memakannya rasanya tak jemu-jemu, pasti mahu makan & makan lagiii....
Untuk anda yang tercari-cari biskut apa yang nak di buat untuk hari raya yang akan menjelang tiba......apa kata anda cuba buat biskut nie, pasti tak menghampakan.......
Bukan sahaja untuk hari raya sahaja, MA pasti anda akan buat lagi & lagi........malah untuk kudapan harian juga.
Jom kita buat biskut nie.........




BISKUT COKLAT CHIP

Bahan-bahnnya:

300g tepung superfine (tepung gandum rose)
250g mentega
200g gula kastad
3 biji kuning telur
1 sudu teh soda baikabonet
3 sudu teh baiking powder
2-3 sudu besar serbuk koko/ coklat ( lebih sedap guna serbuk coklat)
1 sudu kecil essen vanila
140g badam hancur - di bakar sebentar (40g di ketepikan)
100g coklat cip (30g di ketepikan)

Cara membuatnya :

  1. Tepung, koko/coklat, baiking powder & soda baikabonate di ayak sekali.
  2. Pukul mentega & gula hingga kembang.
  3. Bila mentega dah kembang, masukkan telur satu persatu dan bubuhkan essen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil di kacau. Sebatikan.
  5. Campurkan separuh badam & coklat kacau sebatikan.
  6. Masukkan adunan dalam paiping bag & paipkan adunan tersebut ke atas acuan yang telah di sapu dengan sedikit minyak atau anda juga boleh gunakan sudu kecil untuk bentukkan adunan ini. (MA gunakan sudu sahaja).
  7. Setelah adunan siap di paipkan di atas acuan semuanya. Anda boleh le lagi mencantikkan biskut dengan menghiaskan di atasnya lagi dengan taburan badam & coklat cip yng telah di ketepikan. 
  8. Bakarlah dengan api 170C selama 20 minit.
  9. Sejukkan biskut dan barulah di simpan dalam bekas kedap udara.
Bancuhan di atas boleh dapat dalam 175 biji biskut.
SELAMAT MENCUBA. 



MACARONI BAKAR......Sedappnya

Selamat pagi semua warga blog........semalam MA terima order lagi daripada katerer, sempena menyambut puasa nie. MA terpaksa sediakan di sebelah malam, kerana pagi- pagi lagi pihak keterer  telah datang mengambilnya. Kali ini MA buatkan Macorani Bakar & Bingka Pandan. Kebetulan MA buatkan untuk keterer, jadi MA pun tumpang sekaki le, buatkan sekali untuk makan MA sekeluarga. Just buat dalam acuan kecil sahaja........al- maklumlah nanti kalau tak buat saperti ini, tak le merasa pulak......kerana MA hanya terima tempahan setalam-setalam dan siap dengan potongkan sekali.......Sbb tu le kalau tak buat lebih pasti kami tak merasa.......
Macorani Bakar nie memang selalu MA terima tempahan......begitu juga dengan Bingka Pandan.
Kepada anda yang ingin mencubanya......silakan, memang sedap, Marconi Bakar nie versi kemelayuan pasti keluarga anda sukakannya. MA selalu makan dengan cili sos & mayonis sahaja.
Membuatnya senang sahaja........tak susah pun, cuma banyak sikit preparation. Tapi kalau semua bahan-bahan telah tersedia pasti le senang je....
Ok le mari kita lihat resepinya......




MACARONI BAKAR

Bahan-bahnnya : (acuan 13"x13")

500g macaroni - brand San Remo (elbows)
(untuk bekas 13"x13" ambilkan 1700g macorani yang telah di rebuskan)
400g daging cincang/ kisar
14 biji telur gred A
1 paket mushroom sup serbuk - brand kimball
5 sudu besar rempah kari daging (2paket kaecil)
3-4 labu bawang besar - di potong dadu
3 biji buah tomato - di potong dadu (saiz kecil)
1 biji karot - di parut kasar (saiz sederhana)
6- 7 biji cendawan butang (dalam tin) - di potong nipis
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3/4 tin  susu cair
200ml air
Garam, gula & pati ayam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Untuk hiasan :

Daun sup - dipotong halus
Cili merah - di buang biji & di potong halus
Bawang goreng
Sedikit parutan keju mozzarella (option)

Cara-caranya:
  1. Rebus macaroni dengan air dan sedikit minyak.Bila macaroni kembang angkat & toskan.
  2. Panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan daging cincang/kisar & sadikit air. Kacau rata  & biarkan sabentar hingga daging empuk.
  4. Masukkan parutan karot & cendawan butang, kacau rata.
  5. Kemudian masukkan susu, mushroom sup, garam , gula & pati ayam secukupnya. Kacau rata 
  6. Masukkan buah tomato & sos tomatobeserta cili sos (agak-agak biar lembab) gaul sebati. Rasakan kesuaian citarasanya.
  7. Ambilkan 1/4 daripada daging ini, ketepikan. (untuk di tabur di atas macorani)
  8. Pecahkan 10 biji telur(1 bahagian) & 4 biji (1bahagian) & letakkan sedikit garam & lada sulah, kacau dengan garpu biar rata. Ambikan bahagian 10 biji & gaulkan dengan 3/4 bahagian daging  tadi.
  9. Masukkan bancuhan daging ini ke dalam macaroni, kacau rata supaya sebati. Ketepikan.
  10. Laser acuan dengan mentega, masukkan macaroni tadi dan bakar pada suhu 170C hingga separuh masak. Bakar lebih kurang 25 minit.
  11. Keluarkan dari oven, taburkan di atasnya dengan bahan-bahan hiasan & 1/4 daripada daging kisar yang telah di masak tadi, ratakan. Kemudian tuangkan baki telur (4 biji) tadi, ratakan sehingga meliputi macaroni. Taburkan parutan keju. Bakar semula macaroni hingga masak dengan api 170C selama 45 minit/ sehingga masak
  12. Hidangankan bersama mayonis & cili sos (MA paipkan sahaja mayonis & cili sos di atas macaroni ) 

TAZKIRAH RAMADHAN




TAZKIRAH RAMADHAN......mari kita sama-sama renungkan nya

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, hari nie semua umat Islam akan menunaikan rukun Islam ke 4. Bulan ynga penuh berkat, maka marilah sama-sama kita meningkat amal ibadat kita kepada ALLAH. Mari kita bersama-sama berazam di bulan nie untuk mendapat keredhaan NYA.
  1. Bulan yang memerlukan kita bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah, agar di ampunkan segala dosa kita.
  2. Kita banyakkan berzikir, beristighfar, berselawat & seumpamanya.Kita tetapkan zikir kita, umpama kita ingin berzikir 10 ribu sehari atau mengikut kemampuan masing-masing.
  3. Sekurang-kurangnya kita harus khatam Al-Quran sekali dalam bulan Ramadhan ini, sama ada secara tadarus atau sendirian dalam sembahyang atau di luar sembahyang.
  4. Bangun le di waktu malam bertahajjud & munajat di malam hari kepada ALLAH.
  5. Banyakkan  bertafakur & berkhalwah dengan menumpukan tawajjuh kepada Allah, agar hati kita tunduk kepada Nya.
  6. Jagalah anggota kita daripada maksiat terutama maksiat mata & lidah.
  7. Infaklah harta pada jalan Allah dalam keadaan ikhlas. 
  8. Berbuka & bersahurlah dalam keadaan mengikut sunah dan jauhkan daripada pembaziran.
  9. Sempurnakan solat terawih, sebanyak 20 rokaat & witir.
  10. Jangan abaikan ilmu dengan mendengar tazkirah & seumpamanya. 
Rebutlah banyak kelebihan yang di tawarkan oleh ALLAH di bulan Ramadhan serta tingkatkan ibadah terutama pada 10 malam terakhir.

Tazkhirah dari Ustaz Mustaffa Kamal