CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 7, 2013

KUIH LOMPANG CERIA WARNA WARNI

Assalammualaikum.......waktu-waktu tengahari begini anda buat ape.....????
MA kadang-kadang kalau mengantuk sangat MA tidur lah sebentar.......tapi hari nie MA teringin sangat nak buat lompang warna warni. Bila MA intai ke rumah Yatie MA terpikat dengan lompang Yatie.....berwarna warni, nampak ceria sekali. Jadi kerana tak mengantuk & hati pun berkubar-kubar nak cuba buat lompang nie...... maka MA pun usahakan juga tengahari nie untuk membuat lompang.
Ini versi lompang MA yang kedua  selepas versi yang pertama dulu. Kali ini MA tak masukkan tepung ubi, kerana MA tak mahukan lompang yang yang liat & kenyal, MA just guna tepung beras sahaja.
Mari kita tengok resepinya:



KUIH LOMPANG CERIA WARNA WARNI

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh air kapur
1/2 cawan air daun pandan ( dari 6 helai daun pandan)
Pewarna merah, purple & coffee emalco

Bahan B: (masak hingga mendidih & tapiskan)
1 cawan gula biasa
2 1/2 cawan air ( kalau nak keras sedikit kuihnya bubuhkan 2 cawan je) - MA bubuh air kelapa.

Kelapa muda di parut ambil putihnya sahaja + sedikit garam & di kukus selama 10 minit.

Cara-caranya:

  1. Bancuh tepung beras dengan air kapur & 1/2 cawan air daun pandan.
  2. Tuangkan air gula yang suam ke dalam bancuhan tepung dan kacau rata dan tapiskan,
  3. Asingkan adunan kepada 2-3 mangkuk & warnakan mengikut warna kegemaran anda. MA guna warna purple + essen keladi, warna merah + essen rose & warna coklat + coffee emalco. 
  4. Panaskan kukusan dan bila mendidih masukkan acuan dalam kukusan. Biarkan acuan panas selama 5 minit, cara ini untuk bagi lompang berlubang.
  5. Tapiskan bancuhan tepung ke dalam teko / bekas bermuncung supaya memudahkan di tuangkan ke dalam acuan kecil.
  6. Kukuskan kuih selama 15 - 20 minit dengan api kecil sahaja, kerana kalau api besar bancuhan lompang akan membuak daripada acuan.
  7. Sejukkan kuih.
  8. Cungkil perlahan dan letakkan di tengah lubang nya dengan kelapa parut.







KARI KEPAK AYAM

Salam semua.....hari nie MA masak kari kepak ayam. Kepak ayam memang favourite MA sekeluarga .....kerana kepak ayam tidak banyak isi, sbb tu le semua sukakan kepak ayam.
Kepak ayam nie selalunya MA beli dekat pasar-pasar raya je.....kalau beli di pasar biasa, MA terpaksa membelikan se ekor ayam, jadi bahagian yang banyak isi.......MA tak tahu nak buat ape sbb keluarga MA tak suka, terpaksa lah simpan je isi tu di freezer. Kalau MA nak masak sayur atau mee ke, baru le di gunakan isi ayam berkenaan bagi di buat perencah. Kari nie MA masak sekali - sekala sahaja, kerana keluarga MA nie bukan peminat tegar kari. Al maklum My Hubby orang N9........jadi peminat setia masak lemak cili padi. Kalau masak lemak cili padi yang MA masakkan pasti berselera sekali makannya, tapi kalau kari nie seleranya ada kureng sikit.......
Wbp ape-ape aje le labu, asalkan bahagia.......ok le mari kita tinjau-tinjau resepinya......
Masak kari nie biasa-biasa je, just untuk rujukkan anak-anak.


KARI KEPAK AYAM

Bahan-bahannya:

5 potong kepak ayam - di kerat 2
2 biji ubi kentang - di belah 4/8
1 1/2 paket kari daging - jadikan pes + dengan sedikit air
1" halia - di hiris memanjang seperti mancis
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(* di hiris halus)
7-8 biji cili padi - di ketuk (untuk memedaskan)
1 camca besar kerisek
1 camca besar kas-kas
1 batang daun kari
1/2 cawan santan pekat
Sedikit garam & pati ayam
Minyak untuk menumis

Rempah tumis:

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih

Cara-caranya:

  1. Ayam di bersihkan & di toskan.
  2. Sediakan bahan-bahan yang di hiris serta bahan-bahan lain seperti di atas, ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periok, tumiskan bahan-bahan yang di hiris sehingga garing & naik bau.
  4. Masukkan rempah 4 sekawan, beserta cili padi & daun kari kacau & biarkan sebentar hingga naik bau.
  5. Masukkan kas-kas serta pes  kari daging, tumis sehingga berbau & naik minyak.
  6. Masukkan kepak ayam bersama ubi kentang kacau sebatikan & biarkan sebentar.
  7. Masukkan santan bersama dengan air, sesuaikan kepekatannya. Biarkan sampai mendidih.
  8. Rasa samada ubi kentang telah empuk atau tidak. Bila ubi kentang sudah empuk masukkan garam, pati ayam & asam keping beserta dengan kerisek.
  9. Sesuaikan citarasanya mengikut selera kita.
  10. Hidangkan panas-panas bersama nasi.