CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 4, 2013

BINGKA UBI KAYU


Assalamualaikum.....salam sejahtera untuk semua yang sudi mengunjunggi blog MA nie
Semalam MA buat bingka ubi, dah lama MA teringin nak makan bingka ubi nie, tapi biasa le kalau nak buat bingka ubi nie kerajinan tu mestilah di tahap yang tinggi. Al-maklum penyediaan ubinya tu, faham-faham saje le.....
Ubi kayu tu mestilah di sagatkan dulu, barulah boleh terhasil bingka ubinya..........kalau ada huruf 'M', alamat tak maenjadi le bingka ubinya.
Sbb tu le, dah lama MA teragak-ragak  nak buat bingka nie, tapi maseh tak terbuat-buat jugak. Dan hari nie alhamdulillah sampai jugak hajat MA nak makan bingka ubi nie.......   :D
Jangan lengahkan masa mari kita tengok resepinya, pada kawan-kawan yang teringin nak makan bingka ubi tu........mari kita buat sendiri, pasti berbalui untuk menikmatinya, bukan utk kita sekeluarga je......tapi boleh lagi bagi pada jiran-jiran, kan pahalanya berlipat ganda. Resepi yang di sertakan disini memang MA selalu buat kalau teringin nak makan ke atau MA buat untuk tempahan, ini le resepi yang selalu MA gunakan..........



Keenakan bingka ubi nie memang berbeza daripada kuih-kuih yang lain. Rasanya memang unit, apatah lagi kalau kita buat sendiri. MA nie kalau bingka ubi yang di jual dikedai atau gerai-gerai tu, selalunya MA tak layan, bukan ape sbb biasanya selalu je dapat yang keras....... mana tidaknya, ini tentu kes bingka ubinya dibubuh dengan tepung yang banyak. Pasti le hasilnya pun tak seperti yang kita harapkan. Jadi biasanya kalau MA teringin sangat nak makan bingka ubi, pasti MA buat sendiri.
Bagi kawan-kawan yang suka makan bingka ubi........ape kata boleh le layan ngan resepi yang MA sertakan di sini.........cuba le, pasti anda takkan menyesal...............:D



BINGKA UBI KAYU

Bahan A

2600g ubi kayu (diparut)- ubinya anggaran 5 hingga 6 1/2 kilo

Bahan B

750ml santan pekat
600ml air

Bahan C

450g gula melaka
225g gula pasir
75g tepung susu
120g mentega (MA guna buttercup je  - dicairkan)
2 1/4 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-caranya :

  1. Ubi yang telah di parut hendaklah di perah buang airnya dengan cara masukkan ubi tu ke dalam kain bersih dan di perahkan. Air perahan ubi tu ketepikan dulu anggaran 30 minit, kemudian buangkan air ubi tu dan ambil sagunya yang tertinggal dan campurkan dengan ubi.
  2. Satukan semua bahan yang tersebut di atas dan kacau hingga rata.
  3. Tuangkan adunan itu ke dalam acuan 13". 
  4. Bakar dengan suhu 180C selama 1 jam atau sehingga keperangan di atasnya.


NOTA :

  •  Acuan mesti le disapukan majerin bawah dan tepi tin. Boleh juga acuan di lapik dengan aluminium foil bagi memudahkan untuk mengangkat bingka itu, bila sudah masak. 
  • Di atas aluminium foil tu mesti di sapukan minyak.
  • Jika hendak kuih berwarna kuning, gunakan gula pasir 675g sahaja dan bubuh dengan sedikit pewarna kuning.