CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 22, 2013

KUZI KAMBING

Salam....
Dah lama MA teringin nak mencuba masak Kuzi nie.... tapi yelah, terlalu susah nak mencari rempahnya disebelah sini.....huhuhu
Kalau di Pantai Timur mungkin senang........
Semalam MA tawakalkan diri mencari dengan pertolongan siapa lagi, kalau bukan Cik Google....he3x
Alhamdulillah .....sekarang nie kan dunia tanpa sempadan, semuanya dihujung jari kita je.....
Rajin dengan tak rajin je untuk kita melayari pencarian itu.
Oleh kerana semalam tahap maximum, keinginan MA untuk merasa masakkan Kuzi nie.....maka MA pun cubalah mencari resepinya .....
Kebetulan dah lama sekali MA tak makan daging kambing.... jadi MA cubalah memasak Kuzi Kambing. Daging kambing nie MA beli diTesco ......pada mulanya memang teragak-ragak juga nak membeli daging kambing ini, risau takut-takut My hubby sakit lak....
Tapi yelah, spt MA juga My hubby pun peminat tegar daging kambing .....bila MA suarakan takut nak beli daging kambing pasal dia......cepat-cepat My Hubby mencelah, belikan aje....nanti tau le dia menguruskannya........apa yang nak diurus tak tau le....hihihi
Oleh yang demikian MA belikanlah daging kambing tu.....memang tujuan asal nak buatkan Kuzi Kambing......
Cari punya cari terjumpe le MA resepi Kuzi nie, tapi Kuzi Ayam....MA gantikan je dengan Kuzi Kambing. Memandangkan ada disertakan resepi rempahnya, maka MA pun cuba lah membuat mengikut panduan resipi ini, walau pun tanpa Caber. Terima kasih kepada Myresipi @ Zaliana.
Kuzi nie memang sedap...cuma dilain kali kalau MA rasa nak membuatnya lagi....pasti MA pedaskan sikit.
Mari kita tenguk resepinya.....




KUZI AYAM.....MA gantikan dengan Kuzi Kambing

Bahan-bahannya : (untuk 6-8 orang)

Bahan A (Rempah)

1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1" kulit kayu manis
4 biji buah pelaga - sila buang kulit & ambil bijinya sahaja
1 kuntum Caber
2 kuntum bunga lawang

Bahan B

800g - 1kg ayam
Sedikit saffron
2 ulas bawang putih
1 sudu besar garam
1" halia
Minyak sapi untuk menggoreng

Bahan C

150g bawang besar
20g kepingan badam
1/2 cawan kacang tanah - (MA tak guna pun)
40g kismis hitam
1 ketul hati ayam - rebus dahulu

Bahan D

3 hiris lengkuas
2 hiris halia
1 batang serai
1 biji limau nipis
2 ulas bawang putih
200ml susu sejat
Sedikit saffron
1/2 cawan penyukat sos tomato
700ml air
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula

Cara-caranya :

  1. Sediakan bahan rempah di A. Basuh bersih didalam tapis. Kemudian goreng kering/ sangai didalam kuali.
  2. Kisar rempah tadi dengan pengisar kering boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10g.
  3. Bahan di B - saffron, bawang putih, halia ditumbuk. Kemudian dilumurkan kepada ayam. Perap seketika. Kemudian gorengkan ayam menggunakan minyak sapi. Goreng separuh masak sahaja.
  4. Semua bahan C hendaklah digoreng. Goreng mengikut turutan - mula-mula goreng bawang besar. Kemudian diikuti badam, kacang tanah, kismis & hati ayam. Satelah digoreng hati ayam potong dadu.
  5. Tumbuk badam bersama bawang goreng. Kacang tanah ditumbuk kasar.
  6. Campurkan rempah di A, susu sejat, bawang besar & badam tumbuk, limau nipis, sos tomato & saffron. Gaul rata didalam sebuah bekas.
  7. Panaskan minyak sapi tumis bawang putih, halia, lengkuas & serai. Kemudian masukkan semua campuran di no 6. Masukkan sedikit air biarkan mengelegak. Masukkan garam & gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
  8. Masukkan baki air. Kemudian masukkan kacang tanah, kismis & hati ayam. Tambahkan air lagi jika kuah terlalu pekat. Imbangkan rasa manis & masinnya. Sedia untuk dihidang dengan nasi, roti jala atau bun.
Peringatan Untuk MA :

* Untuk Kuzi Kambing nie, daging kambing tu MA rebuskan je sehingga empuk dengan
   bahan B tanpa menggoreng daging kambing tu. Kalau orang Kelantan, MA diberitahu
   daging kambing tu dilumurkan dengan garam kunyit & digorengkan dulu.
* Untuk memedasnya MA masukkan 10 biji cili padi diketuk, & masukkan dicara memasak
   no 7. Dilainkali MA nak masukkan cili kering giling pulak. Kalau ada rempah kuzi
   sebuk segera....ini semua tak payah dimasukkan.


Kuzi Kambing
dah sedia dihidangkan
JEMPUT MAKAN.


2 comments:

  1. as salam ...
    amboiii sakan nye masak....
    nie abah makan ke..cian dia ma....mama masak makanan y tk leh abah makan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam....
      Yele angin masak-masak melanda...teringin nak makan daging kambing ...dah lama xmakan....
      Abah...biasale dia yang kata ok...hihihi
      Xpe katanya sekali sekal langgar pantang.....okeyle tuuu...

      Delete