CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 12, 2013

RENDANG AYAM MINANG......MEMAANGG SEDAAPP

Assalamualaikum....salam berhujung minggu...semoga semuanya ceria dalam menjalani hidup ini.....
Dah lama dah MA simpan resipi nie......tapi tidak pernah buat lagi, resipi nie MA print dulu, entah bila dah tak ingat pun....hehehe biasalah, kalau ternampak resipi yang agak berkenan dihati...printkan dulu simpan dalam fail, kadang-kadang tu dah terlupa pun....
Resipi nie MA C&P daripada SINI tetapi Julia kata dia ternampak resipi nie daripada SINI.....
Wbp terima kasih kepada semua yang terlibat dengan resipi nie......
Baru-baru nie MA buatkan resipi ini untuk dimakan dengan Nasi Jagung....
Memang sedappp....My Hubby siap request suruh MA buat lagi.....kali ini dengan burung pulak.......
InsyaAllah.....pastinya siaran ulangannya akan MA buat untuk juadah hari Raya Aidil Adha ini....tapi dengan burung pulak saperti yang My Hubby mengidam.....hehehe macam orang mengandung pulak.....
Okeylah pada yang ingin melihat resipi asal bolehlah masuk keblog diatas....disini MA C&P daripada resipi blog Julia....& saperti biasalah jika resipinya bertukar tangan, pastinya citarasa pun mengikut air tangan tuan resipi seterusnya, walau pun basic masih sama....namun bahan-bahannya pastinya ada yang terkurang atau terlebih & kadang-kadang pula ada penambahan ......Lain padang, lain belalangnya......
MARI KITA TENGUK RESIPINYA....


RENDANG AYAM MINANG
Resipi Asal : Pak Engku (Buku Resipi Kenduri Kahwin)
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam - dipotong ikut suka
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 10 ulas bawang merah - dikisar
  • 3-4 biji cili api - terpulang pada citarasa (MA guna 12 biji cili padi - dikisar)
  • 5 biji cili merah/ cili kisar (MA guna 3 biji cili merah - dikisar)
  • 2 " halia
  • 4 batang serai - 2 batang diketuk
  • 1" lengkuas
  • Rempah tumis (Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & bunga cengkih)
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam (MA guna 1/2 sudu besar saja)
  • Minyak masak - secukupnya
  • Santan kelapa dari 1 biji kelapa
  • Garam & gula secukupnya
  • Daun kunyit - dipotong halus
  • 2-3 helai daun limau purut - dibuang uratnya (MA tambah)
  • 1sudu teh serbuk kunyit (MA guna 1 ulas kunyit hidup)
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar (saya tambah) (MA juga tambahkan)
  • 2-3 keping asam gelugur (saya tambah) (MA juga tambah 1 keping sahaja)
  • 1/2 kiub pati ayam (MA tambah)
Cara membuatnya :
  1. Tumis rempah tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar & serai yang di ketuk, masak hingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah yang lainnya, kacau rata.
  4. Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam & kerisik.
  5. Perisakan dengan garam & juga gula sesedap rasa. Jangan lupa masukkan juga daun kunyit & daun limau purut.
  6. Tunggu sehingga kuah sedikit pekat, barulah diangkat.
  7. Hidangkan dengan nasi yang berperisa. 


Rendang Ayam Minang dah pun tersedia..
Rendang nie MA makan dengan nasi jagung..
Memang ngam...
Cubalah....




7 comments:

  1. assalam akak trimas untuk resepinya yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam....terima kasih kerana sudi bertandang keblog mama, cubalah resipi ni dek....memang sedappp.

      Delete
  2. Salam. Terima kasih kongsi resepi ni. Alhamdulillah sedap. Tapi saya ubahsuai sedikit dari segi kuantiti bahan. Hasilnya pedas sedikit :) Saya tambah cili api dalam 15 biji sbb baca dalam blog lain ada yang guna dalam 30-40 biji. Saya tambah juga cili kisar sampai warna kuah jadi kemerah-merahan sedikit dan kemudiannya keperangan bila dah garing.. Supaya cantik sikit dari pudar je selepas letak santan. Kerisik ditambah dalam sesudu dua untuk seimbang dengan kuantiti kuah. Dah siap sedia dimakan dengan nasi himpit dan kuah lodeh. Terima kasih ye puan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam...okeylerr tuu Siti klu Siti berpuashati dalam mengadun masakkan mengikut citarasa Siti sendiri....yang mama catitkan disini cuma basic jerr n mengikut citarasa mama....xsalah kannn kita mengubahnya mengikut citara kita sendiri asalkan kita berpuashati....mama pun kadang2 tuu akan mengolah juga mengikut citarasa mama sendiri
      drp resipi asal......yang penting setiap air tangan berlainan anatara satu sama lain...itu lah keistimewaan sesaorang yang diberi Allah...

      Delete
    2. Wkumsalam...okeylerr tuu Siti klu Siti berpuashati dalam mengadun masakkan mengikut citarasa Siti sendiri....yang mama catitkan disini cuma basic jerr n mengikut citarasa mama....xsalah kannn kita mengubahnya mengikut citara kita sendiri asalkan kita berpuashati....mama pun kadang2 tuu akan mengolah juga mengikut citarasa mama sendiri
      drp resipi asal......yang penting setiap air tangan berlainan anatara satu sama lain...itu lah keistimewaan sesaorang yang diberi Allah...

      Delete
  3. Assalamualaikum. Salam perkenalan daripada saya. First time masuk ke dapat MA ini semasa blogwalking mencari resepi rendang ayam yang sedap untuk digandingkan dengan pulut kuning. Berdasarkan bahan-bahan yang digunakan, dah tahu keenakan dan kesedapan rendang ini. Tetapi ada juga bahan-bahan yang saya oleh mengikut citarasa saya untuk menyediakan rendang ini. Terima kasih MA kerana sudi berkongsi rendang ayam yang sedap ini. Singgah-singgahlah ke dapur saya pula, Sajian Dapur Bonda.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mama Ana. Singgah lagi di sini. Just nak bagi feedback masakan rendang ayam minang ini. Memang marvellous rendang ini. Enak dan sedap sekali. Famili suka. Saya masak nasi putih dan juga pulut kuning. So dia orang ada opsyen nak makan bersama rendang. Apapun raya ni boleh masak rendang ini lagi.

    Resepi rendang ayam minang ini telah saya poskan dalam blog saya. Senang-senang singgahlah ye.
    http://sajiandapurbonda.blogspot.com/2015/04/rendang-ayam-minang-sajian-tengah-hari.html

    ReplyDelete