CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label LALA. Show all posts
Showing posts with label LALA. Show all posts

Sunday, November 9, 2014

LALA MASAM MANIS ~ Yang menyelerakan...


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

                        لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Salam sejahtera dan ceria kepada semua yang sudi bertandang kesini...
Hari nie MA masak lala masam manis. Lala memang kegemaran famili rumah nie...
Apatah lagi kalau masak lala masam manis nie...masaknya sampoi jerr, tapi kalau makan ....ulalalaa bertamboh2 nasinya...sekali hadap jerr...dah selesai semuanya.
Sebelum nie MA suka masak remis tapi sekarang remis dah tak ada pulak dijual dipasar....antara isi remis dan lala MA lebih suka isi remis sebab dia lebih padat dan berisi drp lala...rasanya juga lebih manis.
Remis yang MA maksudkan tuuu..remis yang besar lerr...bkn yang kecik2 tuu...kalau remis yang kecil2 tuu...alahaiii...leteh nak memakannya...
Wokey kalau anda berhajat nak masak yang sampoi2, mai kita layan resipi nie....

Mai kita menjamu selera dengan lala pulakk..

LALA MASAM MANIS
Oleh : MA

Bahannya:
  • 1/2 kilo lala ~  dibersihkan
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang merah*
  • Sedikit belacan* (* dikisar)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 biji buah tomato ~ dipotong dadu
  • Daun bawang
  • Sedikit minyak
Caranya :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, campurkan dengan cili kisar dan goreng hingga garing.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul sebatikan, kemudian masokkan pati ayam, garam dan gula. Sesuaikan rasanya.
  3. Masukkan pula lala dan gaul sebatikan dengan bahan gorengan tadi. Masakkan sebentar sahingga semua lala telah terbuka.
  4. Masukkan buah tomato serta daun bawang. Sebatikan.
  5. Tutupkan api, angkat dan bolehlah dihidangkan.
Jemput makan...!!!


Tuesday, September 24, 2013

LALA GORENG BERCILI......kegemaranku

Assalamualaikum.....salam sejahtera & ceria....
Tengahari semalam MA masakkan Lala Goreng Bercili untuk lunch kami. Lala nie dah lama MA teringin nak buat tapi tertangguh-tangguh je.....almaklum My Hubby  tak boleh makan seafood....
Biasalah kalau MA buat pasti My Hubby pun ikut le makan sama......lepas tu telan ubatlah, apa lagi.....
Sbb tu le sejak akhir-akhir nie MA pun dah tak tahu nak masak apa dah......banyak dah yang tak boleh dimakan dirumah nie....
Umur dah meningkat....banyak yang mesti dipantangkan.....huhuhu
Wbp MA kadang-kadang tu, teringin jugak nak tukar selera, jadinya buatkan jugak le larangan pantang nie.
Lala nie MA selalu masak saperti ini, selalunya MA campurkan dengan pucuk paku/ kacang panjang je......tapi hari nie MA terlupa pulak membelikan bahan-bahan perencahnya, jadinya MA masakkan lala sendirian je lah.....
Jom kita tenguk resipi yang simple nie.......


LALA GORENG BERCILI 
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

1 kg Lala
3 biji cili merah*
4 biji cili padi*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
Sedikit belacan*(* bahan ini dikisar halus)
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai - diketuk
Garam /gula/ perasa pilihan
Sedikit minyak untuk menumis

Cara :
  1. Bersihkan lala & toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali & tumiskan bahan-bahan kisar beserta dengan serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, kacau sebatikan.
  4. Kemudian masukkan garam, gula dan perasa pilihan. Kacau sebatikan & sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  5. Masukkan lala, kacau sebatikan. Masaklah lala itu sehingga elok masak anggaran 10 minit. Lala akan mengeluarkan air, sesuaikan kepekatannya. Sekiranya suka air banyak, maka bolehlah ditambahkan dengan air sedikit lagi.
  6. Apabila sudah masak, bolehlah dihidangkan.


Lala...kegemaranku