CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 4, 2014

MI SIZZLING CHINESE STYLE.....YUMMY..YUMMYYY..SEDAPPPNYAAA

Bismillah pembuka bicara....

Assalamualaikum....selamat malam dan salam ceria semua...
Kali ini MA updatekan pula Mi Sizzling Chinese Style yang sungguh sedapp.....Resipi nie MA dah lama simpan dan sering membuatnya....tapi ketika tuu MA masih belum pandai berblog lagi...
Resipinya daripada Buku Chef Faizal Ng Abdullah...tapi MA dah derhakakan sikit...wbp terima kasih pada tuan punya resipi asal......
Selalunya MA buatkan tanpa menggunakan hot plate .....just lambak-lambakkan dalam pinggan jerr......
Kebetulan semalam MA terlalulah teringin sangat nak buat Mi Sizzling nie....menggunakan hot plate pulak......dan pagi semalam juga MA dan MY Hubby pi beli hot plate tuu sebanyak 3 buah jerr ...(kerana yang tinggal dirumah nie hanya 3 orang)
Pagi nie MA usahakan membuat kuahnya.....sebenarnya dari petang semalam MA dah prepare Air Stok Ayam ....MA memang suka ikut cara ini apabila nak membuat kuah mi sizzling dan satnika kuah mi chinese style.....tapi yerrlahh kerjanya rumit sikit....tapi keputusan yang kita dapat .....memang berbaloi sedapppnya .....pasti berpuas hati. Kuahnya juga pasti berkhasiat...disebabkan pati air sayur-sayuran.
Untuk itu mai kita tenguk resipinya.....

Ini Yee Mee Sizzling
Yummy....yummy sedapppnyaa

Ini pula Air Stok Ayam
Sepatutnya warnanya jernih jerr...tapi disebabkan
MA blend sayuran-sayurannya yang dah jadi lembik tu
kemudian MA perahkan ambil airnya....itu yang warnanya kuning
sbb warna lobak merah.....

PENYEDIAAN AIR STOK AYAM..
Oleh : MA

Bahan-bahanya :
  • Kain Muslin (dijahit bentuk kantung bertali)
  • 3 litre air
  • 1 batang timun - dipotong 2 atau 3 kerat
  • 1 biji bawang besar - dibelah 2
  • 1 batang lobak merah -dipotong 3 atau 4 kerat
  • 2 biji tomato -dibelah 2
  • 15 biji korma merah -dibelah 2 (kurma cina)
  • 1 ekor rangka ayam - dipotong kecil
  • 1 bungkus sup bundut
Cara Penyediaannya :
  1. Bersihkan semua sayuran sebelum dipotong.
  2. Isikan semua sayuran diatas kedalam kain muslin, punjut dan masukkan kedalam periuk besar.
  3. Isikan air ke dalam periuk.
  4. Masukkan rangka ayam, kurma cina dan sup bundut.
  5. Reneh diatas api yang perlahan selama 2 jam, sehingga sayur-sayur yang direbus menjadi lembik. (MA masukkan dalam preasure cooker jerr...masak hanya 30 minit).
  6. Bila sayuran dah lembik, biarkan sejuk sebentar. Perahkan air sayuran yang berada dalam kain muslin. Kemudian buangkan hampasnya (boleh dijadikan baja)=MA blanderkan sayur-sayuran yang dah lembik tadi.....perah ambilkan airnya.
  7. Sejukkan stok sayuran. Sup jernih nie boleh disimpan di dalam bekas-bekas kecil dan didingin bekukan. Tujuan menyimpan dalam bekas-bekas kecil adalah untuk memudahkan kerja-kerja penyediaan perbagai juadah apabila diperlukan, sebagai ganti serbuk perasa.
***Stok juga boleh disediakan dalam kuantiti yang kecil.
Bagi surirumah, anda boleh berjimat cermat dan kitar semula kulit-kulit
lobak merah dan putih, kulit timun, kulit tembikai atau batang sawi.
Apabila sayur dalam peti sejuk mulai kelihatan layu saperti sawi, lobak, timun, 
kobis jangan dibuang bagitu sahaja, sebaliknya proseskan sayuran tersebut 
menjadi stok dengan kaedah diatas.
Ini  pula bahan-bahan yang diperlukan bagi 
penyediaan kuah sizzling
Ini pula kuah sizzling yang separuh masak...
belum dibubuhkan tepung jagung dan ditambah kicap pekat

PENYEDIAAN KUAH MI SIZZLING
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 4 ulas bawang putih - dicincang kasar
  • 3 " halia - dititik dan dihiris kasar
  • 20 tangkai cili kering - dicuci dan digunting 3
  • 1/2 batang sadri- dipotong kasar dan dititik
  • 10 biji kurma cina - dibelah 2
  • 200g isi ayam - dipotong kecil (boleh juga diguna isi ayam bertulang)
  • 100g sos tiram*
  • 30ml kicap cair*
  • 30ml kicap pekat*(*dicampurkan sekali)
  • 1 sudu besar pati ayam
  • 1sudu kecil lada putih
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1 litre stok ayam
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air (Untuk memekatkan kuah...jika tak cukup pekat boleh tambah lagi).
Cara Penyediaan Kuah :
  1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih, halia, batang sadri, kurma cina, cili kering sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, bahan bertanda *, pati ayam,gula dan lada putih serta stok ayam. Masak hingga mendidih diatas api sederhana.
  3. Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan air tepung jagung supaya kuah sedikit pekat, kacau tanpa berhenti dan tutupkan api.
Haaa...nie Yee Mee Sizzling dah pun terhidang
Ada sesiapa yang terlio ke???
Kalu terlio mai kita buat sama-sama...
Kalau kita buat sendiri...puas makan
MI SIZZLING
Oleh : MA

Bahan-bahanya :
  • 200g mi kuning, kuey tiaw atau yee mee
  • 1 ulas bawang putih - dititik dan didadu halus
  • Sedikit minyak bijan + minyak biasa
  • 1 biji telur
  • 100g sayur sawi - dicelur
  • 50g cendawan shitake - dicuci dan dibelah 4 (rendamkan dulu cendawan hingga lembut)-dicelur hingga lembut.
  • Sedikit daun sup dan daun bawang - dihiris halus
  • Cili padi (dipotong halus) + kicap cair (untuk lebih pedas) - ini bahan sampingan kepada yang suka pedas.
Cara Penyediaannya :
  1. Panaskan hot plate diatas api kuat. Titiskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan mi kuning, kuey tiaw atau yee mee dan gaul seketika. kemudian tolakkan mi kebahagian tepi hot plate.
  2. Pecahkan telur dibahagian tepi hot plate sebelah lagi.
  3. Letakakn cendawan dan sawi yang telah bercelur didalam hot plate.
  4. Siram kuah diatas mi beserta hirisan cendawan dan sawi. Biarkan kuah mendidih sebentar dan tutup api.
  5. Hidangkan panas-panas bersama hirisan daun sup dan daun bawang, Akhir sekali titiskan sedikit minyak bijan untuk menaikkan bau. 
  6. Boleh dimakan bersama cili jeruk atau cili padi berkicap.
Haa..nie pula Kuey Tiaw Sizzling
Kegemaran MA nie....

---SELAMAT MENCUBA---