CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 5, 2014

KINTA RIVERFRONT a.k.a I-CITY IPOH .....dalam kenangan.

Assalamualaikum....
Berdasarkan pada n3 nie....MA nak ceritakan sikit tentang 
KINTA RIVERFRONT a.k.a  I-CITY IPOH
Ramai yang tidak tahu....orang Ipoh pun ada I-City.....hehehe
Yelah ....tidak dapatlah dibandingkan betapa gahnya I-City di Seksyen 7, Shah Alam
I-City Ipoh...cuma tempat beristirehat bagi warga bandaraya Ipoh diwaktu malam jerrkk...
Yang penting....Tiada bayaran dikenakan untuk berjalan-jalan di I-City Ipoh.

Kalau anda berada di Ipoh....jika anda nak ke I-City Ipoh....
Nak tahu di mana....????
Kalau anda nak pegi sana....anda bolehlah ikut belakang Bank Islam..
dari jalan besar korang akan nampak Kinta City Riverfront Hotel...
jadi ikut saja jalan tu....InsyaAllah pastinya korang akan sampai 
ke I-City Ipoh a.k.a Kinta Riverfront.

Disini korang bolehlah beristirehat sambil menikmati keindahan
pancaran lampu bewarna warni....
Disepanjang kawasan Riverfront nie....ada mengalirnya sungai Kinta ...jadinya
dikedua-dua tebing sungai inilah wujudnya I-City Ipoh...
nama jolokkan yang diberikan oleh orang2 Ipoh...hihihih
Disini juga korang boleh menjamu selera sambil menikmati
pemandangan indah yang dihiasi oleh lampu LED, disepanjang tebing sungai.....


Ini pemandangan I-City Ipoh apabila kita
melihat,,,,,melalui di atas jambatan yang merintasi sungai Kinta
Betapa indahnya....
Keindahan ciptaan manusia...yang mana ideanya dari yang MAHA KUASA.

Ini pula jambatan yang merintasi sungai Kinta
Kita boleh menyusurnya untuk keseberang....
I-City Shah Alam....takde...jambatan kan kan .....


Ini pula tebing diseberang sungai...
Disinilah biasanya orang beristirehat ,,,,kerana disepanjang tebingnya
ada dibina benting bagi pengunjung duduk beristirehat.....
sambil menikmati keindahan lampu bewarna warni diwaktu malam...
serta melihat pengunjung yang ingin mengayuh basikal 
menyusuri tebing sungai Kinta...
Dan disepanjang tebing ini juga penuh dengan kedai2 makan,
bagi anda yang ingin menjamu selera.....bolehlah kesini.


Disini juga korang boleh mencuba menaikki basikal
untuk menyusuri sepanjang tebing sungai....
Basikal yang boleh dikayuh untuk berdua orang....
Bayaran yang dikenekan cuma rm10 untuk masa 30 minit....



Kalau anda singgah ke Ipoh, bolehlah jejak kesini.
Takyah pi jauh2...Ipoh pun dah cantik......