CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 18, 2013

AYAM LADA HITAM......Masakkan Sampoi Je...

Assalamualaiku....selamat pagi....... pagi nie cuaca boleh dikatakan elok, langit cerah diselaputi awan, agaknya mungkin pagi nie tidak hujan.....semoga suasana cerah ini berkekalan hingga kepetangnya....
Di Ipoh cuaca kini tidak menentu.......sekarang boleh dikatakan musim hujan....jika pagi tak hujan pasti petang atau malam hujan....Suasana dikawasan rumah MA, sentiasa saja didalam kesejukkan....apatah lagi rumah MA berhampiran dengan bukit bukau & gunung.....
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah kesini.....kecil tapak tangan nyiru MA tadahkan.....
Silakan...silakan....skodenglah resipi2 yang berkenan dihati....
Resipi yang MA N3kan kali ini juga sampoi sekali......wbp untuk rujukan anak2, MA persembahkan juga resipinya disini.....
Resipi asal yang MA ambil daripada buku resipi Chef Hanieliza. Terima kasih pada beliau, namun bagitu maafle..... MA telah olahkannya semula mengikut citarasa MA.
Kepada anda yang tengah mencari idea untuk memasak hari nie.....Jom kita tenguk resipinya....
  

AYAM LADA HITAM
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resipi ( Chef Hanieliza)
Olahan : MA

Bahan-bahannya A :
  • 500g ayam - dipotong kecil
  • 1 batang lobak merah - dipotong kecil (MA tak guna sbb tak ada stok)
  • 1 sudu makan kicap pekat (MA guna kicap lemak manis Jalen je)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn 1/2 cawan air) - MA guna 1 sudu kecil je
  • 2 sudu makan lada hitam - ditumbuk (MA guna 1 sudu makan je)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa (Sekiranya perlu)
  • 1/2 kiub pati ayam (Ini MA tambah)
Bahan-bahan B (Bagi Menumis) :
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1" halia*(* dihiris halus)
  • 1 labu bawang besar- dipotong bulat
  • 8 biji cili padi  - diketuk (Ini MA tambah)
Bahan C (Sebagai Hiasan) :
  • 2 tangkai daun sup*
  • 2 tangkai daun bawang*
  • 1 biji tomato - dipotong 4* 
  • 2 biji cili merah - dihiris*(Ini semua MA tak bubuh sbb tak ada stok)
Cara Membuat :
  1. Buang kulit ayam kemudian dipotong kecil2- ( Cara MA : ayam yang telah dipotong kecil, dibersihkan kemudian dilumurkan dengan  garam & kunyit kemudian digoreng separuh masak)
  2. Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yang dihiris sehingga wangi & layu.(Masukkan sekali cili padi)
  3. Masukkan ayam & digorengkan sehingga masak (dagingnya lembut) - tapi kalau cara MA : ayam dimasukkan kemudian sekali, kerana ayam dah pun bergoreng.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kicap pekat, sos tiram, lada hitam, kiub pati ayam & KIV garam.
  5. Masukkan ayam yang telah bergoreng, kacaukan sehingga ayam elok bersalut (Ini cara MA)
  6. Masakkan sehingga pekat & masukkan bahan hiasan. Sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  7. Angkat hidangkan dengan nasi atau pun roti. 
Ayam Lada Hitam .....Dah siap terhidang...
Jemput makan.......