CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 2, 2013

MASAK TAUCHU IKAN ROHU a.k.a.IKAN ARA

Assalamualaikum....salam sejahtera semua...
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.....dalam kita menjalani kehidupan ini...
Baru-baru ini MA ada gi memancing....sekarang angin kus-kus memancing dah melanda pulakk....
Bila memancing selalu dapat ikan Rohu a.k.a. ikan Ara....
Biasalah ikan air tawar nie.....sedap memang le sedap ...tapi yang tak tahannya kerana tulangnya terlalulah banyak.....
Si Bungsu dirumah nie...memang tak berani nak makan ikan air tawar nie.....jadi hanya MA & My Hubby je yang sering makan ikan pancingan tuuu....selebihnya kalau banyak MA agehkan pada kawan-kawan & keluarga yang suka makan ikan air tawar nie....
Semalam MA ada masakkan Tauchu.....sedapp pulak tuuu.....tapi semalam MA masakkan sikit je.....& hari nie rasanya nak repeat buatkan lagi ......tak puas makan semalam sebab sikit sangat MA buatkan......
Sedap pulak masak taucu ikan Rohu yang besar nie.......tulang pun tak le beselerat banyaknya spt ikan-ikan air tawar yang kecil....
Nak lihat ikan yang MA dapat semasa panching baru-baru nie....mai kita cuci mata sekejap yeekkk...


Ikan Rohu a.k.a Ikan Ara
Ikan yang besar tu beratnya 2kg 100g
Ikan yang kecik sikit tu 500g je

Okey mai kita tenguk pulak resipi masak tauchu yang MA buatkan semalam & repeat hari nie lagi......


MASAK TAUCHU IKAN ROHU a.k.a. Ikan Ara
Oleh : MA

Bahan-bahanya :

3 potong ikan Rohu
3 sudu besar tauchu kasar - dibersihkan sedikit & ditoskan
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1" halia *(*Bahan ini dimayang halus)
2 biji cili hijau - bersih & dibelah 2
10 biji cili api - bersih & diketuk 
1 biji bawang besar - bersih, dibelah 4 & dileraikan kelopaknya
2 cawan air biasa
2 sudu besar gula (MA guna gula kabung + gula pasir)
1 sudu besar kicap lemak manis Jalen
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis & mengoreng ikan 
Sedikit serbuk kunyit & garam

Cara Membuatnya :
  1. Bersihkan ikan rohu & toskan. Lumurkan sedikit garam & kunyit pada ikan serta gorengkan lah ikan, bila elok gareng, angkat & ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan- bahan yang dihiriskan tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili padi, bawang besar serta tauchu kasar tadi, kacau sebatikan sehingga naik minyak.
  4. Masukkan pula sos tiram, air asam  & air biasa .Kacau & biarkan sehingga mendidih.
  5. Bila mendidih masukkan cili hijau, kicap serta gula. Rasakan kesesuaian dengan citarasa kita. 
  6. Bila telah sesuai citarasanya , baru lah masukkan ikan yang telah digorengkan tadi. Biarkan sehigga mendidih & barulah padamkan api.
  7. Tak perlu bubuh garam kerana tauchu telah pun masin.
  8. Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.


Ikan Rohu masak tauchu
memang sedaappp.....
Makan pula dengan nasi panas-panas...
serta sambal belacan...
Wooiii ..tak ingat duniaa...