CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 30, 2016

BISKUT CREAM CHEESE YANG MARBLESE



Assalamualaikum, selamat petang khamis......
Raya dah nak dekat dahh...tentu  ramai yang telah pun membuat biskut raya utk persediaan menyambut raya  yg xlama lagi akan menjelma.Bagitu  juga dgn MA, baru jerr nak prepare buat sejenis dua biskut raya...
Tahun niee MA xbuat byk pun...anak2 pesan xpayah buat sbb nanti mereka akan bawa balik  biskut raya tuu...
Tapi MA biasa lerr teringin jgk nak buat sebalang dua ....
Okey lerr niee cerita smlm...MA buat  biskut Cream Cheese....rasanya sedap, pada peminat cheese pasti suka dengan biskut niee..sbb rasa cheesenya memang ummmpphh...
Okey disini MA abadikan resipinya. Mana lerr tahu next time MA teringin nak membuatnya lagi,  mai kita sama2  tenguk resipinya...


BISKUT CREAM CHEESE YANG MABLESS
Oleh : MA

Bahan2nya :
  • 125g serbuk cheese parmesan
  • 250g butter
  • 200g tepung gandum
  • 150g gula halus
  • 250g tepung jagung
  • 25g tepung susu
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh vanilla
  • Secukupnya cheddar parut - untuk hiasan diatas biskut
Caranya :
  1. Pukul butter & gula hingga sebati
  2. Campurkan kuning telur& vanilla, pukul lagi hingga sebati & berubah warna.
  3. Masukkan cream cheese parmesan, tepung susu sambil digaulkan sehingga sebati. Masukkan juga tepung ( tepung jagung habiskan dulu, baru dimasukkan tepung gandum mengikut kelembutan doh)
  4. Uli sebatikan, rehatkan doh lebih kurang 30 minit atau lebih didalam peti ais (Doh ini lembut sedikit, lepas simpan dlm peti ais baru dohnya keras sikit )
  5. Terapkan doh ngan acuan mengikut citarasa masing2.
  6. Tabur cheddar yang telah diparut diatasnya, sebagai hiasan.
  7. Bakar sampai masak dengan kepanasan ketuhar 170'C selama 20 - 25 minit.
  8. Bila biskut sudah masak, sejukkan dulu baru dimasukkan dalam bekas kedap udara.