CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 23, 2013

ACAR TIMUN BEREMPAH

Assalamualaikum.....salam sejahtera kepada pengunjung blog MA.......semoga kita semua didalam peliharaan ALLAH...Aminnn
Hari Ahad semalam MA ada buatkan Acar Timun Berempah bagi digandingkan dengan Nasi Minyak bersama Kurma Ayam.
MA memang suka dengan citarasa Acar Timun Berempah nie. Bila dimakan Acar nie Krap...Krop...Krap... Krop, bunyinya dek kerana mengunyah timun & lobak merah yang rangup tu.
Acar Timun Berempah nie memang sesuai dimakan bersama nasi yang berperisa.
Bagi anda yang ingin mencubanya , mai kita tenguk resipinya.....
Resipi nie MA salinkan daripada rumah Amie....terima kasih pada Amie kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.....


ACAR TIMUN BEREMPAH 
Resipi : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono
Sumber : Amie's Little Kitchen
Oleh : MA

Bahan A :

2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 "
1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 "
2 sudu besar rempah kari (MA guna kari daging)
2 sudu besar minyak

Bahan B untuk dikisar :

5 tangkai lada kering
1 sudu besar udang kering
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Bahan C :

2 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar biji sawi
2 sudu besar cuka - MA tambah
Rempah penumis : bunga lawang, bunga cengkih & kulit kayu manis

Cara Membuatnya :

  1. Rendam timun & lobak merah bersama air kapur & garam. Kemudian cuci hingga bersih.
  2. Perap timun & lobak merah tadi dengan garam & gula. Kemudian toskan.
  3. Tumis kesemua bahan B hingga terbit minyak.
  4. Masukkan rempah kari & gaul rata.
  5. Masukkan kesemua bahan C, & kacau hingga pekat.
  6. Masukkan timun & lobak merah. Gaul hingga timun & lobak merah mesra dengan rempah.

Acar Timun Berempah yang mengancam....




KURMA AYAM ....yang mengancam

Baru pagi Ahad semalam MA ternampak resipi kurma daging dirumah Amie....terpikat MA dengan kurma yang Amie tayangkankan , jadinya MA terpanggil untuk buatkan kurma nie mengikut resipi Amie. Penghuni rumah nie memang suka sangat dengan masakkan kurma nie.....
Terima kasih pada Amie & MIL adik perempuan Amie, Puan Che Jah kerana sudi berkongsi versi kurma daging yang mengancam  nie..... Pada kawan-kawan yang nak melihat resipi kurma daging dari Amie boleh le pergi ke SINI. Dilampiran nie MA salinkan semula resipi kurma tu untuk rujukkan MA....
Ada perubahan sedikit disana sini....harap Amie dapat memaafkan........
Seperti biasalah kurma nie MA masakkan dengan ayam sahaja kerana My Hubby tak boleh makan daging.... Okeyle mai kita tenguk resipinya...


KURMA DAGING /AYAM
Sumber: Amie's Little Kitchen
Oleh : MA

Bahan-bahnnya:

1 kg daging (MA guna ayam)
3 biji kentang - dibelah 2
3 sudu makan rempah kurma
200ml santan
Segengam daun pudina
3 biji cili hijau - dibelah 2
1 biji limau nipis - diambil jusnya
Sedikit minyak dicampur dengan minyak sapi/mentega/ majerine
3 cawan air
garam/gula/ perasa pilihan
1 sudu besar stok pekat pati ayam maggie - MA tambah

Bahan-bahan tumbuk halus /kisar :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
Sejemput jintan manis - 1/2 sudu makan - MA guna serbuk
Sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan - MA guna serbuk

Rempah untuk menumis :

Sejemput buah pelaga - 3-4 biji
1 batang kulit kayu manis - 3cm
Bunga cengkih - 3-4 kuntum
2 kuntum bunga lawang

Cara Membuatnya :
  1. Rebus daging (ayam) bersama rempah kurma hingga lembut - Amie rebus dengan api sederhana hingga kuah pekat.
  2. Tumis rempah tumis & bahan kisar hingga wangi. 
  3. Masukkan daging (ayam) bersama kentang , masak hingga kentang empuk. MA rebuskan kentang dahulu hingga empok, ketepikan.
  4. Tambah santan & biarkan kuah agak pekat.
  5. Masukkan garam/gula /perasa pilihan, stok pekat pati ayam, cili hijau & daun pudina.
  6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
  7. Sebelum kurma daging (ayam) diangkat, perahkan jus limau diatasnya.

Nie dia Kurma Ayam dah pun terhidang...
Lembut dagingnya dengan harum bau daun pudina
Pasti membuka selera.....


NASI MINYAK

Pagi semalam  MA buatkan Nasi Minyak versi berempah . Masa MA skodeng dirumah Amie, terpikat MA pada Nasi Minyak yang Amie tayangkan yang resipinya lain daripada Nasi Minyak yang biasa kita buat. Jadinya kebetulan hari nie Ahad, selalunya dihujung-hujung minggu nie MA sering buat nasi berperisa untuk hidangan keluarga.....
Oleh yang demikian MA cubalah membuatnya mengikut resipi Amie.....
Terima kasih pada Amie yang sering mengenengahkan resipi-resipi tradisional....
Kata Amie masakkan ini diambil daripada : Masakkan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono 
Setelah dicuba memasaknya ....memang sedap. MA sekeluarga memang suka dengan resipi Nasi Minyak nie..... kerana Nasi Minyak versi nie menggunakan rempah beriani......
Apatah lagi bila MA buatkan Nasi Minyak nie dengan beras Basmati Jasmine King.....
Looo sedaapp tu.....lembut sekali nasinya.....
MA rasa pasti ada siaran ulangannya lagi......My Hubby & Si bungsu memang suka sekali dengan versi Nasi Minyak nie, apatah lagi MA gandingkan Nasi Minyak nie dengan Kurma & Acar Timun Berempah, juga MA ambil dirumah Amie juga daripada versi Masakkan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono.....serta MIL adek perempuan Amie.....Che Jah,
Tanpa melengahkan masa......mai kita tengok resipinya yang MA salinkan semula disini bagi rujukan MA & anak-anak dimasa akan datang.......



NASI MINYAK 
Resepi : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono
Sumber : Amie's Little Kitchen
Oleh : MA

Bahan A :

3 mangkuk beras (MA guna beras Basmati Jasmine King)

Bahan B :

1 batang serai - diketuk
2 healai daun pandan
3 1/2 mangkuk air

Bahan C :

2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerine
Rempah penumis - Kayu manis, cengkih, bunga lawang
4cm halia *
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah* (*Bahan ini dikisar)
2 sudu besar rempah beriani

Bahan D :

2 sudu besar air mawar (MA tak guna pun)
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
Garam secukup rasa
1 biji limau nipis - diambil jusnya
Sedikit pewarna kuning - MA tambah

Cara Membuatnya :

  1. Rebus bahan B dalam periuk nasi. MA rebus dalam kuali je.
  2. Panaskan minyak sapi & majerine, kemudian tumis rempah penumis dahulu hingga naik bau & masukkan bahan-bahan kisar hingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah beriani & beras. Gaul beras sehingga berkilat & kemudian matikan api. Kemudian MA tuangkan kedalam rice cooker.Ketepikan sementara menanti bahan B+D mendidih.
  4. Masukkan kesemua Bahan D kedalam air rebusan Bahan B tadi.
  5. Setelah air mendidih, masukkan kedalam beras & kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan jus limau nipis, kacau lagi & tutup periuk.
  7. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air didalam periuk rice cooker kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk & perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak & bolehlah dihidangkan. Bila nasi masak MA buatkan lubang-lubang kecil & tuangkan pewarna kuning dimerata tempat dinasi. Biarkan nasi masak sebentar barulah di karehkan nasi. Kareh menggunakan cop stick supaya nasi tak pecah.
  8. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng atasnya. 

Seperti kebiasaannya, Amie masak Nasi Minyak cara kukus. Dan untuk resipi Nasi Minyak ini, Amie tambah herba saffron.



Nasi Minyak dah terhidang
apa lagi, mai kita makan...