CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 23, 2013

NASI MINYAK

Pagi semalam  MA buatkan Nasi Minyak versi berempah . Masa MA skodeng dirumah Amie, terpikat MA pada Nasi Minyak yang Amie tayangkan yang resipinya lain daripada Nasi Minyak yang biasa kita buat. Jadinya kebetulan hari nie Ahad, selalunya dihujung-hujung minggu nie MA sering buat nasi berperisa untuk hidangan keluarga.....
Oleh yang demikian MA cubalah membuatnya mengikut resipi Amie.....
Terima kasih pada Amie yang sering mengenengahkan resipi-resipi tradisional....
Kata Amie masakkan ini diambil daripada : Masakkan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono 
Setelah dicuba memasaknya ....memang sedap. MA sekeluarga memang suka dengan resipi Nasi Minyak nie..... kerana Nasi Minyak versi nie menggunakan rempah beriani......
Apatah lagi bila MA buatkan Nasi Minyak nie dengan beras Basmati Jasmine King.....
Looo sedaapp tu.....lembut sekali nasinya.....
MA rasa pasti ada siaran ulangannya lagi......My Hubby & Si bungsu memang suka sekali dengan versi Nasi Minyak nie, apatah lagi MA gandingkan Nasi Minyak nie dengan Kurma & Acar Timun Berempah, juga MA ambil dirumah Amie juga daripada versi Masakkan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono.....serta MIL adek perempuan Amie.....Che Jah,
Tanpa melengahkan masa......mai kita tengok resipinya yang MA salinkan semula disini bagi rujukan MA & anak-anak dimasa akan datang.......



NASI MINYAK 
Resepi : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono
Sumber : Amie's Little Kitchen
Oleh : MA

Bahan A :

3 mangkuk beras (MA guna beras Basmati Jasmine King)

Bahan B :

1 batang serai - diketuk
2 healai daun pandan
3 1/2 mangkuk air

Bahan C :

2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerine
Rempah penumis - Kayu manis, cengkih, bunga lawang
4cm halia *
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah* (*Bahan ini dikisar)
2 sudu besar rempah beriani

Bahan D :

2 sudu besar air mawar (MA tak guna pun)
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
Garam secukup rasa
1 biji limau nipis - diambil jusnya
Sedikit pewarna kuning - MA tambah

Cara Membuatnya :

  1. Rebus bahan B dalam periuk nasi. MA rebus dalam kuali je.
  2. Panaskan minyak sapi & majerine, kemudian tumis rempah penumis dahulu hingga naik bau & masukkan bahan-bahan kisar hingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah beriani & beras. Gaul beras sehingga berkilat & kemudian matikan api. Kemudian MA tuangkan kedalam rice cooker.Ketepikan sementara menanti bahan B+D mendidih.
  4. Masukkan kesemua Bahan D kedalam air rebusan Bahan B tadi.
  5. Setelah air mendidih, masukkan kedalam beras & kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan jus limau nipis, kacau lagi & tutup periuk.
  7. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air didalam periuk rice cooker kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk & perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak & bolehlah dihidangkan. Bila nasi masak MA buatkan lubang-lubang kecil & tuangkan pewarna kuning dimerata tempat dinasi. Biarkan nasi masak sebentar barulah di karehkan nasi. Kareh menggunakan cop stick supaya nasi tak pecah.
  8. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng atasnya. 

Seperti kebiasaannya, Amie masak Nasi Minyak cara kukus. Dan untuk resipi Nasi Minyak ini, Amie tambah herba saffron.



Nasi Minyak dah terhidang
apa lagi, mai kita makan...



No comments:

Post a Comment