CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 20, 2013

BURUNG PUYUH GORENG HALIA.....sodapppnya

Assalamualaikum....selamat pagi buat pengunjung setia MA,
Malam tadi juadah berbuka MA sekeluarga, salah satunya adalah Burung Puyuh Goreng Halia, ini adalah menu favourite my hubby....
Menu nie simple je.....yalah terkadang-kadang tu, menu yang simple lebih menyelerakan....
Bab menu masakkan nie My hubby tidaklah terlalu memilih sangat........Alhamdulillah, apa yang MA masakkan, semuanya boleh di terima dengan seleranya. Cuma kalau MA buatkan gulai podes.....lagi le berseleranyaaa  dia...... Tapi gulai podes tak bolehle kerap MA masakkan.....tinggi kelestrol tuuuu....
Wbp asalkan setiap hidangan ada menu berkuah, dah memadai.....
Okeyle...mari kita intai resepinya yang simple nie......




BURUNG PUYUH GORENG HALIA.....sodapppnya

Bahan-bahannya : 

4 ekor burung puyuh- seekor di potong 4
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2" halia*
2 biji cili merah*(* dihiris)
7 biji cili padi - di belah 2
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam - di tumbuk kasar
1/2 kiub pati ayam
Sedikit garam, serbuk kunyit & gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :

  1. Burung puyuh di bersih & di toskan. Di perap dengan garam & serbuk kunyit. Kemudian di gorengkan jangan terlalu garing, ketepikan.
  2. Tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak menggoreng puyuh tadi, tumiskan bahan-bahan yang di hiris sampai naik bau & agak layu sikit.
  3. Masukkan sos tiram, lada hitam & kiub pati ayam beserta sadikit gula. Kacau sebatikan.
  4. Kemudian masukkan burung puyuh tadi bersama cili merah & cili padi. Kacau hingga bahan tumis tadi sekata dengan burung puyuh tadi.
  5. Sesuaikan dengan citarasa kita, bila sudah sekata tutupkan api & bolehlah di hidangkan.


5 comments:

  1. Assalamualaikum MamaAna,
    tq sudi singgah blog Yatie, nmpk sedap puyuh goreng halia tu..tq berkongsi resepi,..selalu yatie goreng gitewww je coz tak tau nak masak apa dngn puyuh ni...lenkali leh cuba resepi ni..tq sekali lagi..

    ReplyDelete
  2. Wkumsalam....u welcome Yatie, terima kasih banyak2 kerana sudi mengunjungi blog MA. Cubalah resepi nie...sedap
    Kalau burung puyuh mama selalu buat dengan cara nie....

    ReplyDelete
  3. wah,, nampak sedap,, selalu nya buat goreng je,,sy beli kt peniaga ni, 017-5273569, sebab dia boleh hantar ke rumah @ pjbt..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanna Ulya. ...maafkan ma kerana baru sekarang ma berkesempatan menjawabnya...sepanjang Ramadhan ma terlalulah bz...hingga xsempat nak tenguk blog nie.....
      Next time hanna cubalah memasak sendiri....senang jerr...
      Semoga selamat mencuba dan berjaya...

      Delete
  4. wah nampak sedap.. baru beli burung puyuh hari ni..1st time nak masak boleh la cuba resepi ni nanti ye.. tq share..

    ReplyDelete