CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 4, 2013

KUIH TALAM PANDAN.......YANG SEDAPPP

Selamat pagi semua pengunjung blog MA....
Hari nie..awal-awal pagi lagi dah hujan...semalam pun bagitu, agaknya dah tiba musim hujan...
Bagi yang tinggal dikawasan rendah & selalu mengalami banjir...terpaksalah
bersiap sedia dari sekarang....barang-barang yang berharga serta sijil-sijil yang 
penting mesti dikumpulkan disatu tempat....semoga dapat diselamatkan...
Wbp bagi anda yang menghadapi situasi nie....MA doakan semoga anda selamat & tabah 
menghadapi dugaan daripada Allah ....pasti ada hikmah disebalik dugaan ini.......
semoga rahmat bersama kalian.......Amin.
Okeylah berbalik pada resipi hari nie....malam tadi MA buatkan...tiba-tiba teringin 
pulak nak makan Talam Pandan nie.....hehehe
Biasalah lah terkadang tu....duduk tak duduk teringat kuih yang memang menjadi favourite
semasa zaman kanak-kanak dulu..... selalu juga arwah nenek buatkan kuih nie..
Tapi yelah ketika itu....tenguk je arwah nenek buatkankan.....tak teringin pun nak belajar membuatnya...
Namun bagitu sekarang barulah terkial-kial nak membuatnya....terpaksalah pergi berguru....
Resipi nie dah lama MA simpan.....jarang membuatnya....
Resipi nie MA pelajari masa MA duduk diShah Alam tempuhari.....zaman MA tergila-gila
pergi belajar memasak kesana sini....tengah bekerja pun MA akan ambil cuti...
cuma kerana nak belajar resipi yang berkenan dihati......Beribu-ribu ringgit
dah MA habiskan ....cuma kerana nak belajar perbagai resipi......
Okeyle....tak payah le nak berceloteh panjang-panjang....nanti anda pun jemu & MA pun letih...
Jom kita tenguk resipinya....... resipi daripada basic asal yang telah diolah oleh MA...



KUIH TALAM PANDAN
Olahan : MA

Bahan- Bahannya : (utk acuan 7"X 10.5")

Lapisan Bawah : (adunan hijau)
  • 200g gula pasir
  • 5 helai daun pandan- diblend & ambil airnya
  • 190g tepung beras
  • 23g tepung ubi kayu
  • 1 1/2 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • Air
Cara Membuat bahagian bawah (adunan hijau) :
  1. Masak gula bersama air sehingga gula larut.
  2. Mesinkan daun pandan bersama air & campurkan bersama air gula
  3. Gaul tepung-tepung tadi, bersama air daun pandan & air gula serta campurkan air kapur. Jadikan adunan ini 1 litre (4.5 cawan).
  4. Tambahkan sedikit pewarna hijau.
  5. Kacau adunan ini diatas api sehingga naik wap.
  6. Masukkan kedalam acuan & kukuslah selama 20 minit.
Lapisan Atas : (adunan Putih)
  • 200ml santan pekat (RM3.00)
  • 70g tepung gandum (MA guna cap sauh)
  • 35g tepung beras
  • 35g  tepung ubi
  • Air
  • 1 1/2 sudu teh garam
Cara Membuat bahagian atas (adunan putih):
  1. Panaskan santan sebentar sehingga panas, tak perlu mendidih.
  2. Gaulkan bahan yang disenaraikan dengan santan suam & air. Jadikan bancuhan ini 1 litre.
  3. Masukkan bancuhan ini kedalam periuk 
  4. Panaskan sehingga naik wap.
  5. Bila adunan bawah sudah masak, lorekkan diatasnya dengan garpu (fungsi supaya adunan atas & bawah akan melekat)
  6. Tuangkan adunan putih keatas adunan hijau & kukuskan selama 25 minit . Bila telah masak bukakan tudung kukusan & kukuskan selama 5 minit lagi supaya air diatas kuih kering.
  7. Angkat & sejukkan, barulah boleh dipotong. 
Talam Pandan dah pun terhidang...
Untuk breakfast pagi ini.....
Jemput makan....